Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Saya sayang mak =)

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt...

" mak : Bagus juga kamu ada teman mak. Kalau mak sorang, tak tau la macam mane...
saya : em..
mak : Takpelah,kamu takyah kerja.Teman je mak, tiap-tiap bulan pon dapat 'gaji'...
saya : hehe [dalam hati sedikit gusar tapi saya hanya akan kerja di Pantai saja] "

Saya kesiankan mak, abah masih di Wad 5c Hosp.Raja Permaisuri Bainun.InsyaAllah, akan keluar harini tapi abah masih belum dibuat apa-apa. Masuk wad semula pada 19.10.2009. Sepatutnya, 30.9.2009 lalu dah dibuat pemedahan kat tangan abah.Memandangkan waktu x-ray dada terdapat bayang-bayang yang berkemungkinan ada secretion. Tapi, -ve juga.Doktor buat echo, takut2 kalau ada kanser atau masalah lain.Tapi minta jauh lah.Em...pelik ya amat !

Sepanjang abah di hosp, sayalah teman mak di rumah dan ke hosp.Jarak hosp-rumah=40km.Kesian mak kena memandu seorang kalau saya takda.So, saya ambil keputusan untuk lanjutkan cuti dan xkan mula kerja dulu.Sekarang pon masih meninjau untuk sambung belajar saja.

Saya sayang mak sangat.Saya tak sampai hati nak biarkan mak seorang uruskan abah.Hidup saya langsung tak berkualiti di rumah.Belajar dari rumah la sementara ni. *tolonglah hati, jangan merungut.Allah itu Maha Mengetahui*

P/s : Balik KL sekejap petang ni..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

lynodehearty said...

suma kan ok..insyaAllah..
kuatkan ati n semangat tu..
doa sis sentiasa tuk ct~

ღn0n0iღ said...

Syukur alhamdulillah ibu bapa ada anak macam Wana :)
Ya Allah, permudahkan lah segala urusan Wana dan keluarganya.

Semoga ayah Wana cepat sembuh. Aminn...
Selagi boleh berusaha, kita usaha. Lapangkan dada ye.. semoga sentiasa tabah menghadapi dugaan :)

chAq said...

K.Lyno : InsyaAllah, terima kasih sis =)

K.Noi : InsyaAllah K.Noi, kita cuba berlapang dada dan +ve..AMeenn ya rabbal 'alamin..