Container Icon

Suka Pelangi Saya?

..:: kamu PEMBUNUH ::..

~ sns cerita tentang
~
Salam alaik..

*Saya mengalihkan sedikit isi entry sebelum ini.

Saya kecewa sangat,terlalu kecewa bila kisah peribadi saya diceritakan sewenang-wenangnya kepada orang lain.Ya, mungkin itulah azabnya,walaupun ada kawan baik,tapi kawan baik tu pon ada teman baik dia juga dan begitulah seterusnya.Cuma, janganlah hancurkan kepercayaan saya tu,saya bercerita hanya untuk minta pendapat dan bantuan.Sungguhpun takdapat membantu,sekurang-kurang bila saya bercerita, ia mengurangkan keresahan hati saya.Itu sudah cukup, tapi lain pula jadinya.Kamu bercerita kepada teman lain.Apa guna kawan baik macam tu? Dan paling saya sedih, kawan baik kamu tu juga datang membaca di blog ni, memang secara umumnya ia terbuka tapi segalanya si dia dah tau kan? Kamu telah kecewakan saya. KePERCAYAan saya!!Entry sebelum ni bukannya tentang perasaan saya terhadap seseorang yang saya mimpikan tu,sama sekali tidak kerana kami kawan baik dan persahabatan itu lebih baik dari perasaan yang berlebih [rujuk : jantung buatmu di entry sebelum]. Saya malu teramat dan kamu telah bertindak KEJAM dengan saya kerana perlakuan itu, buat kawan kamu yang membaca cerita tersebut, terpulanglah apa pandangan kamu terhadap saya! Itu hak kamu nak berkata apa tentang saya. 'Keberanian' kadang kala membunuh kepercayaan dan keikhlasan, dan secara positifnya saya kena redha bila semuanya telah terjadi dan benar-benar buat saya tawar hati untuk berkongsi apa-apa dengan kamu! Arghh, saya kesal tak berpunca dan 'mati' ditikam kamu! Hati saya mati untuk mempercayai kamu. Saya ingat saya berasa lega dan tenang bila segalanya diluahkan atas dasar PERSAHABATAN tapi kamu membunuh saya dengan hebahan cerita saya.Allah merahmati kamu atas tindakan kamu.


Nota : Saya 'mati' buat kamu! Maruah itu terlalu bernilai dan dijaga rapi tapi kenapa sungguh mudah dicemari dan dinodai? Terfikir untuk mengprivasikan blog ini tapi tak adil bagi mereka yang sentiasa menyokong saya.Saya belajar dari kesilapan saya sendiri kerana kepercayaan itu! Terima kasih 'sahabat', 'teman' dan 'kawan'

saya yang tersangat malu,
sns (T-T)

p/s : Biarpun tanpa jejak ditinggalkan di sini, tapi kamu adalah orang asing yang yang mencampakan cat hitam di hati saya!

Jantung Buatmu : Seteguh mana kepercayaan, perlu ada sedikit kegusaran dan kebimbangan agar tiada 'pencemaran' dan 'kerosakan' pada kejujuran yang ditaburkan......
"Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali mengenali Allah S.W.T [Ibnu Qayyum]"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

arina said...

peluk Kak Wana!

chAq said...

taknak lepaskan kamu Arina (T-T)
Tq so much.. <3

Izzah Marzuki said...

wana,

sabar banyak2 ye wana..

ibarat hubungan antara 2 biji mata.. mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama, melihat bersama dan tidur bersama, meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain. PERSAHABATAN seharusnya seperti itu.

takpe wana, kami semua ada di sini doakan yg terbaik buat wana.

ujian bertimpa tanda DIA sayangkan kita..

jgn sesedih sgt ye..

~chAq~ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
chAq said...

K.Izz..
Terima kasih banyak kak.
Allah merahmati kamu semua..

a^T04 said...

smoga semuanya baik2 saja dik

lyno_dehearty said...

tabahkan hati ct..
akak tahu kamu kuat..
jgn sedih2..
biarlah apa org nk kata..
janji kita tahu diri kita macam mana..
syg ct..
sori..baru terbaca en3 ct..
agk cbuk..
tp ingat..akak sentiasa d blkg ct..
kuatkan smgt ya..=)