Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Terakhir 2011

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Membuak-buak hati nak kemas kini entri terakhir untuk tahun ni. Banyak sangat suka duka bersarang di hati tapi semuanya mengakhiri tahun 2011 ini dengan kesimpulan ringkas ini.

1) Allah tunaikan nikmat mengembara (/)
2) Allah berikan rezeki yang melimpah (/)
3) Allah mudahkan urusan jodoh (/)
4) Urusan belajar (X)
5) Khatam Quran (X)

* (/) : Berjaya | (X) : Pending

Itu antara major impian 2011 yang dibenihkan pada penghujung 2010 yang lalu, sebenarnya Allah makbulkan hampir 90% impian saya pada tahun ini. Alhamdulillah, masih belum mampu untuk berhenti lafazkan syukur. Saya teruja, terharu dan terkesima dengan segala nikmat Allah berikan kepada saya. Moga terus subur rasa syukur di hati selaras lafaz di bibir, serta mohon dijauhkan sifat kufur dan perasaan mazmumah dalam diri.

Untuk 2012 ini, impian dan azam yang masih belum terlaksana saya lajakkan ke tahun hadapan. Impian untuk tahun hadapan makin tinggi dari tahun ini. Moga sinar bahagia terus menerangi liku-liku kehidupan saya.

1) Urusan sambung belajar (perlu,perlu,perlu. Doakan urusan saya dipermudahkan ya).
2) Kembali berbakti di tanah air (Moga rezeki di sana ada untuk saya).
3) Urusan jodoh (kesinambungan 2011. "Ya Allah permudahkanlah urusan ini. Jauhkanlah kami dari segala kejahatan syaitan, nafsu dan sifat2 mazmumah. Perbaikilah iman dan akhlak kami. Bimbinglah kami menuju ikatan yang Engkau redhai.." Ameen...)
4) Khatam al-Quran sekurang-kurangnya 2kali
5) Istiqomah dengan Mathurat, Dhuha dan Qiamulail

Azam atau impian tak perlu banyak, tetapi memadai untuk dicapai oleh diri sendiri. Selebihnya, saya harap tahun 2012 mampu menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang iman, peribadi dan akhlak.
Penghujung 2011. Mari tanamkan benih-benih positif untuk menuai sifat-sifat positif demi sebuah masa depan kerana masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Untuk berjaya, kita harus belajar menaiki anak-anak tangga bukan semata melihatnya tinggi di atas tetapi gagal untuk mendakinya dan kejayaan itu rahsianya adalah dengan mempunyai matlamat. Dan matlamat utama kita adalah Syurga ALLAH =).

Nota : Entri ini mungkin memadai untuk memberi jawapan kepada komen di entri sebelum ini. :).

Jantung Hatiku : Sama-sama perbaiki diri dan terus memohon petunjuk DIA. Terima Kasih =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Hamba Allah said...

Semoga terus berjaya dalam kehidupan. Bertuah si jejaka dan saya doakan agar saudari bahagia selalu. Saya mohon maaf sekiranya komen yang lalu mengganggu saudari. Mohon doa saudari agar saya dikurniakan isteri seperti saudari.

Dr.F said...

Assalamua'laikum adik comel ;). Alhamdulillah dan tahniah! Akhirnya, terjawab juga. Haa, lepas ni cepat-cepatlah umum walimahnya. Untungnya jejaka pilihan hatimu itu. Jealous tau. ROFL. Apapun, sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kecemerlangan buat Siti dan juga jejaka pilihan itu.
# Psst, taknak tunjuk ke? Ah, confirm takkan bagitau punya. (100% yakin sambil menaip dalam kecewa. ahaks)

Anonymous said...

eh, wana...kenduri hujung tahun 2012 ke?

ni tak simpan duit kahwin dah..lebih baik simpan duit utk lepas kahwin. hehehe