Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Allah selalu bantu =)

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt
Cahaya Hati

Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah Engkau
Biarkan hamba-Mu menangis
Kerna kemurahan-Mu
Kerna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa jiwa yang rela
Dia kekasih-Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala

Setiap makhluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Segala puji-pujian hanya untukNYA, selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Hampir setiap hari saya akan berjaga malam, jarang sekali tak bangun. Waktu yang kerap kali terjaga sekitar 12am, 2am dan 4am. Bergantung pada waktu tidur saya. Bagaikan rutin kebarangkaliannya. Tak mungkin masih jetlag kan? Tapi bila difikir-fikir kembali, mudahnya Allah bantu saya. Bantu untuk bangun malam dan 'tanda' untuk dimanfaatkan. Walaupun pada mula-mula dulu, saya akan cuba untuk terus tidur semula selepas bangun minum air tetapi makin lama makin saya cuba kuatkan hati untuk bangun dan terus mengambil wudhu' dan melakukan qiamulail. Alhamdulillah, semakin hari semakin rasa gelisah bila mana meninggalkan qiamulail walau satu malam. :(. Moga istiqomah dan dalam peliharaan Allah selalu. Saya takut saya jauh sangat dengan DIA. Saya mohon agar lebih kusyu' dalam beribadat kepadaNYA, dijauhkan dari fitnah dunia dan segala amal ibadat diterimaNYA.

Memandangkan di musim sejuk ini Subuh masuk jam 6am dan akan makin lewat setiap hari, jadi saya akan dirikan solat-solat sunat sekitar 5.30am dan sambung mengaji sementara menunggu Subuh. Jujurnya, bila dipraktikan hari-hari, bila sehari ditinggalkan (terlewat sedar), saya rasa sangat tak senang hati dan perasaan bersalah membuak-buak. Ya Allah, manisnya perasaan yang Allah hadirkan untuk saya. Malu rasanya bila tak tunaikan apa yang digalakkan dan yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam. Catatan ini, untuk meningkatkan kualiti diri saya dan mohon dijauhkan sifat-sifat ujub, riak. Nauzubillah! Saya masih dalam peringkat meningkatkan rohani dan hati saya untuk terus lebih dekat dengan Allah.

Moga saya teguh dan istiqomah, dan ini antara azam yang saya hendak capaikan untuk 1433H. Khatam al-Quran lagi dan amalkan qiamulail serta solat sunat dhuha. Doakan saya tak leka ya! Saya selalu kagum dengan mak saya, mak yang pandai masak serba serbi walaupun seorang suri rumah tangga yang menyara 7 anak. Setiap malam tak pernah tinggal solat malamnya, setiap tiba hari kebesaran Islam pasti mak akan telefon setiap anak-anaknya untuk ingatkan dan amalkan ibadat-ibadat sunat. Dan, hari ni alhamdulillah saya dah selamat berpuasa di 9 Muharram, esok pula 10 Muharram (Asyura), moga sampailah hajat untuk berpuasa. Pesanan mak beberapa lalu sewaktu bercakap di telefon, itulah ingatannya agar berpuasa sunat. Ya Allah, Kau panjangkan umurnya agar dia mampu memberi peringatan-peringatan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mak terlalu banyak memperngaruhi gaya hidup saya, saya sayang mak sangat-sangat. Rasa ingin peluk dia sekarang!

Mutabaah 'Amal saya.
Moga jadual ini makin 'cantik' dan semakin baik isi dan targetnya

Zaman belajar dulu, sangat tekun ikut jadual belajar. Sekarang kena kembali tekun untuk jadual menjadi hamba Allah yang cemerlang pula.

Oh ya, doakan saya supaya rajin mengemas kini blog yang penuh informasi berguna ya :) Terima kasih untuk semua yang sudi bertandang, moga Allah sentiasa limpahkan kasih sayangNya buat semua!

Nota 1 : Dah masuk surah Al-Hijr, moga bacaan mengikut tartil dan tafsirnya dengan tekun :).

Nota 2 : Nyla (setahun 5bulan) sudah pandai sebut alif ba ta :). Masa saya terbang ke sini, dia masih bayi. Bila saya pulang cuti pula, dia dah pandai berjalan. Kini, dah pandai nak mengaji. Moga jadi anak yang solehah untuk umi dan papa ye! Maksu rindu Adik.

Jantung Hatiku : “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: