Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Indahnya musim salju

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt

Bertemu kembali, di kedinginan malam Jumaat kedua di tahun 1433H. Entry ke 3 untuk minggu ni. Rajinnya saya kemas kini blog tercinta ni kan? Compensate entry sebelum ni yang kurang signifikan untuk pembacaan umum. Baiklah, sedari awal pagi semalam, hampir 4kali saya terjaga dari tidur kerana kesejukan. Walaupun dah berpopia dalam duvet masih terasa sejuknya, maka berlakulah aksi-aksi bersin tanpa henti yang mengakibatkan hidung menjadi merah yang mengalahkan Sang Badut :P. Tidur pun memakai sarung tangan. Aish....

Tapi itu bukan poin utama perkongsian untuk kali ni, berbalik pada tajuk asal di atas. Ibrah atau pengajaran yang boleh dikutip, disimpan, diamal serta dipraktikan di kala musim musim salju ni sangat banyak. Begitu Ar-Rahman Sang Pencipta kepada kita, musim sejuk merupakan keadaan malam yang melebihi waktu siang. Bayangkan, seawal 4 petang langit sudah gelap. Dan matahari muncul sekitar jam 8 pagi. Subhanallah, seronok kalau dapat berbungkus sepanjang hari dalam duvet dan menikmati tidur kan? beri sedikit panjang waktu rehat, Subuh sekitar 6 - 6.30 pagi baru masuk. Jika terlewat bangun untuk qiamulail pun, jam 5.45pagi masih boleh laksanakan jugak kan? Bahkan Isya' pula masuk sekitar 5.30 petang. Makan malam pun selalu jam 7 atau 8.Jadi, agak lenggang dan santai untuk selesaikan ibadat sebelum melakukan aktiviti lain. Menarik kan?

Cuba tanya pada diri kita, bila disebut tentang musim sejuk, apakah yang terlintas? Saya pasti jawapannya mesti SALJI, kot tebal dan boots yang cantik & bergaya kan? Semua tu hanya fizikal saja, tapi ada 1 yang lebih penting iaitu nikmat untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Allah izin, tempoh untuk solat malam lebih panjang bahkan dari sudut latihan 'diet' iaitu puasa juga lebih singkat. Bukankah ia sangat menyeronokan? Pasti kita akan rasa gembira dan bersemangat nak amalkan puasa sunat atau ganti atau nazar dan sebagainya. Nampak tak nikmat Allah beri selain nikmat sejuk dan nikmat salji tu?

Mari kita beristigfar dan tarik nafas dalam-dalam, dari kita mengeluh sejuk menyusuk ke tulang, lebih baik kita rebut anugerah dan hadiah Allah di musim sejuk ni. Ambil kesempatan dan menjadi orang yang tamak dalam mendekatkan diri dengan Allah Subhanahuwa ta'ala. Keluarlah dari kepompong keseronokan yang luaran saja yakni salji dan sebagainya tetapi ambillah keutamaan menjadi hamba yang lebih hampir dengan Allah sebagai ganjaran untuk diri sendiri.

Lagi satu, bila musim sejuk ni malas pun menjadi sahabat baik kita. Tetapi ada malas yang baik iaitu malas untuk kerap keluar (siang yang pendek) sekali gus memberi peluang menyimpan wang kahwin untuk kegunaan sendiri. Bahagiakan? Pandang sesuatu dari sudut positif, kita akan dapat yang positif. Begitulah sebaliknya. Jadi jangan merungut tentang sejuk saja, tapi belajarlah erti kesyukuran!
Sampai di sini dulu, mahu merehatkan mata :).

Nota : Moga jaulah ke Kota Cinta dipermudahkan :). Doakan perjalanan saya, pasti saya akan merindu =).

Jantung Hatiku : “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: