Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Showing posts with label The Journey. Show all posts
Showing posts with label The Journey. Show all posts

100 days to Love Land

Assalamu'alaikum...

60 hari menuju Ramadhan 1435H. 100 hari lagi menuju Mahligai Cinta :-). Alhmadulillah, hampir setahun tak kemas kini dek jadual kerja yang padat dan penat. Sungguh, sabar teruji, tenang tergadai namun di situlah tarbiyyah ALLAH. ALLAH letak saya di situasi yang dengan izinNYA mampu saya lalui. Masih ingat entri terakhir? Ya, entri beberapa hari ke majlis pertunangan. InshaALLAH lagi 100 hari saya bakal disatukan dengan pilihan ALLAH untuk saya. Doakan kelancaran, kebahagiaan dan meningkatkan ketaatan kami kepada ALLAH.

Saya seperti manusia yang lain juga, inginkan kebahagiaan bersama suami dan keluarga. Apapun, mohon doakan yang terbaik. Cukup di sini dan Save the date.... Tunggu videonya :). Saya sangat berjimat soal perbelanjaan persiapan kahwin ini, inshaALLAH saya ada tips yang bakal saya kongsikan di entri lain. Doakan ya :).

#update guna handphone, nak menaip pun malas :p



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan ini...

Assalamua'laikum wbt

Ku menatap langit dari jendela di celah awan bima suria,
Kumerasakan Mu, rasa kasih yang lindungiku.
Bahagia yang sempurna perlukan lagi sikit masa...
Kuluah rasa sebelum ku terlena,
Pada impianku, dugaan ini hampir aku atasi,
Di sebalik menanti, bahagia mengiringi sinar ini....


ALLAHu ghayatuna - ALLAH Matlamat kami
Ar-Rasul qudwatuna - Ar-Rasul contoh kami
Al-Qur’an dusturuna - Al-Quran panduan kami
Al-jihad sabiluna - Al-jihad jalan kami

Kurang dari 10 hari menjelang Ramadhan, juga kali pertama berjauhan Benua dengan keluarga untuk menyambut bulan mulia. Moga hati tabah (ayat homesick :p) Entah kenapa saya membaca-baca semula 'isi penting' perbincangan lalu dan pada ayat " saling percaya dan terima seikhlasnya ", beri keyakinan dalam hati. Bukankah yang paling sukar untuk dikawal, akan makin diuji ALLAH? Balik kepada 4 rangkap kata di atas, inshaALLAH susun atur ALLAH sangat cantik bilamana sandaran hanya untuk perolehi keredhaan DIA. 

Saya tak tergesa-gesa dan tidak ragu-ragu kerana durasi yang telah ALLAH aturkan kepada saya adalah untuk persiapan yang sebaiknya sebelum benar-benar menggalas amanah yang berat itu. Baiki hubungan cinta dengan ALLAH sehabis mungkin dan itu antara ibrahnya. Dan moga ALLAH redha.
Nilai kesudian seorang lelaki untuk memperisterikan kita lebih besar nilainya dari meletakkan nilai mahar yang tinggi. Yang lebih penting kehidupan selepas perkahwinan, perKEMASkan diri dulu untuk sama-sama 'tarik' suami ke jalan Syurga dan jangan risau tentang jodoh :)

JH : "Ya Allah permudahkanlah urusan ini. Jauhkanlah kami dari segala kejahatan syaitan, nafsu dan sifat2 mazmumah. Perbaikilah iman dan akhlak kami. Bimbinglah kami menuju ikatan yang Engkau redhai, ameen..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setiap 29 -vi-

Assalamu'alaikum wbt..

Dah sebulan tak menaip apa-apa di sini, virus mim alif lam sin mengemaskini belog telah tersebar kepada saya :p.  Seperti 29 haribulan yang sebelum-sebelum ni, sudah masuk 29 ke 6 ni, tiada yang menarik. Sekadar ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran!

Lebih kurang 20hari menjelang Ramadhan.... Rindu, aku rindu!


JH : 72hari lagi ....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setiap 29 -v-

Logiknya jatuh cinta pasti diiringi dengan bercinta. Tetapi jarang-jarang jatuh cinta tidak diiringi dengan bercinta. Pilihan di hati masing-masing, mengejar untuk bercinta beringingan sebelum 'hak waktu' = nikah atau selepasnya.

Memetik jawapan daripada Ustaz Izhar Arif tentang 'Bercinta sebelum kahwin atau selepas kahwin lebih baik?' Jawapanya : Seeloknya berkenal sebelum kahwin dan bercinta selepas kahwin. Renung-renungkan, jatuh cinta tu lumrah dan fitrah manusia tetapi cara mempraktikkan cinta tu ke arah Syurga ataupun bahang Neraka. 

Selamat Memilih hala tuju pembinaan masjid kita! ALLAHua'lam :)

JH : Kita doa, kita doa, kita terus berdoa ALLAH mudahkan jalan hidup kita ke arah perjalanan yang diREDHAI.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setiap 29 -iv-


Semakin sepi, terpinggir dan terabai. Pedulikan saja, Allah mahu pelihara hati-hati ini agar teguh di jalanNYA inshaAllah!

# Tulip Pertama di Turki 2008 -> Moscow 2009 -> UK 2011 -> Seoul 2012 ??? Ya, walau sekeping gambar tulip mampu mengukir senyuman di bibir. Jadi saya tunggu saja andai ada untuk tahun ini :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setiap 29 -iii-

Bismillahirrahmanirrahim...

29 Mac 2012 | 6 Jamadil Awal 1433H
Allahummarhamna bil Qur'an. Waj'alhulana imamaw wa nurrow wahudaw wa rohmah. ' Ya ALLAH, rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al.Quran itu untukku sebagai imam, cahaya, petunjuk dan rahmat '....
 الحمد لله

Sementara menanti Maghrib tadi, saya gagahkan juga mengkhatam Quran untuk tahun ni kira-kira 2jam setengah pembacaan. Alhamdulillah, khatam Quran yang pertama untuk untuk tahun ni. Masih berbaki sekali lagi untuk khatam bagi memenuhi salah satu azam tahun ini. Saya perlukan kekuatan hati dari setiap sisi dan saya tahu hanya DIA yang mampu memberi. Moga saya terus mencintai untuk membaca, menghayati dan sematkan dalam diri setiap ayat-ayat ALLAH. Mukjizat yang tiada tandingan, beri ketenangan yang mendamaikan.Doakan saya istiqomah membaca dan mentadabbur kalam Allah ini ya :).

Kebetulan hari ini 29 haribulan, 29 yang ketiga :). 29 yang hanya saya saja yang mengerti apa dan sentiasa saya berdoa agar segalanya jauh dari keburukan melainkan untuk yang baik-baik saja. Yang saya tahu ALLAH sedang ajar saya menjadi sabarkuatkental, tabah dan sentiasa redha untuk tawakkal kepadaNYA. Ya, saya bertawakkal sebulat hati kepadaNYA.

Ustaz Pahrol M.Juoi cakap ;
'Kebaikan itu perlu dibuat berkali-kali'
Orang kata , semakin banyak kau beriman..''Kau akn diuji terus bertubi-tubi..''
Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..''Kau akn terus berdepan dgn masalah..''
Ini semua benar, menjadi org yg baik bukan senang. Sebab itu, ia terus diuji supaya menjadi baik..

JH : September! Tampal di dahi 'InshaAllah, sekejap je lagi.'.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setiap 29 -ii-

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Entri ini didraft seminggu yang lalu, sejak hati saya terlalu berceramuk dengan pelbagai perasaan yang melanda.
Harini,
29 yang kedua .
Ada 2 yang istimewa
Pertama : 4 tahun sekali sahaja.
Kedua : Tarikh keramat saya :)
Istimewa
Sungguh istimewa,
Di sebalik yang istimewa
Tercalit gusar di jiwa
Terasa masih banyak belum bersedia


Ini impian, terbang tinggi menikmati pelangi bersama yang tercinta.
Tingginya impian setinggi belon udara menujah ke langit.
Moga Allah izin...
Kita nikmati pelangi yang indah selepas hujan yang mendugakan hati-hati kita.
Lihat di luar, ada belon terbang ke udara....
Ya, saya pasti akan terbang ke atas juga. Kita bersama...

Normal ke berperasaan begini?

Mampu ke jadi yang terbaik untuk 'dia' kerana DIA. Boleh ke jadi suri hati yang rajin dan tukang masak yang sedap dan mengeyangkan untuk dia, dapat ke jadi tauladan kepada anak-anak nanti (khatam Quran setahun sekali pun jenuh, jadi imam pun kadang-kadang tak yakin). Akhlak dan peribadi pun masih compang-camping lagi. Jauh sangat perjalanan tu tapi dari sekarang PERLU mulakan persediaan tak kiralah bila tarikh keramat tu tiba tapi HARUS bersedia mental, fizikal, spiritual, emosi, intelektual. Kahwin bukan sekadar seronok-seronok tapi bergembira + bertanggungjawab + komitmen bersama-sama untuk ke Syurga. Matlamat utama dan terakhir adalah SyurgaNya.

Saya sedang berusaha bukan kerana dia tapi kerana DIA. Saya mula takut dengan persediaan diri sendiri yang rompong sini sana. Terfikir, normal atau abnormal perasaan begini. Persediaan secara holistik itu masih jauh, lebih jauh jarak antara saya dan dia tapi sentiasa memohon bantuan DIA. Adakala perasaan rindu juga membuak-buak walau makin kurang berbicara tapi bercambah-cambah rasa cinta. Moga jauh dari hasutan Syaitan.


Musim bunga yang lalu...
Hanya coretan di angin lalu...
Tapi kini, untuk yang dirindu :)

Nota : Akan berjaulah hujung minggu ni.......Ke arah Utara :)

JH : R[i]N[d]u *batuk*. Moga niat sentiasa dikemas kini hanya kerana DIA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 cerita di bulan 2, hadiah daripada ALLAH

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Terlebih dahulu mari kita sama-sama berselawat kepada junjungan besar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد. Terabai seketika blog ni, hari ke 10 di bulan Feb. Ini entri pertama. Tiada input sangat yang hendak dikongsi. Sekadar cerita basi-basi. Sejak kebelakangan ni sering tidur seawal 9 malam dan berjaga malam seketika, jadi saya rangkupkan 2 cerita sekali untuk kali ni. Moga terubat rindu buat yang selalu singgah di sini. Moga ALLAH merahmati kalian.

1) 24 tahun sebagai SNS

=)

Alhamdulillah, genap 2.2.2012 lalu merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke 24. Segala kesyukuran dirafakkan kepadaNYA yang masih memberi izin untuk bernafas dan berkhidmat untukNya. Infiniti puji-pujian ke atas ALLAH SWT untuk segala nikmat yang diberikan. Yang pahit itu ubat untuk kecekalan, kesabaran, kekentalan dan semangat untuk terus bersyukur. Yang manis itu untuk berterusan syukur.

Sebetulnya tepat 7.35pagi pada 2 Feb 1988 merupakan waktu saya keluar dari perut mak. Berberatkan 3.9kg, itu satu kesakitan dan keperitan seorang mak untuk melahirkan anaknya. Setiap kali saya lihat bayi dilahirkan, hati saya pasti terkesan dan teringat pada mak. (aish, mulalah nak homesick ni), jadi koreksi diri sendiri, jangan sesekali menyakiti hati mak dalam sengaja mahupun senyap. Ya, kita bukan sempurna tapi berusahalah tidak melukakan hati mak kerana selagi kita belum menjadi seorang isteri Syurga kita di bawah tapak kakinya bahkan bila sudah berkahwin, jagalah hak-hak mak kita. Peringatan untuk diri sendiri khususnya. Paling mudah, titipkan doa-doa yang baik untuk mak, selalulah berhubung dengannya tak kira dengan apa juga kaedah dan cara. Orang tua kita tak pernah mengharapkan balasan wang ringgit tetapi lebih kepada luangan masa, kasih sayang dan ingatan.

Buat mak : Zalekha Bte Ramly, Siti mohon maaf selama keberadaan di muka bumi ini banyak menyakiti dan melukakan hati mak. Maaf andai belum mampu membahagiakan mak sebaiknya dan mohon keredhaan untuk setiap saat hidup Siti ni. Doakan Siti selalu dalam tiap solat mak ya. Terima kasih untuk segala-galanya (Chef, doktor, pakar nutrisi & diet, driver, cikgu dan segala-gala yang mak lakukan untuk Siti), tak terbalas tiap satunya tapi Siti berusaha untuk menjadi anak yang taat kepada ALLAH dan mencuba untuk membahagiakan keluarga kita.

Buat abah : Halalkan segala rezeki dan pengorbanan yang abah lakukan selama ini. Mungkin selama ini Siti belum mampu meluahkan apa-apa ungkapan yang istimewa secara lisan tapi abah tau kan, sentiasa ada di blog ini :). Anak abah ni pemalu yang amat nak cakap depan-depan ;p.

Buat kakak-kakak : Kakak, K.La, K.Mila, K.Zati, Abang, arwah A.Ipoi, A.Mie (BIL) ; Terima kasih untuk kasih sayang, cinta dan menjadi sahabat dan pendengar yang setia. Moga Allah merahmati kita sekeluarga dan mengeratkan ikatan kekeluargaan kita. Siti sayang semua!

Buat keluarga di UK : Dr. Siti sekeluarga yang penuh kasih sayang di sini, terima kasih atas segalanya. Moga Allah merahmati akak sekeluarga dan mohon maaf kiranya belum mampu menjadi yang terbaik untuk segalanya. Banyak yang perlu diperbaiki dan saya sayang keluarga akak kerana ALLAH. Juga buat teman-teman di UK juga :).

Buat teman-teman : Yang istimewa, yang rapat, yang jauh, yang selalu mengingati, yang jarang-jarang bertegur sapa, yang tak pernah bersua, rakan realiti hatta rakan alam maya. Terima kasih atas ucapan, doa dan ingatan. Moga ukhuwwah kita terbina kerana Allah dan selamanya keranaNYA.

Menerima lebih 240 ucapan di FB, SMS, WhatsApp, Gtalk, Plurk dan face-to-face. Alhamdulillah, setiap doa-doa yang baik itu mudah-mudahan dimakbulkan setiap satunya. Moga saya mampu membahagiakan kalian semua :).
__________________________________________________________

2) Nikmat Si Putih.

Alhamdulillah, izin Allah malam 4.2.2012, Allah turunkan salji di Bumi Permaisuri dengan lebat. Sambil menyaksikan dan merasai titis-titis putih itu saya sangat berfikir, Allah benar-benar berikan saya nikmat yang tak disangka-sangka. Ini antara hadiah istimewa daripada ALLAH buat saya. Betapa ALLAH itu Ar-Rahman wa Rahim, subhanAllah hampir terkedu dan rasa hendak menangis bila mengenangkan nikmat yang Allah berikan. Itu semua hadiah untuk secalit luka, duka, derita dan sedih tapi sungguh nikmat yang Allah turunkan lebih dan tersangat besar dan banyak.

Apapun, jom layan gambar je lah :).

Malam, 4.2.2012

Pagi, 5.2.2012

Abbey Wood Park, play time :)

SubhanAllah, cantik kan?

Nah, saya baling dari sini untuk orang di Malaysia ;p

Saya rasa sangat unik dahan ni


Terasa di Nami Island pulak ;p

Snow Muslimah :)

Oklah, tepek 1 gambar syok sendiri.
Yang berjasa : Lantai salji
Pelakon yang memang suka berlakon depan kamera ;p

Musim sejuk ni banyak kelebihannya terutama untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Waktu malam yang panjang, sangat afdal untuk berusaha bangun malam untuk tambah amalan. Jom kita berusaha amalkan, inshaAllah moga Allah terima amalan kita.
Baiklah, di sini saya kongsikan video untuk tip-tip bangun pagi terutama bagi mereka-mereka yang berada di negara bermusim sejuk sekarang ni.


Nota : Moga Allah kukuhkan hati ini untuk sentiasa bersyukur kepadaNYA. Oh ya, siapa yang dari US selalu singgah di blog ni? Hari-hari saya menerima kunjungan itu. Terima kasih :).

JH : Kehadiran dia juga antara hadiah terbaik yang Allah berikan. Moga segalanya Allah redha dan dipermudahkan urusan. Terima kasih ya :) Kalau boleh minta hadiah, nak hadiah supaya rajin mengemas kini blog itu dengan entri-enti yang banyak dan bermanfaat untuk pembacaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setiap 29 -i-

~ sns cerita tentang ~

Everything has changed drastically, i feel it and I am going through it now. T_T. Terkadang, bila kita sedang berusaha menggapai impian sendiri tanpa disedari kita bakal dan mungkin akan kehilangan sesuatu. Tak mungkin kita mampu pertahankan semua yang kita inginkan. Itu hakikat, nak yang indah dan terbaik perlukan pengorbanan yang besar. Pengorbanan itulah titik tolak keyakinan kita terhadap Sang Khalik, cekal vs putus asa. Bila audit balik tahap positif diri, kedudukan saya di tahap 'VS' tu yakni di tengah-tengah. Adakala berusaha kuat dan selalunya jatuh tersunggur sendiri. Nak pura-pura tabah pun tak mampu T_T.

Apa yang di hati, tak dapat dibohongi seperti bibir yang senyum tetapi hati tawar tanpa perasaan apa-apa. Sehebat manapun kita pujuk hati 'ALLAH ada bersama' | 'ALLAH sentiasa bantu' | 'ALLAH sayang' |, semua tu dusta bila kita tak yakin dengan apa yang cuba kita sampaikan. Nak pupuk keyakinan pula bagaimana? Kembalilah percaya kepada rukun iman yang kita percayakan. Ya, semua tu susah, payah dan letih bila bertimpa-timpa hati tu di tahap penyakit kronik. Pokoknya pada diri sendiri, apa definisi kebahagiaan yang kita cari? Redha Allah atau memenuhi kehendak manusia sekeliling? Jangan cuba tamak bilamana kita tak mampu untuk memiliki semuanya.

Saya rasa sedikit kehilangan, hilang kemanisan ukhuwwah yang pernah terbina tapi saya tahu mesti akarnya punca daripada diri saya sendiri walaupun saya sendiri pun masih mencari. Tepuk-tepuk bahu sendiri dan pujuk diri sendiri, saya bukan kanak-kanak lagi. Big girl now, harus tenang dan kool. (Tipu!) Correct me if I am wronged, don't let something left unsaid. Keliru jadinya @-@. Terkadang rasa hidup untuk orang lain, menggembirakan orang lain tapi sendiri sedu sedan.

Mencari ketenangan hati? : Bacalah di sini (GentaRasa) . Mencuba dan terus mencuba! Dan cubalah dengar berulang-ulang ini.

Nota : 29 haribulan yang lalu = bahagia.

JH : ____ (kosong). Guide us to the straight path.... [Al-Fatihah :6].

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

makin pa nun ta !

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt

Cabaran dan Dugaan

'Utamakan pandangan ALLAH
dari pandangan dan penilaian manusia'

Jujur ke hati menerima kata-kata itu? Bohonglah kalau kita langsung tak terkesan dengan penilaian, penerimaan serta pandangan orang lain terhadap kita. Tetapi bagaimana kita harus berlapang dada untuk memberi ruang agar hati kita tenang dengan keadaan sebegitu? Bagi saya, saya amat mementingkan pandangan orang lain terhadap diri saya. Sedikit sebanyak memberi input yang positif dan negatif untuk terus membaiki diri. Tetapi payahnya jika orang 'tak suka' / 'tak menerima seadanya' tanpa sebab yang kita tahu. Itu perit dan pedihnya menusuk kalbu :(.

'Moga ALLAH Redha
dan moga hati-hati di sekeliling juga redha'

Bukan saya yang membuat percaturan perjalanan hidup saya, tetapi segalanya dari ALLAH. Saya sebagai hambaNYA, hanya mampu menerima dan berusaha menjalani segala yang diberikan dengan baik serta tidak berburuk sangka. Saya berdoa moga hati-hati itu menerima semuanya dengan cemerlang iman dan hati.

'Musuhmu adalah orang yang paling sayangkanmu'

Dalam kita bersedih, berduka dan tersedu-sedu mengenang diri kurang disenangi oleh seseorang, sebenarnya dialah orang yang sayangkan kamu. Tak paham? Kita ambil sudut positifnya, semakin orang membenci semakin itulah kita akan berusaha membaiki keadaan. Bahkan kita akan semakin mendekati kepada Allah, berdoa agar mereka berubah dan membuatkan kita menjadi seseorang yang lebih kuat melalui dugaan dan cabaran. Hm, kadang-kala MASA itu UBAT bagi penyakit yang tiada penawar. Yang penting kita kukuhkan hubungan dengan Allah, mudah-mudahan izinNya kemanisan pasti ada di hujungnya :).


Pulau Songkhla 2010
Yang sentiasa berjasa : Tanah!
Sedih sekarang seperti waktu di sini....


Nota 1: Sesi memotivasikan diri sendiri. Allah mencampakkan saya di kelilingi dengan orang-orang yang sentiasa memberi kekuatan untuk saya terus cekal melalui setiap liku-liku jalan.

Nota 2 : Label -> 'The Journey.' Moga diberkati setiap jalan-jalan ini.


Jantung Hatiku : Mahu tutup FB, tapi itulah lorong komunikasi kami :(.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS