Container Icon

Suka Pelangi Saya?

pre-graduasi -ii- : emosi

~ sns cerita tentang ~
Salam Alaik..

Seawal 7.45am semalam kakak hantar saya ke Stesen komuter Kajang sebab saya kena ke Serdang kerana Ida tunggu di sana dan saya menumpang dia untuk ke PICC bagi mengahadiri upaca raptai konvokesyen saya yang bakal diadakan pada 2.30 pm ni. Jam 8.30pm kami tiba di PICC dan raptai bermula jam 9am. Majlis bermula dengan graduan nursing dan jurusan sains bersekutu (Fisioterapi, Farmasi, Dental Surgery, Persekitaran Kesihatan, Pengimejan Perubatan, Makmal Perubatan) bermula jam 11.30am hingga 12.30pm.
dewan
kami ungu (baju tak jadi dipakai untuk konvo, pakai waktu raptai pon ok kan ;P)
Kesian Sherrin dan Ida terpaksa tunduk bila bergambar dengan saya.lol

Dari PICC kami ke MV, kami tu : saya, Sherrin, Irene, Valen, Ida, K.Jaa, K.Dayah, Pei Pei dan Brian. Irene dan Brian hanya bersama makan-makan dan selepas tu, mereka pulang dan kami terus berjalan-jalan cari pasal ;P. dan berhenti berehat di laluan ke tandas (kat situ ada banyak kerusi). Apa lagi aktiviti riadah kami adalah acara syok sendiri yang terlampau (baca : ambil gambar).
me and mummy
mereka yang capek, Valen (3 dari kiri) sampai tertidur pon!
gaya pengawas sekolah
K.Dayah, Ida, Valen, Pei Pei

Kak Ja tiada dalam gambar kerana paginya dia kerja dan waktu di MV tu dia membeli-belah hingga tersesat tak tahu jalan ke tandas tu di mana.Kesian betullah.Dalam 5.45pm kami ke Big Apple untuk aktiviti bersantai dan sembang-sembang ( padahal memang tak berhenti cakap pon dari PICC ). Jam 6.30 kami bersurai dan saya dan Ida ambil komuter tapi bayangkan kami kena tunggu 3x tren baru boleh naik, akhirnya saya tukar laluan terus ke Bank Negara dan balik dengan kakak.Buang duit je beli tiket ke Kajang tu.
Sampai rumah jam 9pm dari 7.25pm bergerak dari Bank Negara.Jalan sesak ya amat dan sampai rumah apa lagi menonton Nur Kasih saya je la.Habis tonton, terus solat Isya' dan entah kenapa saya T_________T teresak-esak ketika mengaji tadi. Saya sangat-sangat teringatkan K.La,usai mengaji (hanya 2muka je) terus saya on lappy dan emel K.La. Setiap huruf yang saya tekan makin kuat tangisan saya, emelnya hanya ringkas sebab saya tak dapat tahan air mata untuk keluar.Jarang saya menangis begini kali terakhir pada 3tahun lepas.
K.La sumber inspirasi saya, dia pendorong saya dialah yang pembakar semangat buat saya tapi esok dia tiada bersama saya. Saya rindu sangat pada K.La.Saya sayang sangat K.La.

Nota : Mak, abah dan abang selamat sampai Kajang jam 12tengah malam tadi. Esok malam ada dinner keluarga (termasuk besan mak yakni mak mentua K.Mila sekeluarga datang dari Kedah).

P/s : Buat Arina, jubah konvo akak masih surprise ( biasa je jubahnya )

Jantung Buatmu : Bila rindu datang, semua kenangan menerpa ke minda.Bila rindu datang, hati sebak dan ingin dia di sisi.Namun, hanya nama di setiap doa sebagai hadiah dan tanda ingatan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

ehe ade ps khas utk sy. *woot* okeh akak, sy masih menanti nk tgk jubah konvo akak. best nye ~

sian akak. rindu dgn Kak La ye. rindu tu anugerah Tuhan. indah .. tp seksa cket lah. huk2.

slmt bergraduasi Kak Wana comel. senyum2 ye. best tu dh hbis belajar. =D