~ sns cerita tentang ~
Perempuan, gadis dan wanita...
Sebutnya berbeza, zahirnya serupa...
Ditafsirkan lemah bukan seluruhnya...
Lembut, sopan dan santun,
akrab sifat mereka,
Tapi, tangan yang menghayun buaian itu,
Bisa menggoncang dunia!
Mengapa kami dizalimi?
Mengapa kami disakiti?
Mengapa kami 'dikotori'...
Hina
Sungguh hina sifatmu menghancurkan kami...
Sungguh keji batinmu mengkhianati kami...
Persetan kau LELAKI yang perhambakan NAFSU serakahmu..
Kau pembunuh jiwa suci kami..
Kau racuni 'keindahan' kami...
Kau murahkan harga MAHAL kami sekelip mata....

Kalian baca surat khabar harini? Kisah abang kandung 'meratah' kesucian adik-adik sendiri. [Tekan : Tak Tahan diratah abang]. Astagfirullah 'al-azim, mengucap panjang bila terpampang berita utama akbar tabloid tu.
Wanita itu terlalu istimewa sehingga diperjelaskan banyaknya dalam surah An-Nisa. Jangan sakiti mereka kerana dalam tafsir An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud " kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. " Lelaki memimpin wanita bukan hanya pada manusia, tetapi haiwan juga sama. Lihat saja haiwan jantan memimpin haiwan betina dan seluruh anggotanya.
Harapkan abang, abang baham adik. Jangan disalahgunakan 'harapkan pagar, pagar makan padi', pagar dan padi tak bersalah, bila padi dimakan burung petani mampu menuai padi semula tetapi bila kesucian adik/kakak diragut abang maka tiada gantinya.
Dalam konteks 'percintaan' pula, pesta zina bermaharajalela. Buktinya, lihat sajalah peratusan bayi dibuang merata, dibunuh dan digugurkan sewenang-wenangnya. Allah menjelaskan dalam Surah Al-Israa' (17 : 32)

"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah suatu kecelaan dan seburuk-buruk jalan pilihan manusia."
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada pandangan yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka ; sesunggunya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan." [An-Nur 24:30]
Zina bukan semata melakukan maksiat (cumbu dan persetubuhan tanpa ikatan perkahwinan), bahkan dari setiap sudut yang membawa ke arah zina tu harus ditambus dengan perkukuhkan hati dan iman. Antaranya ...
1) Menjaga pandangan mata
- Dari mata turun ke hati. Di situ cinta bersemi. Dari mata nasfu mula meronta-ronta meminta bukti kasih cinta sejati.
Pujuk rayu ditambah ramuan Syaitan Latnatullah mula menyingkap setiap mata yang memandang lantas mata yang harus ditundukkan gagal dilaksanakan.
1) Menjaga pandangan mata
- Dari mata turun ke hati. Di situ cinta bersemi. Dari mata nasfu mula meronta-ronta meminta bukti kasih cinta sejati.
Pujuk rayu ditambah ramuan Syaitan Latnatullah mula menyingkap setiap mata yang memandang lantas mata yang harus ditundukkan gagal dilaksanakan.
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada pandangan yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka ; sesunggunya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan." [An-Nur 24:30]
2) Menjaga aurat
- Menutup anggota badan mengikut syariat yang ditetapkan, baik lelaki mahupun wanita. Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk badan yang ditampilkan atau ikalnya rambut mengurai tetapi keCANTIKan seorang wanita itu dilihat dari baik hatinya, luhur budi dan solehah pekertinya.

Mari sama-sama menjaga harga diri kita
__________________________________________________________
Saya wanita, tidak sempurna hanya gadis desa yang rompong sini sana.Mungkin sedang berusaha membaikpulih diri yang kadang kala beralun perjalanan hidupnya. Namun saya bersyukur, punya seorang abang yang baik, penyayang dan sangat protektif terhadap adik tunggalnya. Zahirnya, belum pernah ungkapan sayang tu terdengar tapi cukup dengan merasa. Begitu jugalah dengan cinta, kadang kala tak perlu diluahkan tapi ia sudah mampu dirasai, tak perlu dibalas tapi sudah membahagiakan.
Terima kasih buat abang yang terbaik buat adiknya ini....
Jantung hatiku : Jangan jadi kuli cinta manusia, bermati-mati mahu buktikannya sedangkan CINTA ALLAH, RASUL dan AGAMA hampa dan kecewa.

Ini abang terbaik saya :)
Bak kata dia, mahukan saya?
Kena 'filter' oleh dia dulu...
Jangan bermain-main nanti maut jadinya...

Saya bukan pungguk rindukan bulan
Saya hanya perindu di tepi jendela
Menanti yang indah
Tanpa sebuah hayalan
Saya hanya perindu di tepi jendela
Menanti yang indah
Tanpa sebuah hayalan
Buat Wanita.... " Wanita....Istimewa " FeelHoney
[sudah jatuh hati dengan lagu ni]
Rawat hatinya
Beri dia cinta
Jangan sekali-kali kau sakiti dia
Kerna hatinya mudah kecewa
Oleh cinta yang penuh berpura-pura
Duhai Arjuna
Sayangi dia
Kerna wanita dicipta untuk dicinta
Jangan cemarkan harga dirinya
Kerna dia juga masih punya cita
Dalam dirinya penuh airmata
Jagalah ia dengan sepenuh jiwa
Jangan pernah kau dustai dia
Wahai arjuna sedarilah
Kerna wanita berhak untuk bahagia
Bukan dicipta untuk selalu derita
Sayangi dia cintakan dia
Kerna wanita....Istimewa
[sudah jatuh hati dengan lagu ni]
Rawat hatinya
Beri dia cinta
Jangan sekali-kali kau sakiti dia
Kerna hatinya mudah kecewa
Oleh cinta yang penuh berpura-pura
Duhai Arjuna
Sayangi dia
Kerna wanita dicipta untuk dicinta
Jangan cemarkan harga dirinya
Kerna dia juga masih punya cita
Dalam dirinya penuh airmata
Jagalah ia dengan sepenuh jiwa
Jangan pernah kau dustai dia
Wahai arjuna sedarilah
Kerna wanita berhak untuk bahagia
Bukan dicipta untuk selalu derita
Sayangi dia cintakan dia
Kerna wanita....Istimewa
Jantung hatiku : Jangan jadi kuli cinta manusia, bermati-mati mahu buktikannya sedangkan CINTA ALLAH, RASUL dan AGAMA hampa dan kecewa.
0 comments:
Post a Comment