Container Icon

Suka Pelangi Saya?

aku CURANG..aku jugalah SETIA

~ sns cerita tentang ~
Salam alaik...

Tamat 26 episod Nur Kasih. Alhamdulillah, tamat jugalah sengsara buat Nur dan pada saya umumnya yang tak payah lagi nak tertunggu-tunggu episod seterusnya. Secara jujurnya, saya mula menonton drama ni sejak minggu ke 10.Yelah, permulaan drama ni saya masih berposting di KKB.Mana la ada masa nak tonton tv (alasan baik kan..;P). Tapi, bila mula ke alam percutian selepas tamat belajar dan masa tu di bulan Ramadhan. Satu hari, tergerak hati nak cuba menonton drama tu di tv3.com.my. Satu,satu episod saya bermarathon.Dan sepanjang Ramadhan saya hanya menonton tepat jam 12am sebab ulangan hanya mula jam 12am, sengsara tau.Dah tu bila tenet tenat, rasa nak cekik je sang berukband ni. Dah la tunggu hingga tengah malam pastu kekuputan pula.haish, memang mengajar kesabaran sungguh.Semuanya gara-gara Nur Kasih.Nak kata cerita ni terlampau seronok takda la sangat cuma ada tarikan yang mendekatkan penonton dengan jalan cerita yang hakikatnya sangat sinonim dengan kisah hidup masyarakat ( pergolakan rumahtangga+cemburu+iri hati). Cuma bagi saya secara total, saya lihat dari aspek keSETIAan Nur Amina yang tulus mencintai Adam.Kuatnya hati seorang isteri yang acapkali dilukai,namun cintanya buat suami sungguh mendalam.Bila cinta kerana Allah, insyaAllah segalanya pastikan? Bahkan boleh elakkan penceraian yang kian melular je. Cewah, saya bukan arif untuk berbicara.Saya sendiri pon masih 'tak laku'.em...

Seperti entry sebelum ni yang pernah saya cerita, itu jugalah episod paling terbaik yang saya suka. Dan episod akhir yang gembira ni hanya penyedap cerita je.Jarang cerita melayu berakhir dengan kesedihan. Malah apa yang dapat saya konklusikan episod terakhir ni membuktikan bahawa cinta yang tulus kerana Allah S.W.T, insyaAllah akan dihadiahkan kemanisan dan kebahagian walau ia penuh onak berduri yang kadang kala kita sendiri fikir tak mampu nak tanggung.Cinta itu boleh membinasakan bila nafsu dan keinginan mendahului pemikiran waras. Cinta itu membahagiakan bilamana Allah menjadi keutamaan dalam jiwa.

Lepas ni, dah takda penantian jam 9pm setiap Jumaat.Fokus pada perkara lain pula, tapi apa ya? haaa, tunggu sajalah.ehe.Kitab perubatan langsung tak berusik tu, huhu.Mereka perlu belaian jari dan tangan-tangan untuk dibelek dan dibuka.Kamus perubatan saya pon dah ditemui, ada pada Achai di Tawau.Jauh dia merayap.huhu.Ya Allah, terangkan hatiku untuk kembali menjadi hamba buku padahal masa belajar memang malaslah nak membaca buku bila dah grad nak rindu pula.hurm..Cukup beremosi menonton Nur Kasih.Kena ceria-ceriakan hati yang lara.huhu

Ok la, bila nak cerita pasal curang ni kan.haha, tajuk gila poyo! Eh, ke tajuk seram? haha. (syok sendiri je bunyinya) Sebenarnya nak bagitau lagu demo yang dinyanyikan Bie (FeelHoney) dan Halim (Devotees). Haa, tak kenal? tu la sapa suruh tak beli album mantap Nasyeed Underground Vol 1 tu.Padan muka! uweks, tak mau kawan dah penat promot tak mau beli pula.Pastu tak paham pula bila baca ni.Huh.Ni yang nak cepuk-cepuk. ;P. Tapi tak kisah nak juga promot sebab ni kan blog saya, suka hati sayalah. muahahaha (gelak jahat siket)



P/s : Tengah dengar lagu Wali Band (Cari Jodoh) berselang seli lagu Curang ni. muahx

kekuputan : kuput ( kura-kura+siput)


Jantung hatiku : Kenapa memilih untuk CURANG andai SETIA itu terlalu mudah dan indah bila disulami CINTA KERANA ALLAH.Kita akan menghargainya bila kita kehilangannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

khilkhir said...

eh...xtau ape2 pun...lgu ape tu?hahaha...i'm lost...kalo brani cepuk la

Sufy said...

betul3...bila cinta kerana Allah insyaallah kecapi kebahagiaan...

SNS said...

K.Siti : eceh, mai turun KL. tak kenal kunun. Eh, msg saya undelivered ke semalam kat milah? sedehnya..

Sufy : lama xnampak awak Sufy.