Container Icon

Suka Pelangi Saya?

hikmah segala musibah

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'alaikum wbt...

Bissmilllahirrahmanirrahim... Apa khabar pembaca sekalian? ahaks, tiba-tiba saya bertanyakan? Yelah, saya mendoakan setiap pembaca yang singgah di sini dalam kondisi yang amat baik hati,jiwa dan fizikal.Jangan tensi-tensi ya, moga saya juga tergolong dalam keadaan begitu walau apapun ujian dan badai yang menerpa! Ayuh, kita lawan saja cas-cas negatif dalam diri kita. Ada yang tertanya-tanya saya mana perginya entry 'cinta itu bukan untuk cinta ini' ? Maaf, entry itu saya menaip dalam keadaan hati yang suam+geram+suram, maka hasilnya melagho-kan saja. Tiada signifikan buat semua termasuk diri saya sendiri.Hurmmm (panjang hembusan nafas kali ni)......

Alhamdulillah, sudah 12 hari abah di hospital. 5hari di HKL dan 7 hari di IJN. Minggu lepas selepas bypass (pintasan di saluran jantung yang tersumbat), abah demam sejuk beberapa hari dan 2hari tak larat nak bangun. Mujurlah mak setia menanti dan menjaga abah, kami adik-beradik bekerja dan setiap hari datang waktu rehat tengah hari dan lepas waktu pejabat. InsyaAllah, doktor kata dalam minggu ni pemedahan membuang tumor di paru-paru cuma harinya akan diberitahu harini (22.3.2010).Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya,mohon doa semua ya!

Sekadar konklusi ringkas, kerana jatuh abah patah lengan kiri. Kerana patahnya lengan (tulang humerus), dapat kesan tumor dan sebelum pemedahan penyingkiran tumor, dapat kesan injap jantung yang tersumbat dan disebabkan abah masuk IJN, makin kerap kami berkumpul sekeluarga. MasyaAllah, hebatkan rencana Allah? Walaupun sibuk dengan kehidupan masing-masing, kami masih boleh berkumpul bersama-sama terutama di hujung minggu kerana abang dari Pasir Gudang pasti akan pulang ke KL. Bagi saya, bersama keluarga perkara yang sangat-sangat mengembirakan walaupun ditimpa musibah. Moga kami diberi kekuatan hati yang utuh mengharungi setiap dugaan DIA.Dan moga mak cekal menghadapinya.Mak insan yang paling tenang dan setia...
2008

Ok, hari ni hari apa?
-Isnin
Tarikh apa?
- 22.3.2010
Kenapa?
Err.. hari jadi K.la [Zasriati Azla]
Yang ke ?
-Rahsia.. :D
Tapi.......
-tapi ? Hurm, K.la jauh sangat dari kami. Mencari rezeki di Saudi, rindu sangat kat dia. i___i.
Selamat Hari Lahir...
Selamat Ulangtahun....
Moga Allah memberkatimu,
Moga imanmu makin tebal...
Moga Allah berikan kebahagian hati dan fizikal untukmu...
Moga kasih sayang kita makin kuat....
Moga K.La diberi kesihatan yang baik...
Moga makin kaya....haha :D
Sayang you sangat-sangat......
*HAPPY BIRTHDAY*

Nota 1 : Kak La balik 7.7.2010...97hari lagi. K.la di Malaysia hingga 17.9.2010!!

Nota 2 : Banyak aktviti yang saya kena keluarkan dari senarai, buat masa ni semuanya hanya aktiviti keluarga saja. Maaf ya jika segala ajakan kalian saya terpaksa tolak, saya lebih utamakan yang lebih utaman.

P/S : pssst, sudah kembali ada shoutmix. Gunakanlah sebaik-baiknya ya! Terima kasih =)


Jantung hatiku : Keluargaku, hidupku!!! Cintaku selepas Allah SWT dan Nabi Muhammad Sallallahu 'alayhi wassalam.Saya sayang keluarga saya!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Jamal Rafaie said...

Salam..

Kak La tu akak sulong ke? Selamat hari lahir untuknya yer..

chAq said...

w'salam..
Tidak, K.la anak kedua.
Terima kasih daripada pihak dia :D

Izzahsakinah said...

aturan DIA hebat. bile fikir balik ape yang dah jadi, tengah jadi, sume rencana DIA.
ade hikmah dalam musibah. kite percaya ;)

happy birthday to Kak La. muge dilapangkan sume urusan dunia Akhirat =))

chAq said...

kita juga percaya..cuma kadang kala iblis kejam menghembus hasutan-hasutan kesedihan dan kekecewaan yang melampau dalam diri

Terima Kasih bagi pihak K.La. Moga baik-baik juga buat Nad ya =))

IRIS said...

Salam rindu buat Wana.

Selamat hari lahir buat kakak nya...muka memang seiras sangat. Manis dan cumil.


Wana, dah bertugas kat mana sekarang? Akak dah ter'missing' cerita.

chAq said...

W'salam K.Iris =)
Ya, salam rindu yang teramat rindu juga buatmu....