Container Icon

Suka Pelangi Saya?

..:: [h] I [L] A [n] G ::..

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt...
Ada 3 perkara yang saya rasa saya dah 'hilang' .
1.) Keyakinan diri saya yang rasa fikir makin pudar dan layu
- Sejak semalam, saya rasakan saya betul-betul orang yang tak berguna.Lepas ke hosp saya ke kolej untuk mengambil slip keputusan.Tak semena-mena saya kena hentam tanpa sebarang alasan yang masuk akal.Ya Allah, benci sungguh saya!!Kenapalah manusia ni kadang-kala atau sentiasa berasa angkuh dan takjub dengan kejayaan diri hingga rasa terlalu agung buat manusia lain.Setiap manusia ada harga diri dan maruah, bukan semudah itu boleh diperkotak-katikan.Mungkin saja saya ni susah sangat nak melawan tapi jauh di sudut hati saya, saya amat-ama kecewa+malu bila diperlakukan sebegitu.Ya Allah, aku benar-benar perlukan kekuatan untuk diriku.Sepanjang perjalanan pulang juga saya sentiasa berfikir-fikir hingga saya langsung tiada semangat+keyakinan.Sangat nipislah kekuatan hati saya ni kan?
Saya perlu K.La sekarang! Saya nak dia basuh otak saya cukup-cukup sebab dialah antara pendorong terkuat saya dari dulu lagi.Saya benci ramai orang sekarang malah diri saya juga!
Orang yang bersikap negatif macam saya ni tak berhak apa-apa pun.Saya betul-betul benci perkara semalam.Manusia sungguh kejam!Saya seperti orang bodoh yang terlalu bodoh diperbodohkan. Jangan bersikap kekauman!

2.) Sudah lebih seminggu YM dia tak menyala, saya rindu id kuning mahupun merah daripada dia.Terfikir-fikir juga dia sibuk dengan pembelajaran atau yang *itu* Walau apapun, saya tetap doakan yang baik-baik untuk awak.Saya cuba untuk bersifat neutral tapi hakikatnya ia masih berasid.

3.) Dia kawan baik saya, saya selalu berkongsi pelbagai masalah dengan dia.Walaupun tak semua,tapi dia antara penyimpan masalah-masalah saya.Mungkin tak banyak tapi dia juga begitu.Cuma, saya agak kecewa dengan perbualan ym kami yang terakhir pada beberapa hari yang lalu.Saya cuba untuk mengabaikan 'rajuk' hati yang tak semena ni tapi itulah yang saya rasa.Hati ini perlu dijauhkan seketika dari dia.Saya akan 'mengurungkan' diri di sangkar ciptaan saya.Saya mohon maaf andai bicara saya buat kamu terasa atau diri ini yang terlebih berasa!

Nota 1 : Moga saya peroleh kembali kekuatan saya dan kembali mengukir senyuman di hatiku =)

Nota : Abaikan catatan 2 dan 3. Biarkan keseluruhan cerita itu menjadi diari di hati saya.


P/s :Mungkin entry ini memberi jawapan pada status saya di Ym.Terima kasih kepada yang bertanya.Konklusinya hati ini yang hilang kerana ia berkelana mencari ketenangan yang hakiki, insyaAllah ta'ala


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Anonymous said...

Kak Wana ku tetap Kak Wana ku. wlupun kne hentam ke, hape ke. ttp Kak Wana ku. *senyum*

smoge akak ok2 saje.

ps : nk ym ..

SNS said...

Arinaku juga...
Moga kamu terus tabah di sana!! Nak panggil Dr Arina nanti.. =)

khilkhir said...

i really2 need ur shoulder right now...