~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt
65
Sekadar digit yang tak seberapa nilainya
65
Cuma bukan jumlah yang besar harganya
Namun 65 usia
Nilai dan harga kehidupan yang luas buat dia
Bahagiakah dia?
Atau deritakah dia?
Gembira atau pilukah dia?
Hanya hati dan lirik senyuman manisnya yang mampu menjawab
Terkadang ku tertanya,
Wajah sucinya persis lebih muda dari angka 65
Betapa kuat dan cekalnya dia
Lalui segala jerih perit kehidupan
Namun,
Hanya yang kupinta dari Tuhanku
KAU bahagiakanlah dia sepanjang sisa-sisa hidupnya
KAU berilah aku waktu untuk terus mencintai dan berjasa padanya
Tuhanku Tiada lain ku pinta, KAU ampun dan panjanglah usia dia.
Puan Zalekha Bt Ramly,
Selamat Ulangtahun kelahiran ke 65
19 Mei 2011
-UK, 9.50am-
Selamat Hari Ibu,
Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Guru

Orang kata, anak bongsu ni sangat manja. Orang kata anak bongsu rapat dengan bondanya. Orang kata lagi anak bongsu ni asyiklah nak berkepit dengan maknya saja. Saya kata, mak saya amat adil memberi kasih sayangnya. Yang salah tetap dihukum, yang baik akan diganjarnya. Saya hidup dengan berkepit dengan Mak 17tahun saja, usai SPM terus menetap di Kajang bersama-sama kakak-kakak. Kononnya mahu belajar memasak (haa, sebab tu saya peroleh lesen memandu ketika berusia 22 tahun, graduasi sebagai Fisioterapi. Orang sibuk belajar memandu usai SPM, saya sibuk pergi belajar memasak). Namun, jarak Kajang-Perak kan tak jauh. Hari-hari saya 'hello'hello' Mak. Mak bukanlah seorang yang sentiasa ingat dan sambut hari lahir kami adik beradik, tetapi setiap kali tiba tarikh penting dalam kalendar Islam, pasti setiap seorang anak-anaknya akan dihubunginya dengan pesanan untuk kami imarahkan dan melaksanakan sunat-sunat hari tersebut. Mak rajin pesankan kami untuk berpuasa sunat, membaca surah-surah amalan dan sebagainya.
Mak adalah harta ternilai saya, mak yang hantar saya ke sekolah berjarak 40km setiap hari. Rutin mak sangat penuh, tidur jam 12pm-4am. Hantar saya ke sekolah jam 5.30am dan sampai ke rumah semula jam 9am.Kemudian ambil saya jam 2pm dan tiba di rumah jam 3pm. Masak untuk saya dan abah, uruskan ayam-ayam dan kucing serta pokok-pokok bunga dan buah di rumah. Mak ajar saya cintakan fotografi, mak alirkan darah cintakan alam semulajadi kepada saya. Semuanya gene-gene Mak yang sarat dalam setiap pembuluh darah saya. Pengaruh mak sangat kuat dalam diri saya :). Kamera pertama saya, mak hadiahkan ketika saya berusia 14tahun. Kamera yang masih gunakan filem kodak tu. Dan bermula di situ, minat dalam fotografi semakin hidup hingga DLSR pertama yang saya guna Canon 300D (K.La punya) ketika usia saya 16 tahun. Sejak kamera tu dicuri, ketika awal 2006 dulu, kini saya setia bersama Nikon D70s yang sangat berjasa kepada saya :). Mak pencinta hijau, mak suka bunga-bunga, mak suka keindahan alam. Di laman rumah, segala jenis pokok ada (bunga-bunga, herba-herba dan sebagainya). Saya pemalas bab-bab berkebun, dan mak tau semua tu. Selalunya, nak umpan saya untuk teman mak di luar rumah, mak akan minta saya tangkap gambar-gambar pokok-pokok mak. Ya, sayalah orang yang sering jadi mangsa teman Mak :). Tapi sekarang, saya jauh sangat dengan mak. :((.
Saat saya mohon untuk ke UK, Maklah orang yang tidak mengizinkan saya pergi. Saya paham, saat tu mak merasakan kehilangan teman baiknya (saya penyimpan mohor-mohor rahsia Mak). Kuasa ALLAH, semuanya berlaku di Klinik Ortopedik HKL : saya pujuk dan minta mak untuk izinkan saya pergi. Dan alhamdulillah, Mak relakan saya pergi dengan bersyarat. Syaratnya? Rahsia :P. Saya peneman mak ke pasar, saya suka bersama mak kerana mak handal bab-bab membeli dan menawar. Tu proses belajar ). Maklah guru pertama dalam kehidupan saya dan sentiasa menjadi guru kepada kehidupan saya. Mak ajar masak kari usia 8tahun, ajar buat biskut di usia 10tahun dan maklah punca segala apa yang saya tahu buat itu dan ini.
Assalamua'laikum Mak, tiada apapun mampu disamakan untuk segala kasih sayang Mak untuk Siti. Mak sungguh terbaik sebagai seorang isteri,mak,opah dan teman. Kalau mampu dipetik walau sebutir bintang di langit, Mak jugalah kenangan terindah Siti. Mak, ampun dan maaf sekirannya belum mampu jadi anak yang baik untuk Mak. Sayang Mak sangat dan Mak pun taukan betapa cintanya Siti kepada Mak? Mak jaga diri dan doakan Siti di sini ya!. Selamat Hari Lahir Mak yang ke 65 Mak pada 19 Mei 2011. Moga ALLAH ganjarkan Syurga buat Mak.
psst : Tengah sakit mata yang teruk ni Mak....:(
Nota : kiv video...
Jantung Hatiku : Ya ALLAH Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil

TTC sebuah penghargaan anak kepada almarhum ibu. Sebuah peringatan bagi kelalaian hati.
Sy merindui Mak...:(
Nota Cinta buat MakSy merindui Mak...:(
Assalamua'laikum Mak, tiada apapun mampu disamakan untuk segala kasih sayang Mak untuk Siti. Mak sungguh terbaik sebagai seorang isteri,mak,opah dan teman. Kalau mampu dipetik walau sebutir bintang di langit, Mak jugalah kenangan terindah Siti. Mak, ampun dan maaf sekirannya belum mampu jadi anak yang baik untuk Mak. Sayang Mak sangat dan Mak pun taukan betapa cintanya Siti kepada Mak? Mak jaga diri dan doakan Siti di sini ya!. Selamat Hari Lahir Mak yang ke 65 Mak pada 19 Mei 2011. Moga ALLAH ganjarkan Syurga buat Mak.
psst : Tengah sakit mata yang teruk ni Mak....:(
Nota : kiv video...
Jantung Hatiku : Ya ALLAH Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil
4 comments:
salam.
Selamat hari lahir untuk umi Wana. SEmoga sentiasa di bawah peliharaan Allah :)
W'salam K.SA..
Terima kasih, wakilkan mak :)
Mudah-mudahan. ameen..
Sgt like ct yg ni...org pn rs nk berair mata baca...
p/s : Loves u mom...
Abang : T_T. Rindu !!!
Post a Comment