Container Icon

Suka Pelangi Saya?

" yelah intan payung "

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt..
Haiiiiii, nama saya Upin dan ini adik saya Ipin..Ini kisah kami berdua....haaiiiiiii. Huh, kamu semua mesti pernah dengar dialog ni kan. Tapi setiap kali saya bersama anak saudara saya yang tercomey ni. Saya akan tukar sedikit dialognya jadi begini... " Haiiiii, nama saya SIpin[SIti+uPIN] dan ini anak saudara saya DApin[DAnisha+iPIN].. Anak saudara saya ni baru je berumur setahun 11bulan tapi agak petah bercakap dan sangat-sangat lah gemarkan U&I ni. Bayangkan masuk dalam kereta pon nak tengok U&I.Sepanjang jalan akan menonton U&I. Kat rumah pula saya la jadi mangsa, kebetulan dalam laptop saya ni memang ada cerita tu.24jam nak U&I kalau tak bagi mulalah dia merengek.Tapi nasib baik bukan mengada-ngada..Kadang-kadang terganggu urusan ber-tenet saya! Adeh, dengan budak-budak pon saya nak gaduhkan.

Alkisahnya begini, Dapin ni memang sangat suka U&I hingga baju pon asyik U&I saja.Bertambah-tambah suka sejak 2minggu lepas la,kan K.Mila berpantang di kg.So, saya pon teman sekali la balik.Sepanjang 5hari di sana hampir 10x sehari saya akan menonton U&I. Pagi-pagi, bangun je tidur Dapin akan panggil saya "Siti,nak pin" [salaunya saya akan bagi dia tengok lepas saya guna laptop 10minit]Kalau tak, jangan haraplah saya nak merasa guna. Cara dia minta tu, alahai comey sangat.Tu yang kadang-kadang tak sampai hati cakap tak boleh. Budak-budak apa tau,
no meant yes and yes meant yes. Nak tidur pon macam tu juga, selagi tak tengok U&I tu tak sah atau mungkin tak lena tidurnya. Selalunya saya akan terus off kan laptop dan suruh dia tidur kalau tak sampai ke Subuh la jawabnya ber-U&I. Haishhh, Dapin oh Dapin.

Sampaikan dialog U&I dia boleh hafal dan setiap kali ada bacaan doa dalam cerita tu mesti dia akan tadah tangan dan meng-aminkan sama.Yang ni saya kagum la, pembelajaran kanak-kanak menerusi kartun.Alhamdulillah, moga dia menjadi insan yang solehah.
Satu lagi yang 'hebat'nya U&I ni, ia berjaya membuatkan Dapin makan lauk ayam. Kalau dulu, dia mana suka ayam.Nasigorengtelur+kicap je dia suka.Boleh makan sampai 3mangkuk. Sekarang sebab U&I, dia suka dan sangat teruja bila ada dialog ' A.Y.A.M :ayam...waaaaaaaaa' [U&I raya 08] . Tapi memang Dapin ni kuat makan macam Ucu dia juga..lolz. dan gemuk dah macam Ucu dia juga.Adey, Sha..kita kena diet ni...

Ada satu hari tu boleh dia nangis nak pakai baju U&I, kebetulan takda stok baju tu dibawa ke Perak.Apa lagi, terpaksalah mencari,pastu tak dan nak kering terpaksa meng-iron baju dia..Adoiiiii Danisha! Sekali tu, saya dahlah tensi pasal exam. Tengah syok guna laptop Dapin datang menyerang!! Apa lagi nak U&I je la. Tapi saya kata kat dia baik-baik, saya nak guna kejap [baca medical article]. Dengan selamba bomba dia jawab ' yelah intan payung' . Aduyaiiiii, sungguh lucu.Saya pon gelak kurang sopan jadinya. Intan payung tu kan watak Fizi dalam U&I. Sabar je la budak ni. Sejak tu, kalau nak mandi je dia panggil 'intan payung' [maknanya dia nak suruh saya mandikan dia sebab senang dia nak basahkan saya]. Saya balik ke KL lepas 5hari di kg, kebetulan Dapin+uminya+opah pergi ke rumah makcik saya [lorong belakang rumah saya je] untuk beli ayam.Pakcik saya ada bela ayam+itik[seorang guru]. Kebetulan sepupu saya[anak bongsu makcik saya ni cuti H1N1]. Dia panggil ucu sana pon intan payung.dan K.Mila[uminya] meng-sms saya bagitau "Danisha dah ada intan payung baru"..haha..tapi nada dan cara percakapan anak saudara saya tu memang lucu lah.

Nota : U&I memang berkesan mengajar anak saudara saya dari segi akhlak. Tapi yang bahagian intan payung tu, adeyyyy..sabo je la teman!!
p/s : akan upload pic Dapin memakai baju Ipin. Mau bergegas ke Bangsar dan FESKUM

merembat tudung opah ;p
suspen sungguh bila dia dah jumpa bahagian ni.takut dia nak macam-macam..

udah macam qaf lam ya nga pon ada..huhu

tara..baju yang di-iron

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Anonymous said...

Kak Wana intan payung .. :D

Natrah Hashim said...

ct..sakit perot k.natt tgk danisha pakai tudung ur mum tu..cam sutun bergerak aka cam tgk game PAC MAN..ngap..ngap..ngap..