~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt..
* Entry kali ni juga tentang abah, bagi yang tak suka membaca perihal peribadi saya diminta ketepi dan beri laluan kepada mereka yang mahu :P.
Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnnya penyakit abah saya. Secara kasar saya jelaskan, bulan Mei tahun lepas (2009) abah saya jatuh di depan pintu rumah (Perak) dan mengalami patah tulang humerus kiri (lengan). Dihantar ke hosp daerah berdekatan dengan rumah, dan tulang ditarik untuk pencatuman (BUKAN DOKTOR yang lakukakan). Namun, disebabkan ada beberapa masalah pihak hospital hantar abah ke Hospital Besar tapi diberi rawatan sebagai pesakit luar saja dan diberi temujanji untuk melakukan pemedahan penyambungan tulang selepas 3bulan. *marah*. Lengan abah dipasang semen atau POP (Plaster of Paris) tapi seperti tidak berguna kerana lengan abah masih tergantung (boleh menyebabkan tulang makin renggang dan tidak bercantum). Selepas 3bulan, abah masuk hospital untuk penyambungan tulang, berlaku kecuaian yang terpaksa dibatalkan pemedahan. Abah diberi temujanji baru 2minggu selepas itu. Dan di situlah mulanya, kelembapan+kehilangan laporan perubatan dan 2 CT-Scan dan berkali-kali X-ray dan akhirnya doktor hantar abah ke HKL untuk melakukan kemo kerana disyaki kanser paru-paru. Mei 2009- Mac 2010, di HKL abah ditahan selama 5hari dan doktor minta CT-Scan yang baru dan merujuk kes abah ke IJN (Institut Jantung Negara). Di IJN, doktor jelaskan ketumbuhan /mass boleh dibuang.
Klik : kisah laporan hilang.huhu
Maka,
Diagnosis : Medialstinal mass -> Thymoma
Rawatan : Penyingkiran mass (excision of mediastinal mass).
Dr : Mr Ezani ( IJN's consultant ) dan Mr Khaleed (Specialist).
Dan sekarang, masih menunggu laporan dari makmal.Mohon agar ia bukan kanser yang boleh merebak ke kawasan lain badan! Jika semuanya baik, insyaAllah selepas ni abah akan kembali ke HKL untuk pencantuman tulang humerus pula. Mohon doa kalian moga-moga semuanya akan kembali pulih dan abah diberi kesihatan yang baik-baik saja ya!
Tugas saya apalagi, lakukan fisio untuk abah. Dari sebelum pemedahan hingga selepas pemedahan dan spirometer (alat mengukur pengembangan paru-paru dan untuk men'cantik'kan pengembangan paru-paru ) digunakan untuk membantu mencantik pernafasan!. Seronok tapi adakala rasa lain sangat merawat abah sendiri.hoho.
Yang biru-biru tu ECG (Electrocardiography) bertujuan merakam ritma atau aktiviti jantung
Mak sudah 2minggu tak pulang menjaga abah i____i
Sampai di sini dulu, terima kasih buat yang sentiasa menyokong dan mendoakan keadaan abah saya! Terima kasih banyak-banyak.Maaf sebarang panggilan telefon dan sms kurang dilayan! Saya harap kemaskini blog dapat memberi sedikit gambaran keadaan abah saya.Terima kasih kerana ambil berat..
p/s : Entry express!! Sampai ke temu lagi..
Alhamdulillah, 27.10.2010 jam 1.30pm abah telah dihantar ke HDU (high dependency unit) dari ICU (intensive care unit) Beza ICU dan HDU ni adalah kelengkapan mesin-mesin dan tahap kritikal pesakit. Tak semua hospital punya ruangan ICU, tapi insyaAllah ada HDU. Bagi kes abah saya, pertukaran ke HDU (Wad Cempaka) kerana keadaan dia sudah stabil dan sudah boleh bercakap-cakap malah bantuan oksigen juga tidak diperlukan lagi.
Alhamdulillah, walaupun masih kelihatan sangat-sangat lemah abah tetap sudah boleh senyum! Cuma dua chest tubes masih belum tanggal, satu untuk melalui bahagian kiri plueral space (rongga/ruangan di sekitar paru-paru) dan satu lagi di medialstenial (bahagian tengah dada). Tujuan 2 tiub itu dipasang untuk menyingkirkan darah beku atau cecair dan udara yang terperangkap selepas pemedahan. Tiub tu dipasang dan disalurkan ke botol, bila tiada darah di tiub dan tiub kelihatan bersih dari warna merah (darah) barulah tiub itu akan dibuang.Mahu lebih jelas, sila lihat pada gambar.2 tiub tu disambung ke botol bawah
Nilah botol yang mengumpulkan darah dalam paru-paruRamai yang tertanya-tanya apa sebenarnnya penyakit abah saya. Secara kasar saya jelaskan, bulan Mei tahun lepas (2009) abah saya jatuh di depan pintu rumah (Perak) dan mengalami patah tulang humerus kiri (lengan). Dihantar ke hosp daerah berdekatan dengan rumah, dan tulang ditarik untuk pencatuman (BUKAN DOKTOR yang lakukakan). Namun, disebabkan ada beberapa masalah pihak hospital hantar abah ke Hospital Besar tapi diberi rawatan sebagai pesakit luar saja dan diberi temujanji untuk melakukan pemedahan penyambungan tulang selepas 3bulan. *marah*. Lengan abah dipasang semen atau POP (Plaster of Paris) tapi seperti tidak berguna kerana lengan abah masih tergantung (boleh menyebabkan tulang makin renggang dan tidak bercantum). Selepas 3bulan, abah masuk hospital untuk penyambungan tulang, berlaku kecuaian yang terpaksa dibatalkan pemedahan. Abah diberi temujanji baru 2minggu selepas itu. Dan di situlah mulanya, kelembapan+kehilangan laporan perubatan dan 2 CT-Scan dan berkali-kali X-ray dan akhirnya doktor hantar abah ke HKL untuk melakukan kemo kerana disyaki kanser paru-paru. Mei 2009- Mac 2010, di HKL abah ditahan selama 5hari dan doktor minta CT-Scan yang baru dan merujuk kes abah ke IJN (Institut Jantung Negara). Di IJN, doktor jelaskan ketumbuhan /mass boleh dibuang.
Klik : kisah laporan hilang.huhu
Maka,
Diagnosis : Medialstinal mass -> Thymoma
Rawatan : Penyingkiran mass (excision of mediastinal mass).
Dr : Mr Ezani ( IJN's consultant ) dan Mr Khaleed (Specialist).
Dan sekarang, masih menunggu laporan dari makmal.Mohon agar ia bukan kanser yang boleh merebak ke kawasan lain badan! Jika semuanya baik, insyaAllah selepas ni abah akan kembali ke HKL untuk pencantuman tulang humerus pula. Mohon doa kalian moga-moga semuanya akan kembali pulih dan abah diberi kesihatan yang baik-baik saja ya!
Tugas saya apalagi, lakukan fisio untuk abah. Dari sebelum pemedahan hingga selepas pemedahan dan spirometer (alat mengukur pengembangan paru-paru dan untuk men'cantik'kan pengembangan paru-paru ) digunakan untuk membantu mencantik pernafasan!. Seronok tapi adakala rasa lain sangat merawat abah sendiri.hoho.
Yang biru-biru tu ECG (Electrocardiography) bertujuan merakam ritma atau aktiviti jantung
Mak sudah 2minggu tak pulang menjaga abah i____i
Malam semalam (28.3.2010), selepas echocardiogram (melihat pergerakan jantung) dan pemeriksaan kuantiti air kencing doktor dapati pengeluaran air kencing abah kurang dari kuantiti yang diambil. Doktor risau masalah buah pinggang dan mengarahkan abah masuk semula ke ICU sekitar jam 11pm. Tujuannya untuk memantau dengan lebih intensif keadaan abah, mungkin untuk beberapa hari lagi.
Buat masa ni ini saja, maaf jika ada yang kurang paham struktur ayat-ayat saya. Saya cuma untuk meringkaskan dan tidak menggunakan istilah perubatan, yang mana saya tak dapat elak cuba klik saja di perkataan. Saya ada link kan penjelasan yang lebih terang untuk pemahaman kalian. Bagi pelajar perubatan, andai ada salah dan silap minta tunjuk ajar ya!. Err, rasanya terlalu skema entry kali ni kan? Saya cuma belajar sepenuhnya bahasa penjajah jadi saya agak sukar menjelaskan ke bahasa ibunda. Saya perlu banyak belajar lagi.
Buat masa ni ini saja, maaf jika ada yang kurang paham struktur ayat-ayat saya. Saya cuma untuk meringkaskan dan tidak menggunakan istilah perubatan, yang mana saya tak dapat elak cuba klik saja di perkataan. Saya ada link kan penjelasan yang lebih terang untuk pemahaman kalian. Bagi pelajar perubatan, andai ada salah dan silap minta tunjuk ajar ya!. Err, rasanya terlalu skema entry kali ni kan? Saya cuma belajar sepenuhnya bahasa penjajah jadi saya agak sukar menjelaskan ke bahasa ibunda. Saya perlu banyak belajar lagi.
Sampai di sini dulu, terima kasih buat yang sentiasa menyokong dan mendoakan keadaan abah saya! Terima kasih banyak-banyak.Maaf sebarang panggilan telefon dan sms kurang dilayan! Saya harap kemaskini blog dapat memberi sedikit gambaran keadaan abah saya.Terima kasih kerana ambil berat..
p/s : Entry express!! Sampai ke temu lagi..
7 comments:
Moga semuanya kembali kepada sedia kala.. Amin..
sy rs sayu pulak tgk bdn Abah Kak Wana kene smbung dgn bnyk tiup, wayar2 huhu.
smoge seluruh ahli keluarga Kak Wana di beri kan kesabaran. smoge Abah Kak Wana cepat sehat.
sedihnye wana kak izz tengok ayah wana..
dah mengalir airmata ni..aiseh dah la kat opis ni.. wana, kak izz doakan ayah wana segera sembuh, insyaAllah.. moga wana & famili sabar & tabah.. pasti ada hikmah selepas semua yg berlaku ni.. :)
Jamal : InsyaAllah..ameen ya rabb. Terima kasih =)
Arina : Akak pon sayu..i____i. Nanti Arina lagi banyak tgk kes yang lebih trk dari ni kan.
InsyaAllah...Akak ameenkan semua doa-doamu..
K.Izz : Jangan begitu kak izz, kita sendiri pon tak mampu tahan tapi kita sendiri tak mampu untuk mengalirkan ia. Terima kasih banyak k.izz.. insyaALlah..kita juga meng-ameenkan doa-doa akak...
Kak Noi sampai tak terkata-kata.....
Semoga abah Wana cepat sembuh
hurm..mmg kalo hospital kerajaan, ada je mende kite nk komen. kazen akak pn br2 ni exciden, patah kaki..tp hospital kate retak je..pastu boh simen. skali tuko hospital, bwk ke KPJ..within 24 hrs, da operate, boh besi..
hope ct tabahkan hati ek..keep doa n usaha.
K.Noi : cozy..cozy...thanks kak =)
K.Adi : yups, every single things ada je benda yang mahu dikomen. Bukan semua tempat tapi dah jadi cam penyakit mesti ada je xkena..
sabar jelah..
Post a Comment