Mid year of 1995
27 Ramadhan 1433h
Assalamua'laikum wbt....
27 Ramadhan = Malam tujuh liku / Malam penduduk Malaysia amnya memasang pelita keliling rumah. 27 Ramadhan saya kali ini terlalu berbeza, alhamdulillah izinNYA untuk merasai suasana Ramadhan di Bumi London juga izinNYA berjaya khatam Quran di bulan penuh keberkatan ini. Alhamdulillah, tiada yang mampu diluahkan melainkan kesyukuran yang infiniti atas nikmatNYA. Sungguh, mintalah apa-apa yang baik di bulan mulia ini, ALLAH bayar tunai dengan cara yang tersendiri. Moga dicambahkan rasa syukur dalam diri ini...
Hmph, tinggal beberapa hari nak Syawal. Persiapan raya saya? Tak perlu berbaju baru tapi ini antara momen indah di sini....BISKUT RAYA (saya kan ratu makan biskut) Ok, teaser dulu :P
Hari 1 : 1 jenis Tart Nenas sedap :) |
Hari 2 : 2 jenis 1) Mama Carrie comot :p 2) Sarang Semut |
Hari 3 : 3 jenis 1) Conflakes madu kosong...kosong :p |
2) Cornflakes Badam Rangup Gebu (memang gebu) |
3) Biskut Dahlia |
JH : ucapan raya tunggu hari raya lah :P
Ramadhan Kareem 1433h
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalmua'alaikum wbt
ALLAHuakbar! ALLAHuakbar! ALLAHuakbar!. InshaALLAH, 1 Ramadhan jatuh pada 20 Julai 2012 di UK. Awal sehari dari Malaysia, sementara menunggu waktu Isya' sekitar 10.28pm ni untuk terawih sengaja ambil kesempatan untuk kemas kini belog. Pertama Ramadhan yang berjauhan Benua dengan keluarga terasa sunyi menghimpit hati tapi kehidupan harus berjalan dengan baik san saya ak berhajat menaip panjang.
Selamat Berpuasa untuk semua Moga Ramadhan ini yang terbaik untuk kita Maaf atas salah silap |
Ini senarai impian Ramadhan saya tahun ini. Ditulis pada 23 Jun 2012. Moga tercapai :) |
5 + 7 = 12 = 5 Julai 2012
Assalamu'alaikum wbt...
Salam Nisfu Sya'ban 1433H. Catatan amalan yang baru telah bertukar Maghrib semalam, moga diari lama penuh kebaikan inshaALLAH. Yang baru kena perbanyakan lagi amalan-amalan yang mulia, moga ALLAH redha. Jom persiapkan diri untuk menghadapi Pesta Ibadah di bulan Ramadhan!. Tak lupa juga saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 67 buat abah yang tercinta pada 1 Julai 2012 yang lalu. Antara pesanan berulangnya 'jaga solat, ALLAH akan menjagamu. Abah doakan kebahagiaan dunia akhirat kamu, dan air mata hampir menitis'. Siti sayang Abah fillah!
Apa khabar iman dan hati ? Mudah-mudahan suci, bersih dan subur dengan kasih sayang ALLAH. Hm, aura 'mim alif lam sin' mengemas kini belog harus dicantas jauh-jauh walaupun tak tau nak menulis dan berkongsi apa-apa. Oh ya, inshaALLAH saya bakal pulang ke Malaysia untuk kebaikan (balik terus - tunang - kahwin - kerja - belajar lagi). Bila? Rahsia :p. Takdalah, nanti dah sampai Malaysia saya update ok? hihi.
Dalam tempoh yang makin singkat ni, banyak sangat yang saya fikir (memang saya suka sangat berfikir jauh), tapi dalam peta minda dan awan-awan kepala saya yang penuh persoalan ni adakala tak semua persoalan perlu terus temui jawapan sebab durasi masa untuk mencari penyelesaian itu sendiri adalah jawapan... Time will tell, right? Takut, gembira, hiba, semua perasaan bercampur baur, sentiasa bermohon agar ini yang terbaik untuk diri saya. Bohonglah kalau tak penat berfikir, justeru lebih baik rehatkan minda dari terus berfikir dan 'tunggu' jawapan muncul. Pupuk keyakinan itu payah, mujahadahnya sangat payah tambah pula tiada kesungguhan dan pengukuhan yang kuat. Berpaksikan praktikal untuk menguatkan diri itulah mampu mencambahkan keyakinan. Jangan pernah risau, ALLAH sentiasa ada! DIA selalu bantu, sebulatkan hati tawakkal kepada DIA. Itu jaminan yang pasti.
Ujian kesusahan, kesedihan, kesepian daripada DIA kecil saja sebenarnya tetapi nikmat rezeki, kebahagiaan dan kegembiraan itulah ujian yang besar. Mentarbiyah diri untuk istiqomah tunduk bersyukur atau alpa leka dengan gelak tawa tanpa sedikit rasa kehambaan. Nau'zubillah, minta jauh dari kekufuran itu. Bila audit diri sendiri, saya sendiri takut neraca timbangan itu lebih ke mana. Saya takut sangat kalau ALLAH jauh dengan saya, I keep thinking about this since a few months ago. Takut yang kadang kala membuatkan saya menangis tersengguk-sengguk sendirian di bilik. T___T. Proses menjadi lebih baik setiap saat tu susah, shaytaan akan sentiasa goda.
Tak perlu menarik perhatian orang lain untuk menunjukkan kehebatan sebab ALLAH itu lebih Maha Hebat. Biar orang yang nampak dengan kelebihan dan keistimewaan kita bukan kita menunjuk-nunjuk apa yang kita ada. Saya sangat 'hepatic atrophy' tentang sesuatu, terlalu dan tersangat jelas tapi hadapi dengan sematang usia. Jelak macam mana pun jangan bersikap kebudak-budakan, potensi untuk tenang lebih cerah. Hm, takpalah cukup sampai di sini untuk bebelan kali ini.
Kota kata perubatan : Hepatic (hati) | Atrophy (mengecut / mengecil). Dalam konteks ayat saya di atas, bahasa mudahnya saya nak tulis 'berkecil hati' (mengada guna perkataan yang buat orang yang tak belajar perubatan tak paham).
=) |
JH : 66hari lagi
P e l a n g i S a y a
Lagu yang saya tunggu-tunggu daripada Halim :).
Maha Mendengar
Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua DIA kan tahu
Kerna DIA Yang Menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNYA
Di dalam susah pintalah kepadaNYA
Kerna DIA pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA
Moga bahagia kan sentiasa bersama
Ya ALLAH Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan
Ya ALLAH ENGKAU Maha Memberi Segala kurniaan dan rezeki
Ya ALLAH....
Dakwat Pelangi
Assalamua'laikum wbt
Cak! Kita tukar layout baru. Masih kekalkan warna hijau (sebab mak kita suka hijau, jadi bila dia baca mesti dia seronok. Ok, itu perasaaaaan jer :P) Tapi kita tukar tema, kali ni Cik Angan-Angan ni guna pelangi. Saya suka pelangi sebab angan-angan saya secantik pelangi dan setinggi pelangi.
Ubat anti-depressant saya di sini :) |
Pelangi kembar ketika dalam perjalanan pulang ke desa (2010) |
Double rainbow again :) |
Pelangi dari puncak Bukit Broga 2010 (Di puncak sambil menikmati cucur bilis) |
Jadilah 'pelangi' pada orang lain juga |
Jadilah 'pelangi' kepada orang lain, tak semua kontek permasalahan seseorang khidmat kita diperlukan tetapi kehadiran kita mampu memberi kesan yang besar pada mereka. Material bukan kayu ukur dalam sesebuah 'hadiah' tetapi doa, sokongan, kata-kata semangat itu juga sesuatu yang terlalu besar dalam kehidupan seseorang.
Jangan mengharap balasan manusia, pasti duga. Minta Allah saja :) |
It's just a number (ops, masa ni balik Malaysia gemuk 'siket') |
Moga pekerjaan, pembelajaran serta perkahwinan seiring dan cemerlang dunia akhirat. (tadah tangan bersama dan Amin kan ya) |
Ni betul-betul angan-angan! Nak naik.... |
Pada hati-hati yang terluka dengan saya, saya mohon maaf setulus hati. Juga, ada perkara yang tak mampu untuk saya kongsi. |
kembali beza 7jam UK-Malaysia |
2 cerita di bulan 2, hadiah daripada ALLAH
Assalamua'laikum wbt
Terlebih dahulu mari kita sama-sama berselawat kepada junjungan besar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد. Terabai seketika blog ni, hari ke 10 di bulan Feb. Ini entri pertama. Tiada input sangat yang hendak dikongsi. Sekadar cerita basi-basi. Sejak kebelakangan ni sering tidur seawal 9 malam dan berjaga malam seketika, jadi saya rangkupkan 2 cerita sekali untuk kali ni. Moga terubat rindu buat yang selalu singgah di sini. Moga ALLAH merahmati kalian.
1) 24 tahun sebagai SNS
Alhamdulillah, genap 2.2.2012 lalu merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke 24. Segala kesyukuran dirafakkan kepadaNYA yang masih memberi izin untuk bernafas dan berkhidmat untukNya. Infiniti puji-pujian ke atas ALLAH SWT untuk segala nikmat yang diberikan. Yang pahit itu ubat untuk kecekalan, kesabaran, kekentalan dan semangat untuk terus bersyukur. Yang manis itu untuk berterusan syukur.
Sebetulnya tepat 7.35pagi pada 2 Feb 1988 merupakan waktu saya keluar dari perut mak. Berberatkan 3.9kg, itu satu kesakitan dan keperitan seorang mak untuk melahirkan anaknya. Setiap kali saya lihat bayi dilahirkan, hati saya pasti terkesan dan teringat pada mak. (aish, mulalah nak homesick ni), jadi koreksi diri sendiri, jangan sesekali menyakiti hati mak dalam sengaja mahupun senyap. Ya, kita bukan sempurna tapi berusahalah tidak melukakan hati mak kerana selagi kita belum menjadi seorang isteri Syurga kita di bawah tapak kakinya bahkan bila sudah berkahwin, jagalah hak-hak mak kita. Peringatan untuk diri sendiri khususnya. Paling mudah, titipkan doa-doa yang baik untuk mak, selalulah berhubung dengannya tak kira dengan apa juga kaedah dan cara. Orang tua kita tak pernah mengharapkan balasan wang ringgit tetapi lebih kepada luangan masa, kasih sayang dan ingatan.
Buat mak : Zalekha Bte Ramly, Siti mohon maaf selama keberadaan di muka bumi ini banyak menyakiti dan melukakan hati mak. Maaf andai belum mampu membahagiakan mak sebaiknya dan mohon keredhaan untuk setiap saat hidup Siti ni. Doakan Siti selalu dalam tiap solat mak ya. Terima kasih untuk segala-galanya (Chef, doktor, pakar nutrisi & diet, driver, cikgu dan segala-gala yang mak lakukan untuk Siti), tak terbalas tiap satunya tapi Siti berusaha untuk menjadi anak yang taat kepada ALLAH dan mencuba untuk membahagiakan keluarga kita.
Buat abah : Halalkan segala rezeki dan pengorbanan yang abah lakukan selama ini. Mungkin selama ini Siti belum mampu meluahkan apa-apa ungkapan yang istimewa secara lisan tapi abah tau kan, sentiasa ada di blog ini :). Anak abah ni pemalu yang amat nak cakap depan-depan ;p.
Buat kakak-kakak : Kakak, K.La, K.Mila, K.Zati, Abang, arwah A.Ipoi, A.Mie (BIL) ; Terima kasih untuk kasih sayang, cinta dan menjadi sahabat dan pendengar yang setia. Moga Allah merahmati kita sekeluarga dan mengeratkan ikatan kekeluargaan kita. Siti sayang semua!
Buat keluarga di UK : Dr. Siti sekeluarga yang penuh kasih sayang di sini, terima kasih atas segalanya. Moga Allah merahmati akak sekeluarga dan mohon maaf kiranya belum mampu menjadi yang terbaik untuk segalanya. Banyak yang perlu diperbaiki dan saya sayang keluarga akak kerana ALLAH. Juga buat teman-teman di UK juga :).
Buat teman-teman : Yang istimewa, yang rapat, yang jauh, yang selalu mengingati, yang jarang-jarang bertegur sapa, yang tak pernah bersua, rakan realiti hatta rakan alam maya. Terima kasih atas ucapan, doa dan ingatan. Moga ukhuwwah kita terbina kerana Allah dan selamanya keranaNYA.
Menerima lebih 240 ucapan di FB, SMS, WhatsApp, Gtalk, Plurk dan face-to-face. Alhamdulillah, setiap doa-doa yang baik itu mudah-mudahan dimakbulkan setiap satunya. Moga saya mampu membahagiakan kalian semua :).
__________________________________________________________
2) Nikmat Si Putih.
Alhamdulillah, izin Allah malam 4.2.2012, Allah turunkan salji di Bumi Permaisuri dengan lebat. Sambil menyaksikan dan merasai titis-titis putih itu saya sangat berfikir, Allah benar-benar berikan saya nikmat yang tak disangka-sangka. Ini antara hadiah istimewa daripada ALLAH buat saya. Betapa ALLAH itu Ar-Rahman wa Rahim, subhanAllah hampir terkedu dan rasa hendak menangis bila mengenangkan nikmat yang Allah berikan. Itu semua hadiah untuk secalit luka, duka, derita dan sedih tapi sungguh nikmat yang Allah turunkan lebih dan tersangat besar dan banyak.
Apapun, jom layan gambar je lah :).
Malam, 4.2.2012
Pagi, 5.2.2012
Abbey Wood Park, play time :)
SubhanAllah, cantik kan?
Nah, saya baling dari sini untuk orang di Malaysia ;p
Saya rasa sangat unik dahan ni
Terasa di Nami Island pulak ;p
Snow Muslimah :)
Oklah, tepek 1 gambar syok sendiri.
Yang berjasa : Lantai salji
Pelakon yang memang suka berlakon depan kamera ;p
Musim sejuk ni banyak kelebihannya terutama untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Waktu malam yang panjang, sangat afdal untuk berusaha bangun malam untuk tambah amalan. Jom kita berusaha amalkan, inshaAllah moga Allah terima amalan kita.
Baiklah, di sini saya kongsikan video untuk tip-tip bangun pagi terutama bagi mereka-mereka yang berada di negara bermusim sejuk sekarang ni.
JH : Kehadiran dia juga antara hadiah terbaik yang Allah berikan. Moga segalanya Allah redha dan dipermudahkan urusan. Terima kasih ya :) Kalau boleh minta hadiah, nak hadiah supaya rajin mengemas kini blog itu dengan entri-enti yang banyak dan bermanfaat untuk pembacaan.
Pertama 2012
Assalamua'laikum wbt
Menghirup udara 2012, terasa sungguh berbeza tatkala melihat jadual solat tadi. Rupanya dah sudah bertukar tahun :). Cepat-cepat gantikan kalendar baru, moga terserap jiwa dan perasaan yang baru.
Terakhir 2011
Assalamua'laikum wbt
Membuak-buak hati nak kemas kini entri terakhir untuk tahun ni. Banyak sangat suka duka bersarang di hati tapi semuanya mengakhiri tahun 2011 ini dengan kesimpulan ringkas ini.
1) Allah tunaikan nikmat mengembara (/)
2) Allah berikan rezeki yang melimpah (/)
3) Allah mudahkan urusan jodoh (/)
4) Urusan belajar (X)
5) Khatam Quran (X)
* (/) : Berjaya | (X) : Pending
Itu antara major impian 2011 yang dibenihkan pada penghujung 2010 yang lalu, sebenarnya Allah makbulkan hampir 90% impian saya pada tahun ini. Alhamdulillah, masih belum mampu untuk berhenti lafazkan syukur. Saya teruja, terharu dan terkesima dengan segala nikmat Allah berikan kepada saya. Moga terus subur rasa syukur di hati selaras lafaz di bibir, serta mohon dijauhkan sifat kufur dan perasaan mazmumah dalam diri.
Untuk 2012 ini, impian dan azam yang masih belum terlaksana saya lajakkan ke tahun hadapan. Impian untuk tahun hadapan makin tinggi dari tahun ini. Moga sinar bahagia terus menerangi liku-liku kehidupan saya.
1) Urusan sambung belajar (perlu,perlu,perlu. Doakan urusan saya dipermudahkan ya).
2) Kembali berbakti di tanah air (Moga rezeki di sana ada untuk saya).
3) Urusan jodoh (kesinambungan 2011. "Ya Allah permudahkanlah urusan ini. Jauhkanlah kami dari segala kejahatan syaitan, nafsu dan sifat2 mazmumah. Perbaikilah iman dan akhlak kami. Bimbinglah kami menuju ikatan yang Engkau redhai.." Ameen...)
4) Khatam al-Quran sekurang-kurangnya 2kali
5) Istiqomah dengan Mathurat, Dhuha dan Qiamulail
Azam atau impian tak perlu banyak, tetapi memadai untuk dicapai oleh diri sendiri. Selebihnya, saya harap tahun 2012 mampu menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang iman, peribadi dan akhlak.
Penghujung 2011. Mari tanamkan benih-benih positif untuk menuai sifat-sifat positif demi sebuah masa depan kerana masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Untuk berjaya, kita harus belajar menaiki anak-anak tangga bukan semata melihatnya tinggi di atas tetapi gagal untuk mendakinya dan kejayaan itu rahsianya adalah dengan mempunyai matlamat. Dan matlamat utama kita adalah Syurga ALLAH =).
Nota : Entri ini mungkin memadai untuk memberi jawapan kepada komen di entri sebelum ini. :).
Jantung Hatiku : Sama-sama perbaiki diri dan terus memohon petunjuk DIA. Terima Kasih =)
Diari Paris : Tarbiyah daripada Allah (ii)
InshaAllah, saya sambung untuk jaulah Paris . Dari Stesen Anvers, kami menuju ke Stesen Charles de Gaulle – Étoile yang menempatkan Arc De Triomphe. Arc De Triomphe ini merupakan tugu atau Gerbang Kemenangan di Paris yang terletak di Place Charles de Gaulle yang juga dikenali sebagai Place de l'Étoile. Gerbang ini memberikan penghormatan kepada pejuang-pejuang Perancis khususnya pada Perang Napoleon. Bila sampai di stesen ni, naik je anak tangga keluar dari stesen akan nampak gerbang tersebut di hadapan cuma gerbang tersebut terletak di hadapan jalan raya yang besar. Kena guna terowong bawah tanah untuk ke arahnya. Saya tak ke sana, cuma mengambil gambar dari seberang jalan.
Stesen Charles de Gaulle – Étoile
"penjaga" gerbang. Sangat statik...Huu
Di atas pintu keluar stesen
Foots-printed :)
Beca di sekitar situ
Moden kan?
Penat tau backpacker ni -.-"
Muka gadis comot dapat tempat duduk :P
Kemudian tiba di Stesen Place Monge, kami keluar dari stesen dan terus mencari masjid sambil melihat peta walaupun tak berapa nak paham petanya. Jadi kami sengaja jalan terus dan kemudian melintas dan masuk ke satu lorong. Satu lagi bantuan Allah, kami memang betul-betul nampak tiang masjid di depan mata (kerana lorong yang kami lalu agak sempit). Syukur sangat, Allah permudahkan perjalanan mencari rumah DIA. Sampai di sana, waktu Zuhur sudah pun masuk dan kami terus menuju ke tandas. Subhanallah, dari luar nampak seperti masjid biasa di tepi jalan yang dihadang batu tetapi dalamnya seakan-akan berada di Sepanyol. Seni bina Morocco dan Subhanallah, landskapnya juga cantik :). Bila masuk ke dalamnya, terasa lengkap datang dan jejak kaki ke Paris. Satu perasaan yang tak dapat diungkapkan :). Di tempat mengambil wudhu' pula, berjumpa dengan pelancong-pelancong serata dunia bahkan penduduk tempatan. Setiap muslimah yang masuk tak kering memberikan salam sesama kami dan di sini saya jumpa sebuah keluarga Indonesia yang telah menetap di Perancis (mungkin berkahwin dengan lelaki tempatan) kerana dialek Indonesianya masih pekat cuma anaknya saja kurang fasih berbahasa Indonesia tapi anak-anaknya comel belaka :). Jumpa ramai anak-anak comel :). Geram sangat! Salah seorangnya lagi adalah Naila, kami cuba-cuba cakap French denganya, tetapi dia memang tak paham dan kami sendiri tak paham dia cakap. Akhirnya mak dia yang bercerita dengan kami, asal namanya Naila yang merupakan salah seorang isteri kepada Saidina Uthman Bin Affan. Naila ni suka diambil gambar :), dan terus saya teringat Nyla saya (anak saudara saya yang suka rebut-rebut mak saya aka opahnya, sebab saya suka sangat menyakat dia dengan memeluk mak saya jadinya dia sangat cemburu kerana terlalu rapat dengan opahnya :P).
Peta mencari Grande Mosquée de Paris
Mudahnya Allah bantu :)
Alhamdulillah :)
Grande Mosquée de Paris
Si Comel kacukan Perancis + Indonesia
Si Comel Naila yang petah.
Gunakan catatan ini untuk berinteraksi dengan Naila, tapi dia tak paham :P
Landskap di dalam kawasan masjid
:)
:)
Jom ke Sepanyol..
Dari arah hadapan
Kedai buku islamik
Bagunan sekitar masjid
ke muzium terbesar di dunia
ikut saja petunjuk arah :)
Pintu masuk
Di hadapanya ada hotel
Sekitar muzium
Piramid tu adalah pintu masuk ke muzium untuk sekelilingnya. Unik :)
Sekitar Musee du Lourve
Kami memang tak bercadang untuk masuk, dan memandangkan bateri telefon dan kamera hampir habis, kami bercadang untuk terus ke Menara Eiffel (Si Menara Cinta tu). Tapi sebelum itu kami singgah mencari makanan halal. Dan kami mencari KFC halal yang terletak di Réaumur – Sébastopol , jadi kami patah semula ke stesen metro dan kami ambil Line 7 (merah jambu) ke Stesen Pyramides untuk mengambil Line 14 (biru) ke Les halles untuk pertukaran Line 4 (ungu pekat) ke Réaumur – Sébastopol . Alhamdulillah, keluar dari stesen dan malas nak mencari dengan lebih lama kami terus bertanya kepada salah seorang promoter Lacoste, sambil dia memberi pewangi percuma kami pun tanya lokasi KFC terdekat. Dan akhirnya kami jumpa EFC (Euro Fried Chicken) Makan dalam 1 jam, kemudian kami ke destinasi seterusnya iaitu Menara Cinta :).
Jalan-jalan cari makan :D
Menara Eiffel terletak di Stesen Champ de Mars Tour Eiffel. Jadi nak ke stesen sana, kami ambil Line 4 (ungu pekat) dan kemudian ke Stesen St.Michel untuk ambil metro berno 3. Seperti perjalanan kami ke masjid tadi, Allah sangat membantu dengan perjalanan yang lancar, tak perlu menunggu metro dengan jangka masa yang lama bahkan tiba untuk ambil metro no 3 (kuning tebal), Allah izin kami sempat naik metro yang awal ( Metro ber no berlainan sedikit dengan metro line, jadi yang ber no ada waktu tertentu berbanding yang line.) Pada mulanya kami sendiri yang sangka, perjalanan kami ini sangat teratur dan lancar. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan bantuan Allah. Metro no 3 ni unik sebab ia 2 tingkat. Jadi kami ambil tempat duduk di bahagian atas dan perjalanan kira-kira 30 minit untuk sampai.
Menara Cinta
Tiba di Stesen Champ de Mars Tour Eiffel, ikut saja petunjuk arah yang sangat membantu. Di situ juga sempat memborong cenderahati dengan agak banyak dan murah. Ya, sangat murah! Kami tiba dalam jam 3.30pm dan menikmati keindahan di situ hingga jam 5pm. Mulanya berhajat untuk solat di sana saja, tetapi izin Allah kami lebih rela patah balik semua ke Masjid Besar Paris yang mengambil masa dalam 1jam perjalanan. Alhamdulillah, sekali lagi Allah meringankan perjalanan kami dengan tanpa menunggu metro dan mendapat tempat duduk :).
Barisan pokok di taman hadapan Menara Cinta
Suasana malam :)
Bukan malam pun tapi petang cuma musim sejuk kan...
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45minit dan kami tiba sekitar jam 9pm. Masih berbaki 2jam kerana bas kami pulang ke London pukul 11pm. Selepas check in dan bergerak pulang, tugas seterusnya adalah tidur. Tetapi perjalanan pulang kali ni tidak menaiki feri seperti waktu kami datang. Kali ini kami menaiki kren bawah laut, yang mengambil masa kira-kira 1jam sahaja untuk keluar ke lebuh raya. Kemudian, tiba di sempadan UK-Perancis kami diarahkan untuk pengesahan passport. Alhamdulillah, semuanya baik belaka dan perjalanan pulang ke London dijangkakan sampai pada jam 6am. Tetapi dengan izin Allah, kami tiba pada jam 4.30am. Dalam cuaca yang sangat sejuk, kami terus ke Victoria Station untuk menunggu Tube dan Allah uji kami dengan cuaca yang terlalu sejuk serta tube untuk pulang buka pada jam 6.40am. Saya tiba di rumah kira-kira jam 9am dan terus mandi dan merehatkan diri. Begitulah pengembaraan ringkas saya yang dimulakan dengan sedikit ujian Allah, dan dilimpahkan dengan banyak bantuan Allah dan diakhiri dengan benih sabar yang Allah mahu kami rasakan.
Tiada ungkapan lain hanyalah syukur alhamdulillah :) walaupun ada banyak tempat juga saya tak pergi tapi jujurnya, saya puas hati untuk jaulah kali ini dan ini antara kembara yang termudah dan rasa nak pergi lagi bawa yang tersayang inshaAllah.
Bajet :
Baki : € 33.10
Jumlah yang digunakan : €165- 33.10 = €131.90
Nota : Bila kita mentaddabur alam, kita akan rasa nikmat yang Allah beri. Sambil mendengar lagu Berjalan Tanpa Henti ketika menaip ini, rasa mahu berjalan-jalan lagi. Oh, bila la nak kumpul duit kahwin ni :P
Jantung Hatiku : Bila dah bersedia, bertanyalah :)