Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Showing posts with label kisah abah. Show all posts
Showing posts with label kisah abah. Show all posts

8 Mac 2013

Assalamu'alaikum wbt...

Mudahnya mutiara jernih jatuh ke pipi kebelakangan ini. Kehilangan itu satu kepahitan, mungkin hati ini terlalu memikirkan.

Melihat keadaan abah yang makin merosot prestasi kesihatannya, terasa sebak dan sayu :(. Ya ALLAH, berikanlah kesihatan yang lebih baik untuknya. Sempatkanlah beliau mewalikanku bila tiba saatnya. Sayangku dan cintaku amat tinggi untuknya :(.

Ligat otak ini berfikir, serba tak kena dibuatnya. Jika hukuman ini atas segala khilafku, mohon hati ini redha. Mohon diri ini menjadi insan yang lebih taat dan berguna sebagai hambaNYA.

8 Mac 2013 : Selamat Hari Wanita! Selamat Hari Lahir buat K.Zati. Sentiasa menyayangimu dan keluarga kita.

Du'a si musafir makbul inshaALLAH
Addu'a silahul mukmin!
JH : Manusia mana mungkin bisa melawan takdirNYA, namun jangan pernah mengurangkan du'a dan yakin dengan ALLAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25 : Cabaran dan Kekuatan

Assalamu'alaikum wbt...

Approximately kidney function is 8%. Yes, which mean patient needs to do dialysis. Either hemodialysis (HD) or peritoneal dialysis (PD). HD is known as 'cuci darah' where PD is 'cuci air'.

4 Feb 2013
The day that doctor ask my whole family members to come to hospital for a consultation session regarding condition of abah's kidney. Hm, like 3 years back when doctor told us that abah got tumor, rasa seperti jantung jatuh sedalam-dalamnya and yesterday as mentioned above, hanya 8 peratus fungsi buah pinggang abah berfungsi kesan dari ubat-ubatan dan penyakit kencing manis. Kami redha tatkala doktor menerangkan keadaan itu dan kami dikehendaki menghadiri sesi kauseling berkaitan dialisis di Unit Hemodialis untuk memutuskan samada PD atau HD dan memandangkan abah ada sejarah berkaitan masalah jantung, PD adalah pilihan terbaik kerana ia kurang memberi tekanan dalaman berbanding HD dan ada beberapa lagi kelebihan PD untuk keadaan abah.

Hampir 30minit kami diterangkan berkaitan PD : CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis) dan APD (Automated Peritoneal Dialysis). Sepanjang itu jugalah hati saya bagaikan pecah berkeping-keping, andai mampu beri buah pinggang sendiri, akan saya lakukan. T__T. Allah duga lagi tapi mestilah DIA Maha Tahu saya mampu laluinya.

Ya, semua orang punya masalah tapi jangan anggap ia masalah tapi cabaran untuk menjadi hambaNYA yang lebih cemerlang. Tangan tak mampu menari lagi :(.

5Feb 2013

Terima kasih sebuah ucapan, lambat tetapi diri ini terlalu menghargai. Walaupun beratus-ratus ucapan yang diterima tetapi ingatan dari insan istimewa adalah istimewa. Tipu kalau diri ini tak menunggu, tapi akhirnya menerima juga. Terima kasih.

2 Feb 2013

Genap 25 tahun usia, sentiasa mengharapkan menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama dan ummah. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan mengingati. ALLAH saja yang mampu membalas.

JH : Problems are like washing machines, they twist us, spin us & knock us around but we come out cleaner, brighter & better... InshaALLAH :)
Don't cry on your pillow for that will not change a thing. Get up & cry in Salaah before Allah and you will soon see a change in many things.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Bapa & Selamat Hari Lahir ke 66

~ sns cerita tentang ~

I LOVE YOU
Tinta untuk Waliku....
Selamat Hari Bapa untuk Abah yang tercinta! Selamat Hari Jadi yang 66 pada 1 Julai nanti :D. Kalau Mak hari jadi hampir dengan Hari Ibu, Abah pula Hari Bapa hampir dengan hari lahir :). Kadang-kadang Siti selalu fikir, masih belum mampu jadi anak yang baik untuk Abah T__T. Ampunkan Siti Abah, barangkali terlalu banyak kata-kata yang terpendam dan tak mampu nak terluahkan. Tapi ketahuilah, Siti sayang Abah.
Abah,
Rindunya nak solat jemaah sama-sama...
Rindunya nak mengaji sama-sama...
Rindunya nak dengar ceramah dan nasihat-nasihat...
Abah,
Banyak perkara nak ditaip tapi tersekat-sekat jari nak menaip. Moga peristiwa lalu tidak berulang! ( Klik di sini ) , Siti sayang Abah sangat-sangat.
Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbananmu ! Mungkin tak mampu untuk meluahkan dengan percakapan, tapi coretan-coretan sebegini mampu berikan kenangan kan? Ampun dan maaf andai tak menjadi anak solehah untuk Abah T___T. Segala yang Abah beri selama ni tak mampu terbalas.
Abah lah yang meminta Siti untuk sambung dalam bidang kesihatan ini, Abah jugalah orang pertama yang tak membantah untuk Siti datang ke UK ni.
Thanks for everything

Buat Abah, semoga ALLAH berikan kesihatan yang baik dan diberkati di sepanjang hidupmu! Moga Abah dan Mak bahagia dengan kehadiran Siti dan anak-anak yang lain. Ampunkan kami andai kami belum menjadi anak yang terbaik.
Jaga kesihatan, jangan culas makan ubat dan jangan berlebihan makan makanan yang manis.
Abah, Mak is the best Nutrition and Dietitian!
Do listen to her voice about your diet :)

London | 11pm | 18 Jun 2011

Jantung Hatiku : Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaanii shogiira. (Ya ALLAH Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Its benign tumor !! Alhamdulillah....Thanks Allah

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Alhamdulillah, last Friday ( April 2nd) my dad has been transferred from ICU to ward Zone 2 [A376 : duet ward] but then on next day, nurses changed him to room A353 [personal room, psssst like a 5star hotel :D]. Alhamdulillah, after almost 2weeks in a stage of 'suffer' Allah gives some present to him, to my mum and to us! Allamdulillah, praise to HIM.
Ok, i just want to update about my dad's report.

Clinical History : Huge medialstenial mass....
Diagnosis : Benign, spindle cell epithelial thymoma.

Macroscopic description [specimen designated ------> mediastinal mass].
= specimen consists of a relatively well encapsulated nodular mass weighing 488g. Serial sections show a mostly solid tumour with lobulated soft whitish surface and showing central areas of haemorrhagic cystic degenaration. No significant calcification seen. No other organ structure seen. Representative sections were submitted into 5 blocks with the capsule included.

Microscopic description
= representative sections show a well, encapsulated lesion of thymic tissue, made predominantly of spindle shaped cells, arraged in fascicles, wavy pattern and irregular crisscross arrangement, along with focal areas showing round to oval plump epithelial cells with indistinct cytoplasmic margins, vesicular nuclei and fine chromatin clumping. Mitotic figures are minimal. Blood vessels within appear congested. Focal areas of cystic change are also noticed. The capsule appears fibrotic and thickened in many areas. Lymphocyte population is sparse and significantly seen towards the periphery. No nuclear atypia or necrosis is discernable.
Encapsulated thymoma. Cut surface of an encapsulated thymoma demonstrates a pale tan, bulging, and irregularly lobulated surface. Fibrous septae which subdivide the tumor substance are contiguous with the capsule. [this is not my from my dad, but similar ]

Conclusion : No malignancy noted. * Bernatz classification and can be designated as type " A " thymoma.

I'm sorry if some of you cant understand what i've jotted here. Any doubt, feel free to ask me =). I feel so glad to see my dad is getting better now and he could inhaled the spirometer til 1000cm.
Its such a big success to him but of course his lung not really nice expand [tak berapa cantik lagi pengembangan paru-paru]. Ok, i just wanna to update about my dad. See you next time, there's always have next time insyaAllah. At last i could breaths nicely =). Lega sangat tau!! Jaga kesihatan tau semua. Saya doakan semua yang membaca di sini diberikan kesihatan yang baik-baik saja.

Note 1 : Maybe in these few days, abah will discharge from IJN and has to go to HKL for platting his left humerus bone!

Note 2 : Alhamdulillah, berlapang dada kerana sekaligus sudah membuat 'confess' kepada kamu. Alhamdulillah....At least i've done my best. Thanks Allah........

Jantung hatiku : Pintaku agar bahagia ini berkekalan ya Allah.Pintaku moga Kau perkenankan doaku.Rayuku tetapkan hati-hati kami terus di landasanMu.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

icu -> hdu .. hdu ->icu

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt..

* Entry kali ni juga tentang abah, bagi yang tak suka membaca perihal peribadi saya diminta ketepi dan beri laluan kepada mereka yang mahu :P.

Alhamdulillah, 27.10.2010 jam 1.30pm abah telah dihantar ke HDU (high dependency unit) dari ICU (intensive care unit) Beza ICU dan HDU ni adalah kelengkapan mesin-mesin dan tahap kritikal pesakit. Tak semua hospital punya ruangan ICU, tapi insyaAllah ada HDU. Bagi kes abah saya, pertukaran ke HDU (Wad Cempaka) kerana keadaan dia sudah stabil dan sudah boleh bercakap-cakap malah bantuan oksigen juga tidak diperlukan lagi.
Alhamdulillah, walaupun masih kelihatan sangat-sangat lemah abah tetap sudah boleh senyum! Cuma dua chest tubes masih belum tanggal, satu untuk melalui bahagian kiri plueral space (rongga/ruangan di sekitar paru-paru) dan satu lagi di medialstenial (bahagian tengah dada). Tujuan 2 tiub itu dipasang untuk menyingkirkan darah beku atau cecair dan udara yang terperangkap selepas pemedahan. Tiub tu dipasang dan disalurkan ke botol, bila tiada darah di tiub dan tiub kelihatan bersih dari warna merah (darah) barulah tiub itu akan dibuang.Mahu lebih jelas, sila lihat pada gambar.2 tiub tu disambung ke botol bawah
Nilah botol yang mengumpulkan darah dalam paru-paru

Morphine (ubat tahan sakit/analgesik)

Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnnya penyakit abah saya. Secara kasar saya jelaskan, bulan Mei tahun lepas (2009) abah saya jatuh di depan pintu rumah (Perak) dan mengalami patah tulang humerus kiri (lengan). Dihantar ke hosp daerah berdekatan dengan rumah, dan tulang ditarik untuk pencatuman (BUKAN DOKTOR yang lakukakan). Namun, disebabkan ada beberapa masalah pihak hospital hantar abah ke Hospital Besar tapi diberi rawatan sebagai pesakit luar saja dan diberi temujanji untuk melakukan pemedahan penyambungan tulang selepas 3bulan. *marah*. Lengan abah dipasang semen atau POP (Plaster of Paris) tapi seperti tidak berguna kerana lengan abah masih tergantung (boleh menyebabkan tulang makin renggang dan tidak bercantum). Selepas 3bulan, abah masuk hospital untuk penyambungan tulang, berlaku kecuaian yang terpaksa dibatalkan pemedahan. Abah diberi temujanji baru 2minggu selepas itu. Dan di situlah mulanya, kelembapan+kehilangan laporan perubatan dan 2 CT-Scan dan berkali-kali X-ray dan akhirnya doktor hantar abah ke HKL untuk melakukan kemo kerana disyaki kanser paru-paru. Mei 2009- Mac 2010, di HKL abah ditahan selama 5hari dan doktor minta CT-Scan yang baru dan merujuk kes abah ke IJN (Institut Jantung Negara). Di IJN, doktor jelaskan ketumbuhan /mass boleh dibuang.
Klik : kisah laporan hilang.huhu
Maka,

Diagnosis : Medialstinal mass -> Thymoma
Rawatan : Penyingkiran mass (excision of mediastinal mass).
Dr : Mr Ezani ( IJN's consultant ) dan Mr Khaleed (Specialist).
si tumor Thymoma..

Dan sekarang, masih menunggu laporan dari makmal.Mohon agar ia bukan kanser yang boleh merebak ke kawasan lain badan! Jika semuanya baik, insyaAllah selepas ni abah akan kembali ke HKL untuk pencantuman tulang humerus pula. Mohon doa kalian moga-moga semuanya akan kembali pulih dan abah diberi kesihatan yang baik-baik saja ya!

Tugas saya apalagi, lakukan fisio untuk abah. Dari sebelum pemedahan hingga selepas pemedahan dan spirometer (alat mengukur pengembangan paru-paru dan untuk men'cantik'kan pengembangan paru-paru ) digunakan untuk membantu mencantik pernafasan!. Seronok tapi adakala rasa lain sangat merawat abah sendiri.hoho.

Yang biru-biru tu ECG (Electrocardiography) bertujuan merakam ritma atau aktiviti jantung
Mak sudah 2minggu tak pulang menjaga abah i____i

Malam semalam (28.3.2010), selepas echocardiogram (melihat pergerakan jantung) dan pemeriksaan kuantiti air kencing doktor dapati pengeluaran air kencing abah kurang dari kuantiti yang diambil. Doktor risau masalah buah pinggang dan mengarahkan abah masuk semula ke ICU sekitar jam 11pm. Tujuannya untuk memantau dengan lebih intensif keadaan abah, mungkin untuk beberapa hari lagi.

Buat masa ni ini saja, maaf jika ada yang kurang paham struktur ayat-ayat saya. Saya cuma untuk meringkaskan dan tidak menggunakan istilah perubatan, yang mana saya tak dapat elak cuba klik saja di perkataan. Saya ada link kan penjelasan yang lebih terang untuk pemahaman kalian. Bagi pelajar perubatan, andai ada salah dan silap minta tunjuk ajar ya!. Err, rasanya terlalu skema entry kali ni kan? Saya cuma belajar sepenuhnya bahasa penjajah jadi saya agak sukar menjelaskan ke bahasa ibunda. Saya perlu banyak belajar lagi.

Sampai di sini dulu, terima kasih buat yang sentiasa menyokong dan mendoakan keadaan abah saya! Terima kasih banyak-banyak.Maaf sebarang panggilan telefon dan sms kurang dilayan! Saya harap kemaskini blog dapat memberi sedikit gambaran keadaan abah saya.Terima kasih kerana ambil berat..

p/s : Entry express!! Sampai ke temu lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

post-ops

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah....Tepat jam 4.45pm semalam (27.3.2010), setelah hampir 4jam di dewan bedah abah selamat dihantar ke ICU Kardiothorasik. Menurut doktor, keadaan abah stabil cuma ketumbuhan yang telah dibuang itu perlu dihantar ke makmal untuk diujikaji samada ia sejenis kanser atau sekadar tumor dalam istilah medikalnya (kanser : malignant / ketumbuhan : benign). Jika malignant, ia berpotensi untuk merebak ke bahagian badan yang lain tapi setakat ni tiada tanda-tanda kanser di bahagian lain selain di bahagian.Jika ia benign, insyaAllah semua ketumbuhan telah dibuang habis. Selain tu, sekarang hanya tunggu abah sedar sepenuhnya.

Tepat 4.50pm tadi, saya dan mak yang pergi melihat abah di ICU tu. Ya Allah, sayu hati saya walaupun selalu masuk ICU tapi tak pernah saya rasa macam ni. Abah sendiri di hadapan saya yang penuh wayar dan mesin oksigen.Kalau sebelum ni hanya melihat dan buang jauh-jauh perasaan kesian tapi kali ni perasaan itu saya tak mampu nak bendung. Jam sudah melewati 1.30am, baru lepas menidurkan Danisha.Kami semua tidur di IJN ni tapi di ruang legar menunggu di bahagian lobi. Tengah hari nanti jika bantuan oksigen tidak digunakan lagi, insyaAllah abah akan dihantar ke wad biasa.

Maka lepas ni, bermulalah operasi merawat abah! heh, sebelum surgeri pon dah dibuat. MasyaAllah lain benar rasanya bila merawat ahli keluarga sendiri. Oklah, tak boleh tidur pon ni. Nak buat apa ya? Hurm.... aik, Danisha tak tidur pon lagi ni. Aduhai budak kecil ni. Saya nak kena bermain dengan dialah ni..Opss, lupa!! Tak lupalah, sebenarnya serendah-rendah hati saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat yang mendoakan kesihatan dan keselamatan abah saya! Hanya Allah dapat membalasnya. Terima kasih sangat-sangat.

Nota : Separuh nafas lega... Tinggal rawatan susulan+fisio dan pemendahan mencatum tulang humerus (lengan kiri).


Jantung hatiku : Mak asyik puji Dr Khalid...Lantas saya pon tanya 'masih single?'....*senyum mengada*. Terima kasih Allah atas nikmatmu tuhan! Terima kasih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pre-ops

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Bissmillahirrahmanirrahim...Segala pujian-pujian selayaknya buat DIA pemilik pelusuk alam! Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad Sallallahu alayhiwassalam.

Hanya coretan ringkas untuk menidurkan mata....
Hanya tinggal beberapa jam sebelum surgeri...
Hanya ketakutan menyelubungi hati dan perasaan...
Hanya BERSERAH PADA DIA Yang Maha Kuasa...

Wajah mak terlalu sayu, bercakap pon menahan sendu...
Abah agak kaku dan kurang cergas !!
Kami? Seakan lagu yang diremix...
Saya masih takut, takut yang hampir membanjirkan pipi....
Saya sudah tak mampu memberi apa-apa lagi untuk menguatkan hati saya sendiri.

Ya Allah,
Aku mohon lagi....
Mohon sepenuh ikhlas hati....
Kau ampuni dosa aku....
Kau ampuni dosa kedua ibubapaku....
Kau ampuni dosa kakak-kakak dan abang-abangku....
Kau ampuni dosa guru-guru dan rakan-rakanku.....
Ya Allah,
Kau berikanlah kami sekeluarga kekuatan...
Zahir dan batin mengharungi segala ujianMU.....
Kau selamatkanlah abahku dalam pemedahan esok....
Kau perkenankan doaku Ya Allah...
Mohon di pagi penuh keberkatan di penghulu segala hari...

i_________________________________________i


SAYA SAYANG ABAH....

-Removal tumor di paru-paru kiri....
- surgery : 5/6 jam, insyaAllah selepas Jumaat nanti

Allah.Allah.Allah.Allah.Allah.Allah.Allah.Allah.Allah.Allah.Allah.Allah. Allah i__________i.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[t] A [k] U [t]

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Anda sihat? Ya kamulah, kamu yang membaca ni. Fizikal yang sihat, belum sepenuhnya anda digolong dalam kelompok sihat tau! Hati,jiwa dan perasaan bagaimana? Ada baikkah? ke ada berombak negatif? Tak perlu beri jawapan pada saya, kamu sendiri yang ada jawapannya. Atau langsung tak mengetahui dan tak ambil peduli?

*berhenti seketika untuk urusan diri yang tergendala, sambung sepulangan saya nanti :D*

Sudah pulang... bersama roti-roti yang lazat tunggu masa nak dihadam dalam perut je :P.

Baiklah, sebelum apa-apa jom kita buat senaman sedikit. Tujuannya untuk menghirup cas-cas positif masuk dalam setiap rongga badan dan menghembus cas-cas negatif keluar dari pelosok susuk badan. Mari kita buat sama-sama, ayuh.Jangan malas. 1,2,3....

-Duduk dengan selesa...Sudah? bagus.
-Pejamkan mata.. opss, nanti tak dapat baca pulak ni, (buka dulu matanya itu buk ehh).
-Tarik nafas dalam-dalam dan tahan seketika (ikut kemampuan)
-Muhasabah diri seketika, mohon ampun pada Allah, mohon semua memaafkan diri kita...
-Hembus nafas sehabis-habisnya dan keluarkan bunyi haaaaa dihujungnya.

Bisa enggak ibu-ibu, bapak-bapak? Bisa diulangin sekali lagi? Bisa ya.. 1,2,3...

--------------------------------------------------------------------------------

Sekadar ingin mengurangkan ketegangan hati tentang abah, jadi saya perlu memujuk hati agar kuat dan tidak mudah menyerah. Bila saya terbaca kisah penyanyi Yanie (Mentor) meninggal dunia akibat ketumbuhan pada paru-paru, zuppp jantung saya terus berdegup kencang. Saya sayang abah. Saya masih perlukan abah, insyaAllah esok abah akan dibedah untuk membuang tumor.Saya takut, sangat takut, terlalu takut, terlampau takut dan terlebih takut. Apa harus saya buat? Ingat Allah...Ingat Allah...Ingat Allah. Apa saja semua DIA yang rencanakan. Saya harus kuatkan? Saya sudah terlalu tepu dengan kata-kata semangat,hanya saya yang harus beri dorongan buat diri sendiri. Saya kena senyum dalam ketakutan, senyum buat diri sendiri+mak+kakak-kakak dan abang!
Saya belum bersedia apa-apa kemungkinan! Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga pemedahan abah aku berjaya dengan selamatnya.Buat doktor, semoga ilmu perubatan yang kamu perolehi berkat dan berjaya menyelamatkan abah.Mohon Ya Allah, kembalikanlah senyuman ikhlas buat hati dan jiwa saya dan keluarga! Rabbana atina fiddunnya hasanah wafirrakhirotihasanah wakinna'azabanna!!Ameen ya rabb.

Nota : Saya baru dapat berita kenalan saya kehilangan ayahnya tadi. Innalillahiwainna illayhirojiun. Moga ayahmu ditempatkan dalam golongan mereka yang soleh. Al-fatihah.

Jantung hatiku : Saya tak kuat tapi saya TIDAK LEMAH. Saya ada Allah...DIA yang MENGETAHUI bolakan hati saya sekarang!!

Jam : 4.30pm saya publish setelah beberapa didraft untuk urusan peribadi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hikmah segala musibah

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'alaikum wbt...

Bissmilllahirrahmanirrahim... Apa khabar pembaca sekalian? ahaks, tiba-tiba saya bertanyakan? Yelah, saya mendoakan setiap pembaca yang singgah di sini dalam kondisi yang amat baik hati,jiwa dan fizikal.Jangan tensi-tensi ya, moga saya juga tergolong dalam keadaan begitu walau apapun ujian dan badai yang menerpa! Ayuh, kita lawan saja cas-cas negatif dalam diri kita. Ada yang tertanya-tanya saya mana perginya entry 'cinta itu bukan untuk cinta ini' ? Maaf, entry itu saya menaip dalam keadaan hati yang suam+geram+suram, maka hasilnya melagho-kan saja. Tiada signifikan buat semua termasuk diri saya sendiri.Hurmmm (panjang hembusan nafas kali ni)......

Alhamdulillah, sudah 12 hari abah di hospital. 5hari di HKL dan 7 hari di IJN. Minggu lepas selepas bypass (pintasan di saluran jantung yang tersumbat), abah demam sejuk beberapa hari dan 2hari tak larat nak bangun. Mujurlah mak setia menanti dan menjaga abah, kami adik-beradik bekerja dan setiap hari datang waktu rehat tengah hari dan lepas waktu pejabat. InsyaAllah, doktor kata dalam minggu ni pemedahan membuang tumor di paru-paru cuma harinya akan diberitahu harini (22.3.2010).Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya,mohon doa semua ya!

Sekadar konklusi ringkas, kerana jatuh abah patah lengan kiri. Kerana patahnya lengan (tulang humerus), dapat kesan tumor dan sebelum pemedahan penyingkiran tumor, dapat kesan injap jantung yang tersumbat dan disebabkan abah masuk IJN, makin kerap kami berkumpul sekeluarga. MasyaAllah, hebatkan rencana Allah? Walaupun sibuk dengan kehidupan masing-masing, kami masih boleh berkumpul bersama-sama terutama di hujung minggu kerana abang dari Pasir Gudang pasti akan pulang ke KL. Bagi saya, bersama keluarga perkara yang sangat-sangat mengembirakan walaupun ditimpa musibah. Moga kami diberi kekuatan hati yang utuh mengharungi setiap dugaan DIA.Dan moga mak cekal menghadapinya.Mak insan yang paling tenang dan setia...
2008

Ok, hari ni hari apa?
-Isnin
Tarikh apa?
- 22.3.2010
Kenapa?
Err.. hari jadi K.la [Zasriati Azla]
Yang ke ?
-Rahsia.. :D
Tapi.......
-tapi ? Hurm, K.la jauh sangat dari kami. Mencari rezeki di Saudi, rindu sangat kat dia. i___i.
Selamat Hari Lahir...
Selamat Ulangtahun....
Moga Allah memberkatimu,
Moga imanmu makin tebal...
Moga Allah berikan kebahagian hati dan fizikal untukmu...
Moga kasih sayang kita makin kuat....
Moga K.La diberi kesihatan yang baik...
Moga makin kaya....haha :D
Sayang you sangat-sangat......
*HAPPY BIRTHDAY*

Nota 1 : Kak La balik 7.7.2010...97hari lagi. K.la di Malaysia hingga 17.9.2010!!

Nota 2 : Banyak aktviti yang saya kena keluarkan dari senarai, buat masa ni semuanya hanya aktiviti keluarga saja. Maaf ya jika segala ajakan kalian saya terpaksa tolak, saya lebih utamakan yang lebih utaman.

P/S : pssst, sudah kembali ada shoutmix. Gunakanlah sebaik-baiknya ya! Terima kasih =)


Jantung hatiku : Keluargaku, hidupku!!! Cintaku selepas Allah SWT dan Nabi Muhammad Sallallahu 'alayhi wassalam.Saya sayang keluarga saya!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

unknown cancer

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Day 1 : 10/3/2010
8.30am : Going to HKL (oncology)..
11.30am : talks by the doctor...
12.oopm : procedure of admission...
12.30om-3.3opm : settled and go home.
5.30pm : home sweet home.

According to the doctor, my dad has a big tumor on his left lung. Yaps, i could saw it when the doctor shows to us.It was almost 3/4 of the lung, the doctor suggested my dad should get another ct-scan to get a latest result before she can refer my dad to IJN.If possible IJN can removed the tumor, but it might a cancer(Ca). She said, unknown Ca and referred to IJN for specialize.If possible the Ca can be removal, surgery will be done other wise they will find another treatment o maybe an experimental treatment. hurm.....
Around 6.30pm , hkl called us and asked to do ct-scan tomorrow (which means today ; 11.3.2010) at 8am (Pusrawi).

Today : Ct-scan was done! Then this coming Monday has an appointment at IJN for further investigation. If everything clear, the malunion # at [L] humerus will be fixed. For now, not yet chemo and still needs to wait for quite sometimes. What can i say is here (hkl), they are so efficient and TAKE PUNCTUALITY very strictly compared to previous hospital. Thank you!
Unexplained feelings! Oh Allah, May you give my dad a good health...May you give us strength and maintain a one happy family!!
Hurm, abah's condition is good, no pains but the ca become bigger and bigger!

Note : A long conversation with K.La, far distance away from Saudi yesterday night. She asked me, should she come back here? So far, no need to come back i think. Hurm, she called me and i just let my mom to talk with her. Almost 2hours, tomorrow she'll call us again. I miss you K.La~. Abang will come back to KL straight after working hour on Saturday. May he have safe journey!
K.la : Bila mak nak datang sini...
Mak : InsyaAllah...
Me : Mudah-mudahan Allah makbulkan niat dan harapan...


p/s : Waiting for further result...........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

a.johnny dan a.charlie

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt..

Saya perlu tidur awal ni, tapi sekarang baru sudah jam 1.03am! Malam masih muda, orang kata. Saya tak kata apa cuma menaip saja. Pagi ni akan ke hospital, bahagian onkologi. Mungkin juga pertama untuk rawatan kemo. Dan seperti biasa, tunggu dan tunggu je la pagi nanti.
Bagi mengurangkan kegusaran hati saya ni, sajalah mengemaskini blog ni dan mahu membuat mata mengantuk.hoho.

Dalam pada tak boleh tidur dan perlu tidur, sajalah saya godeng-godeng lappy ni. Terjumpa gambar-gambar zaman kolej. Rindu sangat, rindu steteskop, rindu nak pakai overall, rindu semuanya. Entahlah..yang paling saya rindu mestilah abang Johnny dan abang Charlie saya.
sem 1, Dec 2006... *a.Johnny*
Sem 2, April 2007 *a.Charlie*

Oklah, entry merepek saja ;P
Terima kasih kerana sudi baca dan mohon maaf andai membuang masa kalian membacanya!.
Selamat malam Malaysia.... Selamat petang Moscow~

Nota : Banyak perkataan 'sajalah' dalam entry ni. Layanzzz. Bismillahir Rahmanir Rahim, dengan nama Allah aku hidup dan aku mati.. ZzzzzzZz

Jantung Hatiku : Allah, perkukuhkan hati,jiwa,dan seluruh anggotaku menahan segala bentuk perasaan yang bakal wujud dan tetapkan imanku di jalanMU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sendu itu saya matikan

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Usai solat Asar tadi, tidak sempat saya mengaji seperti kebiasaan.Ada urusan yang perlu diselesaikan, Ya Allah aku utamakan urusan dunia dari menghadap kalamMU.Sebetulnya, sebelum solat Asar saya menerima panggilan telefon dari mak sebab hari ni mak dan abah ke hospital untuk mendapatkan laporan CT-Scan hari tu.Panggilan yang saya cuba tengah hari tadi tidak berjawab jadi mak pula yang menelefon saya petangnya.

*behenti solat Isya'

Sambung kembali, mak sampaikan laporan perubatan abah.Dalam nada yang biasa, mak bagitau abah kena buat kemoterapi di HKL mulai Mac ni sebanyak 18kali setiap 3minggu. Menurut doktor, kesan dari bypass dahulu(2003) yang membuatkan ia bengkak kelihatan/tanda-tanda untuk kanser.Dalam fikiran saya, jika dah disuruh melalui proses kemoterapi, memang dah sah kanser. Kemoterapi adalah penggunaan zat kimia untuk perawatan penyakit.Saya tak pasti samada doktor hanya memberi 40% dari kebenarannya tapi hati saya benar-benar dirobek kepedihan dan kesedihan.Andai sakit itu bisa ditukar ganti miliknya, saya rela ditempat itu.Saya masih muda dan lebih layak itu rasa sakit itu,bukan kepada abah saya.Ya Allah........
Dan saat doktor menjelaskan laporan tersebut, saya tidak berada di samping mak dan abah. Seawal pagi tadi mak dan abah ke hospital, dan laporan hanya diperoleh tengah hari dan sebenarnya doktor dah arahkan mak abah balik kerana mengunggu lama tapi usai solat Zohor,doktor telefon mak dan beritahu laporan dah boleh diambil. (Ni yang saya angin ni, dah tau laporan sepatutnya diambil hari, masih juga LEMBAB). Nasiblah mak dan abah solat di surau hospital.Saya dah malas nak taip tentang 'penyakit' orang-orang hospital tu, muak dan jelak dengan perbuatan mereka.

Selepas tamat perbualan dengan mak, terus saya ym K.Mila dan ajak abang sekali berkonferens. Dan saya terus solat Asar tanpa mengaji petang tadi.Saya sangat tak keruan dan kami 3 beradik berbincang tentang mak dan abah. Kalau boleh, kami mahu minta mak dan abah tinggal di KL sementara, tak perlu mak berulang memandu ke KL-Perak sepanjang proses kemoterapi.Harapnya, mak setuju sebab mak susah siket nak tinggalkan rumah Perak lama-lama (taman bunga+ayam+keadaan rumah yang perlu pantauan sebab banyak kes-kes pecah rumah). Saya terfikir, masih mampukah hati saya tanggung semua ini? " Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang kafir [TQS Yusuf :87] " Saya perlu kuat, saya tau sesedih mana pon saya pasti mak dan abah paling terasa.Saya perlu kuat untuk berikan secebis kekuatan buat mak dan abah. Saya janji takkan tumpahkan sejernih air dari mata,saya janji akan cuba menahan sendu dari setiap tangisan saya. " Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang beriman [ TQS Ali Imran : 139] "

Nota : Esok ke kolej ambil surat pengesahan tamat belajar,harapnya dah siap.Kemudian, selesaikan urusan passport.

P/S : Jangan bersimpati, kerana bukan itu yang saya mahu. Saya mahu bersendiri, tapi saya perlukan insan-insan yang memahami bukan kata-kata simpati.Tiada air mata untuk dialirkan lagi....


Jantung hatiku : Antara waktu-waktu yang buat hatiku tenang hanya bila aku di hamparan sejadah dan membaca kalamNYA. Ya Allah, bilamana aku tidak menghadapMU berilah secebis hati yang tenang.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya Allah, berikan secebis kekuatan..

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt...

"As- sabru minnal iman" kita paham, kita selalu ungkap dan sering simpan dalam kotak memori tapi sejauh mana kita ikhlas memahami dan menerima segala kesusahan,kepayahan dan keperitan yang kita alami? Allah uji hambaNya dengan pelbagai cara ; keSEDIHan, keKECEWAan, keBENCIan malah dengan keGEMBIRAan.Gembira juga ujian? Haa, bagaimana kita menghadapi kegembiraan tersebut adalah ukuran sebenar prestasi kita dalam menerima ujian itu. Adakah kita lupa diri atau mengingati Allah dan bersyukur.Adakah kita melampaui batasan atau bersabar. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang bersabar. Amiin.. Setiap ujian adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Allah, DIA Pemberi Nikmat dan DIA juga yang mendatangkan kesukaran agar hambaNYA lebih mengingati DIA .Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah.

Kenapa tiba-tiba saya berbicara tentang sabar? Allah,Allah,Allah. Sebelum jari-jemari menari lebih rancak, saya pasti mesti ada yang bertanya kenapa status di FB saya kebelakangan ini berunsur kesedihan,kecelaruan dan seperti ibu ayam kehilangan anak je kan? Tapi ayat-ayat bagi menyedapkan hati saja.Jujurnya, saya dalam keadaan yang sangat-sangat -ve. Saya terlalu takut, saya risau tanpa sempadan dan saya membenci.Jangan buat perspektif percintaan ya! Pantang saya..

Ada 2 perkara besar yang hebat berentap dalam kotak fikiran saya.
1.) Tentang pemohonan borang kemasukan ke universiti untuk menyambungkan pelajaran saya.
Mana taknya, saya taknak peristiwa 4 tahun lalu berulang kembali. Tiada air mata mampu saya alirkan kerana ia telah kekeringan sejak 2006. Jatuh menjunamnya saya bila nama saya langsung tidak disenaraikan dalam sebarang IPTA atas sebab borang saya ditolak. Betapa kecewanya saya,melihat kawan-kawan lain dah sambung belajar.Malah terdetik dalam hati saya, yang TAK GUNA PEROLEH keputusan yang cemerlang dalam SPM bila tiada ipta yang mahu terima. Perit jerih turun naik jabatan pengajian tinggi dan membuat rayuan ke universiti-universiti dengan jelingan mata-mata hinaan oleh orang-orang universiti. Ya Allah, saat tu rasa sangat malunya saya.Mahu saja saya teriak bukan kerana keputusan spm sayan yang teruk. (yela, rata-rata beranggapan begitu kan?). Hanya kakak-kakak dan abang saya yang mengerti perasaan saya yang terlalu goyah ketika tu. Dan akhirnya, saya jejak kaki di MAHSA [Kolej Medikal dan Sains Bersekutu].Bila mendaftar, mereka cakap 'keputusan awak bagus kenapa tak masuk U?' Perlukah saya jawab jujur? bisik di hati yang tawar. Saya hanya senyum dan manyatakan saya berminat untuk ambil kos fisioterapi, isi borang dan bayar wang pendaftaran (saya juga bukan pelajar yang perlu melalui temuduga untuk masuk MAHSA sebab rata-rata perlu ditemuduga terlebih dahulu). Alhamdulillah, disebalik kesedihan itu saya berjaya menjadi fisioterapis sekarang! Dan saya punya teman baik yang saya sangat rindu sekarang. My dearie Sherrin ( She's working at Pantai Medical Center).
Cuma, saya masih trauma yang melampau sekarang ni. Borang saya masih belum lengkap, semua dokumen di Kajang. Berbulan-bulan saya tunggu tarikh 4 Jan (tarikh pembukaan pemohonan untuk lepasan diploma). Hari dah 8 Jan, saya mencuba hari-hari dan masih gagal melengkapkan.Jadi, saya ambil keputusan saya perlu pulang ke Kajang untuk uruskan segalanya. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

2.) Tentang abah saya ; 5Jan lalu abah dah masuk wad untuk kali ke-5 dan kali ke 2 CT-Scan.Dah 8bulan lengan kiri abah patah ; fracture (#) left midshaft of humerus dan sekarang mal-union #. Setiap bulan ke hospital yang berjarak 40km dari rumah, dipandu oleh mak. Pertama kali abah masuk wad untuk buat platting (mencantumkan tulang), tanpa sebarang arahan yang lengkap jururawat memberi aspirin (pain killer) tapi prosedur sebelum pemedahan, tidak dibenarkan mengambilnya untuk mengelakan sebarang komplikasi pemedahan. Disebabkan itu, abah kena pulang ke rumah dan diberi appointment lain.
Kali ke- 2 ; chest X-Ray tak clear.
Kali ke 3 ; Ct-scan pertama dan doktor suruh pulang balik ke rumah untuk appointmen lain.
Kali ke 4 ; Doktor suspected mass at left lung dan minta 3days sputum sample.
Kali ke 5 ; Ct- Scan ke 2 dan hari ni doktor pakar akan lihat.
Ini secara kasar saja, apa yang sangat-sangat mengecewakan saya adalah
  • LAPORAN PERUBATAN abah hilang. (rujuk), pada hari tu lah sepanjang hari menunggu laporan dan diminta datang semula pada appointment seterusnya.Namun semuanya -ve! Sebab tu Ct-scan kena buat semula.Semalam (7Jan), abah sangat-sangat lemah+demam dan Ct-scan tu menyakitkan walaupun diberi bius.
  • Sikap staff hospital ; disebabkan kelas 1 penuh, abah dimasukkan ke kelas biasa. Dah la dapat katil yang tinggi tanpa boleh mengubah ketinggian katil, masa abah hendak dibawa ke unit pengimejan, dalam keadaan berpuasa (abah ada diabetes dan bila diarah berpuasa tanpa makan dan minum sehari, mestilah kelihatan penat) dan katil tinggi,mesti la sukar untuk turun dari katil. Yang buat saya bengang, Pembantu Perubatan Kesihatan (PPK) boleh beri ARAHAN saja tanpa BANTUAN. Nasib masa tu saya dan mak ada, kamilah yang bantu.Nak harapkan PPK, makan gaji buta je! *saya ingat nama dan rupa PPK tu,awas kalian!!*.Langsung takda sifat prihatin. Yang ke-2, lepas hantar abah di unit pengimejan mereka terus pergi tanpa sebarang pesanan! Hey, kalaulah saya bukan pelajar perubatan tentu saya juga taktau apa-apa! Tapi, setahu saya walaupun begitu sebagai staff hospital segala maklumat perlu diterangkan kepada pesakit dan ahli keluarga!. Memang saya marah ya amat semalam.
  • Sikap acuh tak acuh pegawai perubatan, abah dah masuk ke wad 5 kali. Walaupun berlainan doktor yang ambil alih setidak-tidaknya bacalah dulu BHD dan sejarah-sejarah pesakit. Nampak sangat tak professional kerja anda! Bukan saya mahu mengata tapi itulah yang berlaku di depan mata dan saya bersyukur kerana saya tahu serba sedikit prosedur di hospital. Malah, HO-HO ramai yang terkekek-kekek sembang je.huhu
Kalau boleh memang saya nak senaraikan segala yang buruk-buruk, kalaulah mereka boleh fikir yang payahnya pesakit hendak datang ke hospital. Itupun KALAULAH, tapi tidak pon mereka hiraukan. Andai mak saya tak boleh memandu,saya sendiri tak tau nak fikir macam mana. Tahap bengang+marah+kecewa membuak-buak bila jejakkan kaki ke hospital. Sepanjang saya berpraktikal, tak pernah saya abaikan pesakit saya (bukan saya memuji diri) tapi, saya pegang pada 1 'pesakit itu amanah', tapi melihat apa yang berlaku pada abah saya, buat saya geram dengan pegawai dan kakitangan perubatan! Keadaan tulang lengan abah saya memang ketara putus dua dan disebabkan kecuaian pihak hospital dan kelembapan mereka tu buat keputusan. Nak tunggu itu nak tunggu ini, hilang itu dan hilang ini malah x-ray, ct scan ke hapa!! Argghh....

----------------------------------------------------------------------------------

Saya tak reti untuk menghuraikan kemarahan saya secara penulisan, malah secara pertuturan juga saya kurang tahu cuma bila raut wajah saya kelihatan sangat-sangat hodoh, tolonglah jangan menambah api dalam kepanasan hati.
Saya mencuba bersabar, tapi jujurkah hati saya menerima? Saya tak tahu, malam semalam usai maghrib dan bacaan Yaasin saya mohon diberi kekuatan untuk perbolakan hati saya yang sangat rapuh.Tiada siapa yang memahami hati saya selain DIA yang memberi segala isi hati ini,dan kepada DIA jugalah wajib saya mohon pertolongan! Saya tak mengharapkan orang lain paham perasaan saya sebab memang tiada yang mengerti. Sabar itu iman. Sabar itu manis. Ingatlah juga janji Allah yang ertinya, “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan Allah berikan jalan keluar dan Allah akan berikan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (QS. Ath Thalaq [65] : 2-3).

Allah, kuatkanlah hatiku

Jom dengar lagu ni...

ku dambakan RedhaMU

Nota : La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.. Sabar dengan ujian Allah umpama menahan sendu dari kedengaran dalam tangisan. Ia sukar namun itulah guru yang mengajar kita erti kekuatan.Hanya diri saya yang boleh menenangkan hati sendiri.Em..

P/S : Petang ni abah keluar wad. tunggu NEXT APPOINTMENT lagi...


Jantung hatiku : Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak. 'Khalifah Ali'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sedut-sedutan

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt..

Alkisah kali ni, eh entry ni berbahasa melayu penuh ye cuma pasti banyak kesalahan tatabahasa. Minta maaf cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya.Bukan tak mau aplikasikan apa yang dibelajar. Setelah 2 entry yang lepas berbahasa penjajah [teruk kan language saya]. Jadi, abaikan sajalah ;p.

Semalam saya ke hospital menemani mak yang menghantar abah yang ada temujanji untuk CT-scan. Seawal jam 7.35am kami keluar dari rumah dan tiba di hosp kira-kira jam 8.30am. Saya dan mak ke tandas seketika dan abah terus ke bahagian pengimejan. Hampir jam 9.30am baru saya dan mak jumpa abah di bahagian X-ray kerana kami menunggu di bahagian yang salah. Yelah, Abah kata dia di menunggu di bilik 5, kebetulan Hosp Raja Permaisuri Bainun ni ada 2 bangunan. Kami ke tandas yang di bangunan Klinik Pakar Perubatan [KPP] dan di situ ada Jabatan X-ray bersebelahan Klinik Ortopedik. Kami pula tunggu di KPP di depan bilik no.5, tunggu punya tunggu tak juga abah keluar. Jadi, saya pun pergilah mengintai-intai dari luar.Tapi abah takda dan minta mak telefon abah semula. Rupanya, abah di Jabatan X-ray di bangunan utama.Kesilapan teknikal yang agak kronik, malu pon ada sebab duduk tunggu bersama-sama pesakit yang patah sana-sini. ;p. Kami pon lekas-lekas bangun dan ke bangunan utama.Sampai di sana, kami duduk dan tunggu giliran abah.Aduh, mati kutu saya.Sungguh ni saya memang tak suka keadaan macam ni, jadi saya ke gerai menjual buku-buku dan beli Majalah Mingguan Wanita kemudian kembali duduk di Jabatan X-ray tu. Hampir sejam membelek dan membaca majalah tu dari muka depan hingga kulit belakang.Jam 11am, baru nama abah dipanggil dan diminta untuk menukar baju dan IV drip sebelum masuk ke bilik CT scan. Saya yang dari tadi duduk menunggu asyik tengok doktor-doktor lalu lalang dan yang menariknya ramai sungguhlah yang memakai baju belang-belang tapi yang kurang menariknya takda lengchai pon lah. hihi ;p !
Kira-kira 30minit kemudian, abah keluar dan Radiografer tu bagitau yang CT scan tak dapat dibuat sebab Serum Urea abah 13.7, dan abah ada masalah buah pinggang juga , takut beri kesan sampingan pada buah pinggang. [Saya taknak terangkan panjang lebar].Radiografer tu mengarahkan abah ke wad 5c [Wad pemedahan Kelas 1] dan berjumpa Dr F. Di wad, Dr F ambil darah dan mengarakan saya untuk hantar sampel darah abah ke Bahagian Patologi.[Macam pekerja pula].Lebih kurang sejam tunggu di Bahagian patologi, saya pon naik bawa keputusan.Alhamdulillah, serum urea di tahap normal 7.7 dan saya harap Ct scan dapat dijalankan hari tu juga. Naik atas, Dr F minta jururawat sejarah kes abah sebab abah pernah admit di wad tu. *memendekkan jalan cerita*, laporan tu di jabatan Anaes[bius].*memendekkan lagi jalan cerita*, kami menunggu di wad 5c dari jam 12.45pm hingga 4.30pm dan akhirnya Dr L bagitau yang 26.10.2009 abah kena datang masuk wad dan, petang tu ke temu janji KPP dan 27.10.2009 ke Bahagian Anaes dan baru boleh decide CT scan. Sepanjang menunggu, ada juga doktor-doktor lengchai tau dan akibat kebosanan melampau saya melakukan kerja yang tak 'senonoh'. em, sapa suruh si dia ni lalu lalang je depan saya dan pandang-pandang jeling-jeling! [baca : perasan kot]. Dan disebabkan seharian di hosp, jam 5.30am baru pulang ke rumah dan sampai jam 7.12pm muka saya menjadi terlalu KETAT dan teramat KETAT. Saya benci menunggu,menunggu dan terus menunggu macam orang BODOH kat hospital tu.Saya betul-betul tak mampu senyum dan hilang kawalan. Maaf mak, saya memang tiada selera langsung semalam dan memang saya tak makan apapun semalam sebab menunggu terlalu lama.

Ni la kerja saya. Siapakah jejaka itu? hehehehe
No telefon pon ada juga.*ampunnnnn!!!


---------------------------------------------------------------------------------

Ni baru cerita sebenar saya, kisahnya hari Ahad yang lalu jam 6.30pm saya ke pasar malam dan mak membeli siput sedut.Em, tiada apa yang menarik kan? Tapi, sebenarnya seumur hidup mak, mak tak pernah membeli siput sedut sebab mak geli dan tak makan siput sedut. Dalam keluarga saya, saya ni jenis yang pelik sedikit bab makanan. Yang saya makan, adik-beradik lain kurang gemar makan. Begitulah sebaliknya.Berbalik pada siput sedut, sebelum ni saya selalu minta mak beli siput sedut tapi mak selalu kata mak tak nak dan tak berapa reti nak masak [tapi sebenarnya mak geli]Lagipun, dalam banyak-banyak makanan bercengkerang ni, mak hanya makan kerang.Saya pula suka sangat makanan bercengkerang ni. Tak kisah la kerang ke lala ke pepahat,kepah dan lain-lain.Mak tanya penjual tu, berapa sekilo siputs tu. Rm 8 katanya, mak tanya kat saya nak beli berapa? Saya jawap suku je la. Penjual tu tenung dan jawab suku tak boleh lah, so, mak beli la setengah kilo Rm 4 je. Dan hari ni mak membasuh sang siput sedut tu dan minta saya tolong potong bahagian hujungnya.[Mak kan geli]. 2 hari sang siputs tu merayap-rayap dan berkeliaran di kawasan dapur hingga saya terpaksa masukkan mereka dalam bekas berlubang dan tutup bahagian atasnya supaya mereka bisa bernafas sebelum dimasak.Malamnya pula mak dan saya berbincang dan mak tanya 'siput tu nak dimasak apa? Mak ada tengok kat tv, ada diajo masak tumis je. Tumis je bawang-bawang letak cili' *saya menyampuk* masak sambal ke mak? Mak jawap : Bukan, tapi ni ala-ala goreng je. Eh, macam pelik je mak, masak lemak je la.Tu je yang pernah makan.ehehe. Mak pon ok kan je.
Dah siap dibasuh dan dipotong hujungnya.Tapi masih hidup!
Dah siap dimasak dan untuk saya sorang je ni.
Saya tambah 2x tau.hehe

Satu periuk siput sedut untuk saya sorang. 1 periuk = setengah kilo. Tersedut-sedut saya harini. Terima kasih mak sebab masakkan untuk Siti. Sayang mak sangat-sangat. Terharu dan terkejut mak boleh nak membeli siput sedut.

Nota 1 : Memang saya ni sinonim dengan cengkerang. Beg Samsonite yang saya pakai menyebabkan kawan-kawan gelarkan saya kura-kura atau si penyu! Muqadimah entry ni lebih panjang dari cerita asal ;p

Nota 2 : Saya hilang nikmat senyum semalam dan harini saya kembali ceria =) Dan saya menjadi si bisu.


Jantung buatmu : Apabila perasaan anda tidak baik, elakkan bercakap banyak kerana ia mudah mencetus pertelingkahan dan bisa merosakkan sesuatu perhubungan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

InnaLillahi WaInna Ilahi Rajiun..didoakan yang terbaik untuk abah

cAtAtAnku ~ sns ~
pagi td selepas wat rounding, dalam pukul 11am..
Mak kol cakap ada d Hosp Kampar.
Abah jatuh kat depan pintu..
Then tgn xboleh gerak
Mak bawa ke klinik, tp ambulan bawa ke Hosp Kampar..
Dekat 2jam lepas tu, abah dibawa ke Hosp Ipoh for further investigation..
Lengan abah patah..
Saya terus balik Kl,tgh hari td..
Malam nih, kami semua adik-beradik balik ke Perak..
Cuma K.La je la xbalik dr Saudi..
Tunggu abg sampai dr Johor.
Then gerak balik ke Perak...
Saya masih dalam keadaan risau+terkejut.
Sampai sekarang saya xtau keadaan abah yang sebenar..
Saya doakan yang terbaik buat abah..

Saya sayang abah!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS