Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Si Mei yang padat dan sendat

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum wbt...

Assif jiddan, saya dah lama sangat sisihkan "Pelangi Angan-Angan" ini. :(. Tiada alasan yang yang klise melainkan klise saja : SIBUK. Sungguh tak tipu, sedari abah masuk hospital untuk prosedur tenckhoff dan dialisis. Saya gigihkan hati untuk kuat lalui segala yang telah ALLAH takdirkan untuk saya. Ada cerita yang hendak saya kongsikan tapi nantilah dulu.

Moga abah kembali sihat seperti dulu :(
Saya pegang dan yakin dengan ayat ALLAH dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6. Pasti, sesudah kesulitan, akan hadir kesenangan. Benar! Sangat benar. Di kala sulit akan hadir bersama kesenangan. Tatkala saya menaip ini, sebak dan sayu hati bercampur baur. Selain menguruskan perihal abah, saya juga berjinak-jinak dalam perniagaan bakeri sendiri yang alhamdulillah banyak mendapat tempahan dari kalangan yang mengenali. Malah saya dapat tempahan untuk pakej sarapan dan makan tengah hari sekali. Sungguh, saya terasa kekangan masa tapi saya seronok dengan aktiviti ini.

Bulan ni jugak tawaran Abu Dhabi, mashaALLAH sungguh hati ini gundah!

:)

Akhir sekali sibuk dengan urusan ehem... Impian sebelum tarikh itu, saya mahu khatam sekali lagi. Alhamdulillah, DIA makbulkan dan moga segala amalan diterima. Sungguh, saya mahu sekuat-kuat hati alihkan fikiran dari dia dengan banyakkan mengaji. Ini keputusan termatang dalam hidup saya dan saya mahukan keredhaan sebelum, ketika dan seterusnya. Moga ALLAH redha! Saya takut saya lalai dari mengingati ALLAH. Walau saya kira, ada beberapa perkara yang mengugah hati ini untuk bertahan tapi saya tahu ini yang terbaik untuk saya.
Moga segalanya dipermudahkan dan dalam jagaan ALLAH.

Mungkin debaran tu masih belum terasa, saya masih tak mahu berfikir sangat. :). Doakan saya, doakan kami. Hanya DIA sahaja yang mengerti segalanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 Mac 2013

Assalamu'alaikum wbt...

Mudahnya mutiara jernih jatuh ke pipi kebelakangan ini. Kehilangan itu satu kepahitan, mungkin hati ini terlalu memikirkan.

Melihat keadaan abah yang makin merosot prestasi kesihatannya, terasa sebak dan sayu :(. Ya ALLAH, berikanlah kesihatan yang lebih baik untuknya. Sempatkanlah beliau mewalikanku bila tiba saatnya. Sayangku dan cintaku amat tinggi untuknya :(.

Ligat otak ini berfikir, serba tak kena dibuatnya. Jika hukuman ini atas segala khilafku, mohon hati ini redha. Mohon diri ini menjadi insan yang lebih taat dan berguna sebagai hambaNYA.

8 Mac 2013 : Selamat Hari Wanita! Selamat Hari Lahir buat K.Zati. Sentiasa menyayangimu dan keluarga kita.

Du'a si musafir makbul inshaALLAH
Addu'a silahul mukmin!
JH : Manusia mana mungkin bisa melawan takdirNYA, namun jangan pernah mengurangkan du'a dan yakin dengan ALLAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25 : Cabaran dan Kekuatan

Assalamu'alaikum wbt...

Approximately kidney function is 8%. Yes, which mean patient needs to do dialysis. Either hemodialysis (HD) or peritoneal dialysis (PD). HD is known as 'cuci darah' where PD is 'cuci air'.

4 Feb 2013
The day that doctor ask my whole family members to come to hospital for a consultation session regarding condition of abah's kidney. Hm, like 3 years back when doctor told us that abah got tumor, rasa seperti jantung jatuh sedalam-dalamnya and yesterday as mentioned above, hanya 8 peratus fungsi buah pinggang abah berfungsi kesan dari ubat-ubatan dan penyakit kencing manis. Kami redha tatkala doktor menerangkan keadaan itu dan kami dikehendaki menghadiri sesi kauseling berkaitan dialisis di Unit Hemodialis untuk memutuskan samada PD atau HD dan memandangkan abah ada sejarah berkaitan masalah jantung, PD adalah pilihan terbaik kerana ia kurang memberi tekanan dalaman berbanding HD dan ada beberapa lagi kelebihan PD untuk keadaan abah.

Hampir 30minit kami diterangkan berkaitan PD : CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis) dan APD (Automated Peritoneal Dialysis). Sepanjang itu jugalah hati saya bagaikan pecah berkeping-keping, andai mampu beri buah pinggang sendiri, akan saya lakukan. T__T. Allah duga lagi tapi mestilah DIA Maha Tahu saya mampu laluinya.

Ya, semua orang punya masalah tapi jangan anggap ia masalah tapi cabaran untuk menjadi hambaNYA yang lebih cemerlang. Tangan tak mampu menari lagi :(.

5Feb 2013

Terima kasih sebuah ucapan, lambat tetapi diri ini terlalu menghargai. Walaupun beratus-ratus ucapan yang diterima tetapi ingatan dari insan istimewa adalah istimewa. Tipu kalau diri ini tak menunggu, tapi akhirnya menerima juga. Terima kasih.

2 Feb 2013

Genap 25 tahun usia, sentiasa mengharapkan menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama dan ummah. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan mengingati. ALLAH saja yang mampu membalas.

JH : Problems are like washing machines, they twist us, spin us & knock us around but we come out cleaner, brighter & better... InshaALLAH :)
Don't cry on your pillow for that will not change a thing. Get up & cry in Salaah before Allah and you will soon see a change in many things.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

positif dalam negatif, kita dapat positif


Assalamu'alaikum wbt...

Secara default, dalam diri kita memang ada sifat negatif maka tukarkan ia menjadi positif. Kita kena lihat dalam perspektif positif baru neurons dan pemikiran kita positif. Contoh : procrastination ( sifat suka menangguhkan kerja), jadikan positif dengan menangguhkan sifat MALAS. Maka, sifat rajin akan didahulukan dan lama-kelamaan kita akan menjadi rajin.

Pause kan tabiat menjadi negatif dan jahat, inshaALLAH lama-lama kita akan cuba tinggalkan terus. Guna negatif dalam minda positif, kita dapat positif.

Tinta buat nun jauh di Saudi :
Kak La, hubungilah Siti lagi. hehehe. Rindu! I think my level of happiness and smiliness is increasing till 90% after talked to you. Ok, take care there. Always pray for me okay.

JH : Jangan mengharapkan orang untuk membahagiakan kita tapi kita bahagiakan diri kita dengan hadiahkan sesuatu yang bermakna buat diri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3.1.13

Assalamua'laikum wbt....

I wish a very Happy New Year Masihi 2013 :). After 3 days of new year, but still not so late right to wish everyone? I am still in fever-new-year-package (hyperpyrexia, severe flu with greenish mucus plus tonsilitis). 3 hari juga menepek atas katil, apapun moga ALLAH hapuskan dosa-dosa yang lalu. Ameen.

I knew, it's been an ages takda entri baru. Tapi kali ni hanya sedikit catatan ringkas untuk diri sendiri bagaimana belajar sabar atas sabar. Sungguh, cabaran ALLAH sangat besar dan seringkali berasa jatuh terpelosok jauh ke bawah. Sabar dan terus sabar, bukan dalam perkataan tetapi dalam hati. Sebenarnya, semua itu titik kembali untuk lebih dekat dengan ALLAH. Yang pasti cuba buka al-Quran dalam surah al-Baqarah 2 : 153. ALLAH bersama orang-orang yang sabar!

Titipan doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan insan-insan yang sentiasa di hati. Sampai di sini dulu, perjalanan hidup masih jauh dan harus berbekalkan kesabaran yang infiniti banyak.

JH : Melihat bonda, wajahnya penuh kesabaran! Jiwa rasa kagum dengan kesabarannya. Harapnya tahun ini tahun untuk melangkah lebih jauh cemerlang untuk bekalan dunya dan akhirat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS