Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Diari Paris : Tarbiyah daripada Allah (i)

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt...

Bismillahirrahmani ir Rahim...Segala kesyukuran dirafakkan kepada pemilik alam ini dan selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam. Alhamdulillah, selesai jaulah / perjalanan ke Kota Cinta. Saya kongsikan sedikit pengalaman serta catatan ringkas sepanjang jaulah sehari di sana. Mulut tak kering dengan sebutan kesyukuran kepada Allah, Subhanallah! Bumi Allah yang membuka mata dan hati. Selamat mengembara ke entry mengembara yang bajet ni :D

Jumaat Petang : 9 Disember 2011

Sebelum melangkah keluar, ada satu berita yang saya simpulkan dalam erti 'unexpected expected'. Menangis saya dapat tahu berita tu, Allahuakbar! Tapi cerita itu saya simpan dululah, usai siapkan kerja-kerja saya terus bersiap untuk ke Victoria Coach Station di mana tiket saya jam 10.30pm dan perlu check in 1 jam awal dari jadual. Maknanya jam 9 pm perlu sampai di sana, izin Allah saya sampai dalam jam 8pm dan menunggu kedatangan Husna 20minit kemudian. Kaunter check in untuk perjalanan kami masih belum dibuka, cuaca yang agak sejuk dan kelihatan ramai manusia yang berpusu-pusu ke destinasi.
Hampir 1jam 30minit menunggu, akhirnya kaunter check in dibuka dan kami orang kedua untuk check in dan dapatkan boarding pass, kemudian menunggu untuk perlepasan kira-kira 40minit di depan pintu berlepas.

Beratur menunggu kaunter perjalanan kami buka

Akhirnya buka juga

Boarding Pass dan return ticket

Proses menunggu sangat leceh bila cuaca begitu sejuk dan pintu-pintu dibuka luas tapi itulah tarbiyyah Allah yang pertama iaitu melatih diri untuk bersabar. Sementara menunggu, saya membaca buka himpunan doa-doa dari ayat Al-Quran yang memang saya bawa dari Malaysia.
Tak lama lepas tu, bas kami pun sampai dan semua penumpang serbu ke bas masing-masing. Ada 2 bas ke Paris dalam masa yang sama, kami menaiki bas setingkat dan bermulalah perjalanan ke Kota Cinta itu.

Menunggu

Sementara menunggu :)

Bas kami warna biru tu.

Kami memilih untuk duduk di bahagian agak belakang dan mula menjamah bekalan sedikit untuk mengisi perut yang agak lapar dek cuaca yang sejuk itu. Perjalanan kami menuju ke jeti feri (Dover) mengambil masa kira-kira 2 jam dari London. Sementara menunggu naik ke feri, kami diberi rehat selama 30minit dan yang menariknya, pertama kalilah saya merasa menaiki feri yang boleh memuatkan treler panjang. Bagaikan mini cruise di dalamnya, yang menempatkan kafe-kafe dan ruang legar terbuka. Di atas feri, seperti sedia kala saya memang mabuk laut (mabuk naik apa-apa kenderaan pun), pening tak terkata! Sempat ke bahagian atas kapal untuk melihat pemandangan laut walaupun keadaan sangat malam dan dapat jugaklah melihat feri lain yang bersama belajar. Subhanallah, pengalaman yang menarik dalam keadaan yang mabuk-mabuk laut tu. Sudahnya, saya menikmati secawan kopi dan menunggu deck buka untuk masuk ke dalam bas semula.

Perlabuhan feri

Treler yang juga boleh muat

Peta Feri

Salah satu kafe

Mabuk laut tapi mahu minum kopi

Tiba di bas, terus melelapkan mata dan saya berjaga sekejap sekitar jam 4/5 am untuk kejutkan Husna solat Subuh. Kemudian saya pun tidur semula, sepanjang perjalanan adalah waktu yang terbaik untuk tidur hingga jam 7am, saya tersedar dan kami sudah pun tiba di Perancis. Disebabkan UK tiada tol, terasa pelik pula tengok Perancis ada tol :P. (Padahal Malaysia lebih hebat tol-tolnya kan?). Kira-kira jam 7.45am, kami tiba di Gallieni Station. Terus ke tandas dan perkemaskan diri (gosok gigi, cuci muka ) kemudian kami mulakan pengembaraan kami. Dari Gallieni, kami membeli tiket Metro untuk perjalanan sehari berharga dalam €6.45. Mudahkan perjalanan kerana sepanjang kami di Paris, kami hanya menaiki Metro saja.

Bonjour De Paris!

Perhentian Gallieni, metro juga ada di sini.

Tiket Metro yang comel

Destinasi Pertama

Keadaan metro

Sebelum ke Paris, saya dan Husna telah membuat ulangkaji tentang Paris. Membaca blog-blog dan saya juga bertanya pada K.La yang telah beberapa kali ke Paris. Alhamdulillah, kami membaca peta dan juga memilih untuk ke tempat-tempat tarikan utama saja. Jadi, destinasi pertama kami adalah ke Sacré-Cœur (yang merupakan sebuah Gereja Roman Katholik), tarikan senibina di Paris terletak di atas Bukit Montmatre. Nak sampai ke sini, kami berhenti di Stesen Metro Anvers. Keluar dari stesen, menuju ke arah kiri dan kena melalui pekan kecil yang penuh dengan penjualan ole-ole Paris. Sempat menyinggah untuk melihat harga sambil mendaki bukit dan kawasan Anvers ni kelihatan seperti perkampungan di UK. Dari jauh kelihatan tersergam indah Sacré-Cœur atau lebih dikenali dengan Square Louise Michel dan untuk sampai ke atasnya, perlu menaiki anak-anak tangga seperti di Batu Caves.

Bermula di sini

Mendaki untuk ke Sacré-Cœur

Antara ole-ole yang dijual

Tiba di awal anak tangga, Allah uji kami dengan dipukau oleh sekumpulan warga kulit hitam (lupa dari mana), yang terus melilit benang untuk dijadikan hiasan. Tak semena mereka meminta duit, Allahuakbar! Di sini hampir kehilangan €15, tapi alhamdulillah cuma €5 yang saya beri kemudian terus kami naik menuju ke atas. Tiba di 1/3 tangga, kami berhenti kerana kepenatan dan menikmati pemandangan Paris dari atas. Rupa di bahagian kiri anak tangga ada perkhidmatan kereta kabel bagi yang tak larat nak menaiki anak tangga. Di situ juga ada beberapa gerai jualan dibuka, seperti barangan beg, key chains dan perhiasan. Kami memilih untuk membeli susunan huruf kereta api sebagai tanda ingatan. Kemudian kami teruskan lagi perjalanan menaiki tangga untuk sampai ke puncak, tiba di 2/3nya kami sekali lagi ditahan tetapi kali ni dengan golongan-golongan yang meminta bantuan untuk Persatuan Pekak dan Bisu. Saya beri €5, tetapi mereka lebih memaksa dengan menulis minimo €20-70, mashaALLAH, terpukau kami. Bukankah derma secara ikhlas? Bukan kami kedekut tapi terlalu ramai yang meminta begitu dan memaksa-maksa seakan sindiket. Memang Allah uji kami, hingga mereka mengekori kami sampai ke atas. Cepat-cepat saya dan Husna lari dan terus menuju ke puncak.

Di sinilah ujian ALLAH bermula

Dari bawah

2/3 perjalanan


Footsprinted :D

Susunan nama kereta api :D

Tiba di puncak, kami melihat lagi keindahan Paris dari jarak yang lebih atas. Subhanallah, dalam cuaca yang boleh tahan sujuk, kabus yang tak berapa tebal dan kawasan yang penuh dengan pasar yang cantik. Terpegun sekejap kami, tak lama di depan Sacré-Cœur, kami lebih tertarik menuju ke pasar-pasar jualan di sekitarnya. Cantik dan pelbagai barangan cuma harganya agak mahal, barangkali kawasan tarikan pelancongan kan? Hampir sejam berjalan, kami ambil keputusan untuk turun tapi kali ni kami mengikuti jalan yang lain untuk elakan bertemu dengan orang-orang yang suka meminta wang :(. Alhamdulillah, turun agak laju dan kami bercadang untuk membeli sedikit barang-barang di sepanjang bukit yang kami lalui tadi.

Permandangan sisi

Kota Paris

Pemuzik jalanan di tengah-tengah anak tangga

Di puncak


Pasar di sepanjang puncak

Sepanjang pasar

Saya suka sangat, tapi mahal :(

Antara yang dijual

Square Nadar, di sekitar Bukit Montantre

Banyak pokok togel yang indah.
Subhanallah!

:)

Usai membeli, kami terus patah balik ke Metro untuk ke Arc De Triomphe. Baiklah, saya akan sambung di entry seterusnya :). Nantikan ya.

Bajet setakat ini :
Tiket : €63
Tandas : €0.40
Metro : € 6.45
Ole-ole : €40 (termasuk €10 yang 'tertipu').

Total : € 109.85


Nota : Permulaan yang banyak diuji Allah, tetapi lebih banyak bantuan Allah selepasnya :). Nantikan sambungannya ye :).

Jantung hatiku : CINTA hadir, tanpa dipaksa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Dr.F said...

Subhanallah!
Awesome pictures...
Btw, janganlah buat cerita suspend. Ada kaitan dengan 'jantung hatiku' itu ke?
I'll always pray for you dear. Moga Allah beri kebahagiaan buatmu. Like I always said, beruntung pemilik cintamu sebagai suri hati mereka :).
Cepat-cepatlah update sambungannya! Saya sangat suka gambar-gambar kamu...

SNS said...

Salam dr, laju je komen kan? Terima kasih :). Ni mesti kes oncall la ni :P. Selamat bekerja yer.
Hm, terima kasih kerana selalu mendoakan untuk saya :).
InshaALLAH, mudah-mudahan doa yang baik itu dimakbulkan. Saya ni manusia biasa yang sangat banyak kelemahan.
Sabar ye, inshaAllah saya akan kemas kini lagi. Banyak saya nak kongsikan.
Saya juga doakan yang baik-baik untuk dr.

Dr.F said...

Wsalam.
hehe, sementara tunggu nak sambung keje ni berjalan2 la ke blog kamu ni. Semakin rajin update kan. Nak taula cerita cinta kamu pula, xkan cerita kota cinta jer. tp kamu ni kan perahsia sangat.
kamu janganlah rendah diri sangat, semua orang ada kelemahan tapi pasti ada keistimewaan.
Tak suka baca entry kamu yang sedih-sedih, jadi ceriakan harimu ya. Silap2 nt sy google 'kekasih SNS'. (rolf). selamat malam!!!

aira said...

comel!!! cantik paris tu. jauhlah yang banyak memberi makna kan? kene tipu, kene itu dan ini. Allah berbicara dengan wana erti sabar. so sweet DIA.

ole-ole kayu tu memang sangat mahal eh? cantik lah. :)

SNS said...

DR.F : amboi, jauhnya fikir. Jangan rofl (rofl la..bukan rolf:P) dalam wad sudah. aish, takda kisah cinta lagilah. belum ada lagi..huhu. google lah kalau jumpa. adoiii, migraine sudah.ehe. *Biarlah RAHSIA*. ahaks

Nursazuana : Alhamdulillah, ya mahal. Tak berbaloi beli. Itu mainan pelbagai puzzle dari wooden. Saya memang suka puzzle dan wooden :).

Anonymous said...

Good info.. Please continue it soon, it helps me to go to Paris :).
You are very talented in photography.
Keep it up girl. and i like your simple entry blog...
all the best