Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Showing posts with label ..:: preview album pilihan ::... Show all posts
Showing posts with label ..:: preview album pilihan ::... Show all posts

pradengar album Berjalan Tanpa Henti

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Memandangkan CikNang (Nuffnang) saya sangat sesak dengan laluan 'Berjalan Tanpa Henti', kali ni saya kongsi video preview albumnya. Dah tak lama sangat da nak keluar, tunggu masa je nak meletup! (bila menaip terasa macam cerita pasal orang bersalin pula). Oh abaikan. Lurus ke poin utama. Pra pelancaran album ni telah diadakan di Kemboja pada Nov lalu dan 1000 pembeli pertama akan dapat album ekslusifnya. Jadi jangan tunggu lama-lama ok! Nak mudah layari : E-baazar NasyidFM dan dapatkan yang original. Saya mau, tolong pos ke London :).


Terima kasih daun keladi,
singgah sini jangan lupa klik Nuffnang lagi :D

Nota : nanti saya jawab hutang tag....:)

Jantung Hatiku : suka hati, sayang hati S E N D I R I. Jangan fikirkan orang lain andai sendiri pun masih terkontang kanting....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..:: nota cinta ♥ ::..

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'ailkum wbt..


Alhamdulillah, saya sudah memilik NOTA CINTA. Bukan surat cinta atau sms cinta tapi NOTA CINTA.Hurm, tak perlu berteka-tekilah, saya pon malas nak bermain ayat-ayat cinta dengan korang. Saje nak preview album SAUJANA (NOTA CINTA) ni. Hadiah buat semua peminat-peminat Saujana yang menanti hampir 4tahun ++.

Dipetik dari : saujana
Penantian empat tahun Saujana berakhir apabila Hijjaz Records menerbitkan album ketujuh SAUJANA berjudul Nota Cinta. Album ini mula berada di pasaran Januari 2010!
1. 14 trek lagu termuat di dalam album ini. Insya Allah peminat konpem puas hati.
2. Album ini menampilkan line baru SAUJANA iaitu Pyan, Azalinor, Adi dan Najran. Manakala ahli-ahli asal yang lain akan turut serta bila-bila mereka free.
3. Rencana unutk mengadakan tour seluruh IPT dan sekolah sedang giat dirancang. Nantikan SAUJANA di tempat anda!
4. Anda juga boleh membeli album dengan menghubungi SAUJANA di talian 012-2711722.



Lagu-lagu, zikir yang terkandung dalam album ni :
1) Nota Cinta
2) Titik Ajaib
3) Hasbi Rabbi
4) Jika Terakhir Buatku
5) Inang Anak Perantau
6) Ya Muahiminu Ya Salam
7) Patah Hati
8) Khabar Dari Langit
9) Tausyeh Sika
10) Ishtaqna
11) Kembara
12) Zikir Munajat
13) SIfatullah
14) Sepohon Kayu Daunnya Rimbun

Pilihan lagu dan lirik ? Hurm, saya suka semuanya sebab ni merupakan album yang sangat-sangat saya tunggu :P. But seriously, this album is a must buy album. package album for family! Puas hati dan jelas kematangan berbanding album-album terdahulu.

Nota Cinta
Andai dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diriNYA
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri
Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang DIA tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga
Cintaku kepada DIA
Rinduku hanya padaNYA
Kasihku tulus buatNYA
Setiaku balas kasihNYA
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
DAmbaku pada Yang Esa
Pujian hanya buatNYA
Akurku kebesaranNYA
Teragung Maha SuciNYA
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasihNYA tak pernah akan musnah
Belas rahmatNYA terus mencurah-curah
Nur HidayahNYA semakin cerah

Jika Terakhir Buatku
Oh Tuhan
HambaMU ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMU
Oh Tuhan
HidayahMU pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara
Hari ini ku bimbangi
JIKA TERAKHIR HIDUP
Adakah lagi Subuh esok
Untukku bernafas
Dan sujud meng'abdi padaMU
Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMU
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku
Oh Tuhan
Berikan daku petunjukMu
Untukku meniti ke jalan redhaMU
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMU
Oh Tuhan
Rahmat kasihMU Tuhan
AmpunanMU ku dambakan


Nota : Congrats and Million thanks to Saujana and special thanks to A.Najer for the dedication in this album, really apprecited that =)

P/S : Makluman -> Shoutbox (itchy fingers) sudah ditutup! Memang gatal tangan betullah orang tu,sebolehnya saya tak mahu tutup tapi saya di zon 'ketakutan', satu lagi komen juga menjadi separa privasi hanya yang berblog sahaja boleh memberi komen. Plurk saya masih berfungsi untuk aktiviti harian saya =) Abaikan saya melayan nota cinta saya ni k...(urusan universiti dan passport masih tertunda ni, Ya Allah)

Jantung Hatiku : Bernota cinta belum bererti saya di zon hati berbunga-bunga cinta. Wujudkah si jejaka berpelikat moden yang bisa menjadi imam di hati saya? :P :P :P









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku CURANG..aku jugalah SETIA

~ sns cerita tentang ~
Salam alaik...

Tamat 26 episod Nur Kasih. Alhamdulillah, tamat jugalah sengsara buat Nur dan pada saya umumnya yang tak payah lagi nak tertunggu-tunggu episod seterusnya. Secara jujurnya, saya mula menonton drama ni sejak minggu ke 10.Yelah, permulaan drama ni saya masih berposting di KKB.Mana la ada masa nak tonton tv (alasan baik kan..;P). Tapi, bila mula ke alam percutian selepas tamat belajar dan masa tu di bulan Ramadhan. Satu hari, tergerak hati nak cuba menonton drama tu di tv3.com.my. Satu,satu episod saya bermarathon.Dan sepanjang Ramadhan saya hanya menonton tepat jam 12am sebab ulangan hanya mula jam 12am, sengsara tau.Dah tu bila tenet tenat, rasa nak cekik je sang berukband ni. Dah la tunggu hingga tengah malam pastu kekuputan pula.haish, memang mengajar kesabaran sungguh.Semuanya gara-gara Nur Kasih.Nak kata cerita ni terlampau seronok takda la sangat cuma ada tarikan yang mendekatkan penonton dengan jalan cerita yang hakikatnya sangat sinonim dengan kisah hidup masyarakat ( pergolakan rumahtangga+cemburu+iri hati). Cuma bagi saya secara total, saya lihat dari aspek keSETIAan Nur Amina yang tulus mencintai Adam.Kuatnya hati seorang isteri yang acapkali dilukai,namun cintanya buat suami sungguh mendalam.Bila cinta kerana Allah, insyaAllah segalanya pastikan? Bahkan boleh elakkan penceraian yang kian melular je. Cewah, saya bukan arif untuk berbicara.Saya sendiri pon masih 'tak laku'.em...

Seperti entry sebelum ni yang pernah saya cerita, itu jugalah episod paling terbaik yang saya suka. Dan episod akhir yang gembira ni hanya penyedap cerita je.Jarang cerita melayu berakhir dengan kesedihan. Malah apa yang dapat saya konklusikan episod terakhir ni membuktikan bahawa cinta yang tulus kerana Allah S.W.T, insyaAllah akan dihadiahkan kemanisan dan kebahagian walau ia penuh onak berduri yang kadang kala kita sendiri fikir tak mampu nak tanggung.Cinta itu boleh membinasakan bila nafsu dan keinginan mendahului pemikiran waras. Cinta itu membahagiakan bilamana Allah menjadi keutamaan dalam jiwa.

