Container Icon

Suka Pelangi Saya?

:: Pergi Tak Kembali ::

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt..

Innalillahiwainna hilaihirojiun....Rata-rata penggiat seni nasyid dah tahu pon tentang berita yang amat memeranjatkan industri. Pemergian tokoh dan penggiat nasyid yang sangat-sangat dikenali dan dihormati. Ust Asri Ibrahim [Rabbani] yang menghembuskan nafas terakhir jam 10.30am di Hosp Pantai,Bangsar selepas rebah ketika membuat rakaman di RTM pagi tadi.
Sungguh, berita yang saya terima kira-kira jam 11.20am td amat-amat buat saya terkedu. Saya hilang kata-kata,saya yakin bukan saya saja yang rasa begitu bahkan insan-insan yang amat rapat dan berada dalam industri juga lebih pilu.

Secara ringkas, saya sering juga menghadiri persembahan / show-show Rabbani walaupun jarang bertegur sapa kerana saya sangat-sangat kurang berkata-kata.Sejak di bangku sekolah hingga yang terakhir saya menonton KONSERT MALAM SINAR MAULIDURRASUL . Saya sangat-sangat terkilan tak dapat ke Konsert Antara Dunia pada 1 Ogos lalu kerana jem di jalanan ketika pulang dari Perak. Pilu bila terkenangkan kembali saat-saat menonton Anugerah Carta Nasyid IKIM [2004 dan 2005] setiap show Rabbani. Bahkan ketika perjumpaan pertama Ahli Sahabat IKIM dulu buat saya sayu. Walau apa pun, itu janji Allah. Masa kita yang hidup ini pun pasti akan berakhir juga. Jujurnya beliau sangat-sangat dihormati,disegani di kalangan insan-insan yang mengenali beliau. Masih ingat tak ucapan-ucapan beliau tika memenangi Anugerah Bintang Popular kategori Penyanyi Nasyid Popular [8x] : seringkali kita mendengar tazkirah ringkas seperti mentaati Allah,ibu bapa dll dan bukan ucapan-ucapan kosong seperti segenlintir artis.Terlalu banyak pembaharuan yang beliau lakukan dalam industri..

*speechless* saya tak mampu nak meneruskan kata-kata. Beliau juga merupakan sahabat ayah saya ketika beliau masih dalam NadaMurni. Moga rohnya dicucuri rahmat dan buat keluarga arwah : moga tabah dan redha atas pemergian beliau.Al-fatihah..



Nota : Blog ini akan bersawang selama-lamanya.. [Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...]

p/s : Berita lanjut

Malam Sinar Maulidurrasul 2009
2 Feb 2008

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

blogartik said...

http://blogartik.blogspot.com

Anda bermasalah dengan cinta??
kini.. telah hadir dikota anda
"BENGKEL CINTA"
.Kami menerima servis cinta yang macet, las hati yang patah, ganti oli khayal hidup,isi ulang air mata cinta, pengecekan asmara yang pudar, kami juga menyediakansuku cadang selingkuh & accesoris2 rayuan.
maaf kami tidak menerima tukar tambah cinta yang second.. trimz...!!