Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Berjalan Tanpa Henti - CD di gengaman tangan -

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Berjalan Tanpa Henti - Devotees -
Ok, tak payah nak ulas panjang sebab tengok tajuk pun dah tahu kan? Saya dah memiliki bukan 1 tapi 2 CD BTH :). Jauh Cd tu berjalan sampai ke UK. 1 diposkan oleh a.Muhammad dan 1 lagi, saya tumpang K.Siti yang pulang ke Malaysia ( yang ni bertandatangan dibantu oleh K.Sarah). Terima kasih K.Sarah :).

Oklah, seperti biasa kalau dah ada CD baru (tengok label blog pun dah tau). Hampir 6 tahun Devotees 'senyap' tanpa album penuh, tahun ni setelah mengharungi beberapa cabaran alhamdulillah berjaya juga terhasil album ni. Album ni mula dipasarkan sejak sebulan yang lalu.
  • 9 trek lagu
    • Berjalan Tanpa Henti (9.5/10 : sangat terkena dengan kisah hidup saya)
    • Bersama (6/10 : melodi yang kurang saya suka )
    • Hadirnya Cahaya S.A.W (9.3/10 : lemak-lemak sedap didengar =)
    • Selagi Hayatmu Di sini (9.4/10 : terkesan dengan lirik)
    • Don't Walk Away (7/10 : yeay yeay yeay, bukan melodi kesukaan)
    • Harapan Feat Salleh Brotherz (9/10 )
    • Rindu Kedamaian (9/10)
    • Bersama (versi akustik) (6/10)
    • Bersama (Minus One)
  • Pilihan lagu saya : Semua :). Oklah, yang paling saya suka : Berjalan Tanpa Henti (tanpa ragu-ragulah, memang dari dulu kan kan kan kan?)
  • Pilihan lirik saya : Selagi Hayatmu di sini, Rindu Kedamaian dan Harapan (saya pernah kongsi lirik lagu ni kan?)
Secara generalnya, lagu-lagu di dalam album ni bertemakan motivasi dan kedamaian! Bagi yang selalu 'lost' dan kurang keyakinan, jangan ragu-ragu beli album ni. Bagi yang cintakan ketenangan, jangan teragak-agak untuk dapatkan album ni. Tak rugi :). Markah rujuk pada pendengaran telinga kecil saya saja dan lebih tepat lagi, tak jemu mendengar hampir semua lagu-lagu dalam album ni.
Saya terpanggil untuk menaip review album ni sebab trafik blog saya memang sesak dengan pencarian tentang album ni. Jadi, buat semua pembaca jangan TAK dapatkan album ni. Haruslah beli yer, terima kasih juga menaikkan kredit Nuffnang :)

Selangi Hayatmu Di Sini
Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir nenerpa
Bukan alasan untuk kau memendam rasa
Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam di lubuk gelita
Terbiar dirimu dicengkam derita
Namun kupercaya suatu hari akan tiba
Deritamu akan pergi juga
Biarpun dunia memandangmu hina
Tapi tak mengapa Ku kan bersamamu
Mengharungi hidup ini
Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan dariNya
Tabahkan hatimu cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu padanya Yang Satu
Akan tiba waktu mereka kan tau
Siapakah sebenarnya dirimu

Rindu Kedamaian
Harapan kesamaran
Bila warna damai kian pudar
Bertebaran kata dusta
Yang menghunjam nestapa
Tangisan kesayuan
Insan meratapi kehilangan
Merintih menagih ihsan
Merindui kedamaian
Ke mana hilang kasih dan sayang
Meluntur erti kemanusiaan
Akankah pergi penderitaan
Tak ketemu jawapan
Dan kezaliman kian rakus menggila meratah nyawa
Dan kesengsaraan membarah meruntun jiwa
Munajat pengharapan
Mendamba cahaya keamanan
Menyinari kehidupan
Kemilau rahmat Tuhan

Terima kasih selagi lagi kepada yang klik ke Blog mencari BTH dan saya 'hadiahkan' entry ini. Jangan lupa klik di iklan Nuffnang lagi ya =).
Terima kasih buat A.Muhammad yang poskan album ni. Oh ya, dengan semangatnya saya dah masukkan album ni ke HP. yeay!!! Sambil bekerja sambil dengar, sambil duduk dalam bas pun dengar, memang tak henti-hentilah kaki saya berjalan :P.
Terima Kasih !
Hanya Allah dapat balas jasa kalian :)
Nasyeed Semesta akan saya buat entry lain :).
Saya suka semuanya...
_________________________________________________________

Nota : Sebanyak mana bancuhan ayat-ayat cinta untuk diacukan kepada bonda, tak terhitung besarnya diameter kasih sayang dan cinta buat dia. Oh, entry untuk Cinta saya khas pada hari lahirnya minggu hadapan! Hari-hari adalah hari Ibu, Selamat Hari Ibu Mak.
Moga saya mampu sayang Mak Mertua saya nanti seperti Mak saya :)
Moga saya anak yang baik untuk Mak dan Mak Mertua saya :)
Ok, belum ada calon Mak Mertua lagilah.
Angan-angan percuma kan? :P


Jantung Hatiku : Jangan pernah takut dengan jawapan ALLAH andai itulah yang dipohonkan! Pegang dan yakinlah dengan petunjuk DIA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Anonymous said...

Tak habis-habis dengan BTH dia.
Seronoklah tu, berjalan sampai tak berhenti.
Im happy for you dear! Dugaan dahulu mematangkan dan memberi impak yang terbaik bukan? Semoga makin kuat dan terus kuat ye. Saya doakan dari jauh!!!
My little girl ni dah besar dah! Cepatlah balik Malaysia, nanti ada lah jumpa Mak Mentua tu. Ramai yang menanti kut. hihi.
Minggu ni saya tak oncall, kalau free Skype atau YM ?
Dr.F...

chAq said...

Assalamu'laikum Dr :).
Oklah, ni entry terakhir pun. hihihi.
Dah ddengar ke belum? Dah dapatkan ke belum? Belilah, tak rugi. Kalau x percaya, silalah beli.
Haruslah saya tak henti-henti berjalan. Marilah la join sekali, jangan kerja teruk sangat, kumpul duit nak kawin ke? ahaks...
Jap, malam saya dalam jam 8 atau 9 boleh? memang dinihari lah di Malaysia.