Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Bermula Realiti Cinta Kita

"Are u ready to begin the journey towards it?" 

Terjaga dari lena sekitar 2.00 am waktu di London kerana kebiasaannya musim sejuk (masa itu), kekerapan 2jam sekali akan bangun untuk minum air dan basahkan tekak bagi mengelakan tekak perit dan kering sebelum qiamulail seketika. Lantas mencapai telefon sambil melihat perkhabaran keluarga dari Malaysia di FB, membelek di inbox lalu membaca sebuah persoalan yang menghentikan degupan jantung seketika. ...."Are u ready to begin the journey towards it?" .... Terus menjadi Parkinson, palpitation dan serba tak kena. Pelbagai persoalan dan tanda tanya. Allahu, saat jauh dari keluarga saat terasa asing di Bumi Permaisuri ini, lantasku bangun dan bangkit untuk mencari kekuatan dan jawapan. Bingkas mengambil wudhu' dan solat taubat, tahajjud, hajat dan istikharah. Mohon Tuhan membantu beri jawapan. Usai solat dan mengaji, sedikit tenang pada hati lantas mencapai telefon dan menghubungi mak dan bertanyakan pendapat tentang perihal serius ini. Jam 3.30am (UK), jejari halus ini menekan papan kekunci dan melontarkan soalan kepada persoalan sebelumnya. ...."The journey need a leader, are you willing to be a leader?"... - 11.38am (Waktu Malaysia).

Begitulah permulaannya, kami tidak mengenali begitu rapat malah tidak pernah berbicara walaupun pernah bersua muka sebelumnya. Melalui adiknya (kini adik iparku), terima kasih kepada beliau yang bertanyakan statusku sebelum dia berani menyuarakan hasratnya kepadaku. Jujur saat bakal suami (ketika itu) bertanya, ada beberapa insan yang menanti jawapan yang sama. Lantas, untuk beberapa bulan kuputuskan untuk terus bermunajat dan bertanya kepada Sang Pencipta. Bukan mudah untuk menerima dan memberi jawapan serta harapan namun sebulat hati menyerah kepadaNYA, menghadiahkan ketenangan saat membalas soalannya.

Perjalanan kami berombak-ombak, lantaran jarak geografi UK-Malaysia (hampir setahun selepas itu saya pulang for good) dan beberapa bulan kami menyepi hingga sebulan sebelum majlis pertunangan baru kembali berbicara untuk ke peringkat seterusnya. Tempoh itu, benar-benar menguji kesabaran kerana belum ada satu jawapan yang kukuh. Namun, ALLAH Maha Penyayang memberi pada saat yang tepat dan ALLAH jugalah yang memegang hati ini untuk tidak berpaling pada mana-mana lelaki yang bertanya kerana yakin dengan persoalan dahulu. Alhamdulillah kami bertunang seminggu sebelum dia berkhusus 6 bulan di Pantai Timur.
  







































































































































19 Mei 2013
















Pulang dari berkursus sekitar akhir tahun 2013, menjangkau awal tahun 2014 kami memutuskan tarikh perkahwinan dan sehari sebelum akad nikah dia melamarku. Alhamdulillah, jam 3.30 petang tangkal 8 Ogos 2014 menjadi sejarah buat kami. Sekali lafaz, dia memikul tanggungjawab menjadi suamiku.Tidak terjangkau fikiranku menjadi isteri dia namun segalanya tertulis dari DIA buat kami. 
Orang yang tak pernah menyatakan perasaan suka waima cinta sebelum akad. Namun dia zahirkan melalui tindakan menikahiku.
 
Alhamdulillah :)
 
 Gambar pertama kami :)
 Keluarga baru :)













Thank you wonderful mom :)

 Majlis di belah saya bersama abang dan kakak :)
Photobooth
 Bridesmaid and flower girls :)
 Kakak sulung : Thanks kakak for everything. Love you :)
My 2nd sister :). Thanks Kak La. Love you :)
 Pelamin dan makan beradap
 BFF di universiti. Thanks girls for coming. Sherrin & Valen
 Colleagues : Sarah Woo and Zhi Wei :)
 After years, we met again... First time met in London. Jazaakillahu khayr kakak and family for attended my wedding. Really appreciate it so much. Such a nice and loving doctor yang teman suami sambung PhD di UK :). Doakan kita ye. InshaALLAH jumpa lagi dalam suasana lebih baik :)
 Kak Sarah dan keluarga. Zaisara Cookies :) Thanks kak, Cik Tun & Harmaini.
 My lovely adik, makmum dan imam, khatam Quran sama-sama masa Ramadhan di UK.
Oh adik, i miss you so much!. Akak sayang Tika kerana ALLAH
 Ketibaan keluarga mak abah dari Perak
My bff dari sekolah. Moga ALLAH pelihara uhuwwah kita. Love you Ana :)

 Perarakan masuk ke dewan
Keluarga saya :). Tiada dalam gambar : Abg Mie (ke tandas), 3 Zara (bermain-main)
 Keluarga suami. Along + A.Azizi :)
 Kawan baik di sekolah, kawan baik di universiti :)
 Kak Ila, Kak Sharipah dan keluarga dari Melaka :). Terima kasih sangat-sangat kerana datang.

 Sahabat baik mak, jiran di Bangsar :) Hampir 20 tahun tak jumpa.
 Sepupu mak :) : Makcik Salmah
 2 Mak yang penyayang dan baik hati. Alhamdulillah :).
 Kak Ithri :). Terima kasih kak.
 Sesi potong kek :)
 Kak Ell :). Thanks kak Suhaila. Hampir 5 tahun tak jumpa.
 Keluarga Acu :)
 Colleagues :). Thanks guys!
 Kak Tinie Jalil :)
 Keluarga belah Pahang.
Wonderful friends and friendship :). Kai Li, Claudia, Chloe and Jeanette
 Thanks Ilyani :)
 Adik-beradik suami :)
 Bro Nazrey Johani dan famili
 Husband's friends
 Pejei, K.Ayun, Fateh, Halim, Sarah, Alex, AtieAtieka, Fura
 Tunggu turn mummy kawen :p
 Thanks you all, 3-3 majlis datang :)
 Rombongan K.Siti, K.Fatin, Fit, Noriez :)
 Bestfriends universiti :). Sorang Hosp Putrajaya, Sorang Hosp Melaka, Sorang Hosp Pantai Cheras :)
 Ustaz Nabil, Ustazah Suzana dan little Dr. Izz Amsyar :). Syukran

 Dr. Sarah Shukor, dari alam maya ke alam realiti.:)
 Keluarga A.Jai (kawan baik arwah abang)
Kawan-kawan kakak :)
 Pakcu dan sepupu-sepupu
 My colleague : Izzati
 Kawan K.La : K.Nawal :)
 Kawan-kawan suami :)
 Ustaz Jalal Al-Baghdadi dan keluarga. (Pengasas Al-Baghdadi)
 Colleague : Fatin
 Kawan baik mak, kawan baik kakak.
 Ustaz Erwan :)
 Atiqah :)
 Kak Natrah :). Rindunya
KPJ :) Syukran atas ukhuwwah ini
 Kisah cinta kini bermula



 Terima kasih semua :). Kami baca, kami hargai semuanya.
 Resepsi belah Pahang
Kakak, terima kasih :). Sayang kakak.
Unic, penamat majlis kami :)

Sebahagian gambar-gambar perjalanan majlis kami. Syukur tak terhingga buat semua yang menjayakan majlis kami. Hanya ALLAH mampu membalas. Buat keluarga : terima kasih merestui dan menyayangi kami seadanya. Juga buat sahabat handai, terima kasih atas doa dan ikatan persahabatan. Doakan kebahagiaan kami Semoga Allah merahmati ikatan pernikahan ini dan mengurniakan sakinah mawaddah warahmah selama-selamanya hingga ke jannah. Allahumma ameen :).

Teristimewa buat suamiku, Muhammad Mohd Tawil : Terima kasih kerana menerimaku sebagai isterimu, menerima segala kekuranganku. Moga kita sentiasa menjaga ALLAH di hati. I love you for sake of ALLAH, abang :). 


Bercinta selepas kahwin itu indah. Antaranya, mengenali apa yang suami suka makan sebab saya suka masak. Buat sedikit kaji selidik :p. hihi.

Sampai di sini dulu, inshaALLAH akan cuba kembali menulis terutama berkaitan Autisme. Doakan saya rajin!








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Cik khilkhir said...

Ya ALLAH..tiba2 rindu segala-galanya...u da kawen....

Anonymous said...

Tahniah!!!