Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Sayakah yang bodoh?

~ sns cerita tentang ~
Salam alaik..

Sebetulnya panjang saya menaip, tapi saya taknak menjadi bodoh [baca:kurang pintar] jika mengepos entry tersebut.Jadi, dalam kesakitan jari yang masih belum pulihm, saya padamkan saja semuanya yang telah ditaip dan saya menyusun ayat baru hanya untuk menjernihkan sesuatu. Makin panjang saya menaip makin banyak salahnya barangkali dan saya taknak mengaibkan sesiapa. Saya dengan rendah dirinya memohon maaf jika ada yang terasa hati dengan entry saya sebelum ni walaupun pada dasarnya bukan saya yang salah saya tetap ingin memohon ampun kerana balasan blog tersebut.
Saya cuma manusia biasa yang pada zahirnya nampak kuat dan sentiasa kelihatan positif, tapi saya tetap punyai naluri comel yang perlukan sedikit privasi. Mungkin saja selepas ni ada sedikit perubahan dalam persahabatan itu. Tapi saya tetap anggap kamu sebagai teman baikku.Saya tahu ayat-ayat saya sangat kasar buat kamu.Saya minta maaf sekali lagi. Moga semuanya tak menjejaskan peperiksaan kamu.Itu yang saya mahukan,moga kamu berjaya. Saya taknak mencatitkan titik hitam dalam hati kamu kerana tindakan kurang pintar saya sebelum ni.
Saya mohon maaf T_____T . Saya yang tak layak menjadi teman, sahabat dan rakan buat sesiapa.Abaikan saya.

Nota : Saya bukan mengaibkan sesiapa segalanya biarlah saya tanggung atas ketidak cermatnya saya berfikir,bertindak dan ketidakwarasan emosi yang mengawal perbuatan saya. Sungguh saya tak suka menyatakan yang saya ni bodoh tapi...........Bila saya buat orang sedih, hati saya makin pilu dan mahu menangis semahunya tapi saya dah lakukannya walau pada dasarnya saya yang dilukakan.

P/s : Mengapa perlu di blog? kenapa tak sms atau ym? hm, saya sendiri pon tak mampu melakukannya.

Jantung buatmu : Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya

Ikhlas,
sns

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: