Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Showing posts with label ucApAn*. Show all posts
Showing posts with label ucApAn*. Show all posts

25 : Cabaran dan Kekuatan

Assalamu'alaikum wbt...

Approximately kidney function is 8%. Yes, which mean patient needs to do dialysis. Either hemodialysis (HD) or peritoneal dialysis (PD). HD is known as 'cuci darah' where PD is 'cuci air'.

4 Feb 2013
The day that doctor ask my whole family members to come to hospital for a consultation session regarding condition of abah's kidney. Hm, like 3 years back when doctor told us that abah got tumor, rasa seperti jantung jatuh sedalam-dalamnya and yesterday as mentioned above, hanya 8 peratus fungsi buah pinggang abah berfungsi kesan dari ubat-ubatan dan penyakit kencing manis. Kami redha tatkala doktor menerangkan keadaan itu dan kami dikehendaki menghadiri sesi kauseling berkaitan dialisis di Unit Hemodialis untuk memutuskan samada PD atau HD dan memandangkan abah ada sejarah berkaitan masalah jantung, PD adalah pilihan terbaik kerana ia kurang memberi tekanan dalaman berbanding HD dan ada beberapa lagi kelebihan PD untuk keadaan abah.

Hampir 30minit kami diterangkan berkaitan PD : CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis) dan APD (Automated Peritoneal Dialysis). Sepanjang itu jugalah hati saya bagaikan pecah berkeping-keping, andai mampu beri buah pinggang sendiri, akan saya lakukan. T__T. Allah duga lagi tapi mestilah DIA Maha Tahu saya mampu laluinya.

Ya, semua orang punya masalah tapi jangan anggap ia masalah tapi cabaran untuk menjadi hambaNYA yang lebih cemerlang. Tangan tak mampu menari lagi :(.

5Feb 2013

Terima kasih sebuah ucapan, lambat tetapi diri ini terlalu menghargai. Walaupun beratus-ratus ucapan yang diterima tetapi ingatan dari insan istimewa adalah istimewa. Tipu kalau diri ini tak menunggu, tapi akhirnya menerima juga. Terima kasih.

2 Feb 2013

Genap 25 tahun usia, sentiasa mengharapkan menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama dan ummah. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan mengingati. ALLAH saja yang mampu membalas.

JH : Problems are like washing machines, they twist us, spin us & knock us around but we come out cleaner, brighter & better... InshaALLAH :)
Don't cry on your pillow for that will not change a thing. Get up & cry in Salaah before Allah and you will soon see a change in many things.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan Kareem 1433h

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalmua'alaikum wbt

ALLAHuakbar! ALLAHuakbar! ALLAHuakbar!. InshaALLAH, 1 Ramadhan jatuh pada 20 Julai 2012 di UK. Awal sehari dari Malaysia, sementara menunggu waktu Isya' sekitar 10.28pm ni untuk terawih sengaja ambil kesempatan untuk kemas kini belog. Pertama Ramadhan yang berjauhan Benua dengan keluarga terasa sunyi menghimpit hati tapi kehidupan harus berjalan dengan baik san saya ak berhajat menaip panjang.

Selamat Berpuasa untuk semua
Moga Ramadhan ini yang terbaik untuk kita
Maaf atas salah silap
Ini senarai impian Ramadhan saya tahun ini.
Ditulis pada 23 Jun 2012.
Moga tercapai :)
Juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
berbanyak-banyak TAHNIAH buat adinda Nor Atika atas graduasinya hari Selasa lepas.
Moga ilmu dan kejayaan diberkati dan berguna untuk ummah.
Sayang Tika kerana ALLAH.
Tahniah!
Selamat berjaulah dan berpuasa di Mesir. Doakan akak ya!
Moga Ramadhan di UK, berpuasa hampir 19jam ini memberi lebih banyak keberkatan! Kurangkan tidur, kuatkan hati untuk beribadat kepada ALLAH. Permulaan untuk bersihkan hati dan untuk hari mendatang inshaALLAH.

JH : InshaALLAH, nanti saya cerita tentang Ladang Lavender ye untuk entri seterusnya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

E M A K ♥♥♥

Assalamua'laikum wbt


Selamat Hari Lahir ke 66 pada 19 May 2012.
Sentiasa mendoakan kesihatan, hati yang tenang dan kebahagiaan untuk  Mak
Cengeng! Memang cengeng = kuat menangis. Cop, sebenarnya sejak duduk UK lah baru mula berjinak-jinak terasa betapa senangnya nak mengeluarkan air mata.

Al-kisah, pagi tadi lepas siap kerja-kerja, terus telefon mak padahal baru 3 hari lepas telefon. Mak masih demam dan batuk, lagilah bertambah pilu di hati. Dengan malu-malu, sebelum tamatkan perbualan cakap ini kat mak 'Selamat Hari Ibu, Mak'. Lantas mak menjawab 'terima kasih banyak-banyak' dan seiring itu, air mata saya pun laju je keluar.

Saya sayang mak saya, sayang sangat walaupun jarang saya cakap padanya tapi saya sangat menyayanginya. Sakit dia, sakit jugalah saya. Gembira dia, gembira juga buat saya. Tak tau apa perasaan saya sebenarnya, sedih sebab tak dapat bersama dia di bulan Mei ini (hari jadi dan juga Hari Ibu), sedih bilamana rasa belum lagi menjadi anak yang baik untuk dia tetapi masih mencuba untuk menjadi dan terus menjadi bahkan dia antara idola untuk saya menjadi sepertinya.

Bukankah saya pernah berazam nak jadi suri rumah yang berjaya? Oh itu perlu minta izin suami nanti, abaikan dulu. Tak terungkap setiap satu pengorbanan mak, segalanya mak buat untuk saya (dan anak-anak lain serta untuk suami). Jadi pendoa yang setia, jadi Chef, jadi doktor, jadi guru, jadi pemandu dan sebagainya. Dasyat!!! Sungguh tak termampu membalasnya, cuma hari-hari yang wajib solat akan saya peruntukan doa-doa yang baik-baik untuk dia. Berusaha untuk tidak heret dia ke arah neraka dengan akhlak yang tidak baik. Saya mencuba...

Mak, kerana setiap doa-doa maklah Siti kuat di sini. Mak, Siti sayang sangat mak. Maafkan jika tidak berupaya membahagiakan mak :(. Selamat Hari Ibu untuk Mak yang tersayang. Selamat hari lahir jugak!

#Sentiasa juga saya berdoa agar mampu menjadi seorang menantu yang baik kelak untuk mak mertua saya. Buat ibu-ibu dan bakal ibu di seluruh dunia, kalian hebat. Selamat Hari Ibu!

##Mak redhakan kami anak-anak mak ya, halalkan segalanya T___T. Sayang Mak lillahi ta'ala ♥♥♥
Rindu!

Mak peminat Prof Dr Muhaya :)
JH : Tak salah meraikan hari ibu, bahkan hari-hari adalah hari ibu dan berusahalah menjadi anak yang soleh wa solehah kerana ALLAH untuk mereka. Itu saham yang terbaik untuk membantu mereka ke Syurga inshaALLAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Z di bulan Mac

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

9pm (UK), 12am (Saudi), 5am (Malaysia).


I love all my sisters :)

Bulan Mac ada 2 hari penting, pertama 8 Mac merupakan hari lahir K.Zati dan 22 Mac hari lahir K.La. Selamat ulangtahun kelahiran buat kedua-dua kakak saya yang tersayang. Memandangkan saya tak berkesempatan untuk mengemaskini pada 8 Mac lalu, saya rangkupkan dengan tarikh lahir K.La.

Buat K.Zati Sariana (8 Mac) : Siti doakan agar dipermudahkan setiap urusan K.Zati dunia dan akhirat. Moga Allah redha setiap usiamu. Sayang K.Zati kerana ALLAH :).


8 Mac 'Hari Wanita Sedunia'
Dan Selamat Hari Jadi K.Zati

Buat K.Zasriati Azla (22 Mac) : Semoga terus berjaya dalam kerjaya dan murah rezeki selalu. Datang UK tak? hehehe. Sayang K.La juga kerana ALLAH :)
Stonehenge, UK -2011-
K.La, Saudi - UK (tak jauh sangat :P). Marilah ziarah Siti.

JH : With love from UK... Rindu sangat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Pengantin Baru K.Sarah

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Saya berpegang dengan kata-kata ini 'andai mahukan kegembiraan dan kebahagiaan, kita perlu mendoakan serta sama-sama merai dan merasai kegembiraan dan kebahagiaan orang yang kita sayang'. Sungguh, ia sangat terkesan dan mampu dirasai ke dalam hati. Kita mampu menyerap kegembiraan orang lain :)

Al-kisah, Khamis malam Jumaat yang lalu selepas Isya' seorang sahabat dan merangkap kakak kepada saya selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. Kisah cinta mereka? Ajaib tetapi biarkan nanti diceritakan oleh cik puan badan sendiri. Bagi saya, antara kisah yang patut dicontohi :).

Saat-saat majlis akad nak bermula, saya di kejauhan ni pun merasai debaran yang melampau-lampau (drama sangat kan?) tapi itulah yang dirasai. Gugup dan jantung mengada-ngada mengepam laju :p. Walaupun tak berkesempatan Skype dengannya, tapi alhamdulillah ada yang mengirimkan detik-detik indah beliau melalui WhatsApp :).

Cuaknya muka, memang macam tu ek kalau dinikahkan? :P

:)

Sah sudah! Alhamdulillah =)

Walimatur urusnya 17.3.2012
Pulchritude! Subhanallah, bahagia terpancar kan?


Aku terima nikahnya....

Buat K.Sarah Azizul, Selamat Pengantin Baru bersama pasangan En. Wan Ahmad Fadhli. Moga ingatan suci ini diredhai Allah dan seluruh insan yang menyayangi kalian. Moga bertambah iman dan semakin kukuh kasih sayang. Moga berkekalan bahagia hingga ke Syurga serta SELAMAT MEMULAKAN PERCINTAAN kalian! Walaupun tak dapat mengelap peluh debaran, walaupun tak mampu meraikan hari bahagia kalian namun sentiasa mengingati dari jauh. Buat K.Sarah, sayang akak kerana Allah. Moga murah rezeki dan doakan kita juga di sini ya :).

Kosa kata : pulchritude = beauty = prettiness = loveliness = fairness = comeliness

Nota : Video boleh dimainkan bila transfer ke lappy :) Alhamdulillah, rezeki nak dapat tengok.

JH : Moga saya kooooooool lah bila tiba saatnya nanti. :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 cerita di bulan 2, hadiah daripada ALLAH

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Terlebih dahulu mari kita sama-sama berselawat kepada junjungan besar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّد. Terabai seketika blog ni, hari ke 10 di bulan Feb. Ini entri pertama. Tiada input sangat yang hendak dikongsi. Sekadar cerita basi-basi. Sejak kebelakangan ni sering tidur seawal 9 malam dan berjaga malam seketika, jadi saya rangkupkan 2 cerita sekali untuk kali ni. Moga terubat rindu buat yang selalu singgah di sini. Moga ALLAH merahmati kalian.

1) 24 tahun sebagai SNS

=)

Alhamdulillah, genap 2.2.2012 lalu merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke 24. Segala kesyukuran dirafakkan kepadaNYA yang masih memberi izin untuk bernafas dan berkhidmat untukNya. Infiniti puji-pujian ke atas ALLAH SWT untuk segala nikmat yang diberikan. Yang pahit itu ubat untuk kecekalan, kesabaran, kekentalan dan semangat untuk terus bersyukur. Yang manis itu untuk berterusan syukur.

Sebetulnya tepat 7.35pagi pada 2 Feb 1988 merupakan waktu saya keluar dari perut mak. Berberatkan 3.9kg, itu satu kesakitan dan keperitan seorang mak untuk melahirkan anaknya. Setiap kali saya lihat bayi dilahirkan, hati saya pasti terkesan dan teringat pada mak. (aish, mulalah nak homesick ni), jadi koreksi diri sendiri, jangan sesekali menyakiti hati mak dalam sengaja mahupun senyap. Ya, kita bukan sempurna tapi berusahalah tidak melukakan hati mak kerana selagi kita belum menjadi seorang isteri Syurga kita di bawah tapak kakinya bahkan bila sudah berkahwin, jagalah hak-hak mak kita. Peringatan untuk diri sendiri khususnya. Paling mudah, titipkan doa-doa yang baik untuk mak, selalulah berhubung dengannya tak kira dengan apa juga kaedah dan cara. Orang tua kita tak pernah mengharapkan balasan wang ringgit tetapi lebih kepada luangan masa, kasih sayang dan ingatan.

Buat mak : Zalekha Bte Ramly, Siti mohon maaf selama keberadaan di muka bumi ini banyak menyakiti dan melukakan hati mak. Maaf andai belum mampu membahagiakan mak sebaiknya dan mohon keredhaan untuk setiap saat hidup Siti ni. Doakan Siti selalu dalam tiap solat mak ya. Terima kasih untuk segala-galanya (Chef, doktor, pakar nutrisi & diet, driver, cikgu dan segala-gala yang mak lakukan untuk Siti), tak terbalas tiap satunya tapi Siti berusaha untuk menjadi anak yang taat kepada ALLAH dan mencuba untuk membahagiakan keluarga kita.

Buat abah : Halalkan segala rezeki dan pengorbanan yang abah lakukan selama ini. Mungkin selama ini Siti belum mampu meluahkan apa-apa ungkapan yang istimewa secara lisan tapi abah tau kan, sentiasa ada di blog ini :). Anak abah ni pemalu yang amat nak cakap depan-depan ;p.

Buat kakak-kakak : Kakak, K.La, K.Mila, K.Zati, Abang, arwah A.Ipoi, A.Mie (BIL) ; Terima kasih untuk kasih sayang, cinta dan menjadi sahabat dan pendengar yang setia. Moga Allah merahmati kita sekeluarga dan mengeratkan ikatan kekeluargaan kita. Siti sayang semua!

Buat keluarga di UK : Dr. Siti sekeluarga yang penuh kasih sayang di sini, terima kasih atas segalanya. Moga Allah merahmati akak sekeluarga dan mohon maaf kiranya belum mampu menjadi yang terbaik untuk segalanya. Banyak yang perlu diperbaiki dan saya sayang keluarga akak kerana ALLAH. Juga buat teman-teman di UK juga :).

Buat teman-teman : Yang istimewa, yang rapat, yang jauh, yang selalu mengingati, yang jarang-jarang bertegur sapa, yang tak pernah bersua, rakan realiti hatta rakan alam maya. Terima kasih atas ucapan, doa dan ingatan. Moga ukhuwwah kita terbina kerana Allah dan selamanya keranaNYA.

Menerima lebih 240 ucapan di FB, SMS, WhatsApp, Gtalk, Plurk dan face-to-face. Alhamdulillah, setiap doa-doa yang baik itu mudah-mudahan dimakbulkan setiap satunya. Moga saya mampu membahagiakan kalian semua :).
__________________________________________________________

2) Nikmat Si Putih.

Alhamdulillah, izin Allah malam 4.2.2012, Allah turunkan salji di Bumi Permaisuri dengan lebat. Sambil menyaksikan dan merasai titis-titis putih itu saya sangat berfikir, Allah benar-benar berikan saya nikmat yang tak disangka-sangka. Ini antara hadiah istimewa daripada ALLAH buat saya. Betapa ALLAH itu Ar-Rahman wa Rahim, subhanAllah hampir terkedu dan rasa hendak menangis bila mengenangkan nikmat yang Allah berikan. Itu semua hadiah untuk secalit luka, duka, derita dan sedih tapi sungguh nikmat yang Allah turunkan lebih dan tersangat besar dan banyak.

Apapun, jom layan gambar je lah :).

Malam, 4.2.2012

Pagi, 5.2.2012

Abbey Wood Park, play time :)

SubhanAllah, cantik kan?

Nah, saya baling dari sini untuk orang di Malaysia ;p

Saya rasa sangat unik dahan ni


Terasa di Nami Island pulak ;p

Snow Muslimah :)

Oklah, tepek 1 gambar syok sendiri.
Yang berjasa : Lantai salji
Pelakon yang memang suka berlakon depan kamera ;p

Musim sejuk ni banyak kelebihannya terutama untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Waktu malam yang panjang, sangat afdal untuk berusaha bangun malam untuk tambah amalan. Jom kita berusaha amalkan, inshaAllah moga Allah terima amalan kita.
Baiklah, di sini saya kongsikan video untuk tip-tip bangun pagi terutama bagi mereka-mereka yang berada di negara bermusim sejuk sekarang ni.


Nota : Moga Allah kukuhkan hati ini untuk sentiasa bersyukur kepadaNYA. Oh ya, siapa yang dari US selalu singgah di blog ni? Hari-hari saya menerima kunjungan itu. Terima kasih :).

JH : Kehadiran dia juga antara hadiah terbaik yang Allah berikan. Moga segalanya Allah redha dan dipermudahkan urusan. Terima kasih ya :) Kalau boleh minta hadiah, nak hadiah supaya rajin mengemas kini blog itu dengan entri-enti yang banyak dan bermanfaat untuk pembacaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Diari baru.. Cerita baru?

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Hari ni 26 Nov, tarikh yang saya ingat hari jadi Dr.Siti. Rupanya, saya tersilap kiraan :P. Terlajak 3hari pula, jadi untuk muqadimmah entry kali ni saya ingin mengucapkan Happy Belated Birthday K.Siti. (nak juga tulis 26 haribulan ni). Moga Allah membalas segala jasa baik akak sepanjang saya di bumi asing ini.

Kek Coklat Kukus Keju Koktel :).
Saya tak tau kegemaran akak :( T_T.
Saya harap akak sukakanya.
To My Sister,
For happy times shared through the months,
For love, the laughter and cheers,
For the special things only you can do,
I Thank you :).
I love you lillahi ta'ala <3
__________________________________________________________

1 Muharram datang lagi,
Berakhir lagi 355 hari,.
Renungi dan selami hati,
Apakah azam sudah dituruti?

1433H kini,
Hijrahlah diri,
Mengharap kasih suci,
Mengapai redha Illahi..

Berkatilah kami,
Terangilah jiwa ini,
Suluhi jalan kami,
Kuatkan hati kami...

Usai Maghrib tadi dengan bacaan doa awal tahun, maka bermulalah pertukaran diari baru. Diari lama yang begitu banyak tompok-tompok hodoh, harus diperhias dengan indah untuk diari baru ni. Azam baru? Sudahi azam yang lama. Azam lama? Untuk mempunyai azam yang baru. Ehe, bagaikan roda saja ayat-ayatnya. Alhamdulillah, tinggal 1 saja azam lalu belum tertunai. Perlu carry forward ke 1433H lah jawabnya :P. Bila saya renung kembali, saya sekarang adalah apa yang saya angankan 5 tahun lalu. Ya, 5 tahun lalu. Setiap tahun bahkan hampir setiap hari saya punya angan-angan dan azam yang baru malah saya akan berusaha untuk laksanakan satu-satunya. Allah hadiahkan bila tiba dan sampai waktunya dengan kaedah yang kadang kala tak disangka-sangka. Subhanallah, begitu kasih dan sayangnya Allah pada hambaNYA. Malu kalau tidak bersyukur dengan nikmatNYA.

Salam Muharram 1433H :). Menjangkau usia 25 untuk perkiraan Hijrah, moga sentiasa dilindungi diri dari hasutan syaitan! Moga menjadi hamba yang taat dan lebih baik setiap hari, moga menjadi anak yang sentiasa menyayangi kedua orang tua dan orang-orang yang lebih usia, moga menjadi adik yang terbaik dan makcik yang penyayang serta moga tercapai untuk menjadi isteri yang solehah. Moga kembali ber'hijrah' ke tanah air! "Andai rasa diri lemah di perjalanan hijrahmu. Sendirian tanpa mampu, mohonlah pada Tuhanmu"......

Cerita baru? Kita tunggu dululah :).

Nota : Hm, terasa ingin berkongsi pengisian Daurah Dakwah Fardhiyyah tempoh hari. Untuk entry berikutnya barangkali :).

Jantung Hatiku : Moga ALLAH perkenankan hajat-hajat yang disimpan rapi di lubuk hati dan disampaikan melalui setiap titipan doaku. Ameen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Aidil Adha 1432H

~ sns cerita tentang ~

Masa wukuf 1432H / 2011. Waktu afdal berdoa, inshaAllah.
Malaysia : Sabtu , 5 Nov , 8.30pm - 11 pm.
UK : Sabtu, 5 Nov, 12.30pm - 3 pm
Mohon doa yang baik-baik untuk saya ya. Dan selamat berpuasa sunat :).

Baru sudah telefon mak bertanya itu ini persiapan raya mereka. Semua da ada di kampung sejak awal pagi lagi kecuali kakak yang akan tiba lewat malam nanti. Kak La beraya di Madinah tahun ni, dan saya untuk kali kedua beraya di perantauan (tahun lepas di Kemboja). Perasaan sekarang masih kool je lah, takdalah emosi sangat. Jujurnya langsung takda 'ruh' raya tu, selalunya selain menyibukkan diri bermanja dengan mak di dapur dan di bilik sambil menggosok semua baju-baju raya setiap ahli keluarga, rutin raya saya tak banyak beza dengan hari biasa. Tapi takpalah, pengalaman ini sangat tak ternilai harganya. Dalam berborak tadi, sempat juga saya mohon agar mak mendoakan saya. Kali ni benar-benar nekad untuk menggapainya, moga termakbul doa mak buat anak manjanya ni.

Oh ya, tahun ni tak merasa nak berpuasa di Hari Arafah seperti tahun lalu (puasa di Kemboja dalam keadaan cuaca yang sangat panas sambil berjalan di Angkor Wat). Tapi hati tetap mahu mendapat ganjaran yang telah Allah tetapkan itu. Baca saja di bawah. Buat wanita-wanita yang uzur syari'e tetapi masih mahu mendapat kelebihannya, perbanyakkanlah berzikir, berdoa dan pohon keampunan daripada Allah SWT. Moga Allah merahmati kita semua.


Akhirnya, Selamat Hari Raya AidilAdha buat seluruh kaum keluarga, sahabat handai dan pembaca blog yang setia. Maaf zahir batin :). Bertakbir yuk!
Doakan yang baik-baik untuk saya ye, dan inshaAllah saya juga akan mendoakan untuk kalian semua. Moga Allah merahmati dan memberkati semua.



Jantung Hatiku : Moga mampu menjadi tetamu ALLAH....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Halwatul Ukhuwwah

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Hari ini hari yang mempunyai 25jam, terasa lama sangat waktu berdetik. Daylight Saving Time (DST) secara rasminya tamat jam 2pagi tadi waktu UK dan kembali berbeza 8 jam dengan Malaysia (yang sebelum ni 7jam). Lihat di sini : Perubahan masa (DST).

Bukan soal DST yang mahu saya coretkan, cuma sekadar mengisi kekosongan waktu (sudah 9.33pm di sini) tapi mata masih belum mengantuk. Kebetulan harini bersamaan 30 Oktober merupakan hari lahir sahabat baik saya di zaman kolej. Saya pernah tulis ucapan buat dia pada tahun 2009 di sini : SSS (She's So Special) . Setiap detik bila dia melintas di fikiran saya, saya rasa kagum dengan ukhuwwah kami. Berbeza agama, tapi dia sangat menghormati Islam. Barangkali sebahagian keluarganya adalah Islam, maka cara dan pemikiran dia lebih ke arah ketuhanan. Kami tak pernah bergaduh sepanjang persahabatan ini dan harapnya untuk selamanya. Bagi saya, dia istimewa sangat. Selalu saya bergurau dengan dia, saya sentiasa berharap satu hari nanti dia akan peluk agama Islam. Setiap kali saya tersungkur dengan tekanan pelajaran, dialah ubat semangat untuk saya terus kuat. Poin-poin nasihatnya semuanya membuat saya kembali kepada Tuhan. Dia juga antara pelajar cemerlang yang konsisten di kelas, skor deanlist hampir setiap semester. Ada sekali pernah pada satu semester, pointer dia agak menurun dari kebiasaan dan pointer saya melebihi dia. Menangis teruk dia, kerana tak pernah menyangka seteruk itu keputusan dia. Sedih hati saya hanya Allah yang tahu melihat dia teresak-esak begitu. Tapi sebagai ubat semangat saya, semangat dia sangat cepat pulih. Saling memberi sokongan dia kembali seperti sedia kala. Dia selalu kata ' nothing gonna change if I cry too much '.

Ju Ni Sen Ri Kuai Le Lengloi.
Sweet 23 Sherrin. Although you won't read this, I want to stick here as my memory.
I wish you a very best in your life!
And I pray one day your name will change to : Sherin Yong Abdullah :)

Banyak perkara tentang dia yang baik-baik dalam memori saya, tiada yang buruk. Dia suka makan masakan saya, dia suka apa yang saya suka. Malah kebetulan kami punyai telefon bimbit yang sama. Rencana Allah kan? Hebat. Sebenarnya saya nak menulis tentang ikatan sahabat baik. Alhamdulillah, saya dikeliling sahabat-sahabat yang baik dan amat menyayangi saya. Tapi tak semua persahabatan itu berjalan lancar, Allah pastu uji kan? Ya, saya kerap diuji dengan persahabatan tapi percayalah andai ukhuwwah itu kerana Allah, pasti Allah akan beri kemudahan yang tak disangka-sangka.

Ana : Farzana Omar - Sahabat di zaman sekolah, satu kelas di tingkatan 2,4 dan 5. Kami duduk bersebelah di tingkatan 4 dan 5. Tapi, kami pernah bergaduh dan tak bertegur sapa selama setahun (di tingkatan 4). Peliknya, kami masih duduk bersebelahan. Dan hingga kini, kami sangat utuh bersahabat :). Ana, kita minta maaf ya! Allah Maha Hebat dengan kurniakan ukhuwwah ini. Semakin hari semakin kuat rindu pada dia. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya kepada dia.

Saya amat merindu dia!

K.Siti : Kami kenal di alam maya saja sejak 2006/2007 lalu. Terputus hubungan hingga ketika saya di Semester 7, berpraktikal di Hospital Kemaman. Kami berhubung semula di YM dan hingga kini ahli keluarga kami saling mengenali. MashaAllah, aturan Allah sangat cantik. Cuma kadang kala saya rasa saya lah punca hatinya luluh dan hancur atas kesilapan itu :(. Saya sentiasa berdoa agar Allah beri hatinya kembali seperti mula dahulu. Saya tak mahu dia ratapi luka itu :(.

Pertemuan pertama yang membawa untuk sentiasa berjumpa :).
Moga setiap impian baik kami ada dalam rencana Allah.

K.Sarah : Perkenalan yang secara tak sengaja dan saya sangat selesa bersama dia. Saya kagum dengan semangat dan perjuangan dia. Kalau ada rasa cemburu, cemburu saya untuk menjadi lebih berjaya daripada dia. Dia menyuntik semangat kepada saya. Mungkin kadang kala saya berasa sedikit rajuk, tetapi saya akan pujuk hati saya untuk tidak dihasut oleh syaitan. Dia sangat baik dan sentiasa ada di kala senang mahupun susah.

Moga dia sentiasa cemerlang dalam Solehah.
Ketahuilah, saya sentiasa mendoakan dari kejauhan.

Husna : Dialah sahabat saya di sini (UK). Allah tak biarkan saya keseorangan di Tanah Permaisuri ini. Dialah sahabat usrah dan halaqah saya di sini. Dialah banyak menyumbang untuk saya lebih dekat dengan Allah.

Di sini lah kasih kembali bersemi setelah terpisah hampir 5 tahun.

Mungkin ada banyak teman-teman yang hebat dalam hidup saya, tapi inilah antaranya. Mereka sangat bermakna dalam kisah hidup saya. MashaAllah, Allah kurniakan sahabat-sahabat yang hebat. Moga Allah sentiasa merahmati dan hujani mereka dengan kasih sayang dan berkati perjalanan hidup mereka. Moga ukhuwwah ini mekar dari hari ke hari. Moga saya menjadi teman terbaik dalam hidup mereka juga.
Saya ni susah meluahkan perasaan, saya lebih suka menaip di sini. Bukan mudah untuk kekalkan sesebuah perhubungan tanpa ada sedikit sifat cemburu dan iri tapi saya harap semua itu tidak akan mencacatkan hubungan saya dengan insan-insan yang baik ini.

Nota : Apa yang lahir dari hati akan sampai ke hati. Allahu'alam...

Jantung hatiku : Jagalah hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alangkah indah dan bahagianya punya anak

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

"Absence makes the heart grow fonder"
means that the time you spend away from one you love makes you love that person even more
(bila berjauhan, cinta & kasih sayang akan makin bercambah)

=) sematkan insan-insan yang tersayang di hati.
Senyum juga mampu meredakan hati yang mabuk rindu =)

Bila berjauhan, mungkin baru kita akan sedar tahap kasih sayang kita terhadap sesuatu tu. Saya bukan seorang yang mudah mengekspresikan kata-kata manis ; amat sukar meluahkan ungkapan 'sayang' tu untuk yang berhak. Tetapi saya lebih suka secara penulisan :). Tanyalah kepada mak saya, amat payah untuk saya lafazkan kata-kata cinta untuk dia. Bagi saya, untuk melafazkan ungkapan itu perlu terkesan di hati insan-insan yang saya sayang. Biar sekali tetapi sampai ke hati mereka, bukan berkali-kali tetapi bagai sekadar ungkapan biasa yang langsung tak tersentuh di hati penerima. Apa yang disampaikan dari hati insyaALLAH akan sampai ke hati. Itu matlamat dan harapan saya bila saya bercakap.
Saya ni insan yang serba kekurangan, sukar meluahkan secara pertuturan :(. Tapi hati saya penuh cinta :) Siti sayang mak!
Hm, saya rindu sangat kat keluarga di Malaysia. Bila rindu mulalah tatap wajah kesayangan hamba di lappy. Dibelek satu persatu gambar berulang. Saya melihat pekembangan mereka dari kejauhan. Hati kena kuatlah, walaupun selalu terumbang ambing. Alangkah indah dan bahagianya punya anak! Anak akan selalu merindu mak abahnya.

Hm, kalau nak dihitung dan dicerita soal rindu sampai bila pun tak habis. Cuma saya nak dedikasikan ucapan yang sangat kelewatan untuk 'Princess I' saya.Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 4 buat Zara Danisha Aiza. Anak saudara pertama saya yang makin membesar dengan bijaksana. Hari ni 17.10.2011 merupakan hari pertama dia ke Sekolah Tahfiz. Moga jadi muslimah solehah yang menyejukkan hati umi dan papa yer. Jadi kakak yang penyayang dan terbaik untuk adik-adik, sentiasa dengar cakap semua orang. Ucu sayang kakak sangat-sangat. Ucu lihat kakak membesar dari kejauhan di sini tapi inshaALLAH, sentiasa Ucu doakan yang terbaik untuk kakak. Katanya mahu jadi doktor, mudah-mudahan menjadi doktor hafizah yang mampu menghafal Al-Quran dan dalami maknanya. Ucu sayang kakak.

Kakak ceria di hari pertama ke Sekolah Tahfiz nya :)

Adik comel nak pergi jemput Kakak dari Sekolah Tahfiz

Bila melihat tumbesaran anak-anak saudara, kadang-kadang terasa teringin sangat nak punya anak. Ehem, ayah kepada bakal anak-anak saya, cepatlah cari isterimu ini :P. Abaikan, tak mudah untuk membesarkan anak-anak, tambah di zaman yang semakin maju kini. Saya kena jadi seorang anak yang terbaik untuk mak dan abah agar anak-anak saya nanti punya sifat soleh dan solehah inshaALLAH.
Moga bila besar nanti, kakak dan adik-adik baca apa yang Ucu tuliskan di blog ni :)
2008

2009
2010 : Banyak masa saya bersama dia!

Solat bersama!

Di sebalik telekung ketika di masjid

Belajar solat di usia 2 tahun

bestfriend enemy :P

sehari sebelum berangkat ke UK.
Apa persamaan kami? hehe

2011 : Ramadhan lalu, dia pakai shawl saya, saya pakai tudung dia :P


kredit : gambar HMetro

Ralat rasa hati bila membaca berita-berita yang sadis tentang pembunuhan bayi di Malaysia. Watak pembunuh yang berbeza tetapi kesnya sama. Buang di situ sana dan campak merata-rata, bangkitlah wahai manusia di tanah airku, sesungguhnya fitnah dan balanya bukan sahaja akan jatuh kepada pembuat dosa malah akan terpalit kepada semua umat Islam sama ada mereka terlibat atau tidak. Dan fitnah dan azab ini akan hanya diangkat setelah umat Islam berusaha mengembalikan keadaan mereka dan dunia kembali menyembah Allah SWT. Allahu'alam. Anak-anak yang lahir dari benih kita bukan untuk dibuat sesuka hati tetapi hasil dari tiupan cinta yang digodai oleh Syaitan namun, sekali berbuat kesilapan kembalilah bertaubat dengan membela nasib anak-anakmu! Mereka tidak bersalah, kembalilah bertaubat.
Anak itu rezeki, anak itu bakal penyelamat kita di akhirat dan anak itu peneman kita di dunia. Allahu'alam

P/S : Terkenang waktu bersama puteri-puteri comel tu ; mandi, susukan, bermain, bergaduh dan berebut-rebut Opah. Maklumlah Si Bongsu vs anak-anak saudara. Moga keluarga di Malaysia sentiasa dalam kasih sayang ALLAH.

Nota 1 : We don't know what we've got until we LOSE it, but it's true that we don't know what we've been MISSING until it arrives. Don't ever get tired of WAITING but keep on putting efforts, du'as and tawakkaltu 'alallah. Saya sedang merindu!

Nota 2 : Saya merasa sedikit cemburu.... Kenapa?

Nota 3 : Entry berikut ' Kerana Speghetti, saya jatuh hati '

Jantung Hatiku : Jom belajar ilmu rumah tangga. huuuuu :P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syawal 1432H

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Taqabbalallahu minna wa minkum! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd. Salam Syawal buat semua Muslimin dan Muslimat yang membaca belog ini. Tahniah atas kemenangan ini dan moga-moga amal ibadat kita semua diterima dan tidak terkurang di musim perayaan ini. Kekalkanlah momentum kejayaan ini dan moga perolehi keberkatan ALLAH yang sentiasa:). Bagaimana raya kalian? Harapnya dalam keadaan yang cemerlang ya...

Alhamdulillah, raya saya tahun ni sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Kami sekeluarga beraya di Selangor (bukan di Perak) kerana K.Mila dijangka melahirkan anak ketiganya di Pusat Perubatan Prince Court pada 2 Syawal (31 Ogos 2011). Disebabkan itu, kami semua pakat untuk beraya di sini saja dan beberapa hari sebelum raya, kami pulang ke Selangor untuk persiapan hari raya kami dari Perak.
Raya pertama di rumah K.Mila ( Beranang ), kemudian berhari raya di hospital dengan kelahiran ahli keluarga baru :). Bertambah kaum hawa dalam keluarga. Sesi fotografi raya kami kira-kira jam 6.30pm :)

Mak Abah tercinta
Moga bercinta hingga ke Syurga :)
Bunga-bunga Mak Abah
usrati <3
Outdoor :)

Keluarga baru , Moga jadi anak solehah :)
Zara ___ ____
3.71kg
10.28am
Belahan bibir :)
Nak baby :P

Hari ini (6 Syawal), terasa sunyi rumah. K.la dah pulang ke Saudi pada 4 Syawal lalu, abang pula baru pulang ke Pasir Gudang. K.Mila masih di hospital bersama bayi yang sedang demam kuning. Sungguh, terasa sunyi dan kehilangan. :((. Sedih pula nak tinggalkan mak abah nanti. Tapi lumrah kehidupan yang bertemu pasti akan ada perpisahan kan? Moga bertemu lagi di tahun hadapan.
Oh ya, semalam (5 Syawal), berkesempatan berfotografi di lokasi pengembaraan filem Lagenda Budak Setan, cover album Tahajjud Cinta (Dato' Siti Nurhaliza). Memang niat abang saya nak ambil gambar saya sebelum saya pulang ke London. Untuk makluman, abang saya merupakan freelancer photographer juga. ( Lense & Roses ). Untuk apa-apa event, bolehlah hubungi LnR yer :). Gerenti puas hati.
Subhanallah, cantik kan ?
Rindu....
Biarlah dengupan jantung berirama yang sama!
Baiklah, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H, mohon ampun dan maaf seikhlas hati untuk salah silap yang tersengaja mahupun yang tersembunyi. Saya maafkan semua salah silap insan-insan yang mengenali saya. Jaga amalan, ibadat dan aurat ketika beraya. Elakkan pembaziran pahala yang mampu mengurangkan dan mencacatkan amalan kita di bulan Ramadhan lalu. Akhir kalam, kullu 'am wa antum bikhair!

Nota : Selamat Hari Raya untuk K.Siti, A.Fauzi dan anak-anak. Maaf zahir batin dan terima kasih untuk segala-galanya :)


Jantung : Makin terasa rentak yang sama :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS