Container Icon

Suka Pelangi Saya?

I'm the next biggest loser ;P

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt...

*tercungap-cungap sedikit bersama perPELUHan di dahi dan belakang*

Segala pujian-pujian hanya untuk Allah, penat nih baru lepas jogging setempat kat ruang tamu bawah. Ye, tak tipu tau.Dah hampir 3malam saya bersenam dengan kakak lepas jam 11pm, akak memang setiap malam tapi saya baru je nak mula sambil tengok 'The Biggest Loser Asia' lagi tu, ikut senaman bersama-sama.Maklumlah, selera makan pon dah ada balik (no more aneroxia). Tapi yang tak bestnya, asyik makan lepas jam 8pm! Tak eloknya tabiat macam ni, jadi apa yang boleh dibuat selain bersenam je la untuk membakar simpanan yang tak diperlukan. Sebetulnya, saya takdalah harap nak kuruskan badan, cuma nak 'dapatkan' balik fitness yang makin lemau.Mana taknya, kadang tu jalan tak sampai 5km dah rasa penat.Sejak habis praktikal di KKB dulu, mana pergi jogging dah. Maka, berjogging di dalam rumah adalah cara yang terbaik kan? (angguk je la walau tak setuju, hehehe)
Hujung minggu ni, saya tak ke mana pon. Yela, selalu setiap hujung minggu asyik merayap je kan.Balik-balik pergi menembak, jadi untuk minggu ni saya cuma nak rehat puas-puas di rumah.
Semalam (Sabtu) akak ke pejabat, malam tu dia dah pesan siap-siap suruh saya sapu+mop rumah. Jadi, bagi memenuhi permintaan (memang selalu pon buat tanpa disuruh k) saya pon lakukan je la. Sapu+mop ruang tamu bawah->ruang makan->dapur->bilik-bilik atas->ruang tamu atas->tangga->pintu depan serta buang sampah.Penat tau tak, sebab kejap-kejap naik atas check lappy! dowh, memanglah tak senonoh buat kerja macam ni. Tapi tujuan utama naik turun ke bilik atas adalah baldi yang terisi pewangi lantai ada di bilik air atas.Malas nak bawa turun baldi sebab nanti akhir sekali bilik atas nak dimop juga, jadi saya sendiri jelah turun naik dengan batang mop tu je, kan senang.Kira bersenam jugalah kan.(sila setuju je).
Selesai semuanya, bersolat zohor dan alhamdulillah sempat membaca semuka dua kalam Allah.(tak sabar nak khatam lagi).
Penat mengemas masih ada lagi, lepas minum nescafe O semug, saya pon terbongkang atas katil.
Bahagian ni yang paling saya benci, mimpi lagi.Mimpi ngeri sangat, tapi saya syak mungkin ada kaitan dengan perbualan saya dengan kakak 2hari lepas.

2 hari lepas, malam...(masa tu saya sedang menonton tv dan kebetulan iklan filem Santau).

kakak : filem ni dari real story
(terus saya lari ke akak yang ada di meja makan,masa tu memang terasa seriau dan bulu roma berdiri tegak je)
SNS : Haa, yeke? Tapi kita teringin nak tengok.Mana akak tau?
kakak : kita dengar kat Hot.Fm pagi tadi, diorang ada interview pasal filem ni. Nasiblah kita dalam kereta tapi seram jugalah.
SNS : Tapi kita memang teringin sangat nak tengok.Kalau ajak u memang u taknak.hehe

sambung pasal mimpi tadi eh..
Alhamdulillah, masih bernyawa saya ni.Terjaga dari tidur petang tadi (sebolehnya saya taknak tidur sebab saya selalu akan sakit kepala yang teramat bila tidur siang), tapi memang dah tak bermaya sangat walaupun banyak kafein dalam badan.Tak lut pulak rasanya penangan cik nescafe tu, mungkin tak berapa nak 'power' kot. Saya bermimpikan, berkaitan dengan makhluk halus ni. Nauzubillah min zalik, minta jauhlah dari saya dan keluarga!
Sekarang masih berfikir, mau tengok lagi ke tak filem Santau tu. Saya suka filem seram, tapi 1 je la masalah saya sangat BERANI dan takda sapa nak diajak tengok T___T. Akak tak suka tengok sebab dia ada deria ke-6, dan sangat 'friendly' with those things, poor her. K.La, memang jauh beno la kalau saya nak ajak kan?mustahil tu, tapi kalau ajak pon memang dia taknak.Dia tak suka.K.Mila pula, dia suka tengok tapi lately dia sangat bz dan bercuti dengan familinya.K.Zati ada di Surabaya, dan akan ke OZ, NZ, Abu Dhabi dan Dubai. Jadi, tinggal saya sorang je lah cikgu (ceh, macam iklan je). Nak ajak mak dan abah? Waaaa, jauh panggang dari api. Jadi, sesiapa yang suka filem seram dan mahu menonton bersama saya, jomlah (ajakan yang betul-betul ni). Walaupun kebarangkalian yang sangat tinggi ketika menonton, pasti saya hanya tonton di celahan jari atau mendengar suara.Cukup memadai. ;P Jomlah...

Disebabkan ketakutan petang tadi, saya hanya duduk di bilik atas ni je la sampai kakak pulang. Dan sekarang sudah lewat 1.23am ni, taknak tidur! Mau membaca sesuatu. =).
Nasib, 'mini library' ada di ruang tamu atas. Jangan haraplah saya nak ke bilik bawah membaca koleksi buku yang ada sebab saya kan berani sangat.lol.
Tara, ni sebahagian dari koleksi K.la, dia kan pencinta ilmu.Ada yang dikumpul sedari belajar di US dulu dan kini setiap kali pulang dari Saudi, kami akan ke toko-toko buku untuk menambah koleksi. Yang ni (abaikan komik Conan tu ek, tu abang punya.hehe) hanya di ruang tamu atas je, dalam bilik bawah dan atas ada juga. Saya hanya membaca, hanya membeli beberapa saja.Pengumpul utama adalah K.la.K.la, cepatlah balik Malaysia.Rindu sangat T__T. Saya kan pembaca percuma yang tegar di MPH (MV) sambil bersila di lantai. Siapa yang rasa malu keluar dengan saya, dipersilakan JANGAN AJAK ye! hehe.. Oklah, nak sambung membaca (dah 2x sebut tapi asyik menaip lagi, ;P memang syok sendiri..)

Nota : Alhamdulillah, nasib baik tak beli tikus baru. Hikmahnya susah mencari tikus baru di MV minggu lepas. Tikus pink dah sihat, horay!!. Dah hampir seminggu ia sakit, dan hujung jari ni sensitif sangatlah bila guna yang di lappy ni. Kadang tu kena lapik dan balut 3jari (telunjuk, tengah dan manis) semata-mata sakit bila sentuh.Aduh, sang tikus jangan sakit lagi ya.

P/S : Mau berjogging di Bangi lepas subuh pagi ni.. yeah~ Moh kite!

Jantung hatiku : Tuntut ilmu di mana-mana, pembelajaran itu sepanjang hayat bukan terhenti bilamana seseorang itu tamat menuntut di institusi. Ilmu itu luas, bukan hanya dari kitab,kalam mahupun buku tapi ia boleh ditambah dari pengalaman! Ayuh, tuntutlah ilmu walau ke negeri China.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: