Container Icon

Suka Pelangi Saya?

menjangkau usia 23

~ sns cerita tentang ~
Salam Alaik...

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Alhamdulillah, masih dihidupkan Allah. Entah kenapa malam ni terasa terlalu sayu, mak ajak berpuasa hari ni. Penutup hari tahun 1430H, dalam hati memang dah niat puasa untuk pagi ni. Pejam celik, dah 1431 tahun penghijrahan Nabi Allah ! Sungguh, saya benar-benar terusik hati dan hampir saja menitis air mata. Sedang kita asyik leka di dunia yang entah bila akan berakhir, tahun baru hijrah sangat-sangat terkesan di hati. Walaupun tidak berada di zaman Rasulullah, tapi semangat dalam hati perlu ada!Bukan sekadar lafaz di bibir, bukan sekadar pena menari dan jari berlari menyatakan 'Salam Ma'al Hijr' tapi biarlah qalbi sama-sama merasai dan menginsafi serta memperbaiki diri. Saat menaip nih, jantung saya sangat berdengup kencang!

Besar pengertian tahun baru hijrah berbanding tahun baru masihi. Mengikut perkiraan, saya sudah menjangkau 23tahun pada 1431H ni. Tapi, terasa seperti kanak-kanak lagi dari segi akhlak dan peribadi malah pemikiran juga agak cetek. Bulan kelahiran Islam saya adalah pada 13 Jamadil Akhir 1408 Hijrah iaitu jatuh pada hari Selasa.Jadi jika dikalkulasikan menjangkau 23 kan? Bila tengok nombor tu rasa sedikit sangat amalan yang ada, entahkan banyak yang mendorong senget ke kiri saja! Allahuakbar! Selagi ada waktu, perbaiki cacat cela yang ada.Ayuh, bukan kerana awal tahun saja tapi kerana mati itu pasti.Moga dengan izinNYA kita mampu untuk menjadi hambaNYA yang ditetapkan iman!

----------------------------------------------------------------------------------
Ayuh kita membaca :

Doa akhir tahun: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.Amin..."

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Doa awal tahun : dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.Amin..."

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

SALAM MA'AL HIJRAH 1431H
Moga terus istiqomah di jalan Allah SWT =)


Jantung hatiku : Ya Allah, tetapkan aku ke jalanMu.Moga hatiku tidak dikotori dengan hasutan syaitan latnatullah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: