CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 18, 2009

..:: si gadis desa ::..

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt ..
Dia gadis Desa,
Cuma insan biasa

Ingin hidup bahagia

Dahagakan senyuman bahagia

Mengharap keredhaanNYA

Yakin dan percaya janji-janjiNYA

Namun,
kadang kala mudah luluh kepingan hatinya
Lembaran baru perlu bermula

Semakin hari semakin baik

Mungkin juga penghijrahan

Tapi lebih baik jika

Yang baik dimulakan seawalnya

Mahu kembalikan nama si gadis desa itu sendiri

Biar desa itu berbau kolot

Asalkan ia masih berjiwa desa!

Desa itu indah,

kerana dari desalah lahirnya pemimpin-pemimpin negara!

Terasa mahu 'lari' seketika daripada SNS, lantas malam tadi terus saya tukar nama di FB. Em, ingatkan tiada yang perasan maklumlah gambar berkain batik takda (apa signifikannya kain batik dan gadis desa?Jarang pon lihat gadis-gadis desa berpakaian begitu), jadi dibiarkan saja. Tapi, memang ada pon perasan sampai tertanya-tanya.Jujurnya, saya perlukan sedikit privasi dan kehidupan yang jauh sedikit dari hiruk-pikuk manusia dan lalang-lalang! Saya sakit hati, saya sendiri perlu rawat hati.Saya takut kehilangan, saya perlu jaga apa yang ada!. Bukan saya tiada nama tapi biarlah saya 'hidup' di dunia gadis desa saya seketika.Andai tiba masanya, pasti saya akan kembali ke SNS.Jangan rindu-rindu SNS, mulai harini hanya ada gadis desa tau. Hihihihi (fizikal saya sangat gembira). Bila saya 'berjalan-jalan' melihat blog-blog kesukaan saya, rindu sangat pada segelintir mereka.Silalah update kisah-kisah menarik kalian! Kisah salju membeku di Moscow (oh, saya rindu tapi rinduku mati di M'sia).

Biarkan saya menjadi pemerhati senyapmu, kamu tak sedar wujudku tapi saya sentiasa seiringan denganmu kerana saya hanya seorang gadis desa! Terlalu banyak lalang dan ulat daun yang wujud di sekitar taman-tamanmu,namun saya tetap menjadi pemerhati jauhmu kerana tiada kekuatan untuk menebas lalang-lalang itu! Ok, cukuplah menaip sesuatu yang sebahagian besarnya kurang dipahami (ni kan blog saya sendiri, sukaJARI sayalah nak taip apakan?) Baiklah, mari tengok koleksi gambar-gambar saya.Dari disimpan sorang-sorang baik dikongsikan? Ni sepanjang saya ikuti show-show dan aktiviti selama 3tahun ni.Memandang pengunjung-pengunjung blog ni rata-rata peminat nasyid kan...

2007 : Dimulakan dengan perjumpaan bersama Sahabat-sahabat Hijjaz (banyak gambar dah hilang sebab lappy rosak+hancusss), perkahwinan K.Atie (penulis lirik Hijjaz Records) perjumpaan pertama Sahabat-Sahabat IKIM di Hotel Lotus dan seterusnya show-show yang sempat diterjah.Zasss, cuma gambar-gambar memang hilang dalam simpanan. (sejak tahun 2004-2007) T_____T
Daurah Nasyid Minggu Ini
Syifa' ft Mohar
FarEast ( 1st time kena marah amik pic masa ni :P )

2008 : Sedikit suram sebab saya sibuk dengan kuliah dan praktikal di Hosp Ampang dan Hosp Kemaman
Malam Gemilang Hijrah (masa ni ulangtahun kelahiran ke 20 saya)
Lepas tu, p minum ramai-ramai dengan A.Epul Mestica (kali terakhir jumpa dia)
Kejohanan Boling Piala Hijjaz
NICE
Pemenang Boling =)
Pastu Saujana belanja makan di Kg Baru =)
Gath In The Garden (GITG Saujana)
Muadz
Devotees =)
Jamuan raya
2009 : Diam seketika...Balik dari praktikal di Hospital Kemaman, sibuk dengan kuliah sebulan di kolej,dan sambung praktikal di KKB. Cuma terlibat dalam Nasyeed Underground Vol 1, Kembara Amal Unic Qlate dan beberapa show-show berdekatan
Di Stadium Kajang
Hampir setahun tak tengok diorang!!
UNIC
Ni masa ke terjah rumah a.Pali Unic =)
Saujana di show ramadhan Ampang Point (Parked keta di Ampang Park :P)

Nota 1 : Saya selesa di kampung! Saya gadis desa, yang taknak dikatakan lupa asal usul =) Cuma, perlu lagi perbaiki kesopanan dan tatasusila :P

Nota 2 : Saya paling pantang kalau orang cakap saya minat orang-orangnya! Tolonglah, mereka hanya artis atau penasyid di pentas.Di luar, mereka juga boleh menjadi kawan kan? Bukalah minda anda! Dan, jangan sesekali menggunakan nama saya untuk mendekati dengan mereka. Saya hanya seorang menyokong dan pendengar secara diam-diam juga.(Banyak kali nama saya disebut-sebut semata-mata ingin kenal dengan artis tu, tapi tolonglah hormat privasi saya!) Saya hanya si gadis desa yang sangat biasa!


P/s : Nak amik pic boleh, cuma bagitau je saya dulu. Saya lebih suka jika diminta izin dulu =).
Ada lagi sebahagian aktiviti saya di sini . Sesetengah tak dapat nak ditunjuk, biarlah jadi koleksi peribadi saja. Harap-harap blog tak terlalu loaded dengan pics je!

Jantung Hatiku : Kadang-kala tak perlu menjadi terlalu ke hadapan dan teriak yang kita hebat menyokong, tapi cukuplah sekadar sendiri dan Allah tahu yang sebenarnya kita adalah setia bersama mereka secara hollistiknya =)


Thursday, December 17, 2009

menjangkau usia 23

~ sns cerita tentang ~
Salam Alaik...

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Alhamdulillah, masih dihidupkan Allah. Entah kenapa malam ni terasa terlalu sayu, mak ajak berpuasa hari ni. Penutup hari tahun 1430H, dalam hati memang dah niat puasa untuk pagi ni. Pejam celik, dah 1431 tahun penghijrahan Nabi Allah ! Sungguh, saya benar-benar terusik hati dan hampir saja menitis air mata. Sedang kita asyik leka di dunia yang entah bila akan berakhir, tahun baru hijrah sangat-sangat terkesan di hati. Walaupun tidak berada di zaman Rasulullah, tapi semangat dalam hati perlu ada!Bukan sekadar lafaz di bibir, bukan sekadar pena menari dan jari berlari menyatakan 'Salam Ma'al Hijr' tapi biarlah qalbi sama-sama merasai dan menginsafi serta memperbaiki diri. Saat menaip nih, jantung saya sangat berdengup kencang!

Besar pengertian tahun baru hijrah berbanding tahun baru masihi. Mengikut perkiraan, saya sudah menjangkau 23tahun pada 1431H ni. Tapi, terasa seperti kanak-kanak lagi dari segi akhlak dan peribadi malah pemikiran juga agak cetek. Bulan kelahiran Islam saya adalah pada 13 Jamadil Akhir 1408 Hijrah iaitu jatuh pada hari Selasa.Jadi jika dikalkulasikan menjangkau 23 kan? Bila tengok nombor tu rasa sedikit sangat amalan yang ada, entahkan banyak yang mendorong senget ke kiri saja! Allahuakbar! Selagi ada waktu, perbaiki cacat cela yang ada.Ayuh, bukan kerana awal tahun saja tapi kerana mati itu pasti.Moga dengan izinNYA kita mampu untuk menjadi hambaNYA yang ditetapkan iman!

----------------------------------------------------------------------------------
Ayuh kita membaca :

Doa akhir tahun: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.Amin..."

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Doa awal tahun : dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.Amin..."

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

SALAM MA'AL HIJRAH 1431H
Moga terus istiqomah di jalan Allah SWT =)


Jantung hatiku : Ya Allah, tetapkan aku ke jalanMu.Moga hatiku tidak dikotori dengan hasutan syaitan latnatullah...

Sunday, December 13, 2009

I'm the next biggest loser ;P

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt...

*tercungap-cungap sedikit bersama perPELUHan di dahi dan belakang*

Segala pujian-pujian hanya untuk Allah, penat nih baru lepas jogging setempat kat ruang tamu bawah. Ye, tak tipu tau.Dah hampir 3malam saya bersenam dengan kakak lepas jam 11pm, akak memang setiap malam tapi saya baru je nak mula sambil tengok 'The Biggest Loser Asia' lagi tu, ikut senaman bersama-sama.Maklumlah, selera makan pon dah ada balik (no more aneroxia). Tapi yang tak bestnya, asyik makan lepas jam 8pm! Tak eloknya tabiat macam ni, jadi apa yang boleh dibuat selain bersenam je la untuk membakar simpanan yang tak diperlukan. Sebetulnya, saya takdalah harap nak kuruskan badan, cuma nak 'dapatkan' balik fitness yang makin lemau.Mana taknya, kadang tu jalan tak sampai 5km dah rasa penat.Sejak habis praktikal di KKB dulu, mana pergi jogging dah. Maka, berjogging di dalam rumah adalah cara yang terbaik kan? (angguk je la walau tak setuju, hehehe)
Hujung minggu ni, saya tak ke mana pon. Yela, selalu setiap hujung minggu asyik merayap je kan.Balik-balik pergi menembak, jadi untuk minggu ni saya cuma nak rehat puas-puas di rumah.
Semalam (Sabtu) akak ke pejabat, malam tu dia dah pesan siap-siap suruh saya sapu+mop rumah. Jadi, bagi memenuhi permintaan (memang selalu pon buat tanpa disuruh k) saya pon lakukan je la. Sapu+mop ruang tamu bawah->ruang makan->dapur->bilik-bilik atas->ruang tamu atas->tangga->pintu depan serta buang sampah.Penat tau tak, sebab kejap-kejap naik atas check lappy! dowh, memanglah tak senonoh buat kerja macam ni. Tapi tujuan utama naik turun ke bilik atas adalah baldi yang terisi pewangi lantai ada di bilik air atas.Malas nak bawa turun baldi sebab nanti akhir sekali bilik atas nak dimop juga, jadi saya sendiri jelah turun naik dengan batang mop tu je, kan senang.Kira bersenam jugalah kan.(sila setuju je).
Selesai semuanya, bersolat zohor dan alhamdulillah sempat membaca semuka dua kalam Allah.(tak sabar nak khatam lagi).
Penat mengemas masih ada lagi, lepas minum nescafe O semug, saya pon terbongkang atas katil.
Bahagian ni yang paling saya benci, mimpi lagi.Mimpi ngeri sangat, tapi saya syak mungkin ada kaitan dengan perbualan saya dengan kakak 2hari lepas.

2 hari lepas, malam...(masa tu saya sedang menonton tv dan kebetulan iklan filem Santau).

kakak : filem ni dari real story
(terus saya lari ke akak yang ada di meja makan,masa tu memang terasa seriau dan bulu roma berdiri tegak je)
SNS : Haa, yeke? Tapi kita teringin nak tengok.Mana akak tau?
kakak : kita dengar kat Hot.Fm pagi tadi, diorang ada interview pasal filem ni. Nasiblah kita dalam kereta tapi seram jugalah.
SNS : Tapi kita memang teringin sangat nak tengok.Kalau ajak u memang u taknak.hehe

sambung pasal mimpi tadi eh..
Alhamdulillah, masih bernyawa saya ni.Terjaga dari tidur petang tadi (sebolehnya saya taknak tidur sebab saya selalu akan sakit kepala yang teramat bila tidur siang), tapi memang dah tak bermaya sangat walaupun banyak kafein dalam badan.Tak lut pulak rasanya penangan cik nescafe tu, mungkin tak berapa nak 'power' kot. Saya bermimpikan, berkaitan dengan makhluk halus ni. Nauzubillah min zalik, minta jauhlah dari saya dan keluarga!
Sekarang masih berfikir, mau tengok lagi ke tak filem Santau tu. Saya suka filem seram, tapi 1 je la masalah saya sangat BERANI dan takda sapa nak diajak tengok T___T. Akak tak suka tengok sebab dia ada deria ke-6, dan sangat 'friendly' with those things, poor her. K.La, memang jauh beno la kalau saya nak ajak kan?mustahil tu, tapi kalau ajak pon memang dia taknak.Dia tak suka.K.Mila pula, dia suka tengok tapi lately dia sangat bz dan bercuti dengan familinya.K.Zati ada di Surabaya, dan akan ke OZ, NZ, Abu Dhabi dan Dubai. Jadi, tinggal saya sorang je lah cikgu (ceh, macam iklan je). Nak ajak mak dan abah? Waaaa, jauh panggang dari api. Jadi, sesiapa yang suka filem seram dan mahu menonton bersama saya, jomlah (ajakan yang betul-betul ni). Walaupun kebarangkalian yang sangat tinggi ketika menonton, pasti saya hanya tonton di celahan jari atau mendengar suara.Cukup memadai. ;P Jomlah...

Disebabkan ketakutan petang tadi, saya hanya duduk di bilik atas ni je la sampai kakak pulang. Dan sekarang sudah lewat 1.23am ni, taknak tidur! Mau membaca sesuatu. =).
Nasib, 'mini library' ada di ruang tamu atas. Jangan haraplah saya nak ke bilik bawah membaca koleksi buku yang ada sebab saya kan berani sangat.lol.
Tara, ni sebahagian dari koleksi K.la, dia kan pencinta ilmu.Ada yang dikumpul sedari belajar di US dulu dan kini setiap kali pulang dari Saudi, kami akan ke toko-toko buku untuk menambah koleksi. Yang ni (abaikan komik Conan tu ek, tu abang punya.hehe) hanya di ruang tamu atas je, dalam bilik bawah dan atas ada juga. Saya hanya membaca, hanya membeli beberapa saja.Pengumpul utama adalah K.la.K.la, cepatlah balik Malaysia.Rindu sangat T__T. Saya kan pembaca percuma yang tegar di MPH (MV) sambil bersila di lantai. Siapa yang rasa malu keluar dengan saya, dipersilakan JANGAN AJAK ye! hehe.. Oklah, nak sambung membaca (dah 2x sebut tapi asyik menaip lagi, ;P memang syok sendiri..)

Nota : Alhamdulillah, nasib baik tak beli tikus baru. Hikmahnya susah mencari tikus baru di MV minggu lepas. Tikus pink dah sihat, horay!!. Dah hampir seminggu ia sakit, dan hujung jari ni sensitif sangatlah bila guna yang di lappy ni. Kadang tu kena lapik dan balut 3jari (telunjuk, tengah dan manis) semata-mata sakit bila sentuh.Aduh, sang tikus jangan sakit lagi ya.

P/S : Mau berjogging di Bangi lepas subuh pagi ni.. yeah~ Moh kite!

Jantung hatiku : Tuntut ilmu di mana-mana, pembelajaran itu sepanjang hayat bukan terhenti bilamana seseorang itu tamat menuntut di institusi. Ilmu itu luas, bukan hanya dari kitab,kalam mahupun buku tapi ia boleh ditambah dari pengalaman! Ayuh, tuntutlah ilmu walau ke negeri China.

Friday, December 11, 2009

hari 2 jejaka

~ sns cerita tentang ~
Salam alaik..

Entry Khas Buat
1.) Annas B Zainal Abidin
2.) Muhammad Haziq Abd Karim

Selamat UlangTahun kelahiran...
Buat Annas ke 21 tahun
Buat Haziq ke 20 tahun
Moga panjang umur,
Murah rezeki,
Berjaya dunia wal akhirat..
Menjadi insan yang berguna
untuk agama,
untuk bangsa,
untuk keluarga,
untuk diri..
Moga persahabatan kita
mekar,
subuh,
dan
diberkati Allah.
Andai tersilap perbuatan,
tersalah tutur bicara,
terguris mana..
Friendship forever!!
Maaf dipinta (dah macam raya la pulak ;P)
Annas n me pada raya 2005
Haziq =)

P/s : sangat mengantuk, sorry guys kalau terlalu ringkas!

Wednesday, December 9, 2009

hiding inside the shell

~ sns cerita tentang ~
Salam Alaik...
If I could ..
Throw away my burden
I might be the luckiest girl
But it stuck in my mind that I could never escape from it
I wonder why…
I keep rambling and monologue in my heart
“keep marching toward success”
Just to comfort myself

If I could ,
Worry no more about my trouble
I would be the happiest girl
Will that ever happen?
I often ask myself,
Sadly the question is left unanswered…
I cried silently in my heart
To ensure no ones could hear and see my tears

As the time goes by..
I only trust in Allah.
my forehead on the ground
To show my thank to Him
Fullest of hope that HE might accept
And give me strength to continue my life

I soon understand partially of it
I Cannot be avoided
And they are the teachers who will guide me
As I continue every step into the future
Although it is hard but I know
Allah does not burden a soul with more than it can bear.

Wanna be a secretive but
at the same time needs to share everything.
Tired to think !!! Shut my ears and eyes.
Don't ask me why because I've zero answer for you
Ask me nothing. T__________________________T

Thursday, November 26, 2009 at 12:42am (FB's Note)
----------------------------------------------------------------------------------
Yesterday, my status stated ' small is not a WEAKNESS (angry) .... and YOU, dont judge me from my physical features !! small is cute (smilling and hiding inside the shell like a turtoise) '

I hates when people simply can judged me based on my physical appearance! Hey, don't you think that was so BAD. I am not that small, so that YOU can bullied me as you like. I do have feelings, and just because I didn't shout and yell, you can called me WEAK. What YOU give, YOU get back, not from me but insyaAllah Allah is Almighty!! May Allah Bless YOU.
jom menyorok...

Okay, ignorance is bliss.Let's enjoy my new theme song, it's dedicated from my BFF (Sherrin).
Kind of simple song but i do have my own interpretation on this lyric! First thing crossed in my mind definitely not a LOVE song ya, but a FRIENDSHIP.
What can i say about this lyric is something like " in this world, sometimes we NEED a friend to rely on no matter how hard our life it is. I love to be alone but not the feeling of LONELINESS, I do need a friend to share everything that could be shared with.Em, alhamdulillah I have YOU. "If I had to sum up Friendship in one word, it would be Comfort. ~Adabella Radici "It takes a long time to grow an old friend. ~John Leonard"
Thank you, and now I can tell you that TWO IS BETTER THAT ONE."

Two Is Better Than One

I remember what you wore on our first day
You came into my life
And i thought hey
You know this could be something
'cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now i'm left with nothing
So maybe it's true, that i can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time, to figure out the best in my life
And you've already got me coming undone
And i'm thinking two, is better than one

I remember every look upon your face,
The way you roll your eyes, the way you taste
You make it hard for breathing
'cause when i close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
And finally now, believing

And maybe it's true, that i can't live without you
Well maybe two is better than one
But there's so much time, to figure out the best in my life
And you've already got me coming undone
And i'm thinking two, is better than one






Note : You are Sherrin, You are AnaFarzana, You are K.Siti. You are K.Natt You are all my blog readers included the silent readers! Hey, Thank you so much. This entry i dedicated to all my lovely friends like YOU. Million thanks T___T. Allah...Allah...Allah... TQ Allah.

Jantung hatiku : In everyone's life, at some time, our inner fire goes out. It is then burst into flame by an encounter with another human being. We should all be thankful for those people who rekindle the inner spirit. ~Albert Schweitzer

Monday, December 7, 2009

JJCP (jalan-jalan cari pasal)

~ sns cerita tentang ~
Salam Alaik..

Peristiwa : Hari Keluarga Sahabat IkimFm (ke 2)

Lokasi : Bagan Lalang Beach Resort, Sepang

Tarikh : 5 & 6 Desember 2009

Muqadimmah : Saya secara tidak langsung menyertai Kelab ni sejak 2007 pada perjumpaan pertama di Hotel Lotus, mulanya untuk ambil gambar dan dari situ saya kerap mengikuti aktiviti yang dijalankan mengikut kesenangan masa saya.Hari Keluarga yang pertama di Teluk Senangin, Lumut sempat saya ikuti di hari terakhirnya dan konvoi bersama-sama Syifa', Hijjaz dan Saujana ke sana. Tapi setelah lebih setahun saya kurang bergiat dalam sebarang aktiviti nasyid, sebab utamanya kesibukan belajar dan praktikal di Hospital Kemaman buat saya jadi sepi di dalam dunia hiburan saya. Dan alhamdulillah, setelah konvo ni terasa nak aktif balik sebelum mula sibuk bertugas di hospital, insyaAllah.
----------------------------------------------------------------------------
4.12.2009 : malamnya saya berangkat ke Nilai untuk ke rumah K.Ina Sepang.Pakat dengan K.Nur dan konco-konconya, kira-kira 9.40pm tiba di Stesen Komuter Nilai.Dalam jam 10pm supir kami (Van yang dipandu oleh Hafeez dan co-pilotnya Azmir serta k.Ina) datang jemput kami, bersardinlah kami dalam van tu yang memuatkan 10orang. Tiba di rumah K.Ina kami makan+sambut birthday Ajwad dan buat hamper.(Saya buat 5 hamper sorang-sorang tau.eheee) Dan lewat malam selepas sesi ta'aruf sesama kami, mata pon minta beradu dan ZzzzZz = _ =.

5.12.2009 : Bersubuh agak gajahlah sebab masing-masing kepenatan dan ada yang tidur 'seawal' 6am. Usai mandi dan siap-siap, jam 10am kumpulan pertama ke lokasi kejadian.Kami yang lewat siap ni (ye la, duk tunggu giliran nak mandi siap ada yang p potong line kami) kumpulan ke 2, dalam jam 11.15am jugalah kami gerak ke sana. Sampai dalam jam 12noon, kami ke bilik dan berdaftar+rehat hingga jam 2pm untuk sesi ta'aruf.Tapi setiba kami ke sana, dah ramai yang sampai terutama yang bekerluarga(kami yang solo+tak bape nak laku). Dalam 2.3pm bersesi taaruf yang ringkas (oh, saya bukan camerawomen tau), berkenal-kenalan juga dengan artis-artis yang terlibat antaranya ForHeart, InHeart, ShahiranMisk.Sebahagian lagi belum sampai lagi, dan bagi memenuhi masa senggang yang ada kami semua dipertontonkan vodeo aktiviti kelab SahabatIkim tu sendiri.(tengok muka sendiri 2 tahun lepas walau tak banyak..lucu juga) Petang, selepas solat asar, sesi memberi nama untuk sukaneka esok pagi (saya masuk acara...em, tunggu eh nanti saya bagitau) kami pon bersiar-siar di tepi pantai. Saya ingat nak tunggu en sunset, tapi lambat sangatlah nak tunggu dan habis je ambil gambar laut saya pulang ke bilik dan siap apa-apa yang patut untuk maghrib dan tazkirah. Malamnya pula selepas solat isya' kami bersantapan dan kira-kira jam 9.30pm bermula mini konsert nasyid.Antara artis yang ada termasuk yang telah saya senarai tadi All One dan Destiny. Majlis diselangseli dengan silap mata, cabutan bertuah dan sambutan harijadi anggota Saufee. Dalam jam 12.30 masing-masing dah kumbeh(beransur) ke bilik masing-masing. Selamat malam dunia....ZzzZz
Subhanallah =) saya sangat suka
Subhanallah..
Antara yang ada.. *spot me!!
ForHeart
Destiny
Inheart

6.12.2009 Dah tak subuh gajah macam kelmarin,ehe..alhamdulillah.Mandi+solat+sarapan dan kira-kira 8.30am kami berkumpul di pantai untuk sukaneka. Acara pertama : Makan besar ( peserta kena makan 1 pinggan yang berisi macam-macam makanan dan di akhir garisan pula ada 1 pinggan terisi cumi dan buah dukong) Pemenangnya, haaa kena tengok saiz badanlah..huhu
Acara ke dua : anyam ketupat ( yang saya tak masuk, mana saya reti.Ketupat pon bukan suka sangat makan, saje je buat-buat belajar malam sebelumnya.;P)

Kemudian, acara 3hati 1 jiwa : Yang ni saya masuk bersama K.Nur dan Su, tapi kami kalah sebab tali kami putus.Ceh, malu je.Saya tak suka kalah tau.haha, semua yang duk tepi pakat gelak berjemaah kat kami.

Acara tiup belon : ala ni biasa-biasa je, saya menang no 4. Ok la tu kan, dapat juga hadiah ( tapi padan muka tertinggal dalam dewan. T____________T)

Boling : pon saya kalah..muahahahaa, zaman kekalahan saya!

Acara : Jauh-jauh disayang (ye kot nama game ni), paling menTERUJAkan semua sebab lepas je habis main semua pakat dok campak belon air kat orang, kena saya juga.Habis kotor air pasir kena baju dan tudung asalkan tak kat baby nikon saya OK lagi. ;P

Acara keluarga : Jigsaw puzzle, yang ni dah tentu-tentu saya tak masuk, dah la masih solo yang tak bapa lakukan.lol..
.
12.30pm : acara penyampaian hadiah dan ada tetamu terhormat iaitu pengerusi NISA Malaysia ( Dr Rosmi Adam) dan usai majlis kam
i bergambar dan bersantap. Solat Zohor dan jam 2.20pm kami meninggalkan jejak dan kenangan di Bagan Lalang.
taraaa
Boling
Ni main belon air.
haa,ni la yang saya masuk.hehe
penyampaian hadiah
gadis2, mak2,kanak2 perempuan
jejaka2

Nota : Abaikan tatabahasa entry ni, penat dan kurangnya pemerahan otak untuk susunan ayat yang lebih teratur. Keseluruhan saya agak seronok sebab TERUJA dengan persembahan InHeart dan games yang lucu walaupun saya kalah.muahahaha
Gambar [KLIK]

Nota 2 : Dalam keseronokan, saya ada kisah sedih juga cuma di entry yang lain sajalah kalau saya terasa nak berkongsi. T____________T


Jantung hatiku : Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah.Bukan kerana paras rupa, harta dan pangkat tapi semuanya atas 1 agama dan rasa kasih sayang sesama agama. Moga ikatan yang terjalin kekal ke akhirnya.

Thursday, December 3, 2009

Selamat Berbahagia K.Ismy

~ sns cerita tentang ~
Salam Alaik..


Cerita yang dah agak basi, tapi rasanya takda tarikh luput kot.ehe. (nak tutup 'kesalahan' sendiri). Oklah, takda apa nak dibebelkan panjang-panjang.

Peristiwa : Majlis Perkahwinan Ishliah (K.isMy SH) dan Aidil Azri.

Tarikh : 22.11.2009


Tempat : Sijangkang


*K.is ni bekas Setiausaha Komuniti SahabatHijjaz dan kami selalu ke show-show Hijjaz or mana-mana artis nasyid yang kami sempat pergi sama-sama =)
Apa kata kita lihat foto-foto sajalah bagi mereka yang tak berkesempatan hadir tu.Hanya gambar terpilih yang dimuat turun di sini. Untuk pengetahuan, majlis ni dibuat di kedua-dua tempat lelaki dan perempuan. Usai makan di kediaman pengantin perempuan, terus ke kediaman pengantin lelaki.Maklumlah rumah berdekatan.Dalam 1 hari, 2 kenduri.hehe.Pakaian sama tapi tempat berlainan,jimat kan.
final touch-up
berarak ke pelamin
persandingan di rumah pengantin perempuan
Keluarga pengantin perempuan
senyuman manis pengantin =)
di meja santapan
=)
saya dan K.Norma wakil yang datang..=)
menuju ke rumah pengantin lelaki
ketibaan di kediaman pengantin lelaki
erat kukuh tangan digenggam seiring langkah
kediaman pengantin lelaki
santapan ke-2
terimalah lagu ni..


..:: Selamat Pengantin Baru buat mempelai.
Moga berbahagia ke akhir nafas kalian ::..