Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Kembara Amal UNIC ke Kedah

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt..

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Terima kasih Allah atas segala nikmatMu.

Peristiwa : Kembara Amal UNIC ke Utara

Lokasi : Bkt Jalil->A.Star->Jitra->Yan->Bkt Jalil

Tarikh : 24.12.2009-26.12.2009

Muqadimmah : Kembara ni merupakan kembara ke-2 selapas Kembara Amal ke Qlate pada Jun 2009 yang lepas.Secara menyeluruhnya, kembara ni sangat-sangat merapatkan kami di kalangan sahabat. Jom baca rentetan peristiwa (kalau malas nak membaca pon, pura-pura je la rajin.Penat saya menaip dalam keadaan batuk,selesema dan demam kura-kura ni).

24.12.2009
- Saya keluar rumah kira-kira jam 8.35pm, dihantar oleh K.Mila dan A.Mie ke KTM Kajang. Sekitar jam 9.20pm saya tiba di LRT Bkt Jalil dan terus ke surau untuk solat Isya', masuk ke surau jumpa Cik Sue.Dalam jam 10pm kami keluar surau dan tunggu kedatangan wajah-wajah mereka yang bakal menyertai kembara kali ni. Sekitar 10.30pm jugalah muncul wajah-wajah mereka ni ( ada yang dikenali dan juga sebaliknya ).
Jam 11.30pm kami memenuhi sang gonggok dan kali ni saya duduk bersama K.Nadz. Sekitar jam 11.50pm sang gonggok mulakan pergerakannya menuju ke Utara.Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Bazli dan disusuli dengan taklimat [masa ni kami DITEGAH agar TIDAK bersikap sohabiah (geng/puak) khususnya pada geng 106].Sebenarnya, saya takda pon rasa macam tu (yela, saya sendiri secara peribadi sangat introvert orangnya.huhu, tapi bila dah kenal insyaAllah akan mesra juga).Perjalanan kami berhenti di Rawang untuk berehat selama 30 minit. Dalam perjalanan kami didodoikan oleh Saudara Bazli dengan lagu 'sebelum mata terlena'. Rata-rata memang ZzzZz dibuai mimpi, namun saya masih melangut ke sang separa purnama yang cukup indah.Subhanallah, cantik sangat =), mencuba nak tembak tapi pantulan cahaya ke arah cermin mencacatkan gambar.Jadi,lihat sajalah ia.Sekitar jam 2am, barulah terlena dan 5.45am kami tiba di R&R (tak ingat la mana), untuk solat Subuh.
7am, kami kembali meneruskan perjalanan ke Alor Star dan tiba di depan RFC jam 7.40am untuk mengambil beberapa sahabat yang tunggu di situ.

ni la sang gonggok
mengambil penumpang ...

25.12.2009
- Kami tiba di Hotel Rayyan kira-kira jam 8.30am dan diagihkan bilik (gegerl dapat PentHouse dalam tu ada 3bilik). Pukul 10am semuanya dikehendaki berada di hadapan hotel untuk sesi pemecahan ais. Ice breaking yang dimulakan oleh En Isma, UNIC, Farah Leia dan seterusnya muslimat dan diikuti muslimin. Usai semuanya, kami diberi 1 nota kecil bermacam nilaian RM (kecuali saya, Ajaq dan A.Isma tak termasuk). Game pertama ni, mainnya mudah saya. Nota yang diterima hendaklah dilekatkan di dahi dan 1 nilai akan disebut dan pemain hendaklah mengumpulkan harga nilaian tersebut. Pemain yang gagal akan didenda. Game ni dimain lebih kurang 7 nilaian harga.

wajah-wajah yang bernilai...
antara yang tak berjaya nak perolehi nilai yang tepat

Usai game tersebut, mereka diberi belon dan diminta meniup sebesar muka je.Kemudian mereka dibahagikan mengikut warna belon dan perlu mengingati seberapa banyak info tentang kumpulan masing-masing. Kemudian, mereka diasingkan dan diberi kumpulan yang lain pula dan kali ni sesi berinteraksi bersama ketua (UNIC+A.Isma). Pot-pet, soseh sampai 12.30pm.
taklimat cara nak meniup belon
mereka kumpulan merah

Kemudian kami pulang ke bilik masing-masing untuk bersiap Zohor + Jumaat. Jam 2pm berkumpul di bas untuk menuju ke Souq Bukhary untuk santapan tengah hari dan seterusnya Konsert Amal UNIC di sana. Show sekitar jam 3.45pm - 4. 15pm. *rehat* 5pm-6pm, diikuti sesi berfotografi dan tandatangan. 6.30pm pulang ke hotel untuk bersolat dan siap-siap nak ke Yan bagi acara bbq.
kami semua =)

7.50pm kami bergerak ke Yan (1jam perjalanan) ke Puteri Ayu Challet. Tiba di PAC tu jam 9pm : makan-makan + mandi manda (muslimin je) + karaoke + perbincangan untuk aktiviti tahun 2010. 11.15pm : berangkat pulang dengan wajah yang lemau dan kepenatan.Sampai hotel, mandi salin pakaian terus ZzzZzz ditemani selesema.
Subhanallah.. Ni la lampu kami bila nak masuk ke kawasan chalet
Bilalah nak makan ni ek ? :P
karaoke maut...
kolam ikan (sesuka je nak letak)
26.12.2009
- Bangun jam 6.15am, solat Subuh dan mandi. 7.30am saya, K.Nadz, K.Nur dan Su turun ke tepi sg untuk bergambar :P, sementara menunggu peserta yang lain turun ke bas.
hihi..

Jam 8.15am kami menuju ke Jitra (Tasik Bandar Darul Aman.) Sampai dalam pukul 9.15am, bersarapan di tepi tasik dan jam 10am bermula acara sukaneka.
Syok sendiri dulu sebelum sukaneka bermula. (dah xda sapa nak amek pic saya kan :P)
Teratai kecut di tasik..(belum kembang sangat)

Acara 1 : Sayang ke sayang..

Acara 2 : Kaki ayam...

Acara 3 : mengisi air ke dalam botol menggunakan tangan

Acara 4 : Makan roti berperisa SAKIT HATI. :P (roti berinti sardin yang digaul dengan serbuk lada putih dangan banyaknya)

Acara 5 : tiup belon berinti tepung
Majlis penyampaian hadiah dan kami berangkat pulang ke hotel dan berkemas-kemas untuk check-out.
menanti majlis penyampaian hadiah
saya sangat suka gambar ni =)

12.45pm kami ke Menara Alor Star untuk makan tengah hari bertemankan permandangan sekitar A.S. Subhanallah, cantik tau.(walaupun gayat, tapi buat-buat je berani).
Pemandangan dari Menara A.S
Itu Masjid Zahir... belakang tu Sg Kedah
=)

2.20pm : bergerak ke Pekan Rabu hingga jam 3.40pm. Pulang ke Kuala Lumpur dan selamat mendarat ke Bkt Jalil jam 10.50pm. Kelam kabut nak kejar LRT, sampai ke Bandar Tasik Selatan tren terakhir ke Seremban kelewatan 1 jam. Hanya Allah je la tau, tahap kebengangan menunggu ditemani orang-orang yang amat menakutkan di sekeliling.Sampai rumah jam 12.45am dan tidur jam 3am.

Kesimpulan dan kekusutan secara holistiknya, kembara kali ni benar-benar mendekatkan kami di kalangan sahabat-sahabat.Malah, susun atur program yang lebih sistematik dan padat. Yang paling penting memang betul-betul puas hati. 2 thumbs up atas pengajuran! Saya pergi dengan hati yang kosong, saya pulang dengan senyuman

Gambar : Klik di sini dan sini

video

Tepukan Anjing Laut =)

video
Karaoke [sila rendahkan volume jika anda menggunakan ears phone]


Nota : 'Siti, where are you working now? Which hospital ?' To all my dearies friends, i posted at my home sweet home. Sometimes, (always) i get jealous when my friends talked about their patients. Hurm, i misses hospital so badly but i choose to further my study [maybe 3-5years]. Oh, when i could get married?lalalala. Btw, next week onwards, hospital is my 2nd house. I played with my stethoscope + tendon hammer and i reads partially of my medical notes.Oh, i really miss everything!! Working vs study !!! Sounds crazy right? Ya, i knew but this is the truth.

P/s : Ada lagi video tapi sangat lambatlah nak dimuatturun di sini.


Jantung hatiku : Yakin janji Allah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah dibayar dengan kemanisan walaupun kadang kala waktu dan masa yang ditunggu terlalu lama. Ayuh, bunuhkan saja perasaan ragu. Moga 2010 memberi makna yang sangat penting dalam hidupku.Allah, Allah, Allah. Hati itu masih takut.em...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

arina said...

wuh mcm best je! *woot*

chAq said...

best bangat Arina.. =)
Sampai demam+batuk+selesema= suara hilang...

Jamal Rafaie said...

Thanks kak ct untuk gambar2 yang best.. Saya pun sebenarnya suka amik gambar, tapi kamera rosak tak boleh nak amik gambar.. Nama kak siti saya letak dalam posting blog yer sebagai penghargaan untuk akak.. TQ..

chAq said...

Jamal : Terima kasih kembali ya Jamal atas penghargaan.