~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt..
Assalamualaikum wbt..
Masih ingat tak entry saya yang lepas, ala tentang hilang tu. Tak ingat takpa, tak penting pon dan kalau nak tau baca je semula.Oklah, alhamdulillah apa yang saya 'hilang' tu saya dah dapatkan semula.Bukan total 3/3 tapi 1.5/3 sahaja dan saya amat bersyukur juga tau.
Kenapa 1.5/3 ? ...
Jawapannya [mengikut senarai entry sebelum ni juga]
1.) Kenyakinan saya mula bercahaya sedikit demi sedikit. Saya emel K.La dan saya harapkan dia dapat cuci otak saya ni.Alhamdulillah, dia berjaya!!dan dia buat saya tersenyum lebar pagi ni.Sungguh tau.Saya betul-betul sayang K.La <3
2.) Hari saya post entry sebelum ni, malam tu juga Ym dia kuning dan seketika merah. Saya terus periksa blog dia kalau-kalau ada entry baru, tapi takda.Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya nampak Ym nya bernyala untuk hari tu.Tapi sehari tu je la, jangan gelakkan sayalah saya bukan angau dengan melihat ym saja saya dah gembira tapi itulah saya! Saya tunggu lagi nyalaan ymnya untuk menyala hingga hari ni, tak kisah kuning atau merah namun belum ada lagi.Brangkali sibuk dengan pengajiannya.Saya doakan semoga cemerlang ya! * macam dia membaca hati saya je..lol
3.) Saya masih di sangkar rajuk saya! Abaikan saya.
So, kalian faham tak kenapa 1.5/3 ? Tak paham lagi? Baiklah, begini 1.5 [ 1mata untuk point 1 dan 0.5 untuk point no.2 sebabnya hanya separuh pencapaianya.hehe. no 3 masih takda apa yang boleh diberi mata] Kalau masih tak paham, abaikan saja!
----------------------------------------------------------------------------------
Janji Allah dalam surah Al-Insyirah, setiap kesedihan, kesusahan dan kepayahan yang kita tempuhi pasti akan Allah khatamkan dengan kegembiraan, kesenangan dan jalan keluar yang terbaik untuk segala perit jerih yang telah kita lalui. Semuanya kembali kepada diri kita sejauh mana kita SABAR dengan DUGAAN yang tiba dan USAHA serta TAWAKAL kita untuk atasi semuanya. Pertolongan Allah tidak datang dengan sendirinya, kita harus pandai 'berjual beli' dengan Allah yakni kita terima ujian Allah dan redha denganNYA tanpa jemu berusaha mengatasinya. InsyaAllah, pasti Allah akan pandang dan tidak mengetepikan kita.
Merujuk surah Adh Dhuha : Allah memberitahu kita bahawa setiap yang akhir itu lebih baik dari awalnya, walaupun mungkin kita akan mengeluh+gusar+sedih ketika diujiNYA tapi beringatlah yang diuji adalah INSAN YANG TERPILIH kerana Allah sengaja melambat-lambatkan kemanisan buat kita kerana Dia mahu mendengar suara+rintihan+tangisan kita meminta-minta kepadaNYA sebagai kekasih yang SATU.
Jujurnya, saya juga kadang kala sangat tertekan dengan kehidupan dan saya juga sangat-sangat pendam dalam hati dan berharap untuk penyelesaian sendiri.Jika semalam kita sedih, jangan lupa esok masih ada sinar kegembiraan buat kamu.
Nota 1 : Saya rindu mak sangat =) nak pulang ke kg juga harini, insyaAllah.
Nota 2 : Mulai entry ni, insyaAllah akan ada JANTUNG BUATMU
Jantung buatmu : Hati yang tenang adalah hati yang mengingati ALLAH
0 comments:
Post a Comment