Container Icon

Suka Pelangi Saya?

[m] O [d] E ~cik SNS~

cAtAtAnku ~ sns ~
Ramainya gelakkan saya kalau saya bagitau saya suka lagu2 lama..Tapi kalau cerita P.Ramlee tu mmg kegemaran juga tau..Sudah, jgn gelak2..kalau xtahan sangat nak gelak, jgn gelak depan pc sambil membaca blog saya..Terasa sampai ke jantung tawa kalian!!Malah kakak2 saya pun kdg2 bosan tgk saya yang x pernah jemu tgk cerita P.Ramlee yang berjuta2 lemon diulang tayang! Sabarlah kanda semua, dinda mmg suka.X penah rasa bosan walau sesaat walaupon selalu saya akan mengulang2 dialog dalam filem yang saya tonton, bahkan buatkan kanda2 saya gelak kerana kefasihan saya menghafal. ( Kalau lah saya boleh hafal dan mengulang2 Neurology seperti filem P.Ramlee kan bgs!! )

Walaupun saya mmg sangat sukakan english oldies songs,
melayu pon apa kurangnya tau..Oklah, saat ini..saya memang berperasaan inilah..

Malam Ku Bermimpi
Malam ku bermimpi
Hai dengan satu bintang
Berkata-kata ku di jendela
Ku lihat kanda tersenyum memandang
Asmara bergelora
Meresap ke dada
Malam ku terlihat
Oh sekuntumlah bunga
Baunya harum menarik hati
Tak sanggup menahan rasa asmara
Meresap mendalam
Mengusik di jiwa
Sayang jauh di balik awan
Wajahmu tetap berseri-seri
Laksana bulan sedang mengambang
Menawan dan menggoncang dalam kalbu

Oh angin meniup

Bawa daku ke sana
Hasratku ingin bersama-sama
Tak tahan rasa hati menderita
Gelora asmara
Selalu menggoda




malam ku bermimpi - P Ramlee

Note 1 : Saya keseorangan di sini..Akak outstation.

Note 2 : Betul2 malas nak ke kolej esok sebab byk keja yang belum siap.Lebih baik duduk rumah dari pergi AGM journal club tu.Aduh, inilah sebab kenapa saya xsuka pegang jawatan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Izzah Marzuki said...

wana,

p ramlee mmg best, evergreen kan.. ape nak dimalukan.. hehe.. patut yg mude² mcm wana ni laa kena didedahkan ngan karya p ramlee.. hehe.. kalo x nanti pupus gitu je.. lagu skang & filem skang ni kan byk yg tahpape.. =)

*pgg jawatan pe tu? =)

chAq said...

Em, jawatan kecil sahaja..ehe..
Betul k.izz, kita lebih tahu lagu2 lama dari lagu2 baru..
Berjiwa lama juga :)