Container Icon

Suka Pelangi Saya?

makin pa nun ta !

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt

Cabaran dan Dugaan

'Utamakan pandangan ALLAH
dari pandangan dan penilaian manusia'

Jujur ke hati menerima kata-kata itu? Bohonglah kalau kita langsung tak terkesan dengan penilaian, penerimaan serta pandangan orang lain terhadap kita. Tetapi bagaimana kita harus berlapang dada untuk memberi ruang agar hati kita tenang dengan keadaan sebegitu? Bagi saya, saya amat mementingkan pandangan orang lain terhadap diri saya. Sedikit sebanyak memberi input yang positif dan negatif untuk terus membaiki diri. Tetapi payahnya jika orang 'tak suka' / 'tak menerima seadanya' tanpa sebab yang kita tahu. Itu perit dan pedihnya menusuk kalbu :(.

'Moga ALLAH Redha
dan moga hati-hati di sekeliling juga redha'

Bukan saya yang membuat percaturan perjalanan hidup saya, tetapi segalanya dari ALLAH. Saya sebagai hambaNYA, hanya mampu menerima dan berusaha menjalani segala yang diberikan dengan baik serta tidak berburuk sangka. Saya berdoa moga hati-hati itu menerima semuanya dengan cemerlang iman dan hati.

'Musuhmu adalah orang yang paling sayangkanmu'

Dalam kita bersedih, berduka dan tersedu-sedu mengenang diri kurang disenangi oleh seseorang, sebenarnya dialah orang yang sayangkan kamu. Tak paham? Kita ambil sudut positifnya, semakin orang membenci semakin itulah kita akan berusaha membaiki keadaan. Bahkan kita akan semakin mendekati kepada Allah, berdoa agar mereka berubah dan membuatkan kita menjadi seseorang yang lebih kuat melalui dugaan dan cabaran. Hm, kadang-kala MASA itu UBAT bagi penyakit yang tiada penawar. Yang penting kita kukuhkan hubungan dengan Allah, mudah-mudahan izinNya kemanisan pasti ada di hujungnya :).


Pulau Songkhla 2010
Yang sentiasa berjasa : Tanah!
Sedih sekarang seperti waktu di sini....


Nota 1: Sesi memotivasikan diri sendiri. Allah mencampakkan saya di kelilingi dengan orang-orang yang sentiasa memberi kekuatan untuk saya terus cekal melalui setiap liku-liku jalan.

Nota 2 : Label -> 'The Journey.' Moga diberkati setiap jalan-jalan ini.


Jantung Hatiku : Mahu tutup FB, tapi itulah lorong komunikasi kami :(.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

Get to the tract, entry yang ceria dan gembira!!!
Pergilah travel, tenangkan hati.
Don't worry, Allah susun atur perjalanan awak tu cantik-cantik dan Dia mahu awak menjadi kuat. Awak dah lalui banyak yang pahit, awak pasti akan tempuh dugaan yang awak mampu.
Moga apa yang berlaku mematangkan awak. Tak perlu off FB tu. Tapi approvelah saya jadi friend :D