Container Icon

Suka Pelangi Saya?

..:: si gadis desa ::..

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt ..
Dia gadis Desa,
Cuma insan biasa

Ingin hidup bahagia

Dahagakan senyuman bahagia

Mengharap keredhaanNYA

Yakin dan percaya janji-janjiNYA

Namun,
kadang kala mudah luluh kepingan hatinya
Lembaran baru perlu bermula

Semakin hari semakin baik

Mungkin juga penghijrahan

Tapi lebih baik jika

Yang baik dimulakan seawalnya

Mahu kembalikan nama si gadis desa itu sendiri

Biar desa itu berbau kolot

Asalkan ia masih berjiwa desa!

Desa itu indah,

kerana dari desalah lahirnya pemimpin-pemimpin negara!

Terasa mahu 'lari' seketika daripada SNS, lantas malam tadi terus saya tukar nama di FB. Em, ingatkan tiada yang perasan maklumlah gambar berkain batik takda (apa signifikannya kain batik dan gadis desa?Jarang pon lihat gadis-gadis desa berpakaian begitu), jadi dibiarkan saja. Tapi, memang ada pon perasan sampai tertanya-tanya.Jujurnya, saya perlukan sedikit privasi dan kehidupan yang jauh sedikit dari hiruk-pikuk manusia dan lalang-lalang! Saya sakit hati, saya sendiri perlu rawat hati.Saya takut kehilangan, saya perlu jaga apa yang ada!. Bukan saya tiada nama tapi biarlah saya 'hidup' di dunia gadis desa saya seketika.Andai tiba masanya, pasti saya akan kembali ke SNS.Jangan rindu-rindu SNS, mulai harini hanya ada gadis desa tau. Hihihihi (fizikal saya sangat gembira). Bila saya 'berjalan-jalan' melihat blog-blog kesukaan saya, rindu sangat pada segelintir mereka.Silalah update kisah-kisah menarik kalian! Kisah salju membeku di Moscow (oh, saya rindu tapi rinduku mati di M'sia).

Biarkan saya menjadi pemerhati senyapmu, kamu tak sedar wujudku tapi saya sentiasa seiringan denganmu kerana saya hanya seorang gadis desa! Terlalu banyak lalang dan ulat daun yang wujud di sekitar taman-tamanmu,namun saya tetap menjadi pemerhati jauhmu kerana tiada kekuatan untuk menebas lalang-lalang itu! Ok, cukuplah menaip sesuatu yang sebahagian besarnya kurang dipahami (ni kan blog saya sendiri, sukaJARI sayalah nak taip apakan?) Baiklah, mari tengok koleksi gambar-gambar saya.Dari disimpan sorang-sorang baik dikongsikan? Ni sepanjang saya ikuti show-show dan aktiviti selama 3tahun ni.Memandang pengunjung-pengunjung blog ni rata-rata peminat nasyid kan...

2007 : Dimulakan dengan perjumpaan bersama Sahabat-sahabat Hijjaz (banyak gambar dah hilang sebab lappy rosak+hancusss), perkahwinan K.Atie (penulis lirik Hijjaz Records) perjumpaan pertama Sahabat-Sahabat IKIM di Hotel Lotus dan seterusnya show-show yang sempat diterjah.Zasss, cuma gambar-gambar memang hilang dalam simpanan. (sejak tahun 2004-2007) T_____T
Daurah Nasyid Minggu Ini
Syifa' ft Mohar
FarEast ( 1st time kena marah amik pic masa ni :P )

2008 : Sedikit suram sebab saya sibuk dengan kuliah dan praktikal di Hosp Ampang dan Hosp Kemaman
Malam Gemilang Hijrah (masa ni ulangtahun kelahiran ke 20 saya)
Lepas tu, p minum ramai-ramai dengan A.Epul Mestica (kali terakhir jumpa dia)
Kejohanan Boling Piala Hijjaz
NICE
Pemenang Boling =)
Pastu Saujana belanja makan di Kg Baru =)
Gath In The Garden (GITG Saujana)
Muadz
Devotees =)
Jamuan raya
2009 : Diam seketika...Balik dari praktikal di Hospital Kemaman, sibuk dengan kuliah sebulan di kolej,dan sambung praktikal di KKB. Cuma terlibat dalam Nasyeed Underground Vol 1, Kembara Amal Unic Qlate dan beberapa show-show berdekatan

Di Stadium Kajang
Hampir setahun tak tengok diorang!!
UNIC
Ni masa ke terjah rumah a.Pali Unic =)
Saujana di show ramadhan Ampang Point (Parked keta di Ampang Park :P)

Nota 1 : Saya selesa di kampung! Saya gadis desa, yang taknak dikatakan lupa asal usul =) Cuma, perlu lagi perbaiki kesopanan dan tatasusila :P

Nota 2 : Saya paling pantang kalau orang cakap saya minat orang-orangnya! Tolonglah, mereka hanya artis atau penasyid di pentas.Di luar, mereka juga boleh menjadi kawan kan? Bukalah minda anda! Dan, jangan sesekali menggunakan nama saya untuk mendekati dengan mereka. Saya hanya seorang menyokong dan pendengar secara diam-diam juga.(Banyak kali nama saya disebut-sebut semata-mata ingin kenal dengan artis tu, tapi tolonglah hormat privasi saya!) Saya hanya si gadis desa yang sangat biasa!


P/s : Nak amik pic boleh, cuma bagitau je saya dulu. Saya lebih suka jika diminta izin dulu =).
Ada lagi sebahagian aktiviti saya di sini . Sesetengah tak dapat nak ditunjuk, biarlah jadi koleksi peribadi saja. Harap-harap blog tak terlalu loaded dengan pics je!

Jantung Hatiku : Kadang-kala tak perlu menjadi terlalu ke hadapan dan teriak yang kita hebat menyokong, tapi cukuplah sekadar sendiri dan Allah tahu yang sebenarnya kita adalah setia bersama mereka secara hollistiknya =)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

khilkhir said...

"Gadis desa" - teringt pd lagu ...'dikau terlalu istimewa buatku tiada celanya, dikau tampan idaman semua, tp ku cuma GADIS DESA yg setia...'

"Biarkan saya menjadi pemerhati senyapmu, kamu tak sedar wujudku" - sy tidak dpt memerhati malah dia tidak tahu kewujudan sy...itu bezanye..

"Saya paling pantang kalau orang cakap saya minat orang-orangnya!" - umpama skrip "jatuh cinta..ya jatuh cinta tp pd lirik dan karyanya bukan pd orgnya"

pjg pula respon kali ini dr cik khilkhir..hik3

SNS said...

K.Siti...
Thanks, apa yang kita nak sampaikan tentang gadis desa ni sebenarnya someone yang 'bersih' dan 'lurus' serta dhaif, namun dia akan terus belajar dan cari diri dia..WA

Kita berbeza, namun tindakan yang hampir sama =)

Saya ikhlas untuk itu kak =)

xpe panjang, i pon leh jawab panjanggggggg

Anonymous said...

phewwiit utk Gadis Desa .. hehe

zuwairiaiman said...

wah blog yang menarik.. minat nasyid ek... best gile dpt gi tempat camtu