Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Tawakkal

Assalamua'laikum wbt...

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) buka tawaran bagi pemegang Diploma dalam Fisioterapi untuk diisi jawatan sebagai Jurupulih Perubatan Anggota (U29) dan Degree untuk jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Anggota (U41) serta ada beberapa lagi jawatan kosong yang ditawarkan. Rujuk di sini : Jawatan kosong PPUKM. Manakala Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) akan menambah kuota bagi Fisio U29. Boleh hantar resume kepada Puan Faridah (Ketua Unit Fisio PPUM) di faridah@ummc.edu.my . Sumber dari FB dalam Group Malaysian Physiotherapist.

Satu lagi tentang Pengajian Jarak Jauh (PJJ) untuk Degree dalam Fisioterapi untuk kemasukan bulan September 2012. Iklan untuk kemasukan akan dibuka sekitar bulan April atau Mei, tunggu ya.

Impian yang saya catatkan di penghujung tahun lalu
Kedua-dua info di atas merupakan elemen untuk azam saya tahun ni, (merujuk di gambar). Memandangkan saya akan pulang ke Malaysia dalam pertengahan September ini (doakan saya), saya cuba juga untuk mengisi jawatan untuk kedua-dua hospital dan berharap akan dapat salah satunya. Walaupun kalau boleh saya mahu bekerja di PPUKM sebab jarak yang lebih dekat dengan Kajang tapi saya juga tak kisah andai dapat di PPUM sebab saya pernah menjalani Praktikal Elektif di sana sekitar tahun 2007 (5 tahun lalu).

Apapun, saya sedang berusaha dan berdoa agar segala dipermudahkan dan dimakbulkan andai semua itu terbaik untuk saya dan memang rezeki saya. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku, maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.


Selebihnya saya tawakkal kepada Allah. Moga Allah redha dalam setiap urusan saya. "Hasbunallahu wa ni`mal Wakil''

Saya terkesan mendengar ini T___T

P/S : Malam ni Earth Hour, jom tutup lampu-lampu selama satu jam (8.30pm-9.30pm). Setiap tahun saya akan melaksanakan dengan kreativiti sendiri, apapun ini untuk pembelajaran menjimatkan tenaga! Selamatkan global kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: