Container Icon

Suka Pelangi Saya?

ke.L.E.G.A.an yang sedikit

cAtAtAnku ~ sns ~
Tika ini,saya sedang rehat seketika kerana sudah kehabisan idea untuk 'questionnaire for mini project'. Benar-benar buntu ni, laporan alhamdulillah siap dengan hati yang tenteram bersama-sama YMnya yang merah. Malam tadi entah pukul berapa mata saya lelap sebab bertukus lumus menulis.Yang penting sudah siap untuk dihantar, cuma perlu mengemaskininya bila treat pesakit itu dan perlu ditaip sahaja untuk 'case presentation' nanti. Lega,namun hanya 15% kerana selebihnya pada presentation,mini project dan menamatkan tempoh attachment geriatrics yang tinggal 2 minggu sahaja.
Ok, kerana si puteri kesayangan saya ada menyinggah sebentar tadi di rumah..Maka, lihat saja tempekan gambarnya berskirt pink ni.
Oh,yang tgh tu gambar masa d kg hari tu..
bertopi+beg baru...
berpeluh2 muka dia kan, baru balik kenduri kawen...
yang d tepi pulak, dia sedang kusyuk tgk upin ipin..
tapi aunty Zati dia kacau nak ambil gambar..
Tara..mau pulang sudah...

Note 1 : Terima kasih kerana menemani sepanjang saya berjaga..

Note 2 : Huh, cepatlah kasi idea..Sudah xlarat nak memerah otak ni..

Note 3 : Sony Center, cepatlah siapkan hp saya tu..Adoiiii

p/s : Mau pulang ke KKB sudah...xskxskxsk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[m] O [d] E ~cik SNS~

cAtAtAnku ~ sns ~
Ramainya gelakkan saya kalau saya bagitau saya suka lagu2 lama..Tapi kalau cerita P.Ramlee tu mmg kegemaran juga tau..Sudah, jgn gelak2..kalau xtahan sangat nak gelak, jgn gelak depan pc sambil membaca blog saya..Terasa sampai ke jantung tawa kalian!!Malah kakak2 saya pun kdg2 bosan tgk saya yang x pernah jemu tgk cerita P.Ramlee yang berjuta2 lemon diulang tayang! Sabarlah kanda semua, dinda mmg suka.X penah rasa bosan walau sesaat walaupon selalu saya akan mengulang2 dialog dalam filem yang saya tonton, bahkan buatkan kanda2 saya gelak kerana kefasihan saya menghafal. ( Kalau lah saya boleh hafal dan mengulang2 Neurology seperti filem P.Ramlee kan bgs!! )

Walaupun saya mmg sangat sukakan english oldies songs,
melayu pon apa kurangnya tau..Oklah, saat ini..saya memang berperasaan inilah..

Malam Ku Bermimpi
Malam ku bermimpi
Hai dengan satu bintang
Berkata-kata ku di jendela
Ku lihat kanda tersenyum memandang
Asmara bergelora
Meresap ke dada
Malam ku terlihat
Oh sekuntumlah bunga
Baunya harum menarik hati
Tak sanggup menahan rasa asmara
Meresap mendalam
Mengusik di jiwa
Sayang jauh di balik awan
Wajahmu tetap berseri-seri
Laksana bulan sedang mengambang
Menawan dan menggoncang dalam kalbu

Oh angin meniup

Bawa daku ke sana
Hasratku ingin bersama-sama
Tak tahan rasa hati menderita
Gelora asmara
Selalu menggoda




malam ku bermimpi - P Ramlee

Note 1 : Saya keseorangan di sini..Akak outstation.

Note 2 : Betul2 malas nak ke kolej esok sebab byk keja yang belum siap.Lebih baik duduk rumah dari pergi AGM journal club tu.Aduh, inilah sebab kenapa saya xsuka pegang jawatan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

updated :)

cAtAtAnku ~ sns ~
Salam alaik..,
Alhamdulillah, abah ok..
Lengan kiri patah + shoulder dislocated..
Terima kasih x terhingga pada setiap ucapan kalian..
Maaf, tiada balasan sms+pggln daripada segelintir kamu..
Sungguh, saya sangat tertekan.
Dan saya sendiri xmampu nak tangani tekanan itu.
Mana dgn study+thesis+keja..
Kadang-kadang saya nak sgt ada poket doraemon..
Kembali ke masa lampau bila2 saya perlu..
Tapi, itu hanya hayalan belaka! Jgn merepek pemikiranmu SNS..
X elok sungguh,leh memudarat otak..;p
Oh,berbalik tang tiada balasan mesej+panggilan..
Saya mohon ampun kpd semua!
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya..

Tambahan : Rindu juga kpd semua plurkers, maaf kekangan masa yang bukan dibuat2 kesibukan nya watkan saya jrg dapat ber-plurk-ing! Ks, kita tunggu kemunculan mu :) .

Note 1 : Train ke KKB at 10.19pm tonite!

Note 2 : Selamat Hari Lahir kamu :)

Note 3 :BARCA.BARCA.BARCA~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

InnaLillahi WaInna Ilahi Rajiun..didoakan yang terbaik untuk abah

cAtAtAnku ~ sns ~
pagi td selepas wat rounding, dalam pukul 11am..
Mak kol cakap ada d Hosp Kampar.
Abah jatuh kat depan pintu..
Then tgn xboleh gerak
Mak bawa ke klinik, tp ambulan bawa ke Hosp Kampar..
Dekat 2jam lepas tu, abah dibawa ke Hosp Ipoh for further investigation..
Lengan abah patah..
Saya terus balik Kl,tgh hari td..
Malam nih, kami semua adik-beradik balik ke Perak..
Cuma K.La je la xbalik dr Saudi..
Tunggu abg sampai dr Johor.
Then gerak balik ke Perak...
Saya masih dalam keadaan risau+terkejut.
Sampai sekarang saya xtau keadaan abah yang sebenar..
Saya doakan yang terbaik buat abah..

Saya sayang abah!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3jAm bErsAmA yAng tErsAyAng =)

cAtAtAnku ~ sns ~
Ok,kAli ni nak citer pasal anak kesayangan saya ni...
zArA dAnishA AizA!

kAn ke dah sebulan 2minggu saya x ketemu dengannya..

mAkA [r] I [n] D [u] tErAmat lah kat dia ni....
,
Sha sampai pun saya x sedar kos ada kat atas ( zZzz)

tunggu dia dr subuh smpi 7.30am,
pastu trsZzzzz~

bAngun dlm 9.20am,
trn bawah ada lak c kecik ni tgh tdo dgn mAk lOng dia..

ape lagi trs peluk cium dia, trs terjaga..
nAsib dia senyum2 simpul...

kAwAi...kAmu sgt cumeyy!

Oh, sebab c kecik ni ke umah kajang nih kos ummi nya ( k.mila ) ada kelas.

tArA, kEadaan di mana saya dan dia pon belum mandi pg..trs meriba n menSNAP dia. pElUk cIum tuk kamoooo!!!!

mAri nAik tAnggA pUla..
( fAv dia la nih, leh main letop+dgn lagu Mad : Selawat Syifa' .. SiAp nyanyi2 lagi.. )


huh, nI lAh tAngga kegemaran dia..
pantang,mesti nak turun naik..

tapi suka sgt panggey ucu dia..
sAmbil tgn melambai2.."mai,mai"

sungguh kedahan benooo!!haha..
pErAk+kEdah!

kAn dAh kAta, nI jE lA perkara paling wajib dia la yang dia suka buat
siap cium lagi screen letop tu ( pantang org kata 'sayang')
lagi2 kalu ada pic baby ( padahal pic dia sendiri ).

Suka sgt dia tgk pic sendiri + ucu cumeyy dia~
sAat yang paling mengembirakan c cumeyy kecil ini
bErEhAT sEbENtAr bErsAmA-sAmA sUsU bOtOl AnAkku~
mAIn kEmbAli~ siAp bErlAkon berbagai tu yang xtahan!!
Oh, yang paling lucu..
boleh ke, time akak nak ngemas cari baju tuk Sha pakai pas mandi
dia leh dtg dr pintu ( main2 p keja td ).buka tag nama
terus datang kat beg Vitagen merah ( pampers+baju)..
Apa lagi, mmg suka la dia.
Punggah semuanya..
Tau, ape dia nak wat?? dia nak masuk dalam beg tu.
Tgk saja la pic tu,sungguh happy dia masuk.
bila nak zip mana muat daa~
Last2 dia kuar,dia simpan balik pampers dia.
Bagus sungguh sayang Ucu ni :)
Pastu dia ternampk VCD Winter Sonata,ala citer korea tu..
dia main n lasty,dia pijak atas vcd tu..ham to the peh :hAmpeh sungguh!!
tu pokok mas secotek,tp layu dah kos lama xberjaga..
Akak kan ke Bandung last week..
Cumeyy tu pegi petik daun nak kasi kat akak.. NAH...
yang nih, tgk je la pic tu..baca je kat dalam gmbo tu
mAndi pula..adoi, Ucu ni..malu la Danisha...ehe ;p
Perut dah la buncit kan3x..
Masa ni saja je letak 2 ekor kura2 saya sekali..mmg sah2 la c kecik tu takut..
tgk aja la dia,duk tepi2...muka cuak gila siap garu2 paler..
camner la nak lepas niii??
panggey Ucu je la....
Ni yang sedey nih, dah nak balik pon...
siap ada spect itam lagi kos panas..

Sekian saja citer 3 jam bersama cumey sayang ni..Adoi, x puas rasanya!!Ari2 pon xpuas duk dgn dia ni.Masa tepon mak aka opah,malu2 le dia..
But at least terubat rindu nak jumpa dia nih :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam ( Sabtu : 23.5.2009) : Hari datingku lagi..dating ke?? single dating..aka pegi MV sorang2 lagi, actually p anto hp la..haisshh,next week pulak siap! Then jln2 la p tgk nak wat spect. Kali ni, kembali ke spect asal : frameless!!
Then, betapa bosannya hidup smlm..g masuk JUSCO, nak masak fettuccine n cendawan goreng tepung!! Just 3hours shopping alone :) Balik umah, masak.makan.makan.makan.online!!!

Note : Malam td ada kejutan! Oh, saya terima tulip dgn rela hati..Terima kasih =)

Note 2 : Nak masak cendawan lagi, pastu mengemas n pulang ke KKB

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mEkArnyA tUlip di hAti

cAtAtAnku ~ sns ~

Tiada ungkapan yang selayaknya selain Alhamdulillah..
Ya Allah, terima kasih atas hadiahmu..

Sungguh makin terasa bahang mekar+indahnya tulip d Moscow!

Terima kasih untuk semuanya..benar2 meruntun jiwaku~

Kamu saja la yang tahu apa yang saya maksudkan..tQ ye!

Terharu+tersentuh+tersayang sangat kepadamu.

Namun segalanya kerana Allah SWT.
Yang merancang hanya kita, namun berdoa agar ia menjadi kenyataan!

(masa nih tgh menonton + melihat byk tulip n segelintir keindahan d Moscow)


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sedikit coretan sempena bbq surprise tuk birthday incik farfin..
huh, kan ke kami 15 org nih dapat ceruk hulu ( org KKB jgn marah )..

kunun top students ( saya terkecuali lah )..sesat kami d KKB..
Ah, pedulikan..yang penting dah sebulan lebih kat sini..
tgk je la pics yang ada nih..
we just had a simple BBQ party for him..

Happy birthday A.farhan... 22
mari mengipas..ke kipas diri sendiri...rosak2 ;p
fuds n cheff..
pemosing+pengipas+penangkap gmba
birthday boy
xsah kalu xda pics yang bermengong2 aksinya kan... redha je la kome

Note : Istikarah masih diteruskan, walau terlihat sinar lampu hijau di hadapan.. Segalanya kerana Allah S.W.T. ( Ini bukan coretan cinta tetapi lakaran sebuah kasih sayang ! )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kIsAh EmAk lagi

cAtAtAnku ~ sns ~
Anda tahu x saya sedang menangis saat ini?? Jarang sekali saya menangis sebab saya rasa sangat lemah kalau saya menangis,namun hanya kerana insan yang bergelar mak,mummy(pggln y kdg2 saya guna pada mak) membuatkan jiwa saya sungguh mudah terguris,terkikis,terluka.Hebat sungguh mak.Apa yang pasti tangisan saya ni sebab penulisan blog abg saya yang tersayang tu, intipati yang dia kupas pada entry terbarunya membuatkan air mata terus tumpah macam hujan yang lebat.Apa yang menarik tentang kami adik beradik, kami mmg susah nak luahkan perasaan kasih dan sayang sesama kami tapi hakikatnya kami benar2 sayang antara 1 sama lain.Bukti, lihat saja blog2 mereka,luahan hati mereka.Ya Allah, sungguh..saya bersyukur dan sayang keluarga saya! Tahukah anda yang jarak sekolah saya dari rumah kira-kira 40km.Huh, sepanjang 2 tahun ( F4 n F5) emak lah yang bersusah payah memandu dari rumah hantar saya dan ambil saya dr sek. Seawal 6pg pasti saya sudah d jalanan dan mak akan ambil hiway Gopeng dan exit hiway Ipoh utara kerana takut saya akan kelewatan ke sekolah yang bermula 7.20pg.Yang pasti saya merupakan pengawas sekolah yang sering kali lewat.Cumanya cikgu disiplin saya memahami saya, Terima Kasih Cikgu!! Bukan itu saja, kesabaran mak..ketabahan mak..tangisan mak...Xpenah saya lihat mak menagis selain saat kami menerima berita kematian a.apoi ( d Arizona ). Masih ingat dalam ingatan saya masa itu saya cuma 7thn, a.apoi 20thn..Tahun pertama d Uni of Arizona,manakala K.la d Uni Of Chico d Chicago California.Setelah hampir seminggu MARA menguruskan jenazah a.apoi,dan dikebumikan di kg kami (Malim Nawar : masa itu kami belum lagi pindah ke sini masih d Ipoh). Yang kedua saya lihat mak menangis saat mak difitnah..Ya Allah, hya Kau saja yang tahu betapa hancurnya hati mak, hampir setiap hari mak akan telefon dan cerita pada saya dan saya yang x sekuat mana pun turut menangis bersama mak walhal saya patut kuatkan hati mak. Maaf mak, saya betul2 xdapat tahan jika mak menangis. Untuk pengetahuan, mak mmg selalu bercerita kepada saya sebab saya mmg sangat rapat dgn mak, hari2 saya kena telefon dan dengar suara mak dan update kegiatan harian saya.Saya x rasa terkongkong malah saya rasa selesa jika mak tahu kegiatan saya.Bukan yang lain x rapat tapi saya yang tinggal dengan mak sepangjang 17 tahun ( kakak2 dan abang2 semuanya masuk asrama bila d sek men). Dan saya kan anak bongsu, perkongsian pon bersama mak padahal saya mmg rapat dgn semua sekali.Ingat lagi bilamana saya rapat dgn Egypt, mak juga tahu tp abaikan..itu bukan kisah cinta pon! Kalau saya suka seseorang pon saya akan tanya mak dulu ambil restu! Sebenarnya terlalu banyak perkara yang mak buat,walau sebesar zarah pon ia tetap bernilai pada saya! Suapan mak,pelukan mak,tidur dgn mak ( hingga smlm pon saya tidur dgn mak ) setiap apa yang mak buat pasti d ingatan saya. Mak sngt pentingkan anak2.. Yang paling bagus tentang mak yang x mampu saya ikut ialah mak sangat2 rajin bangun malam.. Tidur mak hanya 12am-4.30am, selebihnya mak lebih beribadat,sungguh mak mmg begitu bersama abah akan bgn malam.Cubalah tinggal sehari d rumah saya,pasti anda juga berkata begitu.Mak sangat taat pada abah. Berkat doa mak abah lah kami adik beradik berjaya hingga kini. Saya harap saya juga begitu..Taat pada suami ( yang pasti belum bercalon suami..bercalon kekasih pon belum lagi ;p ) taat pada Allah juga! Terima kasih pada abg tersayang saya yang memberi idea untuk entry saya kali ni, setelah baca blog dia..lol~ terharu pada ayat2 tuk satu2nya adek yang terbaik yang dia ada tu.kekeke! Emak / Mummy : SelAmAt hArI lAhir ke 63 ! Semoga panjang umur..doakan kesejahteraan kami semua! Maaf atas segala kederhakaan kami semua! Siti betul2 sayang mak tau~

------------------------------------------------------------------------------------------------- Selamat Hari Guru buat semua pendididik saya...
  • Mak + Abah + kakak2 dan abg2 ( sepanjang hidup atas segala pelajaran )
  • Tadika (1994)
  • SKJBPG Ipoh (1995-2000)
  • SMK Tarcisian Convent Ipoh (2001-2005)
  • Food Institute Of Malaysia ; FIM ( 4months for cert in Western Cuisine : 2006 )
  • MAHSA Univ College ( 2006-present)
Terima Kasih semua yang mengajar saya erti hidup..untuk saya live my life! Moga saya akan menjadi seorang yang berguna..
p/s : k.la, i masih mau nak sambung dentist..lol

Note 1 : Mekar tulip d Moscow..Terharunya saya~

Note 2 : Adey, nak kena buat kek batik sekarang..bawa balik KKB.. chioww~

hp baru W705..bukan nak menunjuk tapi atas permintaan yang nak tahu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mArI kE dApur (i) - rIce puff -

cAtAtAnku ~ sns ~

Anak-anak kecil pasti suka makan ni, snek yang sungguh mudah nak dibuat..tapi y dewasa macam saya ni pon suka sangat tapi AMARAN keras.. ambil dalam kuantiti yang berpada kalo x, sang semut suka anda ----> dIabEtEs~!

Bahan-bahan..
  • Rice Krispies
  • Butter 50g
  • 1 paket mashmallow (no flavour)
Cara-cara...
  1. Cairkan butter dan mashmallow dalam kuali dengan api yang sederhana
  2. Masukkan Rice Krispies an gaul hingga sebati ( pastikan ia melekat )
  3. Setelah sekata, angkat dan kedap dalam dulang dan ratakan
  4. Biarkan sejuk sebelum potong
p/s : Boleh ditambah buah-buah seperti ceri,strawberi dan madu untuk rasa yang lebih enak.. Sungguh mudahkan?? Selamat mencuba~


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Jam 11.11pm : Mari membaca... Saya perlu lebih fokus dalam neuro dan geriatrics sebab sgt byk stroke cases!

p/s : Malasnya saya nak balik KKB esok..haish, masih belum terubat rindu pada mak abah~

pecaturan hidup..buku sebagai sandaran...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sUkA dUka MinggU SNS

cAtAtAnku ~ sns ~
Salam, lama x update entry baru ek?? ( tapi xperlulah smpai bersms + bertelefon ke no maxis dan xpax saya, rimas dowh~ ). Tentu saya ada sebab peribadi saya sendiri. Oklah, abaikan saja. Terlalu byk cerita yang nak saya taip..cuma saya rangkumkan saja k.

11.5.2009 ( Ahad )
Hari yang paling saya x suke sebab kena pulang ke KKB ( aduh, masih x ikhlaskah hati saya? ) Sebenarnya bukan begitu, ralat saya x dapat pulang ke Perak mgu tu sebab saya kena pulang ke KKB sendiri sebab incik Brian xdapat nak pulang bersama. Maka, pukul 10am saya sudah keluar rumah dan sarapan dgn akak..n amik komuter..tapi singgah Mv tuk beli stok makanan dulu. tapi saya beli hp baru Sony Ericsson W705..huhu! Dalam kol 4pm saya,ida n mages pulang ke KKB dan sampai sana dlm kol 5.45pm! Kemas2 rumah,kami cadang nak buat rice puff saja. Dalam kol 7 semua dah siap! huh, tetiba kami rancang nak celebrate hari ibu ( maklum lah, xdapat jumpe mak kat perak mgu nih..lagi sayu mak masa tepon mak wished tu, mak ucap terima kasih yang terlampau sayu..minta maaf mak,xdapat pulang..) Kemudian Tina, Puva n Letchu sampai..Apa lagi, projek ni kami sampaikan pada mereka.Malam selepas semua settle mandi..n amik pasangan masing2 tuk berpakaian sedondon ( saya+Tina = pink / Ida+Mages = putih / Puva+Letchu= hitam ). Dan paling penting kami siap bermekap lagi..Waseh, gamat sungguh rumah.. Maka lihat saja gambar...

p/s : Ada video masa nak tiup "kek" ( rice puff )..Tapi xdapat nak upload...sungguh lucu sekali kami...
Ibu, Amma, Mummy, Mak...we love u no matter what wil happen in future~
Rice puff pengganti kek..nak resepi?? ok, saya update selepas ni~

Isnin-Jumaat ( 1st week of Geriatrics attachment )
Overall saya lebih banyak belajar d situ berbanding paeds attachment saya hari tu, namun bila berada kat sini, ditambah pula Hari Ibu n bakal tiba Hari Bapa.. Hati kecil saya semakin sayu.. Untuk pengetahuan kalian, kali ni saya berada di Rumah Ehsan ( Old folks Home ). Apa yang kamu rasa bila berada di sini? haishh, walau buruk mana sekalipun ibu bapa kita.. Ingatlah betapa kasihnya mereka sanggup melahirkan kita d dunia ni. Em, bertambah sayu dan pilu hati saya bila terkenangkan mereka.. dan hari Khamis pula panggilan mak yang menyatakan abah xsihat..bertambah luluh hati saya! Hingga kini saya masih lagi ada perasaan takut..saya xsanggup kehilangan org yang saya sayang walau hakikatnya semua org akan mati. Ya Allah, janganlah ambil nyawa insan yang aku sayang sebelum Kau ambil nyawaku..

Kini saya berada d rumah, esok ( ahad bru pulang ke KKB ). Ptg jumaat selepas keja trs amik tiket shuttle train ke Kampar jam 9.45pm. Sementara tgu saya sempat ke MV tuk beli adiah tuk mak..sempena hari jadi mak yang ke 62 pada 19.5.2009.. Saya beli Sandal Scholl + Perfume Flower By Kenzo + biskut famous amos!Moga mak suka ya.

Note 1 : Saya dapat beg jugak..Adiah sempena ape yer?? Terima kasih kamu.... hanya J[A]R[A]k yang memisahkan..namun hati tetap dekat kan?? Moga peroleh kejayaan yang terus cemerlang buat kamu yang bakal exam pada Jun nih~ Jadi doktor yang berilmu ya!

Note 2 : Neuro cases + stroke cases.....mari membaca

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

big eyes + mOm's dAy~

cAtAtAnku ~ sns ~
Oh, look at the clock.. 3.37am~ n yet sns stil awake.. Eyes couldn't close (padahal tgh msn dgn valen ) but actually, i can't sleep and im figuring out what is the main problem occuring on me right now.. Oh, please..hopefully my previous disease wont come back but seems it is back..So, welcome back to my life la Mr Insomnia ( erk, really ya ?? ) . I stil have a diarhhea, and yesterday was the teribble + horrible b'cos i awake at 2.30am-3.00am ( appointment with T.B = toilet bowl ). Sns kan too brave.., i was thinking of horror movie ( goblok je kan ). Continue slept until 3.45am.. Aha, 2nd meeting at the same place lor til 4.15am. Sleeping + dreaming ( i think i don't dream last night..forgot ) 6.10am is time to watch NMI ( hampeh tol kan ). 6.30 am : 3rd meeting! Yahooo, my diarhhea became so bad la.. Last week had once..This week also get. [p] a [t] i [e] n [c] e ~ Allah knows behind everythings!

No significant what i have typed above.., it is just nothing b'cos i stil cant sleep.Adoiyai, my eyes really blurr ( facing book ) Nape la sgt rajin pulak harini mengatam nota tambahan tu! Can i just boil all my book and drink the water and all the knowledge pasted on my brain ( merepek sesangat ).. Haish, i used to not sleep for 3 days..but now, i shouldn't do it again. Esok kena cari kitab2 (own notes yang byk tah pape sekadar contengan dalam kelas tatkala lect bg ceramah yang langsung xphm ). Kitab dari kelas pertama yang mmg salu kena bambu..Anatomy oh pathology, please make it easy to memories k.. Tolong la saya nih, dah sgt2 weak dah.. boleh brain paralyse ( cerebral palsy)..lol...
Mom, miss u..grrrrr. ( masa2 gini mmg la salu ingt mak, tapi mmg salu ingt pon kan, kan, kan.)

Hepi Mother's Day to my beloved mother : Zalekha Ramly.. Sayang sgt2..rindu sgt2..hugs!
Next week balik perak ye mom.Ur besdae mom! There're nothing could i reply in what have u done to me, only my good result + being a good daughter + loving u forever! Thank Q so much mummyku sayang~ U r my idol... Wa hen ai ni mummy~
Wa hen shiang ni mummy~
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesuatu berita yang mengejutkan dari Moscow...em, Today is a great day, but the feeling is not that good~ Aduh, pesal la?? Benci..xsuka.. Sabarlah hati.

Note 1 : Maka kurus lagi la cik sns .. n dehydrated jugak jawabnya

Note 2 : Bilamana otak dah terlalu banyak digunakan, mata pula macam revenge sebab xdapat rehat seperti selalu..maka akan berjaga la cik sns hingga malam esok~

Note 3 : Hepi mom's day to all the mothers and future mothers!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Paediatrics attachment is over....

cAtAtAnku ~ sns ~
Alhamdulillah, tiada ungkapan yang harus saya lafaz selain alhamdulillah.. sebabnya kes paediatrics dah settle cuma tgu untuk final aja kalu itu kes yang mungkin saya dapat tapi minta simpang la.. xsuka3x. Sedih juga tinggalkan Taman Sinar Harapan tu sebab dah makin rasi dgn mereka2.. Batrisya, rindu kamoo nanti.
Minggu depan pula mula attachment untuk geriatrics.. ( sebenonya bersebelahan je ) so, perasaan sedeh tu x terasa sgt kos masih boleh melawat2 diorg lagi.. Dan kebizian yang teramat akan mula.Tiada lagi ruang rehat seperti d TSH. Bermula juga proses menyiapkan mini project itu ( membaca article yang bertimbun dan wat research ) sebelum mula merangka project. Final pulak, nak campak buku ke mana?? Otak dah penuh...xda recycle bin pon! nak simpan dlm HD pon xboleh. arghh, saya x tension cuma masih berfikir2 ttg marks tuk presentation semalam..Ada dtgn cuma smpulnya belum buka..xmau tahu..so, simpan lagi niat nak baca novel..skrg bukan masanya lagi~
Note : Practical skill must be improve~ Geriatrics is one of the challenging part..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

luka sana luka sini..sakit semua

cAtAtAnku ~ sns ~
E eh, apsal lak SNS meng-update blog harini?? Padahal dia salu update hujung minggu semenjak berada d KKB ni.. Apsal ek, apsal?? Monolog perasan sorang2 la ni. Sebenonya ada menda nak citer. tp xmau citer.. Ek eleh.. rasa nak sepak je kan?Taip macam kaf lam nga je! Disebabkan esok ( Khamis : 7.5.2009 ) merupakan presentation paeds saya..maka jantung+hati+usus+perut+otak makin berkecamuk.Takutkah? Tidak, gementar aje. Yela, dah prepared sebulan kan..kan..kan.. Poyo je sns.
Ok lah, kesian kat kome yang bace berbelit2 nih. So cter pasal saya yang asyik terluka je nih.. Kesian sungguh kan. Nak tau, since last week my right index finger had a small cutted ( but deep cut tau, til my superficial skin peel off ) Padan mukakah ?? Next : terpijak sesuatu yang tajam.. so, apa lagi termasuk la dalam tapak kaki ku ini.. Padan muka lagi kan?? . tu cuma intro aja. Sebenarnya 1st week d KKB nih pon dah macam penyakit dah..dari alergy skin kat muka.. pastu kena diarhhea. Smlm pon kena lagi cik diarhea tu mai kat saya..Adoiiiiiii~ ( Tapi kesian lagi kat kawan2 serumah nih, demam on n off..kesian kamo,kesian kamo..)
Kesudahannya, waktu bekpes n lunch saya cuba untuk x membeli d luar.. dinner pulak, kami makan busattt d umah.. ( kena la saya masak kos saya je la melayu tunggal dalam umah ) yang best nya semalam sekali tuk 16 org sekali. So semalam makan speghetti + kek coklat ( Tina buat ).. Hari ni pula, makan nasi ayam jugak untuk 16 org..Habislah umah kami pompuan2 nih bila jejaka2 datang makan kat umah nih.
kek ni mmg sangat2 sedap..2tingkat lagi..ni je y sempat ditangkap wat foto..y lain dah dirembat masuk perut kami2 semua~
Saya sedang menonton Berita Tv3..Aduh, sungguh zalim peragut. Dalam 24jam 2 kes wanita hamil jadi mangsa!! B*d*h nya la peragut nih..Woi..., xhati ke..sakit hatinya..huh~

Note 1 : Luka luaran nampak parutnya...luka d hati?? HTYT~

Note 2 : doakan saya untuk esok ( CEREBRAL PALSY's presentation ).. Mak tolong doakan

Note 3 : Minggu depan bermula ke rumah warga tua untuk attachment : GERIATRICS ( jgn la ada itchy case lagi..sungguh menjengkelkan )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::: AKUAN JANJI :::

cAtAtAnku ~ sns ~
Wah, janji apa la tu..
Bahawasanya saya,
xkan membaca novel yang saya beli minggu lepas hingga saya tamat VIVA~
Minggu depan Rabu dan Khamis adalah penentunya..
Moga2 dapat marks yang sangat gao!
Bertukus lumus saya prepared ( padahal tu baru Paeds, belum lagi Neurology yang kompem
boleh trs koma beberapa jam then ms dan o&g )..

Tolonglah ( sambil tangan menadah macam a beggar je )...
Pastu, Ya Allah..bukakanlah pintu hati saya ni supaya rajin membaca buku perubatan~
Kena juga baca kalau x... exam hancussss weehhhh.. tahniah la nnt kalau kena ulang.
xmau3x...
So, apa y penting?? kerjasama..iaitu : antara hati+otak~
cik heart ke liver...n cik brain...
tolonglah gadis gila ni. kalau dia x belaja, ketuk2 je paler dia nih..
Makanya, mata juga xleh rehat lama2 lepas nih.. 2jam sehari cukup!!
Deal ya.. Moga cik tangan boleh jawap exam dgn cemerlang juga..

Note : There's the will there's way... [s] t [u] d [y] for August~ doakanlah tuk saya!!!

p/s : xda hati..xda perasaan nak balik KKB.. tolong la!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tAg lagi dan lagi... ( alasan untuk tidak membaca seketika )

cAtAtAnku ~ sns ~
Ok, kali ni dr laling aka AnaFArzana yang tersayang tu ;p
Ada award lagi tu.layanzz
tag ni juga ada syaratnya..

syarat2nya adalah seperti berikut..

1. Pastikan jantina anda ialah Perempuan
2. Copy badge sebagai award anda
3. Bagi 7 sebab kenapa bangga jadi Perempuan
4. Passkan award ni kepada girlfriends anda

~Jawapan~

1) Im a single lady.. ternyanyi pulak

2) Maceh atas award itu..sesungguhnya beauty is in the eyes of the beholder~

3) Sebab2 sy bangga menjadi PEREMPUAN..
  • Punya naluri keibuan yang tinggi..kasih sayang yang paling sukar ditandingi oleh lelaki ( jgn marah kaum ADAM )
  • boleh pregnant : anugerah yang xternilai tu.. ( salu touch patient's belly, sukanya saya )
  • ada cuti setiap bulan
  • mmg kena pandai masak kos resepi pngikat kasih sayang family n nak amik ati mak mentua ;p
  • saya sgt disayangi oleh abg saya..kakak2 saya! dan sangat2 diambli berat oleh mereka :)
  • bakal disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki yang saya xpasti siapa!! bangga la jugak tu kan..sebab saya nih susah sgt nak respon kat mana2 laki..sape yang bertuah tu mmg betul2 gao la (gao : bagus/hebat dalam bahasa hokkien) tapi saya x perasan bagus pon k.
  • Disebalik kejayaan sesorang lelaki, pasti ada seorg WANITA dibelakang mereka~ em. Hargailah setiap insan disekeliling kamu yang amat menyayangi kamu wahai jejaka2 sekalian...
4) tag kamoo
  • k.Siti aka khilkhir
  • k.nat
  • k.Adee
  • Hey kamoo yang bergelar wanita...dah baca, silalah jawab~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cover NikOn dan KisAh kami

cAtAtAnku ~ sns ~
Alhamdulillah, mlm td tamatlah keja aka 1st task saya untuk photoshoot(ps). Di Dataran Merdeka tapi yang x syok nya "cedera parah" mata saya melihat ramainya umat seagama saya dengan pelbagai aksi yang langsung tak menyenangkan saya. Thanks untuk abang saya : Nasriq Firdaus sebab hantar+tunggu saya ( actually mana dia kasi saya pergi sorang, last week pon dia membebel2 dlm Ym dan skype sebab saya sorang je girl.syukur mmg xda ape pon berlaku.how sweet he is ). Pendek cerita ps ok aje..cuma part paling mengong sekali bila cover cik nikon nih jatuh masuk longkang.Pengko beno tangan (kata org perak le) saya masa tu. Dah la masuk longkang.Gelap pulak,suluh menyuluh la dengan hp abg saya n incik faiz.Kelakar tapi masa tu saya dah mmg blurr gila gak la.xtau nak wat ape wehh.Then, abg saya suh cari ranting p jolok2.tapi xjumpe, nak xnak amik tripod panjgkan 1 kaki n jolok (sambil abg saya menyuluh lampu).Saya pon kuis2 la dgn tripod bw cover tu ke tepi sket.Tapi masalahnya saya nih kan 'rendang' sgt,tgn pon mana sampai nak p amik.Dah la kotor gila kot2 ada lipas naya la saya ni,kan ke saya ni terlalu 'berani' dgn cik L.I.P.A.S tu.Pastu,incik faiz la celup masuk dah la lubang nya kecik siyan lak dia bersusah p amik..Thnks kat kamoo :). Akhirnya dapat la..happy nya..cuma cover tu saya amik n balut dgn towel kamera. Kemudian kami pulang ke destinasi masing2. Sampai rumah around 12.45am.Makan zinger max then online sampai ke 3.ooam ( mengemel pics kos kamera saya kehabisan bateri : mmg sgt2 sibuk yang terlampau2 sabab saya preparing slides presentation dan membaca syllabus 1st year saya hingga lupa byk menda..haishhh, sns apa nih?? change ur attitute k )Then saya dah x mampu nak stay up mlm td trs ZzzZz n smbung sent pics kol 6.30 ( afta NMI )...then, siap2 untuk pulang ke kg! Tiket shuttle train ke kampar kol 1.00pm.so sempat lagi la saya mengupate blog!!
"zombi" yang suka makan cover nikon tu ;p

kIsah 2 : Ada ke saya keluar dgn abg saya, kamu kata saya berdating?? F.I.T.N.A.H~ Jgn nak tuduh yang bukan2 kalau xtau pape.. ada jugak nak kena sekeh nih..Sabar SNS..huh, kalau saya ada kekasih pon apa masalah kamo??Saya xkan keluar dgn mana2 lelaki berdua semata2 tanpa urusan penting n selalunya saya akan bersama abg saya! Eii,meluat sungguh perangai kamoo! Tq kerana selalu mengambil tahu pasal saya tapi jaga sket perangai tu jgn wat org rase xselesa dgn kamoo~ Maaf kalau terlebih bertaip nih.. Allah merahmati kamoo
!

to : Mr Halim - TQ so much for everythings.Salah silap dan segala kekurangan harap dimaafkan! Update me ye~ May ur works done successfully!

Note 1 : Dah 2,3 ari mak dah prepare macam2 untuk kami anak2 yang akan pulang nih..Mak, tgu ye, ptg nnt kita jumpa.

Note 2 : ari ni ari pekerja..bg student macam saya, boleh x off study sehari? Sungguh, otak saya sgt tepu melihat buku2 perubatan yang terlampau tebal


Note 3 : Post yang lebih santai ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS