~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt
sembang kosong ...
Dr X : Cik Siti ke Puan Siti ?
Me : Cik (senyum).
Dr X : You look matured, bukan tua tapi matang. The way you handled your paeds's patients. Ingatkan sudah ada anak, tengok Fb awak banyak gambar baby. Intai-intai FB orang yang agak privasi ni, tu yang saya ingat awak dah berkeluarga.Saya selalu nampak awak ke NICU ( neonatal intensive care unit) dan ke katil baby Y.
Me : waaa, Stalker yer. ( sengih) dan berlalu pergi.
---------------------------------------------------------------------------------
Buat Dr X, ni jawapan saya, maaf terlalu lewat saya membalas.
Saya hiba, sayu bila saya lihat label pada tag bayi 'baby of unknown'. Kadang kala mahu dipegang bayi tu dah hilang kekuatan, sebak mengenangkan Si Comel yang 'tidak dimahukan' oleh si ibu.
Baby Y tu mengidapi Pneumonia (di mana paru-parunya sentiasa berkahak dan hari-hari perlu dibuat suction/ sedut) dan tulang belakang yang lembut ( flaccid). Memberontak hati beku saya, mengapa dia 'dibuang' tanpa ehsan? Sepanjang 3bulan dia di hospital, tiada siapa yang melawat melainkan doktor,jururawat dan fisio. TT_____TT.
Selepas beberapa bulan, baby Y diambil oleh keluarga salah seorang staff hospital. Alhamdulillah, moga hidupmu lebih terjamin dan menjadi manusia yang berguna kelak.
_________________________________________________________
Saya sayang Mak saya. Seberibu-ribu lemon sekalipun ungkapan sayang tu saya ungkapkan belum mampu saya tandingini kasih sayang Mak pada saya. Tu belum lagi Ar-Rahman wal Ar-Rahim Allah SWT kepada hambaNYA. Tak termampu akal dapat menghitungnya. Subhallah, hebatkan DIA. Titipkan perasaan yang tidak mampu dilihat tapi hanya boleh dirasa.
Tiada ibu yang benci anak tapi atas dasar ego, nafsu dan kemenangan syaitan yang menghasut mereka, maka tertewas juga dengan naluri keibuan yang sungguh suci dan tinggi tu.
Sejak 2 menjak ni, hati saya sedikit terganggu dengan perasaan yang terumbang ambing ni. Rindu kat Mak melampau-pau. Tak jumpa sehari bagai tak jumpa berminggu-minggu. Sungguh, perasaan yang bukan dibuat-buat. Dan bila berjumpa Mak, saya berbaring-baring di pehanya. Saya tak malu untuk bermanja dengannya kerana itu yang saya rasa. Saya mahu hargai dia sebaik mungkin.Saya tidak pandai meluahkan kata-kata di hadapannya. Saya kagum dengan Mak, saya berhajat mahu menjadi ibu seperti Mak. (suri rumah tanggalah, jadi si bakal suami sila ambil perhatian :p)
Dan berbalik pada tajuk, kalau tiba masanya Mak lah orang pertama saya akan beritahu selepas memohon petunjuk DIA. "Mak, saya sudah jatuh hati padanya. Andai Mak restu selepas solat istikharahmu, redhailah kami moga dia pimpin anak Mak ke jalanNYA". [baca : KALAU].
1 Ramadhan, Mak mahu bersahur bersama-sama dan Mak masak rendang ayam kegemaran kami semua. Terima kasih Mak. Terima kasih Allah atas nikmat seorang Mak yang terbaik ini.
Salam Ramadhan 1431H
buat semua pembaca yang diberkati Allah.
buat semua pembaca yang diberkati Allah.
Saya suka lagu ni :) Ala-ala padang pasir + lagu raya gitu.
Rindu Ramadhan, Alhamdulillah saya kembali berjumpa ia :)
Nota : Saya masih solo lerrr. [baca lagi : KALAU] Kan hati masih beku. Bukan mudah untuk menjadi ibu tanpa ILMU ALLAH yang mencukupi dan mencari baka yang baik jugak :p. Mode : LBS the Series da mula (tak kena mengena)Rindu Ramadhan, Alhamdulillah saya kembali berjumpa ia :)
p/s : Percutian ke Pulau baru-baru ni saya belum berhajat mahu kemas kini ceritanya. Tapi puaslah bergambar dengan anak penyu, melihat ikan-ikan, sotong dan koral laut cuma Duyung Aridinata je tak jumpa lagi :) sampai jadi Dayang Senandung aka Dayang Si Siti :p
Jantung Hatiku : Setiap ibu itu hebat. Saya bangga saya seorang wanita. Saya mahu jadi ibu yang hebat macam Mak saya :)
2 comments:
Dyesebel si duyung , ada jumpa tak? Hehe.
Moga Wana dapat suami yang baik nanti.. =)
p/s: akak rindu ikan2 di Mabul.
Dyesebel tu xdapat jumpa kita kak :p. hehe.
Hm, kalau nak dibandingkan Mabul, Perhentian or Kapas memang jauh beza ler.
Pulau kita g ni xbanyak isi lautanya.
InsyaAllah, moga kita dapat pasangan yang baik n soleh ye kak...:)
Post a Comment