Container Icon

Suka Pelangi Saya?

main masak-masak



~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Apa khabar semua? Mantap jiwa, hati dan mental? Relax la, baru 6Ramadhan dah pancit ke? :) Mudah-mudahan makin kental dan beristiqomah berAmar ma'ruf nahi mungkar yer. (pesanan buat diri sendiri yang selalu terumbang ambing hatinya).

Hm, semalam lepas berbuka di Restoran Sharipah (Bangi), terus K.La minta saya masak untuk juadah berbuka hari ni. Jenuhlah dok pk amender le nak masak dan tak semena rasa nak sangat makan daging salai. (baca : DAGING SALAI), ye la saya kan TAK MAKAN DAGING ! Rasa pelik pulak, terus sampai rumah mencari resepi-resepi yang mudah dan menarik. Plannya esok pagi (pagi tadi ke pasar) mencari barang-barang nak masak.

Sekitar jam 11.30am ke Pasar Kajang, beli barang-barang dan sampai rumah kira-kira jam 1ptg. Bersiap untuk 'secret date' saya di 'secret place' :p. Sebelum bertolak, saya perap daging dan siang ikan supaya jimat masa bila sampai rumah petang nanti dah boleh terus berperang kat dapur tu. Kira-kira jam 5.35pm saya mula masak. :) [mood : nebes beno ghasenya, edak peronah masak DAGING SALAI]...hehe, budak baru belajar maaa. Macam-macam tak reti :(

Menu 1 : Daging salai 'hentam sajalah' masak cili api.
*Bahan-bahan tertakluk kepada saiz hidangan yang dimahukan.* Ni untuk 3 orang makan
- Daging Rm 5 ( cakap nak buat salai kat tokei daging tu, nanti dia tolong potongkan)
- Kunyit hidup 3 ketul
- Sebiji santan
- Sedikit lengkuas
- Daun kunyit 2helai
- 10-15 biji cili api / cili padi [ kalau nak pedas boleh tambah ikut rasa sendiri ]
- Sebiji limau kasturi
-Seulas serai
-Garam + gula secukup rasa
* tambah pucuk paku [ikut selera masing-masing].

Caranya
1) Daging salai
- Perapkan daging yang telah dicuci bersih dengan garam dan gula biarkan seketika.
- Selepas diperap, masukkan ke dalam bekas pembakar dan bakar sekitar 10 minit.
- Potong kecik-kecik [ikut sukalah saiz ], dan goreng (saute) seketika dan toskan minyak.
Daging yang dah siap cuci dan diperap
Sedia dibakar seketika ( planta dan bawang ) dihias
Sedia disaunakan daging seketika
Selepas disauna, dipotong ikut suka saiz
Digoreng (saute) seketika

2) Kuah Lemak
- Lengkuas, kunyit hidup, cili api ditumbuk lumat dan dimasukkan dalam periuk. Titik (ketuk serai separa hancur dan masukkan sekali ke dalam periuk).
- Pasang api dan masukkan santan ke dalam periuk yang ada bahan-bahan tadi, sentiasa kacau supaya tak pecah minyak [santan berketul] sekitar 15minit.
- Masukkan pucuk paku, daun kunyit dan kacau lagi.
- Akhir sekali masukkan daging tadi dan perahan limau dan kacau seketika dan tutup api. Sedia dihidang :), tunggu sampai buka puasa.
Kacau bahan ditumbuk tadi
Masukkan pucuk paku + daging
Tunggu waktu berbuka :)


Menu 2 : Ikan selar kuning goreng. Sadis pulak si ikan ni, serbuk kunyit elek (habis). Nasib ada kunyit hidup lebih, ditumbuk lumat dan dilumur ke badan ikan-ikan tu dan digoreng.
Kunyit hidup ditumbuk hancur mulus dan dimekap pada ikan
Ikan yang siap digoreng (nampak pucat pulak), kurang mekap kunyit :p

Menu 3 : telur masin rebus (xpernah jumpa yang digoreng pon :p)
Pencuci mulut : Kuih buah melaka ( 20-30 biji)

Bahan-bahan
- Tepung pulut
- Gula melaka (ditumbuk menjadi butiran kecil)
- Air
-Garam secukup rasa
-Kelapa parut putih (kalau nak campur garam sedikit pon boleh)
-Pewarna hijau (kalau ada daun pandan lagi sedap, diperah airnya)

Cara-caranya
- Air dibancuh pewarna hijau dan sedikit garam. Dicampurkan ke dalam tepung dan diuli menjadi doh kental.
- Buat bulat doh dan dibubuh gula melaka di dalamnya dan balut.
- Air direbus dalam periuk kecil dan dimasukkan doh yang siap dibulatkan (doh akan naik ke permukaan air bila dah masak).
-Tos dan gaulkan dalam kelapa.
-Sedia dihidangkan.
Inilah rezeki saya harini, berbuka dengan K.La berdua. :) Tengok orang makan bertambah nasi, sudah cukup menggembirakan :). Nak jadi macam mak, pandai masak macam-macam lah. K.Mila, bila projek kuih raya kita? Terasa nak buat Sherpard Pie la :)

Kos : RM28 jer.. Jimatkan ? Tak payah ke bazar ramadhan yang kadang-kadang tah pape rasanya. Masak sendiri puas dan boleh simpan sahur :)

Nota : Wallaweh, baju menimbun kat atas katil tak siap digantung. [baca : malas melipat aka tak suka melipat langsung]

p/s : secret date -----> rahsialah. :p

Jantung Hatiku : Beringat dalam berbelanja untuk makan, jangan sampai leka beribadat dan membazir atas nafsu sendiri :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Wahhh ni lagi sorang, leh wat menantu ni.. dah pandai masak tu.. hihihihihi ~

SNS said...

wakakaka...
dapat yang suka makan kat rumah xpe le kak.
Banyak menda kena belajo ni...

drw said...

wah wah... pandainya masak... curik resepi...

SNS said...

drw : resepi yang dibelek2 abang google + hentam2x jer..haha
sila2x...

♥ Izzah Marzuki said...

ye wana.. tahniah.. sgt stuju.. masak sendri lagi puas ati kan.. pastu saat yg aling membahagiakan ialah bila melihat org yg kita sayang makan dengan berselera hasil tangan kita, kan.. hehe.. tu pun dah cukup buat kita kenyang automatically. penat & panas masak bleh hilang je bile tengok diorang makan kan.. :)

wana, tak tahan k.izz gelak bila sampai kat ayat - Kunyit hidup ditumbuk hancur mulus dan dimekap pada ikan .. hahaha.. lawak laaa...

SNS said...

K.Izz : terima kasih kak izz, kena belajar banyak resepi ni. Tapi tu la, kadang bila masak xrasa lapar sangat pon. Kenyang tengok orang makan jer.hehe

I'm Seri said...

Salam my dearr Wana,

Masak untuk yang tersayang memang bahagia. Lebih2 lagi kalau dia suka dan hargai kita walau tak sedap mana.

senyum.

SNS said...

K.Sri : senyum :) sayang jantung <3