Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Showing posts with label ..:: getisitis::... Show all posts
Showing posts with label ..:: getisitis::... Show all posts

Mei

Entah kenapa terasa waktu sedang berlari persis untuk memenangi sebuah perlumbaan. Makin hampir ke garisan penamatnya makin terasa gugup kepingan hati. Gusar dengan bermacam perkara walhal tak patut pun difikirkan lagi.

Hidup berpijak atas dunia realiti bukan lakaran impian di awan-awan kepala namun tiada yang mustahil dengan kuasa DIA kan? Banyak dan terlampau berlebihan nikmat DIA buat diri ini namun sering saja belum memenuhi kepuasan jiwa sendiri, tak bersyukurkah?

Adakala saya yakin dengan pendirian sendiri, adakala terumbang ambing kesungguhan sendiri. Begitu jugalah iman yang rompong ini, berombak dan beralun. Belum terdaya menjadi hambaNYA yang baik, compang camping dengan percikan cat-cat hitam di hati. Bagaimana harus istiqomah mencuba menjadi baik? Persetan sungguh Syaitan laknatullah melaksanakan tugas kejinya tapi saya sendiri yang lemah dengan hasutannya :(.

Aku percaya pada naluri hatiku yang nyata sudah ada depan mata,
Di sini tak mungkin mengalah dengan apa yang mendatang,
Yang kutahu, kucuba terbaik,
Yang indah jadikan kenangan, yang duka perbetulkan...


Terkadang saya rasa nak lempang diri sendiri, lemau+lesu+lemah longlai walhal ALLAH sentiasa dan rindu untuk mendengar rayuan hati. 

Kata Kunci Utama : Saling Percaya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pa nun ta !

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt

Penat fikir pasal orang lain
Penat cuba memahami orang lain
Penat yang teramat penat

Nota : Kali ni, biarlah saya DIAM hingga hati saya pulih sendiri! Tapi saya bersyukur, sedikit sebanyak membuka ruang untuk lama duduk di atas sejadah dan membaca helaian demi helaian ayat Allah. Itu menenangkan.


Jantung Hatiku : tertanya-tanya (?_?)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya rindu senyuman sendiri...

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

*Rajin Cik SNS kemas kini blog ya?* sigh!
Kali ni tak memberi apa-apa manfaat pun. Jadi tak perlu membacanya.

Memetik sedikit bait-bait lirik lagu Tommy Page (A shoulder to cry on) ;

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,

When there's many thoughts and feelings that you hide.

Everyone needs a shoulder to cry on

Everyone needs a friend to rely on


Sometimes I really need someone to talk to, but pathetically I've none :(. Kebelakangan ini, inbox FB agak penuh dengan catatan sahabat-sahabat yang mohon kata-kata semangat dan kata-kata ransangan. Saya mengambil masa untuk menyusun kata-kata membalas setiap satunya sebab saya sendiri pun bukan orang yang paling sesuai untuk berikan semangat. Saya sendiri kadang-kadang terumbang ambing hatinya.

Jadi, saya selalu kena sematkan di hati, tampal perkataan ini kuat-kuat di dahi 'La Tahzan, innallaha ma'ana'. Allah sentiasa mahu berikan saya sesuatu yang terbaik. Saya nak berkongsi cerita dengan seseorang tapi dalam pada masa yang sama, saya sendiri tak tahu nak meluahkan bagaimana. Sampaikan saja pada Allah dan mudah-mudahan bolakan hati ini sentiasa ditetapkan hatinya ke jalan Allah.

Bagi yang dari dulu mengikuti blog saya, tentu tau lagu ni. Saya selalu kongsikan bila hati saya terumbang ambing begini. Saya selalu dengar lagu ni dulu sejak zaman kolej :).


Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Hm, saya cuma manusia biasa yang adakala akan rasa sedikit duka. Janganlah melihat saya sangat tenang orangnya :). Saya juga perlukan teman untuk melepaskan sedikit lelah di hati.

Dulu, penat macam mana pun saya pandai juga senyum

Sekarang saya rindu nak senyum

Jomlah =)

“Jangan kamu berputus asa daripada pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat (atau pertolongan) Allah melainkan orang-orang kafir” (Surah Yusuf: Ayat 87).

Jantung Hatiku : H O M E S I C K tiada kapsul ubat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kisah C I N T A | L O V E story

~ sns cerita tentang ~

Tak perlu baca ni....Luahan mengada-ngada

Jujurnya, saya memang agak naif tentang cinta. Diri sendiri, sang hati juga sedang mencari cinta sejati. Bab cinta ni memang bukan bab pilihan untuk saya bicarakan cuma bila bertemu rakan-rakan kolej dan diberi kad jemputan wangi-wangi sambil bersinis-sinis bertanya kad wangi daripada saya? Saya kasi senyuman sengih-sengih saya sajalah yer. Bak kata K.Dayah ' sedihla, Milah dah nak kawin, dah nak dapat bantal peluk. Antara kita 8 orang ni, ingatkan Siti yang kawin dulu, rupanya Ja dulu hee3' Padahal sayalah paling muda antara meraka! Cessss, tapi sepanjang di kolej, memang langsung takda kisah cinta dari saya. Pemegang status bujang terhebat pon kut dari mereka yang sedang asyik bercinta. Bagi saya, cinta saya adalah nota-nota yang banyak perlu dikhatam. Itu kisah zaman kolej, zaman pekerjaan ni lain pula. Sedang berkira-kira untuk DICARI oleh arjuna soleh! Tapi nak dapat soleh, diri sendiri kena berusaha menjadi solehah. Tak gitu? (saya angguk kepala sendiri je). Tipulah kalau saya tak pernah suka pada seseorang, bak kata orang putih 'crush'. Mestilah ada, cuma sikap memendam perasaan itu lebih menguasai diri, jadi saya simpankan saja hasrat itu hingga ia hapus menjadi kenangan :) Tapi cinta? Saya tak tahu apa itu cinta, dan bila terbaca sesuatu di Fb, saya terasa nak mengulas sedikit isinya dan saya tersipu-sipu malu sendirian kerana saya rasa agak kurang pintar tindakan yang saya lakukan gara-gara intipati Nota di FB tu.hihi.

Betul, tak tipu! Macam orang bodoh pon ya juga bila bab cinta ni kan tapi itulah saya lakukan kut. Bacalah bagi yang mencintai seseorang, adakah anda juga seperti itu? Hm, apapun cinta ALLAH adalah haqiqi dan terindah! Bila tidak dibalas cinta, carilah lain (kuatkanlah hati) kerana manusia sangat berbolak balik hatinya....

Korang buat tak ni?

* hijau : komen saya (poyo je kan..angguk-angguk kepala)
*kuning : dari FB

1.) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencinta kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya
S.E.T.I.A, jiwa saya S.E.T.I.A

2.) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli.Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
Hm, peduli cuma peduli untuk mendoakan kebahagiaan dia! Cinta bukan harus dimiliki...

3.) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasakan berat badan kamu sudah bertambah.
Saya bukan rupawan, hartawan, ilmuan. Saya juga mencari yang boleh menyempurnakan saya!

4.) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
Oh ho, nilah tabiat saya! Suka sangat tengok FB dia, tengok apa-apa tentang dia dan akhirnya saya akan kecewa sendiri. :(. Takpa, hati saya, saya tau nak ubati. TT__TT

5.) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'take care' dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza bukan 'aku CINTA padamu', tapi berselindung ayat selain kata cinta itu
Heh, saya bukan suka SMS sangat kecuali yang penting-penting je! Tapi saya suka dia tulis 'take care, good nite'. Oh ho, saya rindu sangat semuanya!!

6.) Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirimkan SMS.
Saya ucapkan kat FB dan blog je, tu je termampu! Hm, tapi saya rasa seperti takda apa-apa signifikan pon pada dia.

7.) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakanya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
Hm, dia selalu bermain di fikiran saya! Sebab tu asyik terbabas je semasa memandu. Saya sangat terukkan? haish....

8.) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-katamu dihatinya. Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? Pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
Tak pernah berucap pun sekadar bersembang di alam maya! Tapi mestilah simpan semuanya!

9.) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaan dia juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tetapi akhirnya dia berjaya.
Memang saya minat apa yang dia suka secara kebetulan saja kut...

10.) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk dia akan sentiasa mengirim SMS / menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
Saya memang sangat risau kalau tau dia tak sihat atau ditimpa kecelakaan! Tapi kadang-kadang sorok je la, takkan nak tunjuk sangat. Hm...

11.) Jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
Hm, yups! Ambil lesen la paling saya suka SMS tu. :(

12.) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
Tiada apa yang mampu saya beri, apa yang saya mahu kasi tapi akhirnya saya simpan. Belum masa untuk beri (tripod kecil tu masih ada....hoho)

13.) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
Jarang telefon, sebab saya tak suka menelefon dan ditelefon!

14.) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya dengan kamu.
Nak ym hari-hari je! Tapi dah beberapa hari tak ym pon. Hm :(

15.) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.
Hm...Saya harap, saya je la pergi jauh untuk buang segala rasa saya sebab saya rasa saya sorang je yang mengharap perasaan itu!

16.) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih
Ntah, jauh sekali bukan seorang kekasih...

17.) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
Tak juga SMS atau telefon sebab tak suka, tapi kalau YM suka sangat! Memanglah sengal tapi dia je yang dalam fikiran!

18.) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuatkan kamu pening kepala. Namun ketika mengatakan tindakanya itu membuat kamu terganggu, dia akan minta maaf dan tak akakn melakukannya lagi.
=_=

19.) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu, dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.
Saya memang buta IT, itulah jiwa yang langsung tak sama dengannya! :(

20.) Kalau kamu melihat hp-nya, maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar inbox-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia dikirim berbulan-bulan / bertahun-tahun yang lali. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
Kan jarang SMS tapi simpan je apa dia beri, bila ingat dia baca je SMS dia. Sengal kan?

21.) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya / memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu walaupun hal itu membunuh hatinya.
Saya sedang dibunuh, saya mencuba untuk menjauhi...

22.) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia kan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
S.E.T.I.A

23.) Orang yang begitu mencintaimy, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui kerana dia tidak mahu terbeban dengan kerenahnya. Saat kamu pnta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Ya...Saya akan pergi. :(( Saya terasa diri saya ditolak tanpa sebarang kata-kata.


Love Story



Kisah Cinta



Lebih afdal dengar lagu ni...
ALLAH....ALLAH....ALLAH....

Hm, saya juga manusia biasa! Ada perasaan juga, tak tahu sebesar mana jujurnya saya REDHA untuk terima yang hati saya sudah jatuh cinta tapi ditahan, dipegang hati dan ditanam rasa itu hanya di dalam. Tertutup rapi bibir dan kaku jemari untuk meluahkan! Saya malu, saya takut dan saya tak mahu dikecewakan! Tapi dilihat saat ni, saya seakan-akan telah kecundang di medan perang cinta saya sendiri. Perit, sangat sakit. ALLAH, kuatkanlah hati ini, tenangkanlah hati ini, pulihkanlah hati ini. Moga diberi cinta ini pada yang berhak dan yang menghargainya! Bukan mudah untuk saya jatuh cinta, andai kamu tiada niat untuk menerima, jangan sesekali membuat saya jatuh cinta! :(

Bacalah ni : Kawin muda!

Nota : K.O.S.O.N.G

Jantung hatiku : S.E.P.I

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I LOST MYSELF

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

I vomited for twice this morning and automatically I had to cancel my fasting for today. After took bath, I drank plain water to wet my throat. Today was my last day for driving lesson before JPJ's Test (tomorrow). Unsure reason(s), I feel this test is most tougher test ever! Harder than my practical exam at Klang Hospital dan STRESS-EST than sitting for general medical paper. Ok, what ever you guys wanna think about my statement, just read this carefully ' different people has different level of worry, anger, fear, pain etc '. So, for me driving with manual car is really kills my confident level. Plus with some cases happened during my lesson sessions, I am so in T-R-A-U-M-A-T-I-C.

Driving and at the same time in pain was so stressful, hmm today, my left little toes suddenly cramped and my left foot cant pressed the clutch but fortunately I used my right foot and 'kick' my left foot and finally I successfully press the clutch alhamdulillah. What the panic situation TT___TT. My dear foot, please be nice tomorrow! Yesterday, I felt blurriness condition and numbness left upper and lower limb TT______TT. Please, I just wanna PASS the test.

My life being unproductive and meaningless with excessive and overdose of S-L-E-E-P. Sleep to reduce pain but HEADACHE due to over sleep! A cycle of pain! TT___TT. Im typing this post around 2.47pm but I stopped and sleep on my lappy and continue after Asar and publish at 6.52pm for such a very simple entry! See, how unproductive I am. TT____TT.

unhappy for no reason???
Please, teach this girl how to S-M-I-L-E

Frozen heart in jailed...
Time will tell when it should release

Edinburgh, 2009
Bring me there.....

Tulip Fest, 2008
I want it so badly!!!

You ask me why?
I dont know...
I am not in happy condition. NOT AT ALL...

Note : Tomorrow, second session at 11 ++ am. Going back to KL right after the test... Allahumma yassir wa la tu'assir!!!

Jantung Hatiku : Allah....Allah....Allah......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KCB siri VS LBS siri = BERI AKU CINTA....

~ sns cerita tentang ~
Tuhan beri aku cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu Sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta



Haram-haramkah [KCB]

Haram-haramkan aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manuasia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan bisa jadikan

Aku hanya ingin cinta yang yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta


Bila Cinta [LBS]

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku

Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan


Sekarang ni sedang hebat tayangan KCB bersiri dan LBS bersiri. Hm, cinta...cinta dan cinta.
Sengalisme pon menjelma ni. Jangan lupa berpesta IBADAT yer, bukan melagho :p.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sampai bertemu lagi ..

~sns cerita tentang~
Assalamua'laikum wbt..

Bissmillahir Rahmanir Rahim...Lurus saja ke poin utama. Saya sedih + kecewa + pedih + pilu + duka ! DIA saja yang mampu mengerti kerana DIA yang memberi segala isi hati. Saya perlu tahan untuk menelan segalanya walaupun ia tersinggah di tekak yang terlalu kering dengan derita-derita ceritera saya. Saya masih ada waktu untuk berfikir sehingga 15 Mei ini. Walau apapun keputusan saya, ikhlas ke hati saya untuk terima? Saya tak mahu dipengaruhi oleh sesiapa, saya mahu laksanakan LILLAHI TA'ALA. Lillahi Ta'ala.

Kesabaran dirasai lebih manis bila rahsiakan derita daripada manusia sebaliknya kamu akan rasa intim dengan Allah jika mengadu kepadaNYA. Umar Al-Tilmisaani bila ditanya derita yang ditanggung ketika diazab di Penjara Mesir, beliau jawab 'aku akan rahsiakannya supaya pahalaku tidak hilang'. Bila kamu susah itu tandanya Allah nak tambahkan pahala, Allah nak buangkan dosa kita dan Allah nak naikkan maqam kita di sisiNYA.InsyaAllah...


Tinta Cinta -ii-

Kepingan hati,
Sudah hilang...
Pecah berderai,
Dibuang jauh dari setiap satu...

Tiada manis
Tapi terlalu pahit

Mungkin hilang segala rasa...
Mampu lagi digagah?

Bersa
mbung..


Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah oh Sayangku
Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakkanku
Setelah kau dapatkanku
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini, terus engkau
lukai.

Oh, saya asyik mendengar lagu ini sejak kebelakangan ni. Saya takut dilukai terlalu takut dan teramat takut. Saya tak sanggup menderita kerana cinta! Saya seorang yang terlalu rapuh hati kecilnya hingga tak mampu tanggung kegagalan hati. Jangan ditanya ke mana hilangnya ukiran senyuman di bibir kerana ia telah lama menghilang....
Aku dambakan..
Dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya

Biarpun pahit..

Perjalanan meraihnya
Demi redhaMU..
Kuharungi jua




Saya ada sedikit pengumuman, InsyaAllah saya akan berundur seketika dari blog Titian Perjalanan saya ini dan laman Muka Buku saya akan dihentikan keaktifannya tak lama lagi. Mungkin untuk seketika atau mungkin untuk tempoh masa yang saya sendiri masih belum beri jaminan. Hurm, saya lakukan dengan hati yang ikhlas dan mental yang waras. Saya mahu kembali, kembali dengan sekeping hati yang baru sebagai seorang yang sangat-sangat berjiwa kental dan bukan saya yang sekarang. Saya hilang diri yang dahulu, saya harus mencari-cari ia hingga jumpa. Sampai bertemu lagi, insyaAllah saya tak ke mana cuma 'berehat' seketika.

Nota : Saya ada novel yang ingin saya kongsi bersama cuma saya cuba untuk menyusun sinopsisnya..Mungkin selepas kebangkitan jiwa dan hati luluh saya ni =) Terima kasih buat semua yang sering berkunjung walaupun saya tau tiada apa signifikan dan baiknya di blog ini.Saya undur dengan kekosongan hati mudah-mudahan kembali dengan hati yang penuh dengan jati diri yang utuh.Saya doakan kalian dirahmati Allah SWT.


p/s : K.La, Siti mahu ke sana...


Jantung Hatiku : Bukan melari, tidak pula mengelak sekadar membawa diri jauh dari bahang hati yang sepi......Permisi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

terlalu tinggi untuk digapai

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt..

*Tak perlu baca entry mengada-ngada ni......

Minta izin nak menaip yang merepek-repek je ni.Ahaks. Kasi hilang siket tekanan yang ada, moh kita tepis-tepis cas negatif. *fuhhhh* tiup yang buruk-buruk ke laut.
Baiklah, saya dalam emosi stabil. Apa itu emosi? P ambil kamus baca!! Eh, takdalah gurau-gurau kasar siket je ni. Emosi secara kasarnya keadaan mental dan fisiologi/fizikal yang berhubungkait dengan perasaan, fikiran dan perilaku. Ada faham? Kalau mahu lebih paham, tanya sajalah pada pakcik google ya.
Saya tahu, kebelakangan ni saya sangat-sangat beremosi negatif. Bertimpa-timpa saya dirundum pilu, saya berusaha untuk menepis tapi cas-cas negatif tu lebih pejal dan kuat hingga mampu mencerobohi jiwa dan sanubari saya. Kan saya pernah katakan, saya memang tak kuat. Hmm, tapi DIA Maha Agung lagi Maha Segalanya. DIA juga beri kekuatan buat saya. Walaupun kerisauan tentang abah sudah berkurang, masih ada sisa-sisa keinginan yang ingin saya pohon pada DIA.Mudah-mudahan ahli keluarga saya diberikan kesihatan yang baik-baik saja. Saya sangat takut, saya takut akan kematian! Cukup pengalaman lalu menghantui saya!!

Saya berstatus ini pagi tadi selepas berym dengan kak Siti, entah mengapa saya beritahu impian-impian saya! Seperti impian puteri, tapi yang bezanya saya tidak mahu menjadi seorang puteri tapi seorang yang berguna bernama Siti Noor Syazwana! Dalam hidup saya, ada beberapa perkara yang saya masih kejar dalam helah nafas yang tersekat-sekat saya berusaha untuk terus melangkah. Saya perlu terbang untuk gapai impian yang tinggi itu dan saya mampu perolehinya kerana saya yakin bila saya usaha ALLAH pasti akan berikannya tetapi andai itu yang terbaik buat saya kerana DIA Maha Mengetahuinya.

1.) Sambung ijazah saya dalam dietetik, bukan bermakna saya melupakan bidang fisioterapi saya cuma saya ada agenda lain di masa akan datang...insyaAllah.

2.) Saya suka hidup nomad dalam erti kata saya suka mengembara! Saya mahu mengembara ke seluruh dunia kecuali ke Amerika! Saya mahukan ia selagi hayat saya di kandung badan! Ada yang mahu bersama saya?

3.) Saya ingin menulis...Menulis tentang kesihatan! Yups, ini harapan saya. Walaupun saya belum pernah menulis cerpen pon, tapi saya mahu hasilkan sebuah buku! Saya harus perbanyakkan bacaan-bacaan ilmu itu =)

4.) Saya mahu jadi suri rumah bila sudah berkeluarga, tapi biarlah yang berintelektual, tinggi spiritual dan juga inspirasi buat yang tersayang. Bukan sekadar suri rumah namun bisa menulis dan menguruskan hal-hal rumahtangga saya!

5.) Saya mahukan kebahagiaan dunia agar ia bisa membawa saya ke bahagia Syurga! Saya mencari insan yang bisa membawa saya mengejar Syurga bukan hanya keseronokan dunia yang sementara!.

Konklusi saya, saya berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hidup saya walau saya dipatuk kepiluan yang berpanjangan. Bagai tidak sepenuhnya hati menerima tapi saya cuba dan terus mencuba.Jadinya, solonya saya tidak bererti saya tidak laku tau dan belum ada yang sudi. Barangkali mereka takut lihat saya yang garang ni, aummmmm~ Jom kita terbang! whosst...whossst
Fuhh....Mari terbang bersama

Nota : Haa, nanti-nantilah saya ber-entry gembira ya. Mahu ambil masa seketika untuk bermuhasabah diri menilai dan memperbaiki kelemahan yang penuh dalam diri.


Jantung hatiku : Jauhnya CINTAMU...semakin jauh aku meninggalkanMU. Allah, kuatkan hatiku untuk terus mengejarMU...........i____i










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

a.johnny dan a.charlie

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt..

Saya perlu tidur awal ni, tapi sekarang baru sudah jam 1.03am! Malam masih muda, orang kata. Saya tak kata apa cuma menaip saja. Pagi ni akan ke hospital, bahagian onkologi. Mungkin juga pertama untuk rawatan kemo. Dan seperti biasa, tunggu dan tunggu je la pagi nanti.
Bagi mengurangkan kegusaran hati saya ni, sajalah mengemaskini blog ni dan mahu membuat mata mengantuk.hoho.

Dalam pada tak boleh tidur dan perlu tidur, sajalah saya godeng-godeng lappy ni. Terjumpa gambar-gambar zaman kolej. Rindu sangat, rindu steteskop, rindu nak pakai overall, rindu semuanya. Entahlah..yang paling saya rindu mestilah abang Johnny dan abang Charlie saya.
sem 1, Dec 2006... *a.Johnny*
Sem 2, April 2007 *a.Charlie*

Oklah, entry merepek saja ;P
Terima kasih kerana sudi baca dan mohon maaf andai membuang masa kalian membacanya!.
Selamat malam Malaysia.... Selamat petang Moscow~

Nota : Banyak perkataan 'sajalah' dalam entry ni. Layanzzz. Bismillahir Rahmanir Rahim, dengan nama Allah aku hidup dan aku mati.. ZzzzzzZz

Jantung Hatiku : Allah, perkukuhkan hati,jiwa,dan seluruh anggotaku menahan segala bentuk perasaan yang bakal wujud dan tetapkan imanku di jalanMU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan ambil saya punya!!!

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

*baca label dulu sebelum meneruskan pembacaan entry*

Jari jemari kaku untuk mula menari,
sang hati terus mendesak untuk menzahirkan kata,

biar lidah terkunci,

biar tingkah bagai tak nampak,
biar mata tidak bertemu,

biar jasad jauh dibatasi sempadan,

namun sekali tidak hati tersasar dari landasan...

Aku pergi..
Untuk diisi ruang yang kosong,

Jangan ambil ia,

Walau tidakku yakin sepenuhnya milikku,

Tapi jangan ambil ia,

Puasku tunggu,
Sedari belum di pentas dunia glamour,

Jangan kau curi aku punya..

Allah ya Rahman, ya Rahim...

Titipkan semangat cintaku sepenuhnya buatMU..

Mimpi itu buatku tersenyum,

kerana ia hadir beri cahaya,

Pesimisnya aku bila realitinya aku yang rasa.

Allah...Allah...Allah....

Malam ni ke Hadyai. Tiada rasa,hilang jiwa dan sedih sedikit di hati. Mengapa begitu jadinya? Allahuakbar!!! Gara-gara membaca sesuatu yang meruntun dan menghiris secebis hati kecil ini, buatkan saya seperti sedikit tercabar.Huh, saya sakit untuk ambil pusing dan akhirnya kepala saya yang berpusing-pusing.Mengapa harus saya diberitahu?Atau untuk menghebahkan 'calitan kotor' buatanmu sendirii? Arghhh, sukarnya untuk ditelan bila ia telah pon masuk ke dalam rongga mulut lantas tersangkut ke trakeaku yang comel ni (merepek sudah....biar saya sajalah yang faham). Saya tak suka sangat bila hal-hal takda manfaat ni berlaku, jangan menambah beban yang sedia menimbun di bahu saya ni. Hipokrasimu sangat jujur, jadilah muslimah yang berhati suci tanpa kepalsuaan.

*nak pergi basuh pinggan mangkuk kat bawah sekejap*...

Takmau taip panjangggggggg sebab kurang mood pon.huhu.Ok, doakan saya pergi dan pulang dengan selamat serta kembali dengan keceriaan.

pergiku seketika..
Pantai dan ombak sering bersama..
Walau seketika si ombak ke pantai..
Tapi setiap hadirnya berikan sejuta percikan yang mendamaikan..
Rindu..Rindu..Rindu si pantai itu...

Nota : bila berlabel ini, maknannya entry yang bodo-bodo saya..huhu. Salam saiyyidul ayyam.

Jantung hatiku : Usah menambah beban kepada orang lain dengan masalah ciptaan sendiri, sedarilah setiap insan punya masalah sendiri yang kadang kala lebih parah yang disimpan di dalam hati agar tiada siapa yang bisa ketahui.Dengan penambahan masalah kamu itu sedikit sebanyak merunsingkan hati.huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku CURANG..aku jugalah SETIA

~ sns cerita tentang ~
Salam alaik...

Tamat 26 episod Nur Kasih. Alhamdulillah, tamat jugalah sengsara buat Nur dan pada saya umumnya yang tak payah lagi nak tertunggu-tunggu episod seterusnya. Secara jujurnya, saya mula menonton drama ni sejak minggu ke 10.Yelah, permulaan drama ni saya masih berposting di KKB.Mana la ada masa nak tonton tv (alasan baik kan..;P). Tapi, bila mula ke alam percutian selepas tamat belajar dan masa tu di bulan Ramadhan. Satu hari, tergerak hati nak cuba menonton drama tu di tv3.com.my. Satu,satu episod saya bermarathon.Dan sepanjang Ramadhan saya hanya menonton tepat jam 12am sebab ulangan hanya mula jam 12am, sengsara tau.Dah tu bila tenet tenat, rasa nak cekik je sang berukband ni. Dah la tunggu hingga tengah malam pastu kekuputan pula.haish, memang mengajar kesabaran sungguh.Semuanya gara-gara Nur Kasih.Nak kata cerita ni terlampau seronok takda la sangat cuma ada tarikan yang mendekatkan penonton dengan jalan cerita yang hakikatnya sangat sinonim dengan kisah hidup masyarakat ( pergolakan rumahtangga+cemburu+iri hati). Cuma bagi saya secara total, saya lihat dari aspek keSETIAan Nur Amina yang tulus mencintai Adam.Kuatnya hati seorang isteri yang acapkali dilukai,namun cintanya buat suami sungguh mendalam.Bila cinta kerana Allah, insyaAllah segalanya pastikan? Bahkan boleh elakkan penceraian yang kian melular je. Cewah, saya bukan arif untuk berbicara.Saya sendiri pon masih 'tak laku'.em...

Seperti entry sebelum ni yang pernah saya cerita, itu jugalah episod paling terbaik yang saya suka. Dan episod akhir yang gembira ni hanya penyedap cerita je.Jarang cerita melayu berakhir dengan kesedihan. Malah apa yang dapat saya konklusikan episod terakhir ni membuktikan bahawa cinta yang tulus kerana Allah S.W.T, insyaAllah akan dihadiahkan kemanisan dan kebahagian walau ia penuh onak berduri yang kadang kala kita sendiri fikir tak mampu nak tanggung.Cinta itu boleh membinasakan bila nafsu dan keinginan mendahului pemikiran waras. Cinta itu membahagiakan bilamana Allah menjadi keutamaan dalam jiwa.

Lepas ni, dah takda penantian jam 9pm setiap Jumaat.Fokus pada perkara lain pula, tapi apa ya? haaa, tunggu sajalah.ehe.Kitab perubatan langsung tak berusik tu, huhu.Mereka perlu belaian jari dan tangan-tangan untuk dibelek dan dibuka.Kamus perubatan saya pon dah ditemui, ada pada Achai di Tawau.Jauh dia merayap.huhu.Ya Allah, terangkan hatiku untuk kembali menjadi hamba buku padahal masa belajar memang malaslah nak membaca buku bila dah grad nak rindu pula.hurm..Cukup beremosi menonton Nur Kasih.Kena ceria-ceriakan hati yang lara.huhu

Ok la, bila nak cerita pasal curang ni kan.haha, tajuk gila poyo! Eh, ke tajuk seram? haha. (syok sendiri je bunyinya) Sebenarnya nak bagitau lagu demo yang dinyanyikan Bie (FeelHoney) dan Halim (Devotees). Haa, tak kenal? tu la sapa suruh tak beli album mantap Nasyeed Underground Vol 1 tu.Padan muka! uweks, tak mau kawan dah penat promot tak mau beli pula.Pastu tak paham pula bila baca ni.Huh.Ni yang nak cepuk-cepuk. ;P. Tapi tak kisah nak juga promot sebab ni kan blog saya, suka hati sayalah. muahahaha (gelak jahat siket)



P/s : Tengah dengar lagu Wali Band (Cari Jodoh) berselang seli lagu Curang ni. muahx

kekuputan : kuput ( kura-kura+siput)


Jantung hatiku : Kenapa memilih untuk CURANG andai SETIA itu terlalu mudah dan indah bila disulami CINTA KERANA ALLAH.Kita akan menghargainya bila kita kehilangannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sehari sebagai Dr Vet

~ sns cerita tentang ~
Salam Alaik..

Jari kaku lumpuh untuk berlari-lari seperti selalu, ada cerita tapi belum tahu permulaan bagaimana. Lantas, saraf-saraf otak berperang untuk mencipta bait-bait yang indah namun tewas di medan perangnya.Ok, abaikanlah. Penanam anggur terhormat di rumah memang macam ni. Tak banyak berfikir,atau senang nak dipahamkan MALAS nak fikir ! Buruk gila perangaikan. Pengganggur yang malas = menamabah lemak je + takda orang nak wat bini pon nanti.Opps, choiiiii.

Kejadian : petang semalam

aktiviti : bidan ayam terjun

Muqadimmah : Petang semalam, terasa nak keluar rumah cadangnya nak pergi tembak-tembak taman bunga mak.Seraya terlihat ibu ayam yang mengeram pagi tadi turun dari tempat eramannya bersama 2 ekor anak ayam yang baru menetas.Tinggal seekor di tempatnya dan sebiji telur yang hampir-hampir menetas.Kesian pulak saya tengok terkontang kanting si telur tu nak menetas. Lantas....... (jom tengok gambar sambil bercerita)
Ni lah telur yang dah tak tahan nak keluar tu. Maknya mencari makanan buat anak-anak lagaknya dan kalau dia naik ke tempat eremannya, anak-anaknya tak dapat nak naik sebab agak tinggi tempatnya.Jadi, saya ambil telur ni dan bantu dia keluar.
Saya cuma tolong kupas sedikit-sedikit kulit telurnya, takut-takut si anak ayam ni sakit.Masa ni, darah dah mula keluar.Kulit telur masih melekat di badan si anak ayam tu, hanya paruhnya yang kelihatan.
Sebahagian kulitnya dah saya kupas, masa ni dah dapat dengar kiak-kan si kecil ni. Oh, seperti kelahiran bayi pula. (Kalau tangisan pertama bayi penting untuk permulaan fungsi jantung dan baru darah boleh mengepam ke jantung tapi kalau ayam pula saya tak tahu.Jangan tanya ;P )
Oh, saya dah hampir keluar.Yea, boleh jumpa ibu dan kakak dan abang saya.
Tara.Inilah saya.Gigilnya,sejuk.Saya perlukan ibu untuk mengeringkan dan memanaskan badan saya.Terima kasih cik 'Vet' saya.Saya dah keluar dari telur saya!
Bukaan mata yang pertama, saya lihat 'Vet' saya.Oh, saya perlukan ibu sekarang.Saya takut dan lemah ni.
Sedikit je darah, oh kalau kelahiran bayi darah yang keluar tak terkata banyaknya.Sungguh saya sangat menghargai mak yang betapa susahnya melahirkan saya.Lagi-lagi bila melihat kelahiran bayi di depan mata.em..
Selepas cuci tangan dan hantar anak ayam tu ke tempatnya, yang merah-merah tu darah beserta placenta (uri, tali pusat) anak ayam tu.Nak keluarkan anak ayam dari telur ni kena sopan santun takut anak ayam tu sakit.Panjang juga uratnya.
Hari pertama saya bersama ibu saya.Tapi saya ni capik ( terjengket-jengket kaki).Tapi saya bersyukur kerana masih hidup dan dapat bersama ibu dan adik-beradik yang lain.Saya juga diberi nama Si Capik The Yellow Chicky.Moga saya membesar dengan bahagia. <3

Jantung hatiku : Kelahiran itu umpama pertarungan nyawa sang ibu demi melahir dan memberi anak dalam kandungannya melihat dunia.Walau segunung dan seluas kebaikan kita sebagai anak berbakti kepada ibu, masih belum terbalas dengan kepayahan 9bulan di kandungan dan saat kelahiran itu apatah lagi kepayahan membesarkan kita.Berbaktilah pada mereka bergitu juga perhambakanlah dirimu kepada Allah yang mengurniakan segalanya buat kamu.

...:: sElAmAt hArI rAyA AidIlAdhA ::..

Moga kita masih bermuhasabah dengan pengorbanan kisah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail dan menjadi insan yang berbakti pada Tuhan dan insan yang banyak berkorban untuk kita.Maaf zahir batin andai selama pembacaan anda pernah menguris perasaan dan hati kalian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pre-graduasi i : Hadiah

~ sns cerita tentang ~
Salam alaik..

** Sila lihat label dulu ... Dah lihat? em, sebabnya nanti takda kalian semua kata saya merepek-repek sebab label tu pon dah menerangkan dan menjelaskan entry ni sangat-sangat getis atau ngada-ngada je.Sekadar mencomotkan blog!! Jadi, rasa-rasa masa korang tu sangat berharga untuk diisi dengan perkara yang berfaedah, dinasihati janganlah baca entry yang berlabel begitu.

Oklah,permulaan entry tah pape ni sebenarnya nak bagitau saya demam.Tapi tak berapa teruk cuma hidung yang kurang mancung ni la yang tersumbat salurannya tambah pula asyik bersin.Memang sangat kurang selesa dan sakit di dalam hidung. Makanya, saya kusutkan dan simpulkan bahawa ketidak-sihatnya saya adalah 1 hadiah buat diri saya cuma sangat berharap saya boleh bertahan dan pulih kembali sebelum Jumaat ni.Penting! Ada rehearsal konvo dan Batch 6 outing. Kalau tak sihat, saya memang tak selesa nak join aktiviti dan akan menjadi sangat lemau dan lesi.Takboleh.takboleh.Saya kena kuat melawan!Wehuuuuu =)

Seperti biasa, isi utama mestilah di tengah-tengah ayat. Disebabkan kesihatan yang tak berapa baik, tapi perut nak juga kena isikan.Hari ni sangat malas tapi masak jugalah speghetti goreng dan keropok ikan untuk alas perut beserta 3x Milo AisKool yang memang kool(ais batu). Tapi malang berjuta-juta lemon, speghetti tu masin tapi memang pasti+yakin dan tak perlu talian hayat pon, yang saya memang tak bubuh garam.Saya bukan pemasin orangnya dan K.Zati pon cakap macam ni 'kalau tak masin memang sedap'. Dan, apalagi saya pon mengubahsuai sajalah speghetti tu, apa susah tambah je telur dan kuranglah masinnya= betul-betul hor liaw =) [puji je la diri sendiri tapi bukannya nak ujub atau memPOYOkan diri]. Lepas makan, ym kakak bagitau minyak masak dah habis,kakak kata lepas maghrib terus siap dan pergi beli barang dapur.
Sekitar 8.15 kakak sampai dan terus saya masuk ke dalam perut kereta menuju ke pusat membeli belah. Sampai je kat situ, masa nak ambil troli (troli bukan peti ais ;kak mila dan kak la silalah gelak berdekek-dekek) TERpandang baju kurung dan meleret-leret masuk ke dalam kedai dan akhir TERsangkut sepasang kurung moden.Kemudian barulah kami membeli barang dapur, tapi hidung ni kalau musim tersumbat je mulalah sakit kena aircond.Pedih ya amat.Pastu dalam jam 10pm kami pulang dan sampai je rumah terus saya TERcuba baju kurung ni.Agak besar,saiz 40 (saya pakai saiz 38 atau 36, jadi kalau rasa ada TERniat nak memberi saya pakaian tau-tau je la saiz saya kan ;p) padahal masa kat kedai tak muat sebab tak buka baju tapi takpa la takdalah ikut badan.Saya suka, ni juga pilihan kakak =) terima kasih kak, berterbanganlah rm160.Minggu lepas baru beli sepasang kurung ungu!!Takpa, mengumpul dan memenuhi ruangan almari, nanti takdalah asyik merungut takda baju kan! (teruskan membaca tanda setuju) !
Usai solat Isya' dan sedang ber'muka buku' dalam jam 1.30am, akak naik ke bilik dan suruh saya mencuba baju kurung baru tu lagi =) maka dengan suka+teruja+seronoknya seperti kera mendapat bunga kanak-kanak ribena saya pon mencobalah lagi sekali dan hasilnya biar gambar menceritakan.
Model comot : sns
Gadis foto : kakakku sayang !
Pakaian : koleksi peribadi yang terbaru, konon baju konvo!
Masa : 1.45am
Lokasi : atas kerusi belajar di bilik, sofa ruang tamu bawah dan di almari kesayangan kakak.
Aksi : bebas dan mata memang nampak macam orang kurang sihat tapi ketangkasannya sangat luar biasa sebabnya (teruskan membaca.....)

" Dr Azila (physiology lecturer) said "an apple a day, keeps doctor away". So, today i enjoyed my apple juice to make myself AWAY from the doctor and medicine!! Hope i can get better soon.But sometimes, i cant excuse myself to AWAY from the cute doctor ;p !!! Pre-graduation's 'present' for me!! "

Saya minum jus epel la tadi, dan bersemangat pula.Maka, tak perlu ubat dan berjumpa doktor! Tapi saya janji akan makan ubat bila makin teruk k.Jangan risaukan saya.Cuma menggigil-gigil je ni.

Nota : Baju kurung ungu di hari rehearsal dan warna najis cicak di hari konvo!

P/s :
Tak SURPRISE la, dah tahu baju konvo kita..


Jantung buatmu : Bila susah tiada gelisah, Bila miskin syukur pada Tuhan, Bila sakit tiada resah di jiwa, Bukankah Tuhan telah berfirman "Ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang"



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS