Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Sehari sebagai Dr Vet

~ sns cerita tentang ~
Salam Alaik..

Jari kaku lumpuh untuk berlari-lari seperti selalu, ada cerita tapi belum tahu permulaan bagaimana. Lantas, saraf-saraf otak berperang untuk mencipta bait-bait yang indah namun tewas di medan perangnya.Ok, abaikanlah. Penanam anggur terhormat di rumah memang macam ni. Tak banyak berfikir,atau senang nak dipahamkan MALAS nak fikir ! Buruk gila perangaikan. Pengganggur yang malas = menamabah lemak je + takda orang nak wat bini pon nanti.Opps, choiiiii.

Kejadian : petang semalam

aktiviti : bidan ayam terjun

Muqadimmah : Petang semalam, terasa nak keluar rumah cadangnya nak pergi tembak-tembak taman bunga mak.Seraya terlihat ibu ayam yang mengeram pagi tadi turun dari tempat eramannya bersama 2 ekor anak ayam yang baru menetas.Tinggal seekor di tempatnya dan sebiji telur yang hampir-hampir menetas.Kesian pulak saya tengok terkontang kanting si telur tu nak menetas. Lantas....... (jom tengok gambar sambil bercerita)
Ni lah telur yang dah tak tahan nak keluar tu. Maknya mencari makanan buat anak-anak lagaknya dan kalau dia naik ke tempat eremannya, anak-anaknya tak dapat nak naik sebab agak tinggi tempatnya.Jadi, saya ambil telur ni dan bantu dia keluar.
Saya cuma tolong kupas sedikit-sedikit kulit telurnya, takut-takut si anak ayam ni sakit.Masa ni, darah dah mula keluar.Kulit telur masih melekat di badan si anak ayam tu, hanya paruhnya yang kelihatan.
Sebahagian kulitnya dah saya kupas, masa ni dah dapat dengar kiak-kan si kecil ni. Oh, seperti kelahiran bayi pula. (Kalau tangisan pertama bayi penting untuk permulaan fungsi jantung dan baru darah boleh mengepam ke jantung tapi kalau ayam pula saya tak tahu.Jangan tanya ;P )
Oh, saya dah hampir keluar.Yea, boleh jumpa ibu dan kakak dan abang saya.
Tara.Inilah saya.Gigilnya,sejuk.Saya perlukan ibu untuk mengeringkan dan memanaskan badan saya.Terima kasih cik 'Vet' saya.Saya dah keluar dari telur saya!
Bukaan mata yang pertama, saya lihat 'Vet' saya.Oh, saya perlukan ibu sekarang.Saya takut dan lemah ni.
Sedikit je darah, oh kalau kelahiran bayi darah yang keluar tak terkata banyaknya.Sungguh saya sangat menghargai mak yang betapa susahnya melahirkan saya.Lagi-lagi bila melihat kelahiran bayi di depan mata.em..
Selepas cuci tangan dan hantar anak ayam tu ke tempatnya, yang merah-merah tu darah beserta placenta (uri, tali pusat) anak ayam tu.Nak keluarkan anak ayam dari telur ni kena sopan santun takut anak ayam tu sakit.Panjang juga uratnya.
Hari pertama saya bersama ibu saya.Tapi saya ni capik ( terjengket-jengket kaki).Tapi saya bersyukur kerana masih hidup dan dapat bersama ibu dan adik-beradik yang lain.Saya juga diberi nama Si Capik The Yellow Chicky.Moga saya membesar dengan bahagia. <3

Jantung hatiku : Kelahiran itu umpama pertarungan nyawa sang ibu demi melahir dan memberi anak dalam kandungannya melihat dunia.Walau segunung dan seluas kebaikan kita sebagai anak berbakti kepada ibu, masih belum terbalas dengan kepayahan 9bulan di kandungan dan saat kelahiran itu apatah lagi kepayahan membesarkan kita.Berbaktilah pada mereka bergitu juga perhambakanlah dirimu kepada Allah yang mengurniakan segalanya buat kamu.

...:: sElAmAt hArI rAyA AidIlAdhA ::..

Moga kita masih bermuhasabah dengan pengorbanan kisah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail dan menjadi insan yang berbakti pada Tuhan dan insan yang banyak berkorban untuk kita.Maaf zahir batin andai selama pembacaan anda pernah menguris perasaan dan hati kalian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

khilkhir said...

wah...sgt suke membaca entry ini...time lapsenya tersusun rapi...hik3...

SNS said...

Terima kasih ya..hehe

Anonymous said...

wah. berani ye Kak Wana tlg ank aym keluar. klu sy takut. huhu. ceh cne nk jd doctor neh. adeh.

slmt hari raye aidil adha, Kak Wana!

ps : entry ni buat sy teringat mak. huhu.

SNS said...

Arina : Haiwan dan manusia lain, takpa akak yakin sangat Arina mampu jadi Dr yang baik insyaAllah..
Em, jangan sedih ya. Peluk Arina dari jauh.. <3

♥ Izzah Marzuki said...

huhu..

sebak & bergenang airmata tengok anak ayam tu menetas.. huhu.. subhanallah..

thanx wana kongsikan gambar ni.. k.izz x penah pun tengok detail mcm ni.. siap atas tapak tgn tu yg special tu.. :)

SNS said...

sama-sama K.izz, secara kebetulan je. Dan kebetulan juga memang baby nikon tergantung di leher. sambil tolong sambil ambil gambar. =)