Container Icon

Suka Pelangi Saya?

..:: hujung minggu yang sibuk ::..

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt...

Patient's record.. [General Assessment(ax)] : just a roughly ax done by myself not in details and just for fun =)

Name : sns
Age : 21 ++
Gender : Beautiful girl ;p
Own diagnosis : yet to be confirm ;p

Own treatment : 1.)Sudden slept on lappy without any dream. 2.) enjoyed 2mugs of 3in1 Milo AisKool. 3.) recited few sheets of Surah Al-Haj after Zuhur

Chief complaints : Severe headache + nose blocking + frequent sneezing + shivering and itchiness at [L] foot.

VAS (Pain scale) : 7/10 for headache

Current History : Headache since yesterday evening after came back from PD , no medication are taken and just feels so exhausted and whole body weaks

Past History : was standing for 4hours at the island or maybe beach while raining. Snapping some pics of 'kayaking' students and some beautiful scene ! Alhamdulillah, my baby nikon is much more immunized.

Objective:
Vital signs - temperature : cold like ice !
Heart rate : increased, respiratory rate : increased BP : normal

On observation:
• 'Sickness' face
• Redness at nose and [L] foot
• Mental status: ok! But sometimes can be really crazy and lose control
• Gait: normal
• Movement : U/L n L/L movement is normal
• Posture : normal

You may not understand what I’m writing, but this is all about me now !! And of course these are improper ax should not be done. Medical students are advised should not follow all these stupid things..
----------------------------------------------------------------------------------

Abaikan seketika ruangan atas tu, sebenarnya sangat penat dan terlalu sakit kepala selepas pulang dari PD petang semalam. Sejak Jumaat (13.11.09) - Jumaat (15.11.09) saya berkampung di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) PD untuk kem anjuran SMK Sri Utama yang dikelolakan oleh Fais Excellence Consultancy.Saya diupah untuk menjadi gadis-foto untuk mengambil gambar sepanjang program tersebut.
Sekitar lepas Zohor, saya menuju ke Stesen UKM dan di sana dijemput oleh pemilik Fais Excellence untuk ke PD. Dalam jam 3 kami bergerak dan sampai ke destinasi jam 4.30pm. 5minit kemudian 2bus tiba yang membawa 75orang pelajar dan 4 guru.Selesai sesi pengenalan mereka diagihkan cadar dan selimut sebelu berkumpul ke dewan untuk sesi muqadimah yang dilaksanakan oleh CEO F.E itu sendiri. Usai sesi tersebut mereka terus menunaikan solat Asar di surau dan ke dewan makan untuk makan malam. Slot malam dikendalikan oleh guru mereka sendiri bertemakan 'Saya Cinta Sekolah' hingga lewat malam.

Sabtu : Usai Subuh dan tazkirah, semuanya berkumpul di dataran untuk sesi senaman selama 45minit dan kemudian ke dewan makan untuk santapan pagi.Dalam jam 9am bermula aktiviti abseiling, selepas 30minit mendengar taklimat hampir separuh yang berjaya melaksanakan aktiviti itu dan selebihnya hampa dan kecewa je la sebab hujan turun dengan lebatnya. Sekitar jam 2pm, semuanya berkumpul di dewan semula untuk slot kreatif sambil menunggu hujan reda dan aktiviti berkayak jam 3pm.Namun walaupun hujan masih belum berhenti, kami meneruskan perjalanan merentas hutan untuk menuju ke laut yang berdekatan ( apa tah nama tempat tu,tak ingat).Sampai di sana, kami semua mendengar taklimat tentang kayak selama 45minit dalam hujan tanpa teduhan! Jam 6pm semua pulang dan solat Asar+mandi+makan. Malam pula ber-treasure hunt di sekitar APBM (keliling hutan tau, saya ni penakut ya amat).
Berakhir jam 10.30pm dan disambung dengan slot bersama guru kembali.
abseilling
kayak
treasure hunt keliling hutan!

Ahad : Slot konklusi + penyampai hadiah serta ucapan dan ambil gambar.

Terima kasih buat semua!!!

Nota : Sangat penat dan sampai terpengsan (betul-betul pengsan) di lappy malam tadi tambah pula berhujan dan demam dan pening kepala yang teramat-amat.Kena banyak rehat sebelum konvo ni, takmau sakit T________T. Kura-kura betina tu pon dah agak pulih, janganlah jatuh sakit nanti saya pon sakit juga!! Tenang sedikit selepas Zuhur tadi.Maaf, tak dapat menaip panjang-panjang.


Jantung Buatmu : Kesakitan, kepenatan, kelesuan terbalas dengan kepuasan, keikhlasan dan kesempurnaan kerja yang dilakukan.Moga semuanya baik dan terselit barokah =)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

khilkhir said...

tiada apa yg dpt dikatakan...melainkan...kasihan dia...x sihat yer..moga cepat sembuh! hehe

SNS said...

cetttttt... ni namanya jangkitan dari jauh. dihantar melalui angin-angin kerinduan..lolz