Lepas ni, dah takda penantian jam 9pm setiap Jumaat.Fokus pada perkara lain pula, tapi apa ya? haaa, tunggu sajalah.ehe.Kitab perubatan langsung tak berusik tu, huhu.Mereka perlu belaian jari dan tangan-tangan untuk dibelek dan dibuka.Kamus perubatan saya pon dah ditemui, ada pada Achai di Tawau.Jauh dia merayap.huhu.Ya Allah, terangkan hatiku untuk kembali menjadi hamba buku padahal masa belajar memang malaslah nak membaca buku bila dah grad nak rindu pula.hurm..Cukup beremosi menonton Nur Kasih.Kena ceria-ceriakan hati yang lara.huhu

Ok la, bila nak cerita pasal curang ni kan.haha, tajuk gila poyo! Eh, ke tajuk seram? haha. (syok sendiri je bunyinya) Sebenarnya nak bagitau lagu demo yang dinyanyikan Bie (FeelHoney) dan Halim (Devotees). Haa, tak kenal? tu la sapa suruh tak beli album mantap Nasyeed Underground Vol 1 tu.Padan muka! uweks, tak mau kawan dah penat promot tak mau beli pula.Pastu tak paham pula bila baca ni.Huh.Ni yang nak cepuk-cepuk. ;P. Tapi tak kisah nak juga promot sebab ni kan blog saya, suka hati sayalah. muahahaha (gelak jahat siket)



P/s : Tengah dengar lagu Wali Band (Cari Jodoh) berselang seli lagu Curang ni. muahx

kekuputan : kuput ( kura-kura+siput)


Jantung hatiku : Kenapa memilih untuk CURANG andai SETIA itu terlalu mudah dan indah bila disulami CINTA KERANA ALLAH.Kita akan menghargainya bila kita kehilangannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..:: BAHAGIA DARIMU , Syukran ::...

~ sns cerita tentang ~
Salam alaik..

It's just another manic Monday
I wish it were Sunday

'Cause that's my funday
My I don't have to runday

It's just another manic Monday


Bait-bait lagu 'Manic Monday' by Bangles buat saya ternyanyi-nyanyi dalam hati pagi ni.Seminggu yang bosan lagi muncul.Banyak novel-novel dah dikhatamkan, baju konvo dah dibeli, hari-hari masak dan makan sorang, tidur pon dah diqada' kan. Semuanya pon dilaksanakan keseorangan, sila bayangkan [buat kotak-kotak awan di atas kepala anda dan bayangkan saya makan+minum+shopping secara solo]. Cuma Khamis lepas saya sempat keluar ke main college untuk pembayaran yuran konvo bersama Valen,Ida dan Brian.Petang selepas ke kolej, kami (tanpa Brian) pergi ke MV dan minum-minum di Big Apple dan betapa segarnya minda selepas menikmati Macadamia Latte+donut yang lazat dan hilangkan sedikit kekecewaan hati.Cewaaaah, nyampahkan baca ni!! Hari ni pula saya masak fettuccine goreng cendawan+kentang goreng dan semug(sejug kot) nescafe O dan ditemani hujan lebat.Perghh, hujan itu paham sangat perasaan dan kesunyian saya! Tv pon jarang sangatlah dapat saya teman, cuma malam tadi boleh pulak saya tertonton MU vs Chelsea (memang niat nak tengok pon). Jarang dapat tonton so, match semalam agak bosan dan tahniah buat Chelsea atas kemenangan 1-0.John Terry is a hero lah. (tetap suka tengok si Rooney tu walaupun tak shave jambang..;p) Bila pompuan tengok bola, ada 1 yang penting iaitu tengok players bukan mentelaah match.kekeke. So do me ;p.Uweksss, janganlah muntah ye.Tapi saya sukala tengok bola. Hardcore of Barca+Barcelona and other PLAYERS.lolzz
----------------------------------------------------------------------------------
Oklah, ni cerita utama entry ni.Lepas menikmati masakan sendiri yang mantop (percayalah), terasa nak pergi periksa peti surat kat luar. Intai dari tingkap, macam ada surat dan saya pon pergilah keluar dan tengok-tengok ada ekspress pos.Dalam hati dah terlonjak-lonjak suka sebab yakin sangat CD dah sampai dan tepat sangat tekaan.Terima kasih banyak-banyak Fir. Mari baca komen-komen saya (baca: nak promote ni).

1.) Serenity Interlude : no komen =)
2.) Bahagia Dari Mu : 9.5/10
3.) For Allah : 8/10
4.) Tinggallah kenangan : 8/10

5.) Pray : 9.8/10 (a very simple lyrics tapi sangat terkesan dengan arragement music yang sedap)

6.) Syair Qalbi : 8/10
7.) Titik Mula : 8.3/10

8.) Arasy Dunia : 7/10 (Bagi peminat rock, lagu ni insyaAllah kalian minat)

9.) Andai Ku Di Sisi Mu : 9/10
10.) Ya Rasul : 8/10

11.) Syukran : 7.8/10

Lagu yang menjadi pilihan jantungku;
1.) Bahagia Dari Mu
2.) Pray
Lirik pilihan;
1.) Bahagia Dari Mu

2.) Andai Ku Di Sisi Mu


Bahagia Dari Mu
Ku lihat bulan itu
Ku lihat bintang itu
Ada sinar ada khabar
Mengapa malam ni

Ku rasa kelainan
Apa makna dan petanda
Ku di dalam gerhana
Secara tiba-tiba suatu malam indah
Aku jadi resah gundah
Rupanya Tuhan telah menghantar simpatiNya
Kepadaku hamba hina
Dan tanpa aku sedar tubuh dihembus angin bersuara
Keluh resah jadi serba tingkah

Aku bingas capai sejadah ku mencari pengampuanan Tuhan
Maka hati pun bersujud

Begini rupanya insafku Ku tutup kamus lama
Ku tinggal musim luka
Puja puji duniawi
Syukurlah Tuhan datang
Memanggil jiwa ini Bahagia bersamaNya

Andai Ku Di SisiMu
PadaMu saja aku mengadu
Resah gelora yang menghempas kalbu
Terasa berat namun apa dayaku luahkan
Walau sarat terasa malu padaMu

Akulah insan yang berjuta dosa
Tiada mengenal erti kesalahan
Berkali-kali terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya
Masih ku di sini terantai nubari
Derik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmatMu
Berhakkah ku ulang masa lalu

Yang menariknya album ni, foto-foto HH yang sangat-sangat menarik tertarik dan da booom! Ehe, bukan apa nak bagitau reka bentuk dan kulit album tu very the bombastik.Setiap muka ada wajah HH, abaikan wajah dan rupa paras dia.Bukan nak komen pasal tu tapi cuma elemen-elemen gambar dalam album tu.

Nota : Segala markah-markah diberi atas kesedapan telinga si renek SNS tanpa sebarang influen sesiapa dan saya pon bukan arif dan saksama dalam menilai sesebuah muzik cuma suka mendengar! Maklumat lanjut :
HH . Menanti album terbaru Saujana pula dan sangat-sangat suka lagu Patah hati.

P/s : Dapatkanlah yang ori baru format ke MP3 ya! Oh, saya dah nak letak lagu-lagu ni ke dalam SE saya! *si renek yang makin teruja!!
Kalau nak pesan sila hubungi nombor ni 019-3478159 (Firdausz) dengan harga RM25+ pos!

Jantung Buatmu : La ila ha ghairuhu wa la rabba siwaahu. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang limpahkan,moga hati ni tetap di landasanMu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Nasyeed Underground 2009 ::

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt...
Silalah dapatkan di pasaran atau Nasyid Indie
Alhamdulillah, petang tadi dalam 4.45pm dah dapat CD Nasyeed Underground =) . Dapat msg dari incik producer, katanya dalam jam 4-5pm akan datang hantar CD. So, pagi tadi saya ke rumah terbuka di Bangsar dulu.Balik dalam jam 3pm.Solat dan online seketika,jam 4pm turun bawah tunggu kedatangannya.Tunggu sampai terlena di sofa ;p sebabnya saya tak tidur semalam. Hati terasa lain dan terus insomnia,dan kena jadi alarm bernyawa buat Annas.Tapi tu pon bangun lambat gak kan?Haisshh,moga dipermudahkan segala urusan kamu.Ingat, kalau ada masalah kita sentiasa ada untuk bantu kamu ok? Kita taknak kamu cepat melatah nak putus asa camtu.Tak elok la.Utamakan apa yang lebih utama.Kita pasti kamu boleh!

Oklah, ni sekadar komen-komen tak professional saya saja lah tentang album ni.
  • Lagu pilihan jantung saya : akan diberitahu kemudian.... tapi pertama kali dengar lagu Selawat Aluan memang saya suka sangatlah =)
  1. Selawat Aluan : 8/10
  2. Bukan Niatku : 7/10
  3. Realiti : 7/10
  4. Keceriaanmu : 7/10
  5. Segalanya : 7/10
  6. Di tangisan Cinta : 9/10
  7. Jodoh & Takdir : 8/10
  8. Damba Redha-Mu : 8/10
  9. Bebaskan : 8/10
  10. Selawat Tawassul : 7/10
  11. Kisah Cinta : 8/10 [teringat kotak muzik masa umur 7tahun]
  12. Teman : 7/10
  13. Masih Ada Cinta : 8/10
  14. Message Undelivered : 7.5/10
Markah diberikan atas pendengaran halwa telinga saya saja. Kalian belilah dan nilai sendiri. Markah tertinggi tu lah lagu pilihan saya buat masa kini,mungkin bisa berubah kan? WA..
2 thumbs + 2 toes up buat komposer+crews+penasyid = You all did so well.
  • Lirik pilihan saya :Bebaskan

Ke mana hilangnya pedoman kita,
Di mana hilangnya iman dan taqwa,
Pabila bergema suara dusta,
Terasa sakitnya jiwa meronta

Menjadi dendam membara di jiwa,
Meniti ranjau penuh duri,
Kebenaran menanti

Bebaskan kuasa keagungan-Nya,
Bebaskan suara pilu-pilu senja,
Menjadi senjata penawar duka,
Penghias sempurna fitrah manusia

Kesengsaraan tak berkesudahan,
Menjadi dajjal kehancuran,
Dan saatnya kan tiba

Bebaskanlah kedamaian dari segala sengketanya,
Sebarkan kebenaran gentarkanlah hati-hatinya,
Bebaskan kemenangan musnahkanlah kesengsaraan,
Bebaskan suara jiwa damaikanlah hati yang lara

Biar tewas dipanah mentari,
Tersungkur di bumi sendiri,
Tetap teguh di hati

La ilaha illallah,
Muhammad ya habiballah,
Lai ilaha illallah,
Muhammad ya rasulullah

rasa malunya sebab saya tahu hasil kerja saya memang tak berkualiti :(
betul-betul kena masuk Nikonian Academy ni


P/s : Nak ucap terima kasih sekali lagi buat Incik halim. dan tahniah yang banyak-banyak, nak cakap xterkeluar dari mulut.Taip sajalah di sini, moga-moga dibaca. Awak hebat. Pemuda yang hebat. Bukan sekadar pujian tapi kenyataan.Saya doakan awak terus maju dan makin maju dan terus maju dan berjaya dunia wal akhirat =)

Nota 1 : Tahajjud Cinta juga dah dengar sepenuh albumnya =)

Nota 2 : Reka bentuk album nasyid ni menarik sangat kan? Tahniah juga buat Faiz [soulart studio]

Nota 3 ; Dah masukkan lagu-lagu ke dalam hp, sungguh cepat dan tangkas kan.Er, jangan gelak ok bukan obsess!! Senyum je boleh kalau setuju..lolz



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS