Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Diari Paris : Tarbiyah daripada Allah (ii)

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt

InshaAllah, saya sambung untuk jaulah Paris . Dari Stesen Anvers, kami menuju ke Stesen Charles de Gaulle – Étoile yang menempatkan Arc De Triomphe. Arc De Triomphe ini merupakan tugu atau Gerbang Kemenangan di Paris yang terletak di Place Charles de Gaulle yang juga dikenali sebagai Place de l'Étoile. Gerbang ini memberikan penghormatan kepada pejuang-pejuang Perancis khususnya pada Perang Napoleon. Bila sampai di stesen ni, naik je anak tangga keluar dari stesen akan nampak gerbang tersebut di hadapan cuma gerbang tersebut terletak di hadapan jalan raya yang besar. Kena guna terowong bawah tanah untuk ke arahnya. Saya tak ke sana, cuma mengambil gambar dari seberang jalan.


Stesen Charles de Gaulle – Étoile

"penjaga" gerbang. Sangat statik...Huu

Di atas pintu keluar stesen

Foots-printed :)

Beca di sekitar situ

Moden kan?

Penat tau backpacker ni -.-"

Pada mulanya saya dan Husna bercadang hendak menaiki bas Sightseeing yang berada di situ tetapi pakej yang ditawarkan hanya untuk 2hari = €26, kami batalkan saja niat untuk menaiki bas. Kami duduk dan berbincang untuk ke destinasi seterusnya. Husna mahu ke Notre Dame De Paris tetapi melihat waktu sudah pukul 11.30am (waktu di Paris awal 1 jam dari London) dan ada lebih kurang 1 jam lagi untuk masuk Zuhur, saya cadangkan kami terus mencari Masjid Besar Paris yang terletak berdekatan Stesen Place Monge. Dari Stesen Charles de Gaulle – Étoile (Line no 1 warna kuning) ke Stesen Palais Royal Musee du Lurve (untuk pertukaran Line 7 warna merah jambu dan terletaknya Musee de Lurve), dari situ terus ke Stesen Place Monge untuk mencari masjid. MashaAllah, bermula dengan niat untuk mencari masjid, di situlah Allah beri bantuan yang pada saya sangat terkesan. Jujurnya kami berdua belum pernah sampai ke masjid tersebut walaupun ini bukan kali pertama ke Paris.

Muka gadis comot dapat tempat duduk :P

Pertama, sewaktu kami menuju kembali ke Stesen Charles de Gaulle – Étoile, turun saja tangga dan masuk ke platform, metro terus tiba tanpa perlu menunggu. Walaupun metro agak penuh, kami gagahkan juga untuk menjadi sebahagian isi perutnya walaupun kami sedikit penat dengan beg yang agak berat (beg saya yang berat dengan makanan), berharap untuk duduk bagi mengurangkan beban di bahu tetapi tengok metro dari platform pun dah tau memang takkan dapat tempat duduk.Jadi kami masuk dan berdiri di tengah-tengah pintu dan dengan izin Allah selepas berhenti ke satu stesen berikutnya, ada beberapa penumpang yang duduk keluar ke stesen tersebut dan alhamdulillah kami berjaya peroleh tempat duduk. Sampai di Stesen Palais Royal Musee de Lurve, kami terus mencari platform untuk Line 7 (warna merah jambu) dan sampai di platform, sekali lagi Allah izin metro kami sampai dan terus kami masuk. MashaAllah, sungguh Allah bantu. Kali ni juga kami tidak dapat tempat duduk pada awalnya, tetapi 2 stesen berikutnya baru kami dapat duduk padahal terlalu ramai penumpang di dalam metro pada masa itu. Alhamdulillah, pada masa tu kami sendiri pun tak terlintas betapa mudahnya Allah beri keringanan untuk ke rumahNya.

Kemudian tiba di Stesen Place Monge, kami keluar dari stesen dan terus mencari masjid sambil melihat peta walaupun tak berapa nak paham petanya. Jadi kami sengaja jalan terus dan kemudian melintas dan masuk ke satu lorong. Satu lagi bantuan Allah, kami memang betul-betul nampak tiang masjid di depan mata (kerana lorong yang kami lalu agak sempit). Syukur sangat, Allah permudahkan perjalanan mencari rumah DIA. Sampai di sana, waktu Zuhur sudah pun masuk dan kami terus menuju ke tandas. Subhanallah, dari luar nampak seperti masjid biasa di tepi jalan yang dihadang batu tetapi dalamnya seakan-akan berada di Sepanyol. Seni bina Morocco dan Subhanallah, landskapnya juga cantik :). Bila masuk ke dalamnya, terasa lengkap datang dan jejak kaki ke Paris. Satu perasaan yang tak dapat diungkapkan :).
Di tempat mengambil wudhu' pula, berjumpa dengan pelancong-pelancong serata dunia bahkan penduduk tempatan. Setiap muslimah yang masuk tak kering memberikan salam sesama kami dan di sini saya jumpa sebuah keluarga Indonesia yang telah menetap di Perancis (mungkin berkahwin dengan lelaki tempatan) kerana dialek Indonesianya masih pekat cuma anaknya saja kurang fasih berbahasa Indonesia tapi anak-anaknya comel belaka :). Jumpa ramai anak-anak comel :). Geram sangat! Salah seorangnya lagi adalah Naila, kami cuba-cuba cakap French denganya, tetapi dia memang tak paham dan kami sendiri tak paham dia cakap. Akhirnya mak dia yang bercerita dengan kami, asal namanya Naila yang merupakan salah seorang isteri kepada Saidina Uthman Bin Affan. Naila ni suka diambil gambar :), dan terus saya teringat Nyla saya (anak saudara saya yang suka rebut-rebut mak saya aka opahnya, sebab saya suka sangat menyakat dia dengan memeluk mak saya jadinya dia sangat cemburu kerana terlalu rapat dengan opahnya :P).


Peta mencari Grande Mosquée de Paris

Mudahnya Allah bantu :)

Alhamdulillah :)
Grande Mosquée de Paris

Si Comel kacukan Perancis + Indonesia

Si Comel Naila yang petah.

Gunakan catatan ini untuk berinteraksi dengan Naila, tapi dia tak paham :P

Landskap di dalam kawasan masjid

:)

:)

Jom ke Sepanyol..

Dari arah hadapan

Usai solat, kami melihat sekeliling masjid seperti inilah kali terakhir kami akan jejak kaki di sini. Berhajat untuk ke toko kedai menjual buku-buku islamik di hadapan masjid, tetapi malangnya kedai tersebut tutup dan kami terus menuju semula ke Stesen Metro Place Monge untuk ke Musée du Louvre iaitu di Stesen yang kami menukar line metro (Stesen Palais Royal Musee du Lurve). Lega kerana sudah tunaikan jamak Zuhur dan Asar, untuk terus berjalan-jalan rasa sangat tenang. Tiba di destinasi yang di tuju, kami terus keluar dari stesen dan Musée du Louvre terletak betul-betul di hahapan kami dan perlu menyeberang jalan untuk memasukinya. Musée du Louvre merupakan muzium terbesar di dunia dan melangkah masuk ke gerbang untuk menuju di ruang legar muzium, dapat melihat sedikit isi muzium dari atas yang berkaca. Kelihatan tugu-tugu yang menunjukkan aksi yang diklasifikasikan dalam kategori 18sx. Jadi, kami terus laju menuju ke ruang dalam muzium yang berkonsep outdoor dan Subhanallah, cantik dihiasi piramid di bahagian tengah yang merupakan pintu masuk dan di kelilingi dengan bangunan yang tersergam indah. Ada sedikit paparan video untuk suasananya :).

Kedai buku islamik

Bagunan sekitar masjid

ke muzium terbesar di dunia

ikut saja petunjuk arah :)

Pintu masuk

Di hadapanya ada hotel

Sekitar muzium



Piramid tu adalah pintu masuk ke muzium untuk sekelilingnya. Unik :)


video
Sekitar Musee du Lourve

Kami memang tak bercadang untuk masuk, dan memandangkan bateri telefon dan kamera hampir habis, kami bercadang untuk terus ke Menara Eiffel (Si Menara Cinta tu). Tapi sebelum itu kami singgah mencari makanan halal. Dan kami mencari KFC halal yang terletak di Réaumur – Sébastopol , jadi kami patah semula ke stesen metro dan kami ambil Line 7 (merah jambu) ke Stesen Pyramides untuk mengambil Line 14 (biru) ke Les halles untuk pertukaran Line 4 (ungu pekat) ke Réaumur – Sébastopol . Alhamdulillah, keluar dari stesen dan malas nak mencari dengan lebih lama kami terus bertanya kepada salah seorang promoter Lacoste, sambil dia memberi pewangi percuma kami pun tanya lokasi KFC terdekat. Dan akhirnya kami jumpa EFC (Euro Fried Chicken) Makan dalam 1 jam, kemudian kami ke destinasi seterusnya iaitu Menara Cinta :).


Jalan-jalan cari makan :D


Habis dietku :P

Menara Eiffel terletak di Stesen Champ de Mars Tour Eiffel. Jadi nak ke stesen sana, kami ambil Line 4 (ungu pekat) dan kemudian ke Stesen St.Michel untuk ambil metro berno 3.
Seperti perjalanan kami ke masjid tadi, Allah sangat membantu dengan perjalanan yang lancar, tak perlu menunggu metro dengan jangka masa yang lama bahkan tiba untuk ambil metro no 3 (kuning tebal), Allah izin kami sempat naik metro yang awal ( Metro ber no berlainan sedikit dengan metro line, jadi yang ber no ada waktu tertentu berbanding yang line.) Pada mulanya kami sendiri yang sangka, perjalanan kami ini sangat teratur dan lancar. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan bantuan Allah. Metro no 3 ni unik sebab ia 2 tingkat. Jadi kami ambil tempat duduk di bahagian atas dan perjalanan kira-kira 30 minit untuk sampai.



Metro 2 tingkat


video
Menara Cinta

Tiba di Stesen Champ de Mars Tour Eiffel, ikut saja petunjuk arah yang sangat membantu. Di situ juga sempat memborong cenderahati dengan agak banyak dan murah. Ya, sangat murah! Kami tiba dalam jam 3.30pm dan menikmati keindahan di situ hingga jam 5pm. Mulanya berhajat untuk solat di sana saja, tetapi izin Allah kami lebih rela patah balik semua ke Masjid Besar Paris yang mengambil masa dalam 1jam perjalanan. Alhamdulillah, sekali lagi Allah meringankan perjalanan kami dengan tanpa menunggu metro dan mendapat tempat duduk :).









Barisan pokok di taman hadapan Menara Cinta


Suasana malam :)

Bukan malam pun tapi petang cuma musim sejuk kan...

Ya Allah, di sinilah kami rasakan dan sedar bahawa Allah memang membantu perjalanan kami setiap kali kami ingin jejak ke rumahNya. Walaupun kami tiba hampir Isya', dan alhamdulillah sempat menunaikan jemaah bersama. Dan paling sebak dan terpegun bilamana melihat ramai anak-anak muda yang solat berjemaah bersama. Di tengah kota yang megah, ramai lagi anak-anak muda Muslim mengimarahkan masjid. Dan, sewaktu menunggu Husna turun dari masjid, ada seorang hamba Allah hadiahkan saya sebiji pisang montel yang sangat besar :). Sebelum keluar dari masjid, ada seorang lagi penduduk tempatan bertanya sama ada kami ni datang melancong ke? Dan kami menjawab ya, dan tak semena dia terus meminta kami mendoakannya. Katanya, doa seorang musafir. MashaAllah, sungguh rasa terharu dan tersentuh hati. Dan dengan izin Allah juga, kedai buku depan masjid yang kami teringin masuk itu buka dan kami pun meninjau buku-buku dan barang-barang yang dijual. Sekitar jam 7.30pm, kami beredar dan terus menuju ke Stesen Gallieni di mana tempat stesen bas kami.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45minit dan kami tiba sekitar jam 9pm. Masih berbaki 2jam kerana bas kami pulang ke London pukul 11pm. Selepas check in dan bergerak pulang, tugas seterusnya adalah tidur. Tetapi perjalanan pulang kali ni tidak menaiki feri seperti waktu kami datang. Kali ini kami menaiki kren bawah laut, yang mengambil masa kira-kira 1jam sahaja untuk keluar ke lebuh raya. Kemudian, tiba di sempadan UK-Perancis kami diarahkan untuk pengesahan passport. Alhamdulillah, semuanya baik belaka dan perjalanan pulang ke London dijangkakan sampai pada jam 6am. Tetapi dengan izin Allah, kami tiba pada jam 4.30am. Dalam cuaca yang sangat sejuk, kami terus ke Victoria Station untuk menunggu Tube dan Allah uji kami dengan cuaca yang terlalu sejuk serta tube untuk pulang buka pada jam 6.40am. Saya tiba di rumah kira-kira jam 9am dan terus mandi dan merehatkan diri.
Begitulah pengembaraan ringkas saya yang dimulakan dengan sedikit ujian Allah, dan dilimpahkan dengan banyak bantuan Allah dan diakhiri dengan benih sabar yang Allah mahu kami rasakan.

Kren bawah laut. Bas masuk dalam ni.

Tiada ungkapan lain hanyalah syukur alhamdulillah :) walaupun ada banyak tempat juga saya tak pergi tapi jujurnya, saya puas hati untuk jaulah kali ini dan ini antara kembara yang termudah dan rasa nak pergi lagi bawa yang tersayang inshaAllah.


Peta Metro Paris

Yang sangat berjasa
Bajet :
Baki : € 33.10

Jumlah yang digunakan : €165- 33.10 = €131.90


Nota : Bila kita mentaddabur alam, kita akan rasa nikmat yang Allah beri. Sambil mendengar lagu Berjalan Tanpa Henti ketika menaip ini, rasa mahu berjalan-jalan lagi. Oh, bila la nak kumpul duit kahwin ni :P


Jantung Hatiku : Bila dah bersedia, bertanyalah :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Dr.F said...

Still, i love your photos. Fantastic!
janganlan berteka teki, bagaikan ada cerita di setiap nota jantung hatiku itu.
Anyway, sungguh kagum dengan kamu. Benar, bila kita melihat alam Allah kita akan berasa sangat kecil. Kamu cukup bertuah....
Selamat malam bumi UK :)
Again no one to comment :P

Anonymous said...

Sangat membantu untuk mengembara ke Paris. Terima kasih :).
Andai boleh kenal lebih dekat, sudikah? Sangat suka membaca blog saudari. Terkesan pada saya.

Hamba Allah said...

Salam...
Tertarik dengan setiap entry saudari.
Penuh info dan banyak peringatan.
Teruskan mengembara dan menulis.
Selalu membaca blog saudari dalam senyap, kali ni tergerak mahu komen.
Mungkin kalau dapat lebih mengenali saudari dengan lebih dekat, dengan izinNya. :).