Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Sedarkah kita?

~ sns cerita tentang ~

Salam 25 Ramadhan! Lewat malam di sini, memandangkan anak-anak saudara pun baru melelapkan mata jadi sempat membelek-belek FB dengan lebih kusyuk lagaknya :P. Maklumlah internet di kampung agak terbatas kelajuannya.

Entry ringkas sebenarnya, jam sudah 2.37 pagi ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Pertamanya, paparan berita yang penuh berita yang sangat meluat dilihat dan didengar. Kes bunuh-membunuh seperti menjadi rempah ratus dalam tontonan berita. Bapa membunuh 3 orang anak dengan menolak ke dalam sungai lalu mencuba membunuh diri. Cobaan seorang bapa yang ingin menyembelih anak setelah naik berang kereta rosak ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk beraya.
Isu Somalia dilanda kebuluran dan kematian akibat kekurangan makanan meningkat saban hari. Sedangkan kita di sini (Malaysia), mewah dengan sumber makanan terutama di bulan Ramadhan. Bazaar sana sini hingga menjadi medan bazir! Astaghfirullah....

Keduanya, sejak balik ni saya agak kerap menonton TV dan sedih menonton paparan iklan yang langsung tidak memberi pengajaran dan pelajaran kepada penonton. Rakyat Malaysia kurang kreatif menghasilkan iklan yang berpendidikan atau sekadar mengaut keuntungan? Wallahu'alam. Jangan terus menghukum saya, ada sesuatu yang ingin saya kongsikan. Iklan di bawah ini, membetulkan persepsi saya pada ayat-ayat di atas! Tonton dan nilailah, saya pasti kamu semua akan ada sedikit kesedaran. :)



Memohon maaf itu kadang kala mudah diungkapkan tetapi tidak pada memberi kemaafan. Apa ertinya meminta andai tiada balasan. Maafkanlah kesalahan orang-orang di sekeliling kita moga kesilapan kita dimaafkan oleh manusia lain. Salah dengan Allah, boleh meminta keampunan. Salah dengan manusia, kita harus selesaikan dengan manusia usai dengan Allah. Tahniah rakyat Malaysia atas video yang bagus begini, sekurang-kurangnya menjadi ubat untuk penyakit kurang-berilmu dalam menghasil dan menyampaikan maklumat kepada penonton.
Di kesempatan ini, saya memohon keampuanan kepada semua pembaca belog dhaif ini andai ada salah silap yang nampak dan tersembunyi. Saya maafkan segala semua orang yang mengenali saya lillahi ta'ala insyaALLAH.

Nota : Malam ni 25 Ramadhan, jom buru Lailatul Qadr!

Jantung Hatiku : Impian saya menjadi seorang yang penuh berilmu kerana ALLAH.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: