Container Icon

Suka Pelangi Saya?

sedut-sedutan

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt..

Alkisah kali ni, eh entry ni berbahasa melayu penuh ye cuma pasti banyak kesalahan tatabahasa. Minta maaf cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya.Bukan tak mau aplikasikan apa yang dibelajar. Setelah 2 entry yang lepas berbahasa penjajah [teruk kan language saya]. Jadi, abaikan sajalah ;p.

Semalam saya ke hospital menemani mak yang menghantar abah yang ada temujanji untuk CT-scan. Seawal jam 7.35am kami keluar dari rumah dan tiba di hosp kira-kira jam 8.30am. Saya dan mak ke tandas seketika dan abah terus ke bahagian pengimejan. Hampir jam 9.30am baru saya dan mak jumpa abah di bahagian X-ray kerana kami menunggu di bahagian yang salah. Yelah, Abah kata dia di menunggu di bilik 5, kebetulan Hosp Raja Permaisuri Bainun ni ada 2 bangunan. Kami ke tandas yang di bangunan Klinik Pakar Perubatan [KPP] dan di situ ada Jabatan X-ray bersebelahan Klinik Ortopedik. Kami pula tunggu di KPP di depan bilik no.5, tunggu punya tunggu tak juga abah keluar. Jadi, saya pun pergilah mengintai-intai dari luar.Tapi abah takda dan minta mak telefon abah semula. Rupanya, abah di Jabatan X-ray di bangunan utama.Kesilapan teknikal yang agak kronik, malu pon ada sebab duduk tunggu bersama-sama pesakit yang patah sana-sini. ;p. Kami pon lekas-lekas bangun dan ke bangunan utama.Sampai di sana, kami duduk dan tunggu giliran abah.Aduh, mati kutu saya.Sungguh ni saya memang tak suka keadaan macam ni, jadi saya ke gerai menjual buku-buku dan beli Majalah Mingguan Wanita kemudian kembali duduk di Jabatan X-ray tu. Hampir sejam membelek dan membaca majalah tu dari muka depan hingga kulit belakang.Jam 11am, baru nama abah dipanggil dan diminta untuk menukar baju dan IV drip sebelum masuk ke bilik CT scan. Saya yang dari tadi duduk menunggu asyik tengok doktor-doktor lalu lalang dan yang menariknya ramai sungguhlah yang memakai baju belang-belang tapi yang kurang menariknya takda lengchai pon lah. hihi ;p !
Kira-kira 30minit kemudian, abah keluar dan Radiografer tu bagitau yang CT scan tak dapat dibuat sebab Serum Urea abah 13.7, dan abah ada masalah buah pinggang juga , takut beri kesan sampingan pada buah pinggang. [Saya taknak terangkan panjang lebar].Radiografer tu mengarahkan abah ke wad 5c [Wad pemedahan Kelas 1] dan berjumpa Dr F. Di wad, Dr F ambil darah dan mengarakan saya untuk hantar sampel darah abah ke Bahagian Patologi.[Macam pekerja pula].Lebih kurang sejam tunggu di Bahagian patologi, saya pon naik bawa keputusan.Alhamdulillah, serum urea di tahap normal 7.7 dan saya harap Ct scan dapat dijalankan hari tu juga. Naik atas, Dr F minta jururawat sejarah kes abah sebab abah pernah admit di wad tu. *memendekkan jalan cerita*, laporan tu di jabatan Anaes[bius].*memendekkan lagi jalan cerita*, kami menunggu di wad 5c dari jam 12.45pm hingga 4.30pm dan akhirnya Dr L bagitau yang 26.10.2009 abah kena datang masuk wad dan, petang tu ke temu janji KPP dan 27.10.2009 ke Bahagian Anaes dan baru boleh decide CT scan. Sepanjang menunggu, ada juga doktor-doktor lengchai tau dan akibat kebosanan melampau saya melakukan kerja yang tak 'senonoh'. em, sapa suruh si dia ni lalu lalang je depan saya dan pandang-pandang jeling-jeling! [baca : perasan kot]. Dan disebabkan seharian di hosp, jam 5.30am baru pulang ke rumah dan sampai jam 7.12pm muka saya menjadi terlalu KETAT dan teramat KETAT. Saya benci menunggu,menunggu dan terus menunggu macam orang BODOH kat hospital tu.Saya betul-betul tak mampu senyum dan hilang kawalan. Maaf mak, saya memang tiada selera langsung semalam dan memang saya tak makan apapun semalam sebab menunggu terlalu lama.

Ni la kerja saya. Siapakah jejaka itu? hehehehe
No telefon pon ada juga.*ampunnnnn!!!


---------------------------------------------------------------------------------

Ni baru cerita sebenar saya, kisahnya hari Ahad yang lalu jam 6.30pm saya ke pasar malam dan mak membeli siput sedut.Em, tiada apa yang menarik kan? Tapi, sebenarnya seumur hidup mak, mak tak pernah membeli siput sedut sebab mak geli dan tak makan siput sedut. Dalam keluarga saya, saya ni jenis yang pelik sedikit bab makanan. Yang saya makan, adik-beradik lain kurang gemar makan. Begitulah sebaliknya.Berbalik pada siput sedut, sebelum ni saya selalu minta mak beli siput sedut tapi mak selalu kata mak tak nak dan tak berapa reti nak masak [tapi sebenarnya mak geli]Lagipun, dalam banyak-banyak makanan bercengkerang ni, mak hanya makan kerang.Saya pula suka sangat makanan bercengkerang ni. Tak kisah la kerang ke lala ke pepahat,kepah dan lain-lain.Mak tanya penjual tu, berapa sekilo siputs tu. Rm 8 katanya, mak tanya kat saya nak beli berapa? Saya jawap suku je la. Penjual tu tenung dan jawab suku tak boleh lah, so, mak beli la setengah kilo Rm 4 je. Dan hari ni mak membasuh sang siput sedut tu dan minta saya tolong potong bahagian hujungnya.[Mak kan geli]. 2 hari sang siputs tu merayap-rayap dan berkeliaran di kawasan dapur hingga saya terpaksa masukkan mereka dalam bekas berlubang dan tutup bahagian atasnya supaya mereka bisa bernafas sebelum dimasak.Malamnya pula mak dan saya berbincang dan mak tanya 'siput tu nak dimasak apa? Mak ada tengok kat tv, ada diajo masak tumis je. Tumis je bawang-bawang letak cili' *saya menyampuk* masak sambal ke mak? Mak jawap : Bukan, tapi ni ala-ala goreng je. Eh, macam pelik je mak, masak lemak je la.Tu je yang pernah makan.ehehe. Mak pon ok kan je.
Dah siap dibasuh dan dipotong hujungnya.Tapi masih hidup!
Dah siap dimasak dan untuk saya sorang je ni.
Saya tambah 2x tau.hehe

Satu periuk siput sedut untuk saya sorang. 1 periuk = setengah kilo. Tersedut-sedut saya harini. Terima kasih mak sebab masakkan untuk Siti. Sayang mak sangat-sangat. Terharu dan terkejut mak boleh nak membeli siput sedut.

Nota 1 : Memang saya ni sinonim dengan cengkerang. Beg Samsonite yang saya pakai menyebabkan kawan-kawan gelarkan saya kura-kura atau si penyu! Muqadimah entry ni lebih panjang dari cerita asal ;p

Nota 2 : Saya hilang nikmat senyum semalam dan harini saya kembali ceria =) Dan saya menjadi si bisu.


Jantung buatmu : Apabila perasaan anda tidak baik, elakkan bercakap banyak kerana ia mudah mencetus pertelingkahan dan bisa merosakkan sesuatu perhubungan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

lynodehearty said...

sangat-sangat-sangat-sangat-sangat suka..keseluruhan en3 n jantung buat mu..huhu..=)

chAq said...

kak, yang muqadimah tu sangat2 kita xsuka sebab memang betul2 kita geram tau..eheh

khilkhir said...

oi...sempat lg tu....hahaha...sapela insan bertuah yg diambil gmbrnye from his back...toleh skit...haha...jd pekerja sementara..ok la tu..hik3

arina said...

1. hahaha tabik spring toing toing kat akak sbb dpt amik gmbr doc tu! *gelak2*

2. oh smoge dipermudah kan sgl urusan perubatan abah akak. amin.

3. lala! haha teringat adik.

4. sy gelak2 bc yg part siput merayau2. hahaha. (teringat ms kecik, tgk siput dlm tong kat rumah atuk)

chAq said...

akak, tulah jejaka agak kacak malaya. jengjengjeng. Dr muda yang baru lagi.ehehe. ic nya pon kita tau.. *cekap sungguh bab ni*
Seronok kerja tu kat hospital kak

chAq said...

Arina : Jangan contohi keNAKALan akak tau..hahahaha. Tula la pasal, si lala adik Arina tu kot mak akak dapat baca hati akak yang nak makan binatang bercengkerang.

2. Amenn..akak dah tak larat nak tunggu Arina. Tak tahan tengok abah macam ni.

4. tu la, mak akak gelak-gelak n panggil akak suh ubahkan siput tu ke bekas lain