~ sns cerita tentang ~
Tinta untuk Waliku....Selamat Hari Bapa untuk Abah yang tercinta! Selamat Hari Jadi yang 66 pada 1 Julai nanti :D. Kalau Mak hari jadi hampir dengan Hari Ibu, Abah pula Hari Bapa hampir dengan hari lahir :). Kadang-kadang Siti selalu fikir, masih belum mampu jadi anak yang baik untuk Abah T__T. Ampunkan Siti Abah, barangkali terlalu banyak kata-kata yang terpendam dan tak mampu nak terluahkan. Tapi ketahuilah, Siti sayang Abah.
Abah,
Rindunya nak solat jemaah sama-sama...
Rindunya nak mengaji sama-sama...
Rindunya nak dengar ceramah dan nasihat-nasihat...
Abah,
Banyak perkara nak ditaip tapi tersekat-sekat jari nak menaip. Moga peristiwa lalu tidak berulang! ( Klik di sini ) , Siti sayang Abah sangat-sangat.
Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbananmu ! Mungkin tak mampu untuk meluahkan dengan percakapan, tapi coretan-coretan sebegini mampu berikan kenangan kan? Ampun dan maaf andai tak menjadi anak solehah untuk Abah T___T. Segala yang Abah beri selama ni tak mampu terbalas.
Abah lah yang meminta Siti untuk sambung dalam bidang kesihatan ini, Abah jugalah orang pertama yang tak membantah untuk Siti datang ke UK ni.
Buat Abah, semoga ALLAH berikan kesihatan yang baik dan diberkati di sepanjang hidupmu! Moga Abah dan Mak bahagia dengan kehadiran Siti dan anak-anak yang lain. Ampunkan kami andai kami belum menjadi anak yang terbaik.
Jaga kesihatan, jangan culas makan ubat dan jangan berlebihan makan makanan yang manis.
Abah, Mak is the best Nutrition and Dietitian!
Do listen to her voice about your diet :)
Do listen to her voice about your diet :)
London | 11pm | 18 Jun 2011
Jantung Hatiku : Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaanii shogiira. (Ya ALLAH Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil)
0 comments:
Post a Comment