Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Alangkah indah dan bahagianya punya anak

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

"Absence makes the heart grow fonder"
means that the time you spend away from one you love makes you love that person even more
(bila berjauhan, cinta & kasih sayang akan makin bercambah)

=) sematkan insan-insan yang tersayang di hati.
Senyum juga mampu meredakan hati yang mabuk rindu =)

Bila berjauhan, mungkin baru kita akan sedar tahap kasih sayang kita terhadap sesuatu tu. Saya bukan seorang yang mudah mengekspresikan kata-kata manis ; amat sukar meluahkan ungkapan 'sayang' tu untuk yang berhak. Tetapi saya lebih suka secara penulisan :). Tanyalah kepada mak saya, amat payah untuk saya lafazkan kata-kata cinta untuk dia. Bagi saya, untuk melafazkan ungkapan itu perlu terkesan di hati insan-insan yang saya sayang. Biar sekali tetapi sampai ke hati mereka, bukan berkali-kali tetapi bagai sekadar ungkapan biasa yang langsung tak tersentuh di hati penerima. Apa yang disampaikan dari hati insyaALLAH akan sampai ke hati. Itu matlamat dan harapan saya bila saya bercakap.
Saya ni insan yang serba kekurangan, sukar meluahkan secara pertuturan :(. Tapi hati saya penuh cinta :) Siti sayang mak!
Hm, saya rindu sangat kat keluarga di Malaysia. Bila rindu mulalah tatap wajah kesayangan hamba di lappy. Dibelek satu persatu gambar berulang. Saya melihat pekembangan mereka dari kejauhan. Hati kena kuatlah, walaupun selalu terumbang ambing. Alangkah indah dan bahagianya punya anak! Anak akan selalu merindu mak abahnya.

Hm, kalau nak dihitung dan dicerita soal rindu sampai bila pun tak habis. Cuma saya nak dedikasikan ucapan yang sangat kelewatan untuk 'Princess I' saya.Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 4 buat Zara Danisha Aiza. Anak saudara pertama saya yang makin membesar dengan bijaksana. Hari ni 17.10.2011 merupakan hari pertama dia ke Sekolah Tahfiz. Moga jadi muslimah solehah yang menyejukkan hati umi dan papa yer. Jadi kakak yang penyayang dan terbaik untuk adik-adik, sentiasa dengar cakap semua orang. Ucu sayang kakak sangat-sangat. Ucu lihat kakak membesar dari kejauhan di sini tapi inshaALLAH, sentiasa Ucu doakan yang terbaik untuk kakak. Katanya mahu jadi doktor, mudah-mudahan menjadi doktor hafizah yang mampu menghafal Al-Quran dan dalami maknanya. Ucu sayang kakak.

Kakak ceria di hari pertama ke Sekolah Tahfiz nya :)

Adik comel nak pergi jemput Kakak dari Sekolah Tahfiz

Bila melihat tumbesaran anak-anak saudara, kadang-kadang terasa teringin sangat nak punya anak. Ehem, ayah kepada bakal anak-anak saya, cepatlah cari isterimu ini :P. Abaikan, tak mudah untuk membesarkan anak-anak, tambah di zaman yang semakin maju kini. Saya kena jadi seorang anak yang terbaik untuk mak dan abah agar anak-anak saya nanti punya sifat soleh dan solehah inshaALLAH.
Moga bila besar nanti, kakak dan adik-adik baca apa yang Ucu tuliskan di blog ni :)
2008

2009
2010 : Banyak masa saya bersama dia!

Solat bersama!

Di sebalik telekung ketika di masjid

Belajar solat di usia 2 tahun

bestfriend enemy :P

sehari sebelum berangkat ke UK.
Apa persamaan kami? hehe

2011 : Ramadhan lalu, dia pakai shawl saya, saya pakai tudung dia :P


kredit : gambar HMetro

Ralat rasa hati bila membaca berita-berita yang sadis tentang pembunuhan bayi di Malaysia. Watak pembunuh yang berbeza tetapi kesnya sama. Buang di situ sana dan campak merata-rata, bangkitlah wahai manusia di tanah airku, sesungguhnya fitnah dan balanya bukan sahaja akan jatuh kepada pembuat dosa malah akan terpalit kepada semua umat Islam sama ada mereka terlibat atau tidak. Dan fitnah dan azab ini akan hanya diangkat setelah umat Islam berusaha mengembalikan keadaan mereka dan dunia kembali menyembah Allah SWT. Allahu'alam. Anak-anak yang lahir dari benih kita bukan untuk dibuat sesuka hati tetapi hasil dari tiupan cinta yang digodai oleh Syaitan namun, sekali berbuat kesilapan kembalilah bertaubat dengan membela nasib anak-anakmu! Mereka tidak bersalah, kembalilah bertaubat.
Anak itu rezeki, anak itu bakal penyelamat kita di akhirat dan anak itu peneman kita di dunia. Allahu'alam

P/S : Terkenang waktu bersama puteri-puteri comel tu ; mandi, susukan, bermain, bergaduh dan berebut-rebut Opah. Maklumlah Si Bongsu vs anak-anak saudara. Moga keluarga di Malaysia sentiasa dalam kasih sayang ALLAH.

Nota 1 : We don't know what we've got until we LOSE it, but it's true that we don't know what we've been MISSING until it arrives. Don't ever get tired of WAITING but keep on putting efforts, du'as and tawakkaltu 'alallah. Saya sedang merindu!

Nota 2 : Saya merasa sedikit cemburu.... Kenapa?

Nota 3 : Entry berikut ' Kerana Speghetti, saya jatuh hati '

Jantung Hatiku : Jom belajar ilmu rumah tangga. huuuuu :P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manusia atau BINATANG atau SYAITAN?

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Selamat berhujung minggu :). Dah hampir sebulan di Tanah Permaisuri ni, baru jejari saya gatal nak berkongsi sesuatu. Lazimnya, saya suka membaca akhbar online setiap pagi. Dan saya kongsikan salah satu berita yang saya sendiri tak terkata bila membacanya. Sedih, sayu.....

Dipetik dari : Harian Metro

Isteri dalam pantang, bapa liwat bayi 23 hari
KUALA LUMPUR, 8 Okt — Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

__________________________________________________________

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Bagaimanalah nasib kita nanti bila kita sendiri menyakiti dan menzalimi anak-anak yang bakal mendoakan kita nanti?

Jantung Hatiku : Kurniakanlah aku jodoh dan zuriat yang baik-baik...Ameen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima Kasih abang :-*)

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

*Entry ringkas dan terakhir di Malaysia, saya titipkan untuk abang tercinta*

Saya mempunyai dua orang abang, Arwah A.Epoi (Sharifuddin) dan abang (Nasriq Firdaus). Arwah A.Epoi meninggal dunia ketika saya berusia 7tahun di Arizona, USA. Di musim sejuk tahun pertama di sana, ketika bercuti selepas tamat semester pertama, dia bersama-sama sahabat-sahabatnya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa A.Epoi. Keseluruhan cerita pernah saya kongsikan di sini (klik)

" Ujian itu nikmat juga kan? Lantas, teringat kisah abang saya yang meninggal dunia di Arizona hampir 16 tahun lepas. Abang saya meninggal waktu tahun satu di Arizona, ketika cuti semester sebelum lagi sebulan mahu pulang ke Malaysia, dia dan beberapa rakannya pergi berjalan-jalan. Abang saya memandu kereta dan ketika itu waktu Subuh dan mereka singgah di sebuah masjid, cuma nasib mereka kurang baik tempat tu tiada air. Dan mereka mahu mencari masjid lain. Dan dalam perjalanan, kereta yang dipandu abang saya terbabas dan abang saya meninggal di tempat kejadian. Luka sedikit di kepala (Traumatic Brain Injury) akibat hentakan dan abang saya tercampak keluar dari kereta, dan kawan-kawan yang lain cedera parah (patah kaki dan tangan). Salah seorang kawan abang saya sempat pergi ke arah abang saya dan di sisi abang saya ada sebuah al-Quran dan abang saya sempat mengucap syahadah. Saya masih ingat, Subuh di Malaysia jugalah kami dapat berita kematian abang saya ni. Abah menjawab panggilan dan usai letak telefon, Abah panggil kami semua masuk bilik (kebetulan semua pulang ke Ipoh kecuali K.La berada di Chicago), abah sampaikan berita kematian abang saya dan masa tu saya dalam keadaan mamai cuma terlihat Mak menangis dengan sayunya. Saya kan tak boleh lihat mak menangis pun turut menangis. Tak silap saya hampir seminggu kami tunggu Mara hantar jenazah abang saya dan dikebumikan di kampung saya ! Jujur, hingga saat ini saya masih terasa abang saya masih hidup! Dia hidup di jiwa saya! Saya sayang dia, dan dia adalah anak yang sangat baik untuk Mak dan Abah! Saya harap, saya mampu menjadi anak yang baik juga untuk Mak dan abah. T__T.

Saya takut orang yang saya sayang tinggalkan saya, saya takut! Saya selalu doa agar saya yang pergi dulu sebelum orang-orang yang saya sayang! "

Saya bersyukur dikurniakan abang yang sangat menyayangi saya, menjaga saya sebaiknya dan mampu menjadi bahu untuk saya sandar serta berkongsi cerita. Walaupun dia selalu membuli, disebalik simbolik bulinya ada ibrahnya. Dia tak pernah lafaskan dia sayang saya melalui pertuturan tetapi lebih kepada tindakan.
Baru-baru ni, dia telah menghasilkan PhotoLog untuk saya di Facebook :).
Link : A Gift For My Little Sister
This album contain series of Photo Log/Photo blogging (rekaan semata,wakaka).
p/s : siti please read the description on every photo there is message specially for you. I will upload 1 picture everyday until the date u going back to London.

Gambar 1 No matter where you go there is no place like home.
Just want you to remember Malaysia can be as beautiful as any place in the world.

Gambar 2
"Budak Poyo !!"
Haha I'm mybe always mocking (mengejek / nganjing) or being offensive
(menyakitkan hati) but that just the way I'm showing my love for u sis. :)

Gambar 3
A physio ~
I will always support you in whatever you want to pursue.
Walaupun masa mula2 nak pegi london I'm the one who say don't!!
Its simply because it will be harder for me to look after you. :)

Gambar 4
Bullying~
If I always bullying you it simply because I want to train you to become a stronger women.
That the privilege that only a brother can have.
Means only me not others..
So if there is someone who trying to do anything that is wrong..
You know who to call right? :)

Gambar 5
Always remember everything that mom has told you.
I only have 1 advice for you.If there is anything never hesitate to ask me,
I'm sure you know how far I'm willing to do for the sake of our family. :)

Gambar 6
We used to fight a lot and it was arwah 'abg epoi'
is the one that make me realize how important you and our family to me.
He is the most perfect brother in the world =)
- Al-fatihah ~

Masih ada lagi gambar yang bakal menyusul :).... Terima kasih Abang, walaupun kadang-kala rasa menjengkelkan bila dibuli tapi dalam hati Siti sangat rasa bersalah bila tinggikan suara dengan abang. You're the best Abang I ever had :). xoxo! I am the lucky sister to have you as my brother.

Nota : LENSE & ROSES

Jantung Hati : Sayonara Malaysia..... Till we meet again!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Physiotherapy Day

~ sns cerita tentang ~

World Confederation For Physical Therapy was founded in 1951 and selected September 8th as World Physical Therapy Day. As readers should know, Physical Therapy also known as Physiotherapy or in malay is Jurupulih Perubatan Anggota / Fisiotherapi.
Theme of this year 'Movement For Health' has been choosen. World Physical Therapy Day falls on 8th September every year, and is an opportunity for physical therapists from all over the world to raise awareness about their crucial role in keeping people well, mobile and independent. The day was established by WCPT in 1996, and marks the date on which WCPT was founded.

What is Physiotherapy?

Physical therapists (known in many countries as physiotherapists) are experts in developing and maintaining people’s ability to move and function throughout their lives. With an advanced understanding of how the body moves and what keeps it from moving well, they promote wellness, mobility and independence. They treat and prevent many problems caused by pain, illness, disability and disease, sport and work related injuries, ageing and long periods of inactivity.

Physical therapists are educated over several years, giving them a full knowledge of the body’s systems and the skills to treat a wide range of problems. This education is usually university-based, at a level that allows physical therapists to practise independently. Continuing education ensures that they keep up to date with the latest advance in research and practice. Many physical therapists are engaged in research themselves.

Biggie Date : 21st November 2011
Batch 6 Physiotherapy (MUC)

Happy Physiotherapy Day to all my dear friends and lecturers. Happy working with joy and purest heart :). As I kept mentioned 'Pesakit Itu Amanah'. I miss and love this career so much :)

Sources : World Confederation Physical Therapy

Nota : Orang selalu cakap kerjaya ni adalah Tukang Urut. Hish3x......Tapi lagi ramai yang tak tahu menahu tentang Fisio kan? hehehe.


Jantung Hatiku : R I N D U

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syawal 1432H

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Taqabbalallahu minna wa minkum! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd. Salam Syawal buat semua Muslimin dan Muslimat yang membaca belog ini. Tahniah atas kemenangan ini dan moga-moga amal ibadat kita semua diterima dan tidak terkurang di musim perayaan ini. Kekalkanlah momentum kejayaan ini dan moga perolehi keberkatan ALLAH yang sentiasa:). Bagaimana raya kalian? Harapnya dalam keadaan yang cemerlang ya...

Alhamdulillah, raya saya tahun ni sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Kami sekeluarga beraya di Selangor (bukan di Perak) kerana K.Mila dijangka melahirkan anak ketiganya di Pusat Perubatan Prince Court pada 2 Syawal (31 Ogos 2011). Disebabkan itu, kami semua pakat untuk beraya di sini saja dan beberapa hari sebelum raya, kami pulang ke Selangor untuk persiapan hari raya kami dari Perak.
Raya pertama di rumah K.Mila ( Beranang ), kemudian berhari raya di hospital dengan kelahiran ahli keluarga baru :). Bertambah kaum hawa dalam keluarga. Sesi fotografi raya kami kira-kira jam 6.30pm :)

Mak Abah tercinta
Moga bercinta hingga ke Syurga :)
Bunga-bunga Mak Abah
usrati <3
Outdoor :)

Keluarga baru , Moga jadi anak solehah :)
Zara ___ ____
3.71kg
10.28am
Belahan bibir :)
Nak baby :P

Hari ini (6 Syawal), terasa sunyi rumah. K.la dah pulang ke Saudi pada 4 Syawal lalu, abang pula baru pulang ke Pasir Gudang. K.Mila masih di hospital bersama bayi yang sedang demam kuning. Sungguh, terasa sunyi dan kehilangan. :((. Sedih pula nak tinggalkan mak abah nanti. Tapi lumrah kehidupan yang bertemu pasti akan ada perpisahan kan? Moga bertemu lagi di tahun hadapan.
Oh ya, semalam (5 Syawal), berkesempatan berfotografi di lokasi pengembaraan filem Lagenda Budak Setan, cover album Tahajjud Cinta (Dato' Siti Nurhaliza). Memang niat abang saya nak ambil gambar saya sebelum saya pulang ke London. Untuk makluman, abang saya merupakan freelancer photographer juga. ( Lense & Roses ). Untuk apa-apa event, bolehlah hubungi LnR yer :). Gerenti puas hati.
Subhanallah, cantik kan ?
Rindu....
Biarlah dengupan jantung berirama yang sama!
Baiklah, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H, mohon ampun dan maaf seikhlas hati untuk salah silap yang tersengaja mahupun yang tersembunyi. Saya maafkan semua salah silap insan-insan yang mengenali saya. Jaga amalan, ibadat dan aurat ketika beraya. Elakkan pembaziran pahala yang mampu mengurangkan dan mencacatkan amalan kita di bulan Ramadhan lalu. Akhir kalam, kullu 'am wa antum bikhair!

Nota : Selamat Hari Raya untuk K.Siti, A.Fauzi dan anak-anak. Maaf zahir batin dan terima kasih untuk segala-galanya :)


Jantung : Makin terasa rentak yang sama :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedarkah kita?

~ sns cerita tentang ~

Salam 25 Ramadhan! Lewat malam di sini, memandangkan anak-anak saudara pun baru melelapkan mata jadi sempat membelek-belek FB dengan lebih kusyuk lagaknya :P. Maklumlah internet di kampung agak terbatas kelajuannya.

Entry ringkas sebenarnya, jam sudah 2.37 pagi ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Pertamanya, paparan berita yang penuh berita yang sangat meluat dilihat dan didengar. Kes bunuh-membunuh seperti menjadi rempah ratus dalam tontonan berita. Bapa membunuh 3 orang anak dengan menolak ke dalam sungai lalu mencuba membunuh diri. Cobaan seorang bapa yang ingin menyembelih anak setelah naik berang kereta rosak ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk beraya.
Isu Somalia dilanda kebuluran dan kematian akibat kekurangan makanan meningkat saban hari. Sedangkan kita di sini (Malaysia), mewah dengan sumber makanan terutama di bulan Ramadhan. Bazaar sana sini hingga menjadi medan bazir! Astaghfirullah....

Keduanya, sejak balik ni saya agak kerap menonton TV dan sedih menonton paparan iklan yang langsung tidak memberi pengajaran dan pelajaran kepada penonton. Rakyat Malaysia kurang kreatif menghasilkan iklan yang berpendidikan atau sekadar mengaut keuntungan? Wallahu'alam. Jangan terus menghukum saya, ada sesuatu yang ingin saya kongsikan. Iklan di bawah ini, membetulkan persepsi saya pada ayat-ayat di atas! Tonton dan nilailah, saya pasti kamu semua akan ada sedikit kesedaran. :)



Memohon maaf itu kadang kala mudah diungkapkan tetapi tidak pada memberi kemaafan. Apa ertinya meminta andai tiada balasan. Maafkanlah kesalahan orang-orang di sekeliling kita moga kesilapan kita dimaafkan oleh manusia lain. Salah dengan Allah, boleh meminta keampunan. Salah dengan manusia, kita harus selesaikan dengan manusia usai dengan Allah. Tahniah rakyat Malaysia atas video yang bagus begini, sekurang-kurangnya menjadi ubat untuk penyakit kurang-berilmu dalam menghasil dan menyampaikan maklumat kepada penonton.
Di kesempatan ini, saya memohon keampuanan kepada semua pembaca belog dhaif ini andai ada salah silap yang nampak dan tersembunyi. Saya maafkan segala semua orang yang mengenali saya lillahi ta'ala insyaALLAH.

Nota : Malam ni 25 Ramadhan, jom buru Lailatul Qadr!

Jantung Hatiku : Impian saya menjadi seorang yang penuh berilmu kerana ALLAH.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

C H A N G E S -ii-

~ sns cerita tentang ~

it's all about TIME. To be READY, to say YES and to BUILD it.
Time is a painful medicine ;
fluctuating discomfort but sooner or later time will heal everything.
Let the time tik.tak by its own!

Orang kata, dalam sekelip manusia boleh berubah. Perubahan boleh dipengaruhi oleh banyak faktor luaran dan dalam. Seperti cuaca dan global dunia berubah, sedikit sebanyak beri impak pada individu mahupun masyarakat sekeliling. Sejauh mana kesannya bergantung pada seluas mana perubahan tu tetapi sekecil-kecil perubahan pun mampu berikan sebesar-besar kesan juga "setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya".


Cuti-cuti ni saya banyak berfikir, ya! Fikir tentang masa depan. Apa perancangan setahun akan datang, perancangan 5 tahun akan datang. Alhamdulillah, impian 5 tahun terdahulu telah Allah makbulkan dengan caraNYA. Tiada apa mampu saya lafazkan selain syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Oleh itu, saya perlu dan harus berusaha memperbaiki diri. Terlalu banyak nikmat Allah :).

to be continue.....

Nak siap pulang ke desa :) Doakan perjalanan saya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

C H A N G E S -i-

~ sns cerita tentang ~

Hadith: ‘Your today must be better than yesterday,
or else you have deteriorated’.

Obviously, this Hadith teaches us to make a change(s) ; bad to good, good to better, better to the best. In other word, to promote and to improve self esteem physically, mentally, emotionally and spiritually.

Why? How? When? .....

I laugh, I cry, I smile, I try, I hope, I despair, I fear, I hurt. Human nature or 'sifat manusia' or FITRAHnya, every single seconds, we put an aim(s) as high as we could dream. Yes, day dreaming is free but too much of dreams does harm than give a positive effect, wallahu'alam. ‘Every human has four endowments: self awareness, conscience, independent will and creative imagination. These give us the ultimate human freedom — The power to choose, to respond, to change.’

Things don’t change. You change your way of looking, that’s all.

Jangan sesekali membiarkan suasana luaran mempengaruhi kita, kita bukan dipengaruhi faktor luaran tapi kita menjadi faktor yang mengubah persekitaran kita! Ciptalah dunia dalaman yang bahagia. Nothing we can do can change the past, but everything we do changes the future.

If you don't like something, change it
If you can't change it, change your attitude

to be continue.....
Jom Solat Asar!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kehilangan

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Pertama Jumaat di pagi Ramadhan 1432H. Pagi yang sayu, berita pemergian ibu kepada seorang sahabat sangat meruntun hati saya akibat kanser darah. Lebih menyedihkan, saya sendiri tak tau ibunya sakit. Sedih kerana kurangnya prihatin saya terhadap dia, jujurnya sebulan dua ni saya kurang bertanya khabar tentangnya. Menurut sumber, ibunya baru sebulan sakit dan di pagi Saiyidul Ayyam ni ALLAH panggil menghadapNYA. T__T. YA ALLAH, moga rohnya dicucuri Rahmat dan Rahim dariMU. Saya sangat sensitif berkaitan soal ini, kehilangan insan tersayang sangat-sangat menyentuh hati saya :((. Empati, saya sendiri pernah kehilangan abang yang tersayang dan saya takut untuk menghadapi kehilangan-kehilangan seperti ini. Tapi semuanya Qada' dan Qadar ALLAH, kita sebagai manusia perlu dan harus mengawal emosi serta menerima segala ketentuan ALLAH dengan hati yang terbuka.

Buat Adik Syifaa, akak tak tau nak cakap atau nak menulis apa-apa cuma akak doakan adik diberikan kekuatan hati,fizikal dan emosi untuk menerima segala yang telah tertulis olehNYA.
"Aku takjub dengan perihal orang yang beriman. Semuanya ada kebaikan. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur. Maka itu baik baginya. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya." Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Al-Fatihah buat bondamu! Salam Takziah....

Nota : Semua orang takut kehilangan, hargailah apa yang kita ada.....


Jantung Hatiku : Teringat arwah abang. Al-Fatihah buat dia!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan Kareem 1432H

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Chaq..Chaq..Chaq! Alhamdulillah, saya di atas katil bilik sendiri :). Sedang berlaku blackout and battery laptop is about to die (30mins left), jadi entry ini serba ringkas dan singkat.

1) Salam Ramadhan 1432H dari tanah air Malaysia buat semua pembaca! Moga saling menampung cacat cela Ramadhan lalu dan menambah amalan-amalan kebaikan! Mohon ampun untuk salah silap saya yang terlihat atau terlindung :)

2) Saya rindu, rindu, rindu nak beriftar bersama-sama teman-teman. Jom iftar! :). InsyaALLAH, sepanjang Ramadhan saya di sini, jadi raya pun di sinilah kan? hehe

3) Urusan terpenting sebab kenapa saya pulang ke Malaysia sudah selesai... Alhamdulillah. Cuma tinggal beberapa hal lagi. Moga dipermudahkan ALLAH :)

Buat tatapan semua!


Nota 1 : Hm, siapalah pembaca dari Russia ni. (sepupu saya pulang bercuti di Malaysia) *unsure*. Apapun, buat semua pembaca yang setia ; Selamat beribadat dan moga mendapat ganjaran yang setimpal dariNYA :)

Nota 2 : alahai, comelnya lah siapa yang men-Google & me-Yahoo 'tunang Siti Noor Syazwana'. Bacalah bawah tu... *Terima kasih kerana ambil tahu :)* Oh ya, saya akan KURANG ONLINE....


Jantung Hatiku : Belum terisi lagi kerusi kosong itu :). Paham? Comel sungguhlah kome ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[r] E [h] A [t]

~ sns cerita tentang ~


"Dengan nama ALLAH aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan izin ALLAH".
" In the Name of ALLAH,i have placed my trust in ALLAH . There is no power and no might except by ALLAH ".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Silent = Secret -.-"

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt
Dalam hidup setiap individu pasti dan wajib ada cerita yang tak mampu dikongsi bersama dengan sesiapa. Saya yakin pasti semua orang ada, dalam erti kata yang lebih senang dirungkap tentulah 'rahsia'. Bagi saya, definisi rahsia saya cuma ini ' cerita yang hanya saya dan Yang Esa saja yang tahu '. Andai cerita berkongsi walau dengan yang insan terapat, maka itu bukan lagi rahsia. Hm, buat saya begitulah. Justeru, saya sendiri tak mampu nak berkongsi beberapa cerita dengan sesiapa and I really meant it.

Saya jenis kurang senang dengan bertubi-tubi das soalan, tambah pulak soalan yang saya tak suka menjawab. Jadi saya lebih suka beri jawapan ringkas yang dapat mengelakkan soalan berterusan. Nampak seperti ambil mudah tapi jujurnya saya lebih selesa begini. Jelas kan? Bila saya berkongsi sesuatu, saya assume cerita saya bukan untuk dicanang merata. Bukan untuk dijadikan bahan gosip situ sana. Saya tak suka dan sangat tak suka!

Nota : To be continue.....

Jantung Hatiku : 6hari lagi.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[-.-]

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

'Menjaga hubungan diri dengan ALLAH, insyaALLAH hubungan kita sesama manusia akan dimudahkan ALLAH'.

Taknak menaip tapi saya mahu menaip.....hurmp!

Pernah juga saya rasa kecewa dengan sikap-sikap manusia, teman rapat khususnya (bahkan sekarang juga ada sedikit ralat). Refleks semulajadi sebagai manusia, tentu sajalah mencari salah orang kan? Jarang sungguh menunding masalah berpunca dari diri sendiri. Entah mengapa, lewat malam semalam tak semena usai solat Maghrib dan Isya', ketika sedang membaca Surah Al-Khafi, saya berhenti di ayat 32. Menutup dan terus bersiap untuk tidur. Sungguh, saya rasa jauh dengan ALLAH. Saya terasa tak mampu fokus dengan bacaan saya lalu saya putuskan untuk berhenti membaca. Saya malu, saya bersalah pada ALLAH. Segala nikmat suka, duka, tangis, tawa harus disertakan dengan kesyukuran. Tapi saya sentiasa lupa, alpa dan leka dengan semuanya. Akhirnya, saya rasa jiwa saya kosong :(.Seburuk-buruk musibah, bilamana tak mampu merasa dosa sendiri sebagai dosa. Nauzubillah min zalik. Mohon dijauhkan dari perasaan itu, mohon ALLAH beri Taufik-NYA. Saya takut lebih menjauhi DIA.

Saya kurang mahir mengeksperessikan perasaan saya, diam saya tanda marah. Diam saya tanda berkecil hati, diam saya tanda rajuk hati. Bagi saya itu tanda protes untuk saya bermuhasabah diri tapi sejauh mana saya termuhasabah? Sedangkan saya bisu tanpa beri sebarang jawapan.Dan saya sendiri seorang yang sangat sensitif melalui kata-kata mahupun perbuatan. Ya, anggap sajalah saya sedang merajuk.
Saya seorang yang perahsia, bukan mudah untuk saya berkongsi cerita. Dan tidak semua cerita mampu untuk dikongsi bersama. Hm, kesimpulannya di sini. Saya perlu perbaiki hubungan saya dengan ALLAH dan mudah-mudahan hubungan saya sesama manusia akan baik seadanya.
Dan mudah-mudahan HATI saya tak kosong......T_T
Saya mohon maaf kepada semua yang saya pernah sakiti secara sengaja mahupun tanpa sedar.

Nota : Dalam proses mengenali peribadi sendiri yang sangat kompleks ni...haish.

Jantung hatiku : Salam Nisfu Sya'ban dari Tanah Permaisuri...Salam Ramadhan, insyaALLAH dari bumi Malaysia :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setahun Sayangku

~ sns cerita tentang ~

Assalamua'laikum dunia...
Hari ni pada 14.7.2010
Hari pertama saya menjerit, bernafas dan melihat dunia...
Semua gembira dengan kelahiran saya....
Ucu saya curi-curi ambil gambar saya selepas 2 jam saya dilahirkan sebab doktor cuma benarkan melawat selama 1 minit je. (Waktu melawat pesakit dah tamat).
Wanginya saya waktu ni.
Hari kedua saya.
Hobi saya selain menjerit dan menangis, mestilah tidur!
Comel sangatlah saya ni :)
Hari itu, ucu sayalah yang salinkan pampers saya.
Kesian, opah marahkan ucu sebab saya kesejukan (mestilah saya menjerit-jeritkan?)
Belahan bibir dengan lenyekan kurma dan air zam-zam!
Manislah jari Ucu ni :).

Dari Asma binti Abi Bakar Ash-Shiddiq ketika ia sedang mengandung Abdullah bin Az-Zubair di Makkah, ia berkata, "Aku keluar dalam keadaan hamil menuju kota Madinah. Dalam perjalanan aku singggah di Quba dan di sana aku melahirkan. Kemudian aku mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan meletakkan anakku di pangkuan beliau. Beliau meminta kurma lalu mengunyahnya dan meludahkannya ke mulut bayi itu, maka yang pertama kali masuk ke kerongkongannya adalah ludah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Setelah itu beliau mentahniknya dengan kurma dan mendo’akan barakah baginya. Lalu Allah memberikan barakah kepadanya (bayi tersebut).” [Dikeluarkan oleh Al-Bukhari (5469 Fathul Bari), Muslim (2146, 2148 Nawawi), Ahmad (6247) dan At-Tirmidzi (3826)]
Sama tak?
Ucu suka buli saya T_T
Kata dia, dia suka dengar saya menangis :)
Ucu ni sibuk sangat orangnya
Yang ni pula beberapa hari sebelum dia berangkat ke Kemboja.
Hobi saya macam Umi sayalah :P.
Detik-detik sebelum saya dibotakkan :).
Saya berusia 5 bulan,
Minggu terakhir Ucu di Malaysia sebelum terbang ke UK.
3 bulan selepas Ucu di UK.
Rindulah.
Ucu melihat saya membesar dari alam maya saja!
Ni kakak saya yang tercinta, walaupun dia selalu buli saya.
Ucu selalu pesan kat kakak supaya jangan buli saya.
Saya ni cucu Opah.
Tak boleh berenggang dengan Opah.
Sayang Opah.
Gantikan Ucu yang manja dengan Opah.
Muka saya pun nak iras-iras Opah kan?
Macam Princess tak saya?
Baju bulu-bulu ni, Ucu belikan di Kemboja.
Nilah keluarga saya ; Umi, papa, kakak dan saya!
Tara,
Ucu nyanyikan lagu Happy Birthday tadi.
Untuk saya dan kakak...
Ucu pakai tudung, saya dan kakak pun nak pakai tudung.
Lagi 2 minggu insyaALLAH saya akan bertemu Ucu saya!
Ucu, nak PAKSU :P

Hampir 7 bulan saya tak bertemu dengan dia, walau apa pun dia sentiasa di hati :D. Selamat Hari Lahir yang pertama buat anak saudara saya 'Zara Qaisah Nyla'. Hm, moga jadi anak solehah, penawar dan penyejuk hati keluarga! Oh, tak terungkap rindu di hati!. Nanti dah pandai baca, boleh la baca ucapan daripada Ucu ni :).

Salam Sayang dari London buat Sayangku........

Oh ya nilah video Ucu kena marah :
Di FB = video

Nota : Ada button LIKE di setiap entry....Baru letak :D

Jantung Hatiku : Will update soon!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Bapa & Selamat Hari Lahir ke 66

~ sns cerita tentang ~

I LOVE YOU
Tinta untuk Waliku....
Selamat Hari Bapa untuk Abah yang tercinta! Selamat Hari Jadi yang 66 pada 1 Julai nanti :D. Kalau Mak hari jadi hampir dengan Hari Ibu, Abah pula Hari Bapa hampir dengan hari lahir :). Kadang-kadang Siti selalu fikir, masih belum mampu jadi anak yang baik untuk Abah T__T. Ampunkan Siti Abah, barangkali terlalu banyak kata-kata yang terpendam dan tak mampu nak terluahkan. Tapi ketahuilah, Siti sayang Abah.
Abah,
Rindunya nak solat jemaah sama-sama...
Rindunya nak mengaji sama-sama...
Rindunya nak dengar ceramah dan nasihat-nasihat...
Abah,
Banyak perkara nak ditaip tapi tersekat-sekat jari nak menaip. Moga peristiwa lalu tidak berulang! ( Klik di sini ) , Siti sayang Abah sangat-sangat.
Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbananmu ! Mungkin tak mampu untuk meluahkan dengan percakapan, tapi coretan-coretan sebegini mampu berikan kenangan kan? Ampun dan maaf andai tak menjadi anak solehah untuk Abah T___T. Segala yang Abah beri selama ni tak mampu terbalas.
Abah lah yang meminta Siti untuk sambung dalam bidang kesihatan ini, Abah jugalah orang pertama yang tak membantah untuk Siti datang ke UK ni.
Thanks for everything

Buat Abah, semoga ALLAH berikan kesihatan yang baik dan diberkati di sepanjang hidupmu! Moga Abah dan Mak bahagia dengan kehadiran Siti dan anak-anak yang lain. Ampunkan kami andai kami belum menjadi anak yang terbaik.
Jaga kesihatan, jangan culas makan ubat dan jangan berlebihan makan makanan yang manis.
Abah, Mak is the best Nutrition and Dietitian!
Do listen to her voice about your diet :)

London | 11pm | 18 Jun 2011

Jantung Hatiku : Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaanii shogiira. (Ya ALLAH Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tersungkur di perdu dosa

~ sns cerita tentang ~

-Messy Mind-
An asynchronous attacked..
When the brain 'runs' from the alignment
Heart beats isn't in the rhythm
Bradycardia as well as tarchycardia
Idiopathic!!!
T_T
How to explain?
When no ones could understand even a single word above?
ALONE
LONELY
HURT
PAIN
Just hiding by a SMILING mask on face!
FAKE!
No one knows, only own-self.
Motivate own-self to raise up the positive energy
Although it seems so unsuccessful
The key word FAILURE
Once again,
The antonym of VICTORY and TRIUMPH!
Sendirian itu satu terapi untuk muhasabah diri....
Oh ALLAH,
I don't deserve The blessings of paradise
Yes, i don't have the strength to withstand
The torment of hell fire,
Thus, accept my repentance, and grant me the forgiveness for my sins
for Thou art the Forgiver of great sins

Digaru-garu kepala yang tiada gatalnya, diusap rambut yang berjuntai, melilau mata melihat sekeliling. *berhenti seketika : solat jamak Maghrib dan Isya berserta bacaan kalam ALLAH*

selang 30 minit...

Entah kenapa, seminggu ni dah dua kali mutiara jernih jatuh ke pipi. Usai solat tadi tak semena-mena lebat si air mata berlalu ke pipi. Dalam doa cuma mahukan ketenangan hati dan permudahkan kehidupan ni. Lantas cepat-cepat habiskan titipan doa dan sambung ke ayat 38-81 Surah Al-A'raf, terhenti di ayat 42 ...'Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya'.... Ayat yang selalu dikepilkan di hati, tetapi selalu saja tidak ambil endah. Turuti juga nafsu air mata untuk dijatuhkan! Bangkitlah SNS, bukan budak-budak yang sentiasa nak Mak di sisi untuk dibelai manja! :((.

Saya ni manusia yang terlalu banyak dosa, selalu lalai dan alpa! Tetapi nikmat ALLAH tak pernah berhenti melimpah-limpah pada saya. Saya malu tapi saya tetap mahu meminta-minta dengan DIA kerana hanya DIA sajalah yang mampu tunaikan hasrat dan doa-doa saya. Hanya DIA. Allah dah makbulkan hajat-hajat saya, mengapa masih mahu yang lebih-lebih? Ah, sinis si hati 'sifat manusia yang tak pernah erti nilai bersyukur, ada saja yang mahu diminta-minta'. Saya manusia biasa, perlukan DIA untuk teruskan hidup saya :(. ALLAH, saya perlukan ALLAH dalam kehidupan sehari-hari saya. TanpaNYA, saya mati.

Minggu lalu, entah dari mana kekuatannya. Terluah segalanya yang terbuku di hati, dan saat itu rasa terlalu tenang terbit di hati. Tiada lagi 'dendam' yang tersemadi, tapi itu bukan pokok cerita di sini. Fokus saya entah ke mana agaknya, melihat teman-teman lain sangat berjaya dengan kerjaya Fisio mereka. Saya cemburu, saya mahu jadi cemerlang! Melihat ramai yang sambung ke Manipal (oh, impian saya yang tak kesampaian itu), saya juga cemburu. Saya mahu bijak pandai dengan sijil-sijil yang tinggi juga!

Hati saya sedang berbolak balik, turun naik semangat. Saya tak tahu, apa kesudahan dunia saya yang penuh rahsia ini. Tiada istimewanya saya, selalu saja level positifnya di tahap paling minima. Saya juga seorang yang perlu diberikan kata-kata semangat tapi bila saya perlukan seseorang, jarang ada seorang nama yang muncul di fikiran saya. Tapi bila teman-teman perlukan kata-kata dorongan, lajunya luahan hati disemburkan kepada saya. Saya tak mengungkit tetapi sedikit kesal dengan tindakan itu. Saat senang, saya langsung tak diambil peduli, saat susah ' I NEED YOUR ADVICE ' It is an honor to be as a selected friend to give some advice when one in need. I take it as a positive way, but i am an ordinary human being. :(. Saya hanya manusia biasa, terlalu biasa! Susahnya nak tunjuk saya perlukan kekuatan luaran!. Walau apapun, dunia Rentak Jemari Menari inilah tempat luahan hati saya. Maaflah, tak perlulah membaca, dunia saya kurang serinya.
Berhentilah Menangis!

Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut didaratan
Ku ingin pulang ke pangkalan
Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang

AKU TAHU
KAU SELALU BERSAMAKU

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinMu
Ku kembali ke pangkalanku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan

Nota : Hidup bukan mengharap dihargai, tapi menghargai dan memberi kejutan kepada insan-insan yang kita sayang mampu memetik hati PENGHARGAAN.


Jantung Hatiku : Ombak bisa menghapuskan lakaran di persisiran pantai, begitu juga setempayan air mata mampu kikiskan kesedihan di hati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sinar Sebuah Impian

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Allahumma ma asbaha bee min ni'matin, aw bi-ahadin min khalqik, faminka wahdaka la shareeka lak, falakal-hamdu walakash-shukr.
(Ya Allah, nikmat apa saja yang aku perolehi di waktu pagi [petang] hari seseorang di antara makhlukMu sebenarnya adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan syukur)

Tiada apa yang lebih menggembirakan dan mengujakan bilamana sesuatu impian hampir terkabul satu demi satu. MashaALLAH, jangan berhenti bersyukur! Jangan berhenti berharap dengan Allah! Jangan! Dan jangan putus asa! Rezeki Allah luas dan sering kali datang dari arah yang tak disangka-sangka =)

Sekadar entry pendek untuk meluahkan rasa syukur yang tak terhingga untuk satu berita yang cukup buat saya melirik panjang bibir yang sudah beberapa tahun lupa untuk tersenyum ni :D. Apapun masih terlalu awal untuk dikongsi bersama-sama! Doakan saya yer. Kalau teman-teman yang setia membaca blog ni, pasti sudah tahu berteka teki impian yang mana satu. Ya impian itulah! Doakan saya, insyaALLAH :).

Kalau boleh ingin saja teriak untuk dikongsi dengan seluruh pelusuk dunia, tapi tunggulah bila tiba masanya! Kawan-kawan, terima kasih doakan saya selalu dan mohon doa dan terus berdoa untuk saya ye!

Jantung Hatiku : Nutrition & Dietetics =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS