Container Icon

Suka Pelangi Saya?

:: biar putus cinta jangan gagal exam ::

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt...
Tajuk atas tu seJUJUR-JUJURnya memang takda kene mengena dengan cinta sebabnya saya masih solo [promot dulu]. Tapi benar, saya sangat takut gagal dalam peperiksaan saya. Saya tak boleh bayangkan kalau saya fail apa-apa subjek pon!! Tak boleh.Otak saya memang dah set bahawasanya saya memang tak boleh terima. [Jangan tiru perangai saya, tak elok. Kegagalan mengajar erti kejayaan].Tapi bukan semua akan menjadi seperti apa yang kita mahu kan. 'Live is not as easy and simple as we thought it to be' Mungkin saya sangat takut gagal peperiksaan tapi saya juga pernah gagal dalam hal lain juga [kisah lalu tak perlu dikenang].

Sebenarnya saya nak bagitau secara rasminya saya sudah tamat Diploma dalam Fisioterapi. Yeahh, seronok bukan main lagi ni. Alhamdulillah, sekarang tengah tunggu keputusan je. Takut tu masih ada tapi xsecuak waktu nak praktikal exam aritu. Bayangkan Isnin[sehari sebelum exam, demam+sorethroat+flu]. Otak pon macam dah terlalu tepu, saya terpaksa tidur awal dalam pukul 12++ dah ZzzzZzz sebab nak rehatkan diri+tenang hati sebelum hari exam. Exam yang berlangsung di Hosp Klang @ Hosp Tengku Ampuan Rahimah [HTAR] pada jam 10.30am kes cerebral vascular accident [CVA] with [R] hemiparesis. Bahasa kampungnya angin ahmar+separa badan lemah di bahagian kanan.1 jam 15minit untuk assessment,treatment,documentation. 15minit lagi untuk VIVA tapi VIVA saya dalam 3ominit. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun risau kan dalam keadaan demam dan tak sihat yang maksima.Semuanya Allah bantu.. [down to the earth]. Walaupun dah dapat hint keputusannya, tetap kena doa banyak2 dan tawakkal.Teori je agak membimbangkan.emmmm...

Tepat jam 10.55am exam mula hingga 12.55pm. Terus mengemas dan pulang tapi singgah ke MV ambil telefon dulu. Benar-benar rasa ringan di kedua-dua bahu sebab dah takda bebanan!! Lega tu memang tak tau nak kabo macam mana dah.Suka bebeno saya ni.huhu.. Tapi sekejap je rasa seronok sebab keputusan tak keluar lagi ni. Cuak,cuak,cuak.. Dan paling rindu adalah saat-saat menonggeng dan tunggang tonggek masa membaca.Oh, sungguh boleh jadi gila tau. habis exam pon kena juga ke kolej.Macam-macam urusan dan last day Jumaat hari tu sebab ada seminar tapi pergi separuh hari je sebab kena rush ke KLIA fetch K.La. Dan kerana itu jug
alah saya ketinggalan sesuatu.'interview'..em, xda rezeki..

Abaikan jelah bertambah sakit hati je nanti. Walau apa pun, saya sedang tunggu keputusan dan moga cemerlang hendakNYA. Terima kasih buat semua yang sangat-sangat menyokong dan memberi inspirasi buatku :) Sayang banyak-banyak kat korang.

Nota : Saya akan sibuk dengan percutian bersama K.La..hehe.

P/S : Jam baru hilang, tapi dapat 2 jam baru sebagai ganti...Syokknya saya




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Anonymous said...

dgn ini sy mendaftar diri sbg pengkomen kat blog Kak Wana. *tulis nama* tulis nm kat mane pon xtahu. hahahaha.

semoge berjaye ye Kak Wana. msti cemerlang nih. dh tunggang tonggek bc buku tu. ehehe.

ps : betul ke masih single? ecece ..

Anonymous said...

Seronoknya. Wahwah..
Okeh. Semoga segala yang terbaik utk Wana.

*sniff sniff*
Bau buah tgn dari Europe. Ngeh ngeh. :P

SNS said...

Arina : selamat mendaftar, huh perlu orientasi ni. Betul, akak solo tau..belum berduet lagi.ehe. InsyaAllah Arina itulah akak harapkan :)

Nad : Terima kasih Nad, em tu lah hikmah barang hilang ;p