Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Ya Allah, berikan secebis kekuatan..

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt...

"As- sabru minnal iman" kita paham, kita selalu ungkap dan sering simpan dalam kotak memori tapi sejauh mana kita ikhlas memahami dan menerima segala kesusahan,kepayahan dan keperitan yang kita alami? Allah uji hambaNya dengan pelbagai cara ; keSEDIHan, keKECEWAan, keBENCIan malah dengan keGEMBIRAan.Gembira juga ujian? Haa, bagaimana kita menghadapi kegembiraan tersebut adalah ukuran sebenar prestasi kita dalam menerima ujian itu. Adakah kita lupa diri atau mengingati Allah dan bersyukur.Adakah kita melampaui batasan atau bersabar. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang bersabar. Amiin.. Setiap ujian adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Allah, DIA Pemberi Nikmat dan DIA juga yang mendatangkan kesukaran agar hambaNYA lebih mengingati DIA .Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah.

Kenapa tiba-tiba saya berbicara tentang sabar? Allah,Allah,Allah. Sebelum jari-jemari menari lebih rancak, saya pasti mesti ada yang bertanya kenapa status di FB saya kebelakangan ini berunsur kesedihan,kecelaruan dan seperti ibu ayam kehilangan anak je kan? Tapi ayat-ayat bagi menyedapkan hati saja.Jujurnya, saya dalam keadaan yang sangat-sangat -ve. Saya terlalu takut, saya risau tanpa sempadan dan saya membenci.Jangan buat perspektif percintaan ya! Pantang saya..

Ada 2 perkara besar yang hebat berentap dalam kotak fikiran saya.
1.) Tentang pemohonan borang kemasukan ke universiti untuk menyambungkan pelajaran saya.
Mana taknya, saya taknak peristiwa 4 tahun lalu berulang kembali. Tiada air mata mampu saya alirkan kerana ia telah kekeringan sejak 2006. Jatuh menjunamnya saya bila nama saya langsung tidak disenaraikan dalam sebarang IPTA atas sebab borang saya ditolak. Betapa kecewanya saya,melihat kawan-kawan lain dah sambung belajar.Malah terdetik dalam hati saya, yang TAK GUNA PEROLEH keputusan yang cemerlang dalam SPM bila tiada ipta yang mahu terima. Perit jerih turun naik jabatan pengajian tinggi dan membuat rayuan ke universiti-universiti dengan jelingan mata-mata hinaan oleh orang-orang universiti. Ya Allah, saat tu rasa sangat malunya saya.Mahu saja saya teriak bukan kerana keputusan spm sayan yang teruk. (yela, rata-rata beranggapan begitu kan?). Hanya kakak-kakak dan abang saya yang mengerti perasaan saya yang terlalu goyah ketika tu. Dan akhirnya, saya jejak kaki di MAHSA [Kolej Medikal dan Sains Bersekutu].Bila mendaftar, mereka cakap 'keputusan awak bagus kenapa tak masuk U?' Perlukah saya jawab jujur? bisik di hati yang tawar. Saya hanya senyum dan manyatakan saya berminat untuk ambil kos fisioterapi, isi borang dan bayar wang pendaftaran (saya juga bukan pelajar yang perlu melalui temuduga untuk masuk MAHSA sebab rata-rata perlu ditemuduga terlebih dahulu). Alhamdulillah, disebalik kesedihan itu saya berjaya menjadi fisioterapis sekarang! Dan saya punya teman baik yang saya sangat rindu sekarang. My dearie Sherrin ( She's working at Pantai Medical Center).
Cuma, saya masih trauma yang melampau sekarang ni. Borang saya masih belum lengkap, semua dokumen di Kajang. Berbulan-bulan saya tunggu tarikh 4 Jan (tarikh pembukaan pemohonan untuk lepasan diploma). Hari dah 8 Jan, saya mencuba hari-hari dan masih gagal melengkapkan.Jadi, saya ambil keputusan saya perlu pulang ke Kajang untuk uruskan segalanya. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

2.) Tentang abah saya ; 5Jan lalu abah dah masuk wad untuk kali ke-5 dan kali ke 2 CT-Scan.Dah 8bulan lengan kiri abah patah ; fracture (#) left midshaft of humerus dan sekarang mal-union #. Setiap bulan ke hospital yang berjarak 40km dari rumah, dipandu oleh mak. Pertama kali abah masuk wad untuk buat platting (mencantumkan tulang), tanpa sebarang arahan yang lengkap jururawat memberi aspirin (pain killer) tapi prosedur sebelum pemedahan, tidak dibenarkan mengambilnya untuk mengelakan sebarang komplikasi pemedahan. Disebabkan itu, abah kena pulang ke rumah dan diberi appointment lain.
Kali ke- 2 ; chest X-Ray tak clear.
Kali ke 3 ; Ct-scan pertama dan doktor suruh pulang balik ke rumah untuk appointmen lain.
Kali ke 4 ; Doktor suspected mass at left lung dan minta 3days sputum sample.
Kali ke 5 ; Ct- Scan ke 2 dan hari ni doktor pakar akan lihat.
Ini secara kasar saja, apa yang sangat-sangat mengecewakan saya adalah
  • LAPORAN PERUBATAN abah hilang. (rujuk), pada hari tu lah sepanjang hari menunggu laporan dan diminta datang semula pada appointment seterusnya.Namun semuanya -ve! Sebab tu Ct-scan kena buat semula.Semalam (7Jan), abah sangat-sangat lemah+demam dan Ct-scan tu menyakitkan walaupun diberi bius.
  • Sikap staff hospital ; disebabkan kelas 1 penuh, abah dimasukkan ke kelas biasa. Dah la dapat katil yang tinggi tanpa boleh mengubah ketinggian katil, masa abah hendak dibawa ke unit pengimejan, dalam keadaan berpuasa (abah ada diabetes dan bila diarah berpuasa tanpa makan dan minum sehari, mestilah kelihatan penat) dan katil tinggi,mesti la sukar untuk turun dari katil. Yang buat saya bengang, Pembantu Perubatan Kesihatan (PPK) boleh beri ARAHAN saja tanpa BANTUAN. Nasib masa tu saya dan mak ada, kamilah yang bantu.Nak harapkan PPK, makan gaji buta je! *saya ingat nama dan rupa PPK tu,awas kalian!!*.Langsung takda sifat prihatin. Yang ke-2, lepas hantar abah di unit pengimejan mereka terus pergi tanpa sebarang pesanan! Hey, kalaulah saya bukan pelajar perubatan tentu saya juga taktau apa-apa! Tapi, setahu saya walaupun begitu sebagai staff hospital segala maklumat perlu diterangkan kepada pesakit dan ahli keluarga!. Memang saya marah ya amat semalam.
  • Sikap acuh tak acuh pegawai perubatan, abah dah masuk ke wad 5 kali. Walaupun berlainan doktor yang ambil alih setidak-tidaknya bacalah dulu BHD dan sejarah-sejarah pesakit. Nampak sangat tak professional kerja anda! Bukan saya mahu mengata tapi itulah yang berlaku di depan mata dan saya bersyukur kerana saya tahu serba sedikit prosedur di hospital. Malah, HO-HO ramai yang terkekek-kekek sembang je.huhu
Kalau boleh memang saya nak senaraikan segala yang buruk-buruk, kalaulah mereka boleh fikir yang payahnya pesakit hendak datang ke hospital. Itupun KALAULAH, tapi tidak pon mereka hiraukan. Andai mak saya tak boleh memandu,saya sendiri tak tau nak fikir macam mana. Tahap bengang+marah+kecewa membuak-buak bila jejakkan kaki ke hospital. Sepanjang saya berpraktikal, tak pernah saya abaikan pesakit saya (bukan saya memuji diri) tapi, saya pegang pada 1 'pesakit itu amanah', tapi melihat apa yang berlaku pada abah saya, buat saya geram dengan pegawai dan kakitangan perubatan! Keadaan tulang lengan abah saya memang ketara putus dua dan disebabkan kecuaian pihak hospital dan kelembapan mereka tu buat keputusan. Nak tunggu itu nak tunggu ini, hilang itu dan hilang ini malah x-ray, ct scan ke hapa!! Argghh....

----------------------------------------------------------------------------------

Saya tak reti untuk menghuraikan kemarahan saya secara penulisan, malah secara pertuturan juga saya kurang tahu cuma bila raut wajah saya kelihatan sangat-sangat hodoh, tolonglah jangan menambah api dalam kepanasan hati.
Saya mencuba bersabar, tapi jujurkah hati saya menerima? Saya tak tahu, malam semalam usai maghrib dan bacaan Yaasin saya mohon diberi kekuatan untuk perbolakan hati saya yang sangat rapuh.Tiada siapa yang memahami hati saya selain DIA yang memberi segala isi hati ini,dan kepada DIA jugalah wajib saya mohon pertolongan! Saya tak mengharapkan orang lain paham perasaan saya sebab memang tiada yang mengerti. Sabar itu iman. Sabar itu manis. Ingatlah juga janji Allah yang ertinya, “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan Allah berikan jalan keluar dan Allah akan berikan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (QS. Ath Thalaq [65] : 2-3).

Allah, kuatkanlah hatiku

Jom dengar lagu ni...

ku dambakan RedhaMU

Nota : La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.. Sabar dengan ujian Allah umpama menahan sendu dari kedengaran dalam tangisan. Ia sukar namun itulah guru yang mengajar kita erti kekuatan.Hanya diri saya yang boleh menenangkan hati sendiri.Em..

P/S : Petang ni abah keluar wad. tunggu NEXT APPOINTMENT lagi...


Jantung hatiku : Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak. 'Khalifah Ali'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 comments:

Anonymous said...

adeh. terase bengang same ms bc yg hospital tuh. (-_-!)

hrp2 sy xjd mcm tu. nauzubillah min zalik huhu.

smoge di permudah kan sgl urusan Kak Wana comel ku. <3

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Hu Hu Hu...
Pasal hospital tu... membara gak hati..

Semoga Wana diberikan kekuatan.. Amin..

Banyakkan bersabar ye,dik.

aNa_mE said...

laling..tu hospital mana?
membara btl kte baca..marahnya dgn sikap mcm tu!!!amanah yg diorg ptt jaga adalah pesakit2..

SNS said...

Arina : Akak doakan Arina jadi DR ARINA yang bertanggungjawab =).. Thanks dear..

K.Noi : InsyaAllah kak, berbulan sabar dengan karenah orang-orang spital tu..thanks =)

Ana : hosp yang berdekatan dengan rumah kamu dulu.. fedup sangat neh, entahlah semuanya akan berakhir.

♥ Izzah Marzuki said...

wana,

sabar ye..
geram gak baca part hospital tuh.
hospital kjaan eh? kalo swasta jarang la camtu kan. huhu..

baca part ipta tu, sedih gak. sian wana. tapi x pa wana, musti ada hikmah, wana x ke ipta. Semua tu perancangan terbaik dari Dia. jgn sedih² ye. alhamdulillah, skang pun dah berjaye kan.

k.izz doakan moga dipermudahkan segala urusan wana & urusan famili wana, insyaAllah..

setiap kesusahan pasti ada kesenangan.. Dia dah janji.. ;)

SNS said...

K.izz : terima kasih K.izz, yup hosp kerajaan =(.
InsyaAllah, rencana Allah tiada sapa yang tahu. Cuma kita harus terus berharap pada DIA kan..

aNa_mE said...

if teruk sgt gak..kte leh try suh ayh kte check kan sape yg incharge ayah kmu tu..
geram kte ngn sikap doc2 mcm tu..wat keje sambil lewa je..tu kan tanggungjwb mereka..

SNS said...

em, kita tunggu the next appointment on Jan 21, pasal report ct scan.

khilkhir said...

nmpknye kena tulis lain...tenet i jd sengal plak...huhu...ape2 pun u need tu S.A.B.A.R...hehehe

SNS said...

terima kasih K.Siti..
insyaAllah...

Anonymous said...

sabar banyak2 ct.....
:(

yani said...

asslamualaikum..........
sabar.........