Container Icon

Suka Pelangi Saya?

:: Tolonglah percaya saya ::

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt..
Sambungan kisah resultku.. Adeh, rupanya sangkut kat teori.Alah, 100 soalan tu yang bersistem komputer tu.Sebetulnya, tak tahu nak rasa apa sebab gpa turun siket je dari sem lepas dan cgpa pon turun 0.01 je.je ek?? Bukan rasa bangga atau apa, tapi memang dah tak lepas nak buat macam mana.Cuma, banyak sangat sms dan panggilan telefon semalam sampai rasa nak buang je hp sebab tak berhenti bunyi.Percayalah, saya tak lepas bahagian teori.Tak tipu walaupun tak pergi tengok result lagi tapi memang saya tak lepas.Jangan la tanya kenapa sebab saya sendiri tak tahu mengapa.
Berduyun-duyun kawan tanya pasal teori saya tapi itulah hakikatnya saya tak lepas.Inilah yang saya tak suka bila menjawab secara bersistem komputer.Pasti ada je yang tak kena dengan saya. Mula-mula dulu kes borang UPU saya kemudian subject computer masa sem 1 sekarang final exam saya pula.Bukan mempertikaikan tapi memang terlampau pelik, saya tak lepas teori.Mereka sangat pelik apatah lagi saya ni.Mana pernah fail mana-mana subjek sebelum ni.Yang makin pelik praktikal saya lulus dengan jayanya dan bertambah pelik gpa saya lebih tinggi daripada mereka-mereka yang lulus keseluruhan. Mungkin sebab itu kot saya tak sedih tapi keliru.huhu.Sabar jela..
Tapi kawan-kawan, percayalah hakikat ini saya memang tak lepas teori.Tolonglah jangan tanya apa-apa lagi.Apa yang penting sekarang teruskan belajar untuk ambil teori semula mungkin dalam 2minggu lagi.Kepada mereka yang senasib dengan saya, ayuh ! jangan putus asa, kita mampu berjaya.Kegagalan itu bukan kerana kebodohan kita tapi dugaan dan kelemahan diri kita.Kepada yang tak lepas praktikal jangan putus asa tau, kita cuba sampai berjaya.Lepas ni makin naik lah pointer kan.Syukur illah sebab masih ada peluang menaikan pointer. Jangan pandang sudut -ve tapi lihat yang baik-baik saja tau,kita semua boleh berjaya.Jangan risau kawan-kawan!!
Tak lepas teori, tapi sebenarnya praktikallah yang paling saya takutkan tapi akhirnya keputusannya terbalik pula.

Nota 1 : Markah praktikal antara yang terbaik..alhamdulillah. [Jangan ada mempertikaikan gpa saya..tolonglah]

Nota 2 : Saya masih dalam keadaan keliru, merasa juga fail tapi tak sedih langsung pon.Terima kasih kepada yang menceriakan hidup saya.Betul, saya ok dan hepi saja.

Nota 3 : Saya di PERAK...Yahooo!

SALAM RAMADHAN AL_MUBARRAK
P/s : Ampun dan maaf atas segala khilaf yang ada dan maaf juga kerana tak membalas sms kalian...Barangkali penyakit tak suka menjawab telefon dah berjangkit kepada malas membalas sms!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

arina said...

sy suke tgk semangat akak! ho yeah. dpt kan mrkh yg lebih tinggi Kak Wana . chayok2. =D

selamat puase .. =D

chAq said...

Arina, akak lulus secara total. Tapi teori tu kena amibil semula..
Masalah betul bila semua asyik tya je..Rimas. Ambil semula paper tu boleh naikkan pointer.Tak ambil masih juga lulus cemerlang..
Geram sebenarnya

ღ~n0n0i~ღ said...

Di bulan puasa ni kena banyakkan sabar ye Wana..
Takpe takpe..tenang je.
Dua minggu lagi kan? All the best ya! =D

KakNoi tau sangat rasanya.
KakNoi pernah GAGAL final year project.
Time tu KakNoi dah hampir putus asa dah, tapi ayah cakap..

if you never make mistake, then how you gonna learn??

kan?? =)
Teruskan semangat ek. Hilangkan rasa geram-geram tu, senyum je kalau orang tanya. Kalau berani tanya lagi, nanti kita cepuk je sesama..hihi..

*Hugsssssssssss*

ღ~n0n0i~ღ said...

Oh ye..lupa lak
Tahniah sebab lulus cemerlang :)
Pasni pointer naik lagi le kan..
Wah..
proud of you =D

chAq said...

K.Noi ..thanks ya... hugs juga :)