~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...
Taqabbalallahu minna wa minkum! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd. Salam Syawal buat semua Muslimin dan Muslimat yang membaca belog ini. Tahniah atas kemenangan ini dan moga-moga amal ibadat kita semua diterima dan tidak terkurang di musim perayaan ini. Kekalkanlah momentum kejayaan ini dan moga perolehi keberkatan ALLAH yang sentiasa:). Bagaimana raya kalian? Harapnya dalam keadaan yang cemerlang ya... Alhamdulillah, raya saya tahun ni sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Kami sekeluarga beraya di Selangor (bukan di Perak) kerana K.Mila dijangka melahirkan anak ketiganya di Pusat Perubatan Prince Court pada 2 Syawal (31 Ogos 2011). Disebabkan itu, kami semua pakat untuk beraya di sini saja dan beberapa hari sebelum raya, kami pulang ke Selangor untuk persiapan hari raya kami dari Perak. Raya pertama di rumah K.Mila ( Beranang ), kemudian berhari raya di hospital dengan kelahiran ahli keluarga baru :). Bertambah kaum hawa dalam keluarga. Sesi fotografi raya kami kira-kira jam 6.30pm :)

Moga bercinta hingga ke Syurga :)




Hari ini (6 Syawal), terasa sunyi rumah. K.la dah pulang ke Saudi pada 4 Syawal lalu, abang pula baru pulang ke Pasir Gudang. K.Mila masih di hospital bersama bayi yang sedang demam kuning. Sungguh, terasa sunyi dan kehilangan. :((. Sedih pula nak tinggalkan mak abah nanti. Tapi lumrah kehidupan yang bertemu pasti akan ada perpisahan kan? Moga bertemu lagi di tahun hadapan. Oh ya, semalam (5 Syawal), berkesempatan berfotografi di lokasi pengembaraan filem Lagenda Budak Setan, cover album Tahajjud Cinta (Dato' Siti Nurhaliza). Memang niat abang saya nak ambil gambar saya sebelum saya pulang ke London. Untuk makluman, abang saya merupakan freelancer photographer juga. ( Lense & Roses ). Untuk apa-apa event, bolehlah hubungi LnR yer :). Gerenti puas hati.
Nota : Selamat Hari Raya untuk K.Siti, A.Fauzi dan anak-anak. Maaf zahir batin dan terima kasih untuk segala-galanya :)
Jantung : Makin terasa rentak yang sama :)
0 comments:
Post a Comment