Container Icon

Suka Pelangi Saya?

..:: matikan perasaan itu ::..

~ sns cerita tentang ~
Salam alaik..


Harini saya kematian Tam-tam [20.10.2009] , satu-satunya kucing yang masih kekal duduk di rumah. Sebetulnya mak membela lebih 15 ekor sebelum ni tapi banyak yang telah diCURI orang dan mati. Dari kucing Parsi, kucing Siam malah kucing pasar [kerana diambil di pasar].Berbalik pada Tam-Tam [saya panggil dia Tompok sebab dia bertompok putih di muka, K.la yang panggil dia hitam dan saya ringkaskan jadi Tam-Tam].Dipendekkan cerita, pagi jam 10.30am, mak dan abah nak keluar ke bengkel kereta dan saya hanya menghantar ke muka pintu dan saya lihat Tam-Tam berbaring di bawah kereta. Peliknya Tam-Tam dia sangat-sangat takut melihat saya sebelum tak seperti Yam-Yam [kucing Siam]. Tapi, pagi tu, Tam-Tam sangat pasif dan tak bergerak hingga abah masuk kereta dan menghidupkan enjin.Saya minta mak bawa Tam-Tam ke saya, dan dia sangat-sangat tak lari dan tak meow. Saya belai dan bermain-main kira-kira sejam dan bawa dia masuk ke bilik sambil ambil gambar dia. Pelik ! Sangat pelik, dia tak membantah dan menjadi terlalu manja, yelah selalunya dia manja dengan mak je sebab saya jarang berada di rumah. Saya dah syak dia mungkin tak berapa sihat, saya periksa badan dia tapi tiada apa-apa luka, saya rasa perut dia pon tak terasa panas pon. Kemudian, saya letak dia di depan pintu rumah dan buka sedikit sliding door kalau-kalau dia nak keluar . Setiap 30 minit saya ke pintu untuk melihat dia, 30 minit pertama ke 2 dan ketiga saya lihat dia tidur dan kejap-kejap bergerak, selepas membelai belakangnya seketika saya pon masuk ke bilik hingga jam 4pm, saya pergi lagi ke Tam-Tam saya lihat dia meow pelik sekali tapi dia masih baring dan tiada tanda-tanda nak mati.[ Selalunya bila kucing nak mati / nazak, meowan mereka akan kerap dan dengupannya akan sedikit kencang. ] Saya masuk ke bilik dan 4.30pm saya ke ruang tamu untuk menonton Sumpah Bunian dan mengintai lagi Tam-Tam, saya panggil namanya dan dia tak menyahut. Hati saya tak sedap dan saya pegang perut dia dan tiada pergerakan. Saya lihat ada cecair kuning keluar dari kemaluannya dan mata serta mulutnya terbuka juga ada sedikit air liur terkeluar.Tam-Tam dah mati…Ya, dia dah mati. Aduh, sedih sungguhlah hati saya. Saya pon angkat dia dengan tangan dan letak dia di luar rumah dan tunggu mak dan abah pulang.Ketika saya angkat Tam-tam, saya picit sedikit perutnya dan dia air kencingnya masih keluar.Dalam 4.45pm mak dan abah balik dan mak arahkan saya untuk tanam Tam-Tam.
Kira-kira5.30pm selamatlah bangkai Tam-tam ditanam.Sebak betullah saya, tiada lagi kucing di rumah. Yam-yam pula ke rumah keluarga angkatnya[jiran]. Barangkali dia dah tak dapat menghidu bau saya [selalunya dia akan pulang ke rumah bila saya ada]. Kini saya hanya tinggal sepasang kura-kura yang masih setia temankan saya sejak dari hari pertama di kolej hingga saya dah bergraduasi. *keluhan panjang ; emmmmm*
masa ni dia di bilik
dia yang makin lemah
dia dah mati
tanam dia di pokok longan
perkuburannya..esoknya saya tanam pkok bunga raya
---------------------------------------------------------------------------------

Bila ia menjelma….
Lantas sepintas angin aku titipkan kata-kata,
Bila ia menjelma….
Hati lekas terasa gundah gulana tanpa bicara yang pasti,
Bila ia menjelma…
Aku seperti sang setia yang tiada jemu dan hilang leka,
Bila ia menjelma…
Aku tersentap dari reality dan terus ke alam hanyalan semata,
Bila ia menjelma….
Aku dibuai mimpi indah yang penuh tipu daya,

Bila Ia menjelma.....
Aku harus matikan segalanya.

Nota : Banyak sangat kerja perlu buat ni, konvo+konvo+konvo dan sambungan Dr F ? Oh, mungkin..

Jantung buatmu : Saya mengharap jarak itu seinci cuma namun sebaliknya, saya lihat bulan kerana saya yakin sejauh mana jarak itu kita tetap melihat sang purnama yang sama!
Biar menjadi pungguk, asalkan ia menerangi gelap malamku …

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Huhuhu..sedihnya tengok Tam Tam..
Mesti rindu sangat ngan dia... :'(
Teringat plak masa kehilangan Ciko The Hamster dulu walaupun bukan hamster akak, tapi still terasa gak masa dia 'pergi' tu..

SNS said...

tu la kak.Ajal dia. Dah malas nak bela apa-apa. Kang sedih sangat

Anonymous said...

oh. sy igt kucing kecik sy prnh bela dlu. 3 hr je bela. die br lahir. pastu die mati. T___T sy nangis berhari2 gak ..