Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Diari Paris : Tarbiyah daripada Allah (i)

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt...

Bismillahirrahmani ir Rahim...Segala kesyukuran dirafakkan kepada pemilik alam ini dan selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam. Alhamdulillah, selesai jaulah / perjalanan ke Kota Cinta. Saya kongsikan sedikit pengalaman serta catatan ringkas sepanjang jaulah sehari di sana. Mulut tak kering dengan sebutan kesyukuran kepada Allah, Subhanallah! Bumi Allah yang membuka mata dan hati. Selamat mengembara ke entry mengembara yang bajet ni :D

Jumaat Petang : 9 Disember 2011

Sebelum melangkah keluar, ada satu berita yang saya simpulkan dalam erti 'unexpected expected'. Menangis saya dapat tahu berita tu, Allahuakbar! Tapi cerita itu saya simpan dululah, usai siapkan kerja-kerja saya terus bersiap untuk ke Victoria Coach Station di mana tiket saya jam 10.30pm dan perlu check in 1 jam awal dari jadual. Maknanya jam 9 pm perlu sampai di sana, izin Allah saya sampai dalam jam 8pm dan menunggu kedatangan Husna 20minit kemudian. Kaunter check in untuk perjalanan kami masih belum dibuka, cuaca yang agak sejuk dan kelihatan ramai manusia yang berpusu-pusu ke destinasi.
Hampir 1jam 30minit menunggu, akhirnya kaunter check in dibuka dan kami orang kedua untuk check in dan dapatkan boarding pass, kemudian menunggu untuk perlepasan kira-kira 40minit di depan pintu berlepas.

Beratur menunggu kaunter perjalanan kami buka

Akhirnya buka juga

Boarding Pass dan return ticket

Proses menunggu sangat leceh bila cuaca begitu sejuk dan pintu-pintu dibuka luas tapi itulah tarbiyyah Allah yang pertama iaitu melatih diri untuk bersabar. Sementara menunggu, saya membaca buka himpunan doa-doa dari ayat Al-Quran yang memang saya bawa dari Malaysia.
Tak lama lepas tu, bas kami pun sampai dan semua penumpang serbu ke bas masing-masing. Ada 2 bas ke Paris dalam masa yang sama, kami menaiki bas setingkat dan bermulalah perjalanan ke Kota Cinta itu.

Menunggu

Sementara menunggu :)

Bas kami warna biru tu.

Kami memilih untuk duduk di bahagian agak belakang dan mula menjamah bekalan sedikit untuk mengisi perut yang agak lapar dek cuaca yang sejuk itu. Perjalanan kami menuju ke jeti feri (Dover) mengambil masa kira-kira 2 jam dari London. Sementara menunggu naik ke feri, kami diberi rehat selama 30minit dan yang menariknya, pertama kalilah saya merasa menaiki feri yang boleh memuatkan treler panjang. Bagaikan mini cruise di dalamnya, yang menempatkan kafe-kafe dan ruang legar terbuka. Di atas feri, seperti sedia kala saya memang mabuk laut (mabuk naik apa-apa kenderaan pun), pening tak terkata! Sempat ke bahagian atas kapal untuk melihat pemandangan laut walaupun keadaan sangat malam dan dapat jugaklah melihat feri lain yang bersama belajar. Subhanallah, pengalaman yang menarik dalam keadaan yang mabuk-mabuk laut tu. Sudahnya, saya menikmati secawan kopi dan menunggu deck buka untuk masuk ke dalam bas semula.

Perlabuhan feri

Treler yang juga boleh muat

Peta Feri

Salah satu kafe

Mabuk laut tapi mahu minum kopi

Tiba di bas, terus melelapkan mata dan saya berjaga sekejap sekitar jam 4/5 am untuk kejutkan Husna solat Subuh. Kemudian saya pun tidur semula, sepanjang perjalanan adalah waktu yang terbaik untuk tidur hingga jam 7am, saya tersedar dan kami sudah pun tiba di Perancis. Disebabkan UK tiada tol, terasa pelik pula tengok Perancis ada tol :P. (Padahal Malaysia lebih hebat tol-tolnya kan?). Kira-kira jam 7.45am, kami tiba di Gallieni Station. Terus ke tandas dan perkemaskan diri (gosok gigi, cuci muka ) kemudian kami mulakan pengembaraan kami. Dari Gallieni, kami membeli tiket Metro untuk perjalanan sehari berharga dalam €6.45. Mudahkan perjalanan kerana sepanjang kami di Paris, kami hanya menaiki Metro saja.

Bonjour De Paris!

Perhentian Gallieni, metro juga ada di sini.

Tiket Metro yang comel

Destinasi Pertama

Keadaan metro

Sebelum ke Paris, saya dan Husna telah membuat ulangkaji tentang Paris. Membaca blog-blog dan saya juga bertanya pada K.La yang telah beberapa kali ke Paris. Alhamdulillah, kami membaca peta dan juga memilih untuk ke tempat-tempat tarikan utama saja. Jadi, destinasi pertama kami adalah ke Sacré-Cœur (yang merupakan sebuah Gereja Roman Katholik), tarikan senibina di Paris terletak di atas Bukit Montmatre. Nak sampai ke sini, kami berhenti di Stesen Metro Anvers. Keluar dari stesen, menuju ke arah kiri dan kena melalui pekan kecil yang penuh dengan penjualan ole-ole Paris. Sempat menyinggah untuk melihat harga sambil mendaki bukit dan kawasan Anvers ni kelihatan seperti perkampungan di UK. Dari jauh kelihatan tersergam indah Sacré-Cœur atau lebih dikenali dengan Square Louise Michel dan untuk sampai ke atasnya, perlu menaiki anak-anak tangga seperti di Batu Caves.

Bermula di sini

Mendaki untuk ke Sacré-Cœur

Antara ole-ole yang dijual

Tiba di awal anak tangga, Allah uji kami dengan dipukau oleh sekumpulan warga kulit hitam (lupa dari mana), yang terus melilit benang untuk dijadikan hiasan. Tak semena mereka meminta duit, Allahuakbar! Di sini hampir kehilangan €15, tapi alhamdulillah cuma €5 yang saya beri kemudian terus kami naik menuju ke atas. Tiba di 1/3 tangga, kami berhenti kerana kepenatan dan menikmati pemandangan Paris dari atas. Rupa di bahagian kiri anak tangga ada perkhidmatan kereta kabel bagi yang tak larat nak menaiki anak tangga. Di situ juga ada beberapa gerai jualan dibuka, seperti barangan beg, key chains dan perhiasan. Kami memilih untuk membeli susunan huruf kereta api sebagai tanda ingatan. Kemudian kami teruskan lagi perjalanan menaiki tangga untuk sampai ke puncak, tiba di 2/3nya kami sekali lagi ditahan tetapi kali ni dengan golongan-golongan yang meminta bantuan untuk Persatuan Pekak dan Bisu. Saya beri €5, tetapi mereka lebih memaksa dengan menulis minimo €20-70, mashaALLAH, terpukau kami. Bukankah derma secara ikhlas? Bukan kami kedekut tapi terlalu ramai yang meminta begitu dan memaksa-maksa seakan sindiket. Memang Allah uji kami, hingga mereka mengekori kami sampai ke atas. Cepat-cepat saya dan Husna lari dan terus menuju ke puncak.

Di sinilah ujian ALLAH bermula

Dari bawah

2/3 perjalanan


Footsprinted :D

Susunan nama kereta api :D

Tiba di puncak, kami melihat lagi keindahan Paris dari jarak yang lebih atas. Subhanallah, dalam cuaca yang boleh tahan sujuk, kabus yang tak berapa tebal dan kawasan yang penuh dengan pasar yang cantik. Terpegun sekejap kami, tak lama di depan Sacré-Cœur, kami lebih tertarik menuju ke pasar-pasar jualan di sekitarnya. Cantik dan pelbagai barangan cuma harganya agak mahal, barangkali kawasan tarikan pelancongan kan? Hampir sejam berjalan, kami ambil keputusan untuk turun tapi kali ni kami mengikuti jalan yang lain untuk elakan bertemu dengan orang-orang yang suka meminta wang :(. Alhamdulillah, turun agak laju dan kami bercadang untuk membeli sedikit barang-barang di sepanjang bukit yang kami lalui tadi.

Permandangan sisi

Kota Paris

Pemuzik jalanan di tengah-tengah anak tangga

Di puncak


Pasar di sepanjang puncak

Sepanjang pasar

Saya suka sangat, tapi mahal :(

Antara yang dijual

Square Nadar, di sekitar Bukit Montantre

Banyak pokok togel yang indah.
Subhanallah!

:)

Usai membeli, kami terus patah balik ke Metro untuk ke Arc De Triomphe. Baiklah, saya akan sambung di entry seterusnya :). Nantikan ya.

Bajet setakat ini :
Tiket : €63
Tandas : €0.40
Metro : € 6.45
Ole-ole : €40 (termasuk €10 yang 'tertipu').

Total : € 109.85


Nota : Permulaan yang banyak diuji Allah, tetapi lebih banyak bantuan Allah selepasnya :). Nantikan sambungannya ye :).

Jantung hatiku : CINTA hadir, tanpa dipaksa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Indahnya musim salju

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt

Bertemu kembali, di kedinginan malam Jumaat kedua di tahun 1433H. Entry ke 3 untuk minggu ni. Rajinnya saya kemas kini blog tercinta ni kan? Compensate entry sebelum ni yang kurang signifikan untuk pembacaan umum. Baiklah, sedari awal pagi semalam, hampir 4kali saya terjaga dari tidur kerana kesejukan. Walaupun dah berpopia dalam duvet masih terasa sejuknya, maka berlakulah aksi-aksi bersin tanpa henti yang mengakibatkan hidung menjadi merah yang mengalahkan Sang Badut :P. Tidur pun memakai sarung tangan. Aish....

Tapi itu bukan poin utama perkongsian untuk kali ni, berbalik pada tajuk asal di atas. Ibrah atau pengajaran yang boleh dikutip, disimpan, diamal serta dipraktikan di kala musim musim salju ni sangat banyak. Begitu Ar-Rahman Sang Pencipta kepada kita, musim sejuk merupakan keadaan malam yang melebihi waktu siang. Bayangkan, seawal 4 petang langit sudah gelap. Dan matahari muncul sekitar jam 8 pagi. Subhanallah, seronok kalau dapat berbungkus sepanjang hari dalam duvet dan menikmati tidur kan? beri sedikit panjang waktu rehat, Subuh sekitar 6 - 6.30 pagi baru masuk. Jika terlewat bangun untuk qiamulail pun, jam 5.45pagi masih boleh laksanakan jugak kan? Bahkan Isya' pula masuk sekitar 5.30 petang. Makan malam pun selalu jam 7 atau 8.Jadi, agak lenggang dan santai untuk selesaikan ibadat sebelum melakukan aktiviti lain. Menarik kan?

Cuba tanya pada diri kita, bila disebut tentang musim sejuk, apakah yang terlintas? Saya pasti jawapannya mesti SALJI, kot tebal dan boots yang cantik & bergaya kan? Semua tu hanya fizikal saja, tapi ada 1 yang lebih penting iaitu nikmat untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Allah izin, tempoh untuk solat malam lebih panjang bahkan dari sudut latihan 'diet' iaitu puasa juga lebih singkat. Bukankah ia sangat menyeronokan? Pasti kita akan rasa gembira dan bersemangat nak amalkan puasa sunat atau ganti atau nazar dan sebagainya. Nampak tak nikmat Allah beri selain nikmat sejuk dan nikmat salji tu?

Mari kita beristigfar dan tarik nafas dalam-dalam, dari kita mengeluh sejuk menyusuk ke tulang, lebih baik kita rebut anugerah dan hadiah Allah di musim sejuk ni. Ambil kesempatan dan menjadi orang yang tamak dalam mendekatkan diri dengan Allah Subhanahuwa ta'ala. Keluarlah dari kepompong keseronokan yang luaran saja yakni salji dan sebagainya tetapi ambillah keutamaan menjadi hamba yang lebih hampir dengan Allah sebagai ganjaran untuk diri sendiri.

Lagi satu, bila musim sejuk ni malas pun menjadi sahabat baik kita. Tetapi ada malas yang baik iaitu malas untuk kerap keluar (siang yang pendek) sekali gus memberi peluang menyimpan wang kahwin untuk kegunaan sendiri. Bahagiakan? Pandang sesuatu dari sudut positif, kita akan dapat yang positif. Begitulah sebaliknya. Jadi jangan merungut tentang sejuk saja, tapi belajarlah erti kesyukuran!
Sampai di sini dulu, mahu merehatkan mata :).

Nota : Moga jaulah ke Kota Cinta dipermudahkan :). Doakan perjalanan saya, pasti saya akan merindu =).

Jantung Hatiku : “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya rindu senyuman sendiri...

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

*Rajin Cik SNS kemas kini blog ya?* sigh!
Kali ni tak memberi apa-apa manfaat pun. Jadi tak perlu membacanya.

Memetik sedikit bait-bait lirik lagu Tommy Page (A shoulder to cry on) ;

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,

When there's many thoughts and feelings that you hide.

Everyone needs a shoulder to cry on

Everyone needs a friend to rely on


Sometimes I really need someone to talk to, but pathetically I've none :(. Kebelakangan ini, inbox FB agak penuh dengan catatan sahabat-sahabat yang mohon kata-kata semangat dan kata-kata ransangan. Saya mengambil masa untuk menyusun kata-kata membalas setiap satunya sebab saya sendiri pun bukan orang yang paling sesuai untuk berikan semangat. Saya sendiri kadang-kadang terumbang ambing hatinya.

Jadi, saya selalu kena sematkan di hati, tampal perkataan ini kuat-kuat di dahi 'La Tahzan, innallaha ma'ana'. Allah sentiasa mahu berikan saya sesuatu yang terbaik. Saya nak berkongsi cerita dengan seseorang tapi dalam pada masa yang sama, saya sendiri tak tahu nak meluahkan bagaimana. Sampaikan saja pada Allah dan mudah-mudahan bolakan hati ini sentiasa ditetapkan hatinya ke jalan Allah.

Bagi yang dari dulu mengikuti blog saya, tentu tau lagu ni. Saya selalu kongsikan bila hati saya terumbang ambing begini. Saya selalu dengar lagu ni dulu sejak zaman kolej :).


Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Hm, saya cuma manusia biasa yang adakala akan rasa sedikit duka. Janganlah melihat saya sangat tenang orangnya :). Saya juga perlukan teman untuk melepaskan sedikit lelah di hati.

Dulu, penat macam mana pun saya pandai juga senyum

Sekarang saya rindu nak senyum

Jomlah =)

“Jangan kamu berputus asa daripada pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat (atau pertolongan) Allah melainkan orang-orang kafir” (Surah Yusuf: Ayat 87).

Jantung Hatiku : H O M E S I C K tiada kapsul ubat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Tuesday

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt.


=)

Nota : Suka hati je Wordless Tuesday kan, selalu Wednesday. Ala, biasalah saya. Kena lain dari yang lain siket kan? Opss, ni bukan wordless dah :P

Jantung hatiku : BTH lagi, moga jaulah kali ni sarat dengan ilmu dan melihat kebesaran Allah :). Doakan perjalanan saya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allah selalu bantu =)

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt
Cahaya Hati

Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah Engkau
Biarkan hamba-Mu menangis
Kerna kemurahan-Mu
Kerna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa jiwa yang rela
Dia kekasih-Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala

Setiap makhluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Segala puji-pujian hanya untukNYA, selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Hampir setiap hari saya akan berjaga malam, jarang sekali tak bangun. Waktu yang kerap kali terjaga sekitar 12am, 2am dan 4am. Bergantung pada waktu tidur saya. Bagaikan rutin kebarangkaliannya. Tak mungkin masih jetlag kan? Tapi bila difikir-fikir kembali, mudahnya Allah bantu saya. Bantu untuk bangun malam dan 'tanda' untuk dimanfaatkan. Walaupun pada mula-mula dulu, saya akan cuba untuk terus tidur semula selepas bangun minum air tetapi makin lama makin saya cuba kuatkan hati untuk bangun dan terus mengambil wudhu' dan melakukan qiamulail. Alhamdulillah, semakin hari semakin rasa gelisah bila mana meninggalkan qiamulail walau satu malam. :(. Moga istiqomah dan dalam peliharaan Allah selalu. Saya takut saya jauh sangat dengan DIA. Saya mohon agar lebih kusyu' dalam beribadat kepadaNYA, dijauhkan dari fitnah dunia dan segala amal ibadat diterimaNYA.

Memandangkan di musim sejuk ini Subuh masuk jam 6am dan akan makin lewat setiap hari, jadi saya akan dirikan solat-solat sunat sekitar 5.30am dan sambung mengaji sementara menunggu Subuh. Jujurnya, bila dipraktikan hari-hari, bila sehari ditinggalkan (terlewat sedar), saya rasa sangat tak senang hati dan perasaan bersalah membuak-buak. Ya Allah, manisnya perasaan yang Allah hadirkan untuk saya. Malu rasanya bila tak tunaikan apa yang digalakkan dan yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam. Catatan ini, untuk meningkatkan kualiti diri saya dan mohon dijauhkan sifat-sifat ujub, riak. Nauzubillah! Saya masih dalam peringkat meningkatkan rohani dan hati saya untuk terus lebih dekat dengan Allah.

Moga saya teguh dan istiqomah, dan ini antara azam yang saya hendak capaikan untuk 1433H. Khatam al-Quran lagi dan amalkan qiamulail serta solat sunat dhuha. Doakan saya tak leka ya! Saya selalu kagum dengan mak saya, mak yang pandai masak serba serbi walaupun seorang suri rumah tangga yang menyara 7 anak. Setiap malam tak pernah tinggal solat malamnya, setiap tiba hari kebesaran Islam pasti mak akan telefon setiap anak-anaknya untuk ingatkan dan amalkan ibadat-ibadat sunat. Dan, hari ni alhamdulillah saya dah selamat berpuasa di 9 Muharram, esok pula 10 Muharram (Asyura), moga sampailah hajat untuk berpuasa. Pesanan mak beberapa lalu sewaktu bercakap di telefon, itulah ingatannya agar berpuasa sunat. Ya Allah, Kau panjangkan umurnya agar dia mampu memberi peringatan-peringatan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mak terlalu banyak memperngaruhi gaya hidup saya, saya sayang mak sangat-sangat. Rasa ingin peluk dia sekarang!

Mutabaah 'Amal saya.
Moga jadual ini makin 'cantik' dan semakin baik isi dan targetnya

Zaman belajar dulu, sangat tekun ikut jadual belajar. Sekarang kena kembali tekun untuk jadual menjadi hamba Allah yang cemerlang pula.

Oh ya, doakan saya supaya rajin mengemas kini blog yang penuh informasi berguna ya :) Terima kasih untuk semua yang sudi bertandang, moga Allah sentiasa limpahkan kasih sayangNya buat semua!

Nota 1 : Dah masuk surah Al-Hijr, moga bacaan mengikut tartil dan tafsirnya dengan tekun :).

Nota 2 : Nyla (setahun 5bulan) sudah pandai sebut alif ba ta :). Masa saya terbang ke sini, dia masih bayi. Bila saya pulang cuti pula, dia dah pandai berjalan. Kini, dah pandai nak mengaji. Moga jadi anak yang solehah untuk umi dan papa ye! Maksu rindu Adik.

Jantung Hatiku : “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syarat-syarat jika ingin melakukan dosa.

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt

Salam Saiyidul Ayyam pertama di tahun 1433H. Apa khabar iman dan kesihatan diri harini? Didoakan dalam keadaan yang cemerlang dengan izinNYA. Baiklah, memandang jadual Halaqah Cyber saya dan sahabat-sahabat berubah ke hari ni (Jumaat, jam 8.30pm), dan kebetulan dalam emel semalam tugasan saya minggu ini adalah untuk memberi Kullim / tazkirah ringkas selama 15 minit. Pagi ni usai Subuh tadi, menggoogle sedikit informasi yang boleh dibuat perkongsian. Baiklah saya kongsi di sini jugaklah.

Bicara Ahli Sufi dan Ahli Maksiat ; Ibrahim Bin Adham dan Jahdar Bin Rab'iah.

Nama lengkapnya adalah Ibrahim bin Adham bin Manshur al ‘Ijli. Ada yang mengatakan at Tamimy dan juga dikenal dengan Abu Ishaq al Balkhi. Meninggal tahun 162. Mungkin tidak ada yang banyak mengenal bahwa beliau adalah seorang pangeran dari Balakh. Seorang pangeran kaya raya dengan istananya yang megah gemilang. Kemegahannya saat itu belum ada yang menandinginya. Meskipun hidup bergelimang harta dan kekuasaan tidak membuat hati beliau lalai. Bahkan beliau terkenal sebagai orang yang taat beribadah dan sangat penyantun terhadap sesama terlebih kepada orang-orang miskin di negerinya.

Setiap Jum’at dikumpulkan para fakir miskin di depan istananya dan ditaburkannya uang dirham ke halaman istana. Ia juga gemar memberi hadiah bagi orang-orang yang dianggap berjasa serta memberi zakat dan shadaqah jariyah pada hari-hari tertentu.
Namun gemerlapnya dunia tidak dapat membuatnya bahagia dan tidak mampu menghadirkan ketenangan jiwa. Bahkan membuatnya hatinya dirundung gundah gulana. Hingga pada suatu malam, saat penghuni istana sedang tidur terlelap, dia meninggalkan istana dengan menyamar sebagai seorang papa. Baginya, kehidupan yang fana ini semakin diteguk semakin merasa haus. Akhirnya sang pangeran meninggalkan semuanya.

Pada suatu hari Ibrahim bin Adham didatangi oleh seorang lelaki yang gemar melakukan dalam kemaksiatan, sering mencuri, selalu menipu, dan tak pernah bosan berzina. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabi'ah. Ia meminta nasihat kepada Ibrahim agar dia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya. Dia berkata, "Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku nasihat dan cara yang terbaik untuk menghentikannya!"
Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, "Jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang ku berikan, Maka kau boleh melakukan maksiat."Tentu saja dengan penuh rasa keinginan nak tahu . Jahdar kembali bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, ya Aba Ishak?"

SYARAT PERTAMA:


Jika engkau melaksanakan atau melakukan perbuatan maksiat, janganlah kau memakan Rezeki Allah," ucap Ibrahim. Mendengar itu Jahdar mengerutkan dahinya lalu berkata, "Lalu dari mana aku mahu makan? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?"

"Benar," jawab Ibrahim dengan tegas. "Bila engkau telah mengetahuinya, masih pantaskah engkau memakan rezeki-Nya, sementara kau terus menerus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintahnya?". "Baiklah," jawab Jahdar tampak menyerah.

SYARAT KEDUA:

Kemudian apa syarat yang kedua?". "Kalau kau berbuat maksiat kepada Allah, janganlah kau tinggal di bumi-Nya," kata Ibrahim lebih tegas lagi. Syarat kedua ini membuatkan Jahdar tambah terkejut. "Syarat ini lebih hebat lagi. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?"

"Benar wahai hamba Allah. Kerana itu, fikirkanlah baik-baik, apakah kau masih pantas memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sementara kau terus berbuat maksiat?" tanya Ibrahim."Kau benar Aba Ishak," ucap Jahdar kemudian. "Lalu apa syarat ketiga?" tanya Jahdar.


SYARAT KETIGA:

Kalau kau masih bermaksiat kepada Allah, tetapi masih ingin memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, maka carilah tempat tersembunyi yang tak terlihat olehNya. Syarat ini membuat lelaki itu terperanjat. "Ya Aba Ishak, nasihat macam mana ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rezeki-Nya, tinggal di bumi-Nya, dan terus melakukan maksiat kepada-Nya, pantaskah kau melakukan semua itu?" tanya Ibrahin kepada Jahdar yang masih tampak bingung dan terperanjat. Semua ucapan itu membuat Jahdar bin Rabi'ah tidak terkata dan membenarkannya. "Baiklah, ya Aba Ishak, lalu katakan sekarang apa syarat keempat?"


SYARAT KEEMPAT:


"Jika malaikat maut hendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya bahawa engkau belum mahu mati sebelum bertaubat dan melakukan amal saleh." Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyedari semua perbuatan yang dilakukannya selama ini. Dia kemudian berkata, "Tidak mungkin... tidak mungkin semua itu aku lakukan."

"Wahai hamba Allah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari kemurkaan Allah?" Tanpa banyak komentar lagi, ia bertanya syarat yang kelima, yang merupakan syarat terakhir. Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasihat kepada lelaki itu.


SYARAT KELIMA:


Yang terakhir, bila malaikat Zabaniyah hendak menggiringmu ke neraka di hari kiamat nanti, janganlah kau ikut bersama dengannya dan menjauhinya!" Lelaki itu nampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasihatnya. Ia menangis penuh penyesalan dan keinsafan. Dia berkata sudah pasti malaikat tidak akan membiarkan aku menolak keputusannya. Dengan wajah penuh sesal ia berkata,

"Cukup…cukup ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tidak sanggup lagi mendengarnya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah."
Jahdar memang menepati janjinya. Sejak pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham, ia benar-benar berubah. Ia mulai menjalankan ibadah dan semua perintah-perintah Allah dengan baik dan khusyu'.
__________________________________________________________

Setiap hari bila membaca berita-berita di akhbar online, tak pernah TIADA kisah tanpa perbuatan keji, khianat dan maksiat. Semoga kisah di atas, sedikit sebanyak memberi kita keinsafan dan pengajaran untuk tidak melakukan kejahatan di muka bumi Allah. Tiada satu pun hak milik kita melainkan Allah yang punya.


“Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba,
dia dicemar manusia yang jahil ketawa”

Ingat bait-bait lirik itu? Hm, Bumi di dalam genggaman tangan kita sekalipun, ia masih kepunyaan ALLAH.
Saya akhiri entry kali ini dengan sebuah lagu daripada Rabbani. :)



Jantung Hatiku : Jangan angkuh, sombong dengan apa yang kita ada!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Diari baru.. Cerita baru?

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Hari ni 26 Nov, tarikh yang saya ingat hari jadi Dr.Siti. Rupanya, saya tersilap kiraan :P. Terlajak 3hari pula, jadi untuk muqadimmah entry kali ni saya ingin mengucapkan Happy Belated Birthday K.Siti. (nak juga tulis 26 haribulan ni). Moga Allah membalas segala jasa baik akak sepanjang saya di bumi asing ini.

Kek Coklat Kukus Keju Koktel :).
Saya tak tau kegemaran akak :( T_T.
Saya harap akak sukakanya.
To My Sister,
For happy times shared through the months,
For love, the laughter and cheers,
For the special things only you can do,
I Thank you :).
I love you lillahi ta'ala <3
__________________________________________________________

1 Muharram datang lagi,
Berakhir lagi 355 hari,.
Renungi dan selami hati,
Apakah azam sudah dituruti?

1433H kini,
Hijrahlah diri,
Mengharap kasih suci,
Mengapai redha Illahi..

Berkatilah kami,
Terangilah jiwa ini,
Suluhi jalan kami,
Kuatkan hati kami...

Usai Maghrib tadi dengan bacaan doa awal tahun, maka bermulalah pertukaran diari baru. Diari lama yang begitu banyak tompok-tompok hodoh, harus diperhias dengan indah untuk diari baru ni. Azam baru? Sudahi azam yang lama. Azam lama? Untuk mempunyai azam yang baru. Ehe, bagaikan roda saja ayat-ayatnya. Alhamdulillah, tinggal 1 saja azam lalu belum tertunai. Perlu carry forward ke 1433H lah jawabnya :P. Bila saya renung kembali, saya sekarang adalah apa yang saya angankan 5 tahun lalu. Ya, 5 tahun lalu. Setiap tahun bahkan hampir setiap hari saya punya angan-angan dan azam yang baru malah saya akan berusaha untuk laksanakan satu-satunya. Allah hadiahkan bila tiba dan sampai waktunya dengan kaedah yang kadang kala tak disangka-sangka. Subhanallah, begitu kasih dan sayangnya Allah pada hambaNYA. Malu kalau tidak bersyukur dengan nikmatNYA.

Salam Muharram 1433H :). Menjangkau usia 25 untuk perkiraan Hijrah, moga sentiasa dilindungi diri dari hasutan syaitan! Moga menjadi hamba yang taat dan lebih baik setiap hari, moga menjadi anak yang sentiasa menyayangi kedua orang tua dan orang-orang yang lebih usia, moga menjadi adik yang terbaik dan makcik yang penyayang serta moga tercapai untuk menjadi isteri yang solehah. Moga kembali ber'hijrah' ke tanah air! "Andai rasa diri lemah di perjalanan hijrahmu. Sendirian tanpa mampu, mohonlah pada Tuhanmu"......

Cerita baru? Kita tunggu dululah :).

Nota : Hm, terasa ingin berkongsi pengisian Daurah Dakwah Fardhiyyah tempoh hari. Untuk entry berikutnya barangkali :).

Jantung Hatiku : Moga ALLAH perkenankan hajat-hajat yang disimpan rapi di lubuk hati dan disampaikan melalui setiap titipan doaku. Ameen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Autumn 2011

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt

Remember Just Remember...
When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember
Allah is The Kind.

When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember
Through the darkness,
Allah is The Light.

When nothing makes sense
And your heading for demise
Remember just remember
It doesn't make sense,
but Allah is The Wise.

When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember
Allah won't hurt you,
He is The Fair.

When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Remember just remember
Allah Sees it all.

When you are weak
And the road seems long
Remember just remember
Seek strength from The Strong.

When life is a burden
And everything is unstable
Remember just remember
Allah is The Able.

When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember
Allah is The Only Guide.

When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Remember just remember
Allah is always ready to hear.

When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Remember just remember
Allah is The Rich.

When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Remember just remember
You can always run to The One.

And when your scars are hurting
And your heart is in fear
Remember just remember
Allah is really here.


Menolak lebih sukar dari menerima atau menerima lebih payah dari menolak. Pilihan anda? Bagi saya ia bergantung pada situasi, tetapi jangan salahkan situasi itu kerana dalam keadaan yang matang pemikiran yakni selepas istikharah dan berserah kepada Allah, adakala menolak itu lebih baik dari terus menerima walaupun pada masa itu kita amat memerlukannya. Hipotesis mudah saya mungkin belum masa atau ada peruntukan yang lebih baik di kemudian hari. Tetapi risiko di kemudiannya agak kritikal : Soalannya, apabila menolak akan ada lagikah orang yang akan bertanya lagi? Aish, kembalilah pada pemikiran matang dengan yakin kepada Allah! Bukan yakin di mulut atau di jari semata tetapi di teguh di hati. Proses menunggu, menanti dan mengharap sangat perit. Saat kita memberontak mahukan itu ini, durasi untuk menunggu itulah yang menyeksa kita.

Agak lama saya berfikir melontarkan kata-kata di sini, bukan apa, bagi saya topik ni sungguh berat untuk saya coretkan pendapat mahupun cerita. Sungguhlah topik cinta ni agak kekok untuk saya berkongsi. Tapi itulah proses untuk menjadi lebih matang dari segi pemikiran dan kawalan emosi.
Tertarik dengan mesej yang diterima lebih setahun dulu, walaupun bukan kali pertama mesej-mesej seumpama ini masuk ke inbox saya tapi yang ini agak memberikan kesan di kotak memori saya. Rasanya semua sedia maklum kisah abah sekitar awal tahun lalu kan? Di waktu itulah ada beberapa orang yang bertanya-tanyakan tentang status diri, walaupun waktu itu (hingga kini pun) masih sendirian, tiada satu pun kata YA yang saya berikan atas sebab-sebab yang tak mahu saya kongsikan. Dalam keadaan sibuk dengan urusan hospital, abah dan emosi yang tidak stabil mana mungkin saya bersedia menggalas tanggungjawab berkeluarga walhal saya pernah terlintas untuk memiliki sebuah keluarga seawal usia 20an. Itulah hikmah pertama yang saya dapat, Allah mahu saya belajar menjadi insan yang lebih kuat menghadapi dugaan kesihatan abah ketika itu.

Di saat saya di tahun akhir, ketika itu saya baru lepas ward rounding dan baru saja meletak punggung ke kerusi, mak menelefon memberitahu abah jatuh dan patah tangan. Berderau jantung bagai nak luruh, saya minta izin Ketua Fisio untuk pulang melihat abah. Syukurlah penempatan di sem terakhir hanya di KKB (walaupun sedikit kecewa pada mulanya dapat di situ). KKB dan Kampar cuma mengambil masa 1jam 15min dan trennya hanya ada waktu tengah hari dan petang saja. Dengan izin Allah, saya sempat mengambil tren tengah hari itu.
Tamat kolej pula, menemani abah dan mak untuk pemeriksaan susulan abah hingga dikesan ketumbuhan di paru-paru. Dan akhirnya Mac tahun lalu, abah menjalani 3 pemedahan major dalam tempoh kurang sebulan. Keluar masuk ICU, HDU dan dalam keadaan koma dan separa sedar. Semuanya berlaku di depan mata :(. Merawat abah sendiri di IJN bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, saya sendiri sukar melawan emosi terumbang ambing ketika itu. Hanya Allah sajalah yang tahu, hanya Allah sajalah yang mengerti perasaan dan gelora jiwa yang datang saat itu. Mana mungkin masa tu saya boleh membuat keputusan soal jodoh kan? Dan paling menyedihkan bila ada hati-hati yang sarat dengan hasad dengki mencemuh dan membuat musuh kerana seorang lelaki, bertambahlah bebanan untuk ditanggung. Saat itulah, dunia bagai menimpa-nimpa diri, saya perlukan sokongan tapi yang hadir hanyalah duka dan pilu.

Dan akhirnya, hingga kini saya masih lagi dalam status MENANTI :). Allah mahu berikan saya insan yang benar-benar bertanggungjawab menggalas komitmen sebagai suami. Saya bukan sombong untuk menjadi teman kaum Adam, tetapi malu itu perisai diri dan saya tak mahu 'curang' dengan suami saya nanti dan paling bahana andai saya jauh dari landasan cinta kepada Allah yang lebih utama. Bukan saya seorang yang sukar didekati, tetapi saya lebih selesa begini. Takut menjadi fitnah buat arjuna di luar nanti. Maaf, saya cuma menanti suami dan bapa mithali yang mampu saya jawab YA bila ditanya nanti.


Ini kisah lebih setahun yang lalu, saya rindu ukhuwwah bersama doktor tersebut.
Kalau kita doakan kebahagiaan orang lain, inshaAllah kita akan bahagia.

Apahal tajuk musim luruh tapi berkisah tentang gelora hati kan? Baiklah, saya kongsi sedikit suasana musim luruh di London. Biarkan gambar bercerita :)
Silent Love...
You don't have to LOVE in WORDS because it is not a thing to UNDERSTAND,
It is feel and listen simultaneously the rhythmic of HEART beats.
Rain or shine,
Moon or sun,
We are too far apart with boundaries,
Yet we are too close in harmony hearts.
I am not waiting for LOVE,
LOVE is endless mystery, it waits to be accepted.....

Liku perjalanan itu
Adakala mengukir kedut di wajah
Pahit, perit, payah dan lelah
Terhenti di persinggahan
Abdikan diri meminta simpati
Tiada yang peduli selain DIA
Rayuku hanya satu
Jangan biarkan aku sendiri
Tak mampu sepi tanpaNYA....
Yang berjasa : Tripod tanah :)

Dedaun kekeringan yang gugur
Lemas di lantai bumi
Dulu gah kehijauan di langit
Tiba masanya kembali sembah bumi

Langkah di taman ini
Terangkai bunga tanda
Cinta murni adanya
Tetapi kekasih pun tiada
Muncul hapus rinduku
Yang berjasa : Tripod tanah :)

Abstraks
Sebiru langit itu...
Sekuning dedaun itu...
Pasti akan merindui warna-warni hidup ini

=)

An Empty Bench...
Sebuah Bangku Kosong....
Hanya ditemani dedaun yang gugur ke bumi
Mungkin tiada siapa yang peduli
Mungkin tiada apa yang menarik hati
Sugul dan sunyi
Persis sang hati
Mengapa terbiar sepi?
Argh, mengapa tiada yang bersimpati?
Diamati, direnungi...
Bukankah Tuhan tidak pernah mencipta sesuatu tanpa fungsi?
Mengapa masih pesimis diri?
Jangan rompongkan hati dengan menyendiri.....
Kembalilah kepada Illahi...
Jangan ditanya mengapa bangku kosong menjadi pilihan :)

Oklah, cukup itu dulu ya :). Kenapa bangku kosong menjadi pilihan? Gambar profil FB saya kan saya duduk di kerusi tu :P.
Oh ya, nak kongsi video ni :


Dan saya ada satu Ujian Personaliti Diri. Boleh jawab di komen atau pun boleh terus PM saya di FB :).
Dari tindak-taduk soalan dan kepentingan sesuatu keadaan, kita dapat mengenal pasti personaliti kita. Tiada fakta atau teori yang menyatakan ini seratus-peratus (100%) benar, ini cumalah satu soalan ramalan yang dibuat oleh pihak yang kretif dan telah dikaji. Mari kita lihat personaliti kita.Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

Ada 5 perkara berlaku serentak:
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Soalan: Antara lima (5) perkara tersebut, perkara yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan atau diuruskan terlebih dahulu. Anda perlu susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Bayangkan situasi anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang, fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda, perkara-perkara tersebut mestilah diselesai kan.
Jawab dulu, nanti saya akan bagi jawapan secara personal kepada penjawab :).

Nota : Dah lebih setahun rupanya tiada siapa yang sudi bertanyakan lagi :D Moga akan hadir bila tiba masanya nanti...


Jantung Hatiku : M E N A N T I , ALLAH akan beri bila sampai saatnya nanti =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